Wednesday, July 14, 2010

Air Ketuban Kurang - Apa Puncanya?

Salam. Ari Ahad ari tu, 11 Julai 2010 saya baru dapat anak saudara baru - baby girl. Lahir ketika usia kandungan 36 minggu 5 hari secara paksaan! Kenapa paksaan? Ceritanya begini, masa adik saya check up bulanan kat klinik, nurse dapati degupan jantung baby sangat laju..tak normal..so dia suruh refer hospital. Tiba di hospital, doktor buat ultra sound dan dapati air ketuban adik saya kurang - patutla perutnya kecik aje..tak macam 9 bulan. So doktor sarankan adik saya di'induce' - nak tak nak kena bersalin juga kerana takut baby lemas. Sebelum di'induce', doktor terpaksa bagi suntikan untuk mematangkan paru-paru baby sebab paru-parunya belum matang lagi. Doktor cakap kalau lepas induce tak bersalin juga..kena bedah!

Dia diinduce pada 10 Julai 2010. Dia harap babynya lahir hari tu.. terbalik je birthday dengan saya..sebab birthday anak saya, Rania terbalik dengan dia..hehe..dah sakit-sakit nak bersalin pun sempat lagi fikir tarikh-tarikh ni..ehm..biasala orang pompuan..terlalu kognitif..hehe.. Tapi hajatnya tidak kesampaian..baby still tak mao kuar tarikh tu..dia nak kuar pada 11 Julai 2010 pada jam 11 lebih pagi (tak ingat plak pukul 11 berapa minit). Baby lahir dengan berat 2.38 kg. Alhamdulillah dua-dua selamat..tapi baby ada masalah kekurangan gula dalam darah.

Bersalin kali ni adik saya cakap sakit sangat. Mungkin sebab dipaksa bersalin kot. Dia rasa serik plak nak bersalin lagi..lepas ni dia nak rehat 3 tahun katanya..hehe..iye ke? ala orang pompuan ni..lepas bersalin mesti cakap takut nak bersalin lagi..tup tup..tahun depan bersalin lagi..hehe..

Tapi don't worry! banyak ganjaran Allah bagi kepada orang pompuan yang mengandung, melahirkan dan menyusukan anak ni..antaranya:

" Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan."

" Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah."

" Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya."

" Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan."

" Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah."

So, disebabkan ganjaran yang besar ini..ujian pun besar juga la.. apa-apapun sabar dan redhalah.. opps tersasar dari topik plak..sorry! Hehe..panjang sangat mukadimahnya. Ok berbalik kepada topik asal..pasal air ketuban ni. Tertanya-tanya pulak saya..macam mana air ketuban boleh kurang?

Sebagaimana kita tahu..air ketuban ni penting buat baby sebab ia melindungi bayi dari kecederaan dari hentakan ('cushion' untuk baby) dan memberikan ruang untuk pembesaran, pergerakkan dan pertumbuhan yang normal.

Jom baca apa yang saya jumpa pasal punca air ketuban kurang yang saya dapati dari : http://portal.alamhamil.com

Selain pelindung bayi, air ketuban juga merupakan petanda kesihatan bayi secara keseluruhan kerana ia terjadi dari urin yang di rembeskan terus dari buah pinggang bayi. Sumber urin pula dari aliran darah bayi yang bersambung pada uri, organ yang memberikan bekalan oksigen dan nutrien pada bayi semasa dalam rahim.

Biasanya air ketuban berkurangan secara fisiologi pada lewat kehamilan tapi ia cuma kekurangan relatif sahaja disebabkan badan bayi sudah pun memenuhi hampir keseluruhan ruang rahim. Walaubagaimanapun, sekiranya air ketuban kelihatan terlalu kurang, bayi anda mungkin akan terdedah kepada risiko komplikasi seperti kekurangan oksigen dan terbantut tumbesaran.

Sebab sebab kekurangan air ketuban :
1) Ketuban pecah sebelum masa
2) Masalah pada uri
3) Masalah perubatan ibu seperti kencing manis, darah tinggi dll
4) Masalah kecacatan bayi seperti buah pinggang, jantung, jangkitan kuman dan kecacatan genetik.

Sekiranya kekurangan air ketuban tidak begitu teruk, minum air secukupnya dan rehat mungkin boleh menolong. Sekiranya kandungan masih muda, doktor akan memantau dengan teliti keadaan bayi anda dengan membuat pemeriksaan Ultra Sound dengan lebih kerap untuk memastikan jumlah air ketuban tidak turun secara mendadak.

Tetapi sekiranya kandungan sudahpun pada lewat kehamilan, doktor selalunya akan menyarankan ‘induce’ untuk mengurangkan insiden bayi lemas. Semasa tempoh bersalin, kekurangan air ketuban memberikan risiko kekurangan oksigen pada bayi disebabkan tali pusat yang tertekan semasa kontraksi. Sekiranya ia terlalu kurang atau tiada langsung, kelahiran secara pembedahan mungkin disarankan.

Entry lain yang berkaitan : Info Tentang Air Ketuban

No comments:

Post a Comment