Check it out!

Wednesday, February 2, 2011

Info Tentang Air Ketuban


Ketika berada dalam rahim, janin akan dilindungi oleh cairan yang dikenali sebagai air ketuban. Selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Kantung ini diisi dengan air ketuban ataupun air amnion. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.

Air ketuban sebenarnya sudah pun ada sejak ari-ari (plasenta) membenamkan diri dalam lapisan dinding rahim. Dikatakan air ketuban ini dibentuk oleh sel-sel amnion yang sudah pun ada sejak awal kehamilan lagi.

Cairan ketuban ini bukan sekadar air biasa tapi mempunyai fungsi yang sangat penting buat janin. Sekiranya anda bakal menjadi ibu, info tentang fungsi air ketuban ini mungkin penting untuk pengetahuan anda.

Fungsi Air Ketuban


1. Sebagai pelindung yang akan menahan janin daripada trauma akibat terjatuh dan sebagainya.

2. Melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yang boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya menghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu kepada janin.

3. Berperanan sebagai cairan dan sumber nutrien bagi janin untuk sementara waktu.

4. Membolehkan janin bergerak lebih bebas, membantu sistem pencernaan janin, sistem otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan janin supaya berkembang baik.

5. Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.

6. Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk janin dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman mahupun virus.

7. Sewaktu proses bersalin, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim sehingga leher rahim membuka laluannya. Ketika ketuban pecah pula, air yang keluar sekali gus akan membersihkan laluan lahir.

Jumlah Air Ketuban

Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, jumlah cairan air ketuban akan terus meningkat. Biasanya pada usia kehamilan 10 hingga 20 minggu, jumlah air ketuban adalah sekitar 50 hingga 250 ml. Ketika memasuki minggu ke 30 hingga 4o jumlahnya mencapai 500 hingga 1500 ml.

Mengesan Kelainan Janin

Air ketuban mengandungi 98 peratus air dan protein sebagai 2.6 peratus per liter. Sisanya terdiri daripada garam anorganik dan lanugo (rambut halus yang berasal dari janin), sel-sel epitel dan lemak yang meliputi kulit bayi (verniks kaseosa). Kewujudan lemak ini menjadi penanda bahawa janin sudah matang atau lewat daripada waktunya.

Selama proses kehamilan, air ketuban juga boleh dijadikan satu cara untuk mengesan kelainan yang dialami oleh janin khususnya yang berkaitan dengan kelainan kromosom.

Melalui pemeriksaan amniosintesis, maka kelainan genetik yang mungkin dialami oleh janin dapat diketahui seperti down Sindrom, hemofilia dan sebagainya.

Masalah Air Ketuban

1. Ketuban pecah awal

Ini merupakan kes di mana selaput ketuban pecah sebelum waktunya iaitu semasa berlakunya proses bersalin atau pecah semasa pembukaan mulut rahim masih kurang dari 4 cm.

2. Jumlah air ketuban berlebihan

Masalah yang disebut sebagai polihidramnion ini berlaku jika cairan ketuban lebih daripada 2 liter dari jumlah yang normal. Ia boleh diperiksa melalui pemeriksaan USG di mana indeks cairan amnion lebih dari 25 cm.

3. Jumlah air ketuban kurang

Masalah yang disebut oligohidramnion terjadi jika pada pemeriksaan USG didapati indeks cairan amnion kurang daripada 10 cm. Ia boleh berlaku kerana kurangnya penghasilan cairan air ketuban akibat gangguan pada mesin penghasilannya iaitu sel-sel amnion dari selaput ketuban


Sumber : Mingguan Wanita 13-19 Oktober 2006

Lihat juga ini : Air Ketuban Kurang - Apa Puncanya?

2 comments:

suhaina laui. said...

tq for sharing

Unknown said...

Sis nak tnye, ape pendapat u sekiranya air ketuban pecah seawal kandungan baru berusia 4bulan...