Check it out!

Showing posts with label Mummy dan study. Show all posts
Showing posts with label Mummy dan study. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Khasiat buah strawberi

 
 
Ini hasil kerja tangan mummy untuk latihan dalam kelas hari ni.
Mummy sedang menuntut ilmu mekap-mekap guna photoshop uolls..hehe..
" Kursus Asas Fotografi dan Adobe Photoshop "
Last day dah hari ni. 2 hari belajar asas fotografi. 2 hari belajar adobe photoshop.
 
So, amacam?
Berbakat tak I? hehehe..
 
Sekarang I dah tahu dah.. advertiser trick.
Kalau tengok gambar sebelum dan selepas guna produk kecantikan tu.. boleh la wujud keraguan di hati.
Muka berkedut pun sekelip mata kedutan boleh hilang bila guna PS ni.
Muka penuh jerawat pun boleh touch up kasi hilang jerawat..hehe..
 

Wednesday, May 23, 2012

Konvokesyen @ UTM : cerita di sebalik tabir

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera Lama sungguh tak update blog! Rindu nak buat catatan baru. Maaf ye kengkawan yang ternanti2 update terbaru dari i! hehehe.. Special buat pengunjung tegar blog ini dan pengunjung bertuah yang terterjah blog ini.. terimalah update terbaru buat kalian..haha Sebenarnya cerita ni bukanlah cerita up to date! Dah berlaku pun 2 minggu lepas. Kiranya siaran tertunda la ni. Walaupun lambat, nak juga share satu lagi peristiwa bersejarah bagi diri ini. cewah! Korang kena tahu! mana le tahu kot-kot saya nak buat kuiz ke lepas ni..haha. So kena baca betul2 ni..


Alhamdulillah! Akhirnya berjaya juga saya dan kawan2 seangkatan bergelar graduan. Menamatkan pengajian ijazah sarjana muda secara separuh masa. Tanggal 7 Mei 2012 yang lalu, ketika genap usia saya 30 tahun 7 bulan, saya dan 7 orang lagi kawan2 satu batch telah selamat dianugerahkan segulung ijazah (walaupun sebenarnya ijazah tu tak digulung pun). Sebenarnya batch kami ada 10 orang tapi terkilan sikit tak dapat bersama-sama dengan 2 orang lagi tu. Empat tahun kami bersama-sama memegang banyak status, bergelar pelajar, pekerja, suami / isteri, dan juga ibu / bapa. Bukan mudah nak laksanakan dengan sempurna kesemuanya sekali gus. Ada yang terpaksa dikorbankan mahupun terkorban tanpa kerelaan. Dah jadi peraturan hidup, nak sesuatu.. kena korbankan sesuatu.. ye tak?

Walaupun ini bukanlah konvokesyen saya yang pertama, tetapi perasaan ketika konvokesyen kali ini sangat berbeza berbanding konvokesyen saya 10 tahun lepas. Rasa gembira bercampur puas! Betullah kata kumpulan uk's, pahit akan manis akhirnya! haha.. Terbayar rasanya segala susah payah selama 4 tahun setengah menggali ilmu, menimba pengalaman walaupun di hujung-hujung tempoh tu motivasi makin berkurangan.

Tertunai sudah janji pada diri sebelum ini yang saya akan sambung degree juga suatu hari nanti. Janji ni dibuat ketika saya membuat keputusan untuk menarik diri dari meneruskan pengajian ijazah sarjana muda sepenuh masa di UiTM 9 tahun lalu. Ketika tu memang susah nak buat keputusan antara kerja vs belajar. Memandangkan bukan mudah untuk memperoleh kerja berjawatan tetap, lebih-lebih lagi berkerja dalam sektor awam, tambahan pula saya bukanlah dilahirkan 'di atas dulang emas', maka dengan restu keluarga saya memilih untuk berkerja dan meninggalkan alam pengajian yang hanya tinggal setahun je lagi nak abis. Masa tu saya fikir, belum tentu bila saya grad degree nanti saya terus dapat kerja. Belajar bila-bila masa pun boleh dapat. Banyak sangat universiti yang boleh dipilih. Memang berat masa tu nak pilih mana satu.. antara sayang dengan pelajaran yang dah separuh jalan dengan jaminan kerjaya dengan pendapatan tetap bulanan. Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap yang Allah rencanakan, itulah yang terbaik buat kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui. Saya yakin, saya tidak silap membuat keputusan! Terima kasih Ya Allah!

Konvokesyen kali ini sangat membahagiakan saya. Bukan kerana ijazah yang saya dapat, tapi sebaliknya kehadiran orang-orang yang saya sayang dalam majlis ini. Ada encik asben, puan mak, encik abah, adik dan juga trio R saya. Seriously, saya tak terliur pun dengan jambangan2 bunga yang dijual di gerai2 sempena konvokesyen ini. Walaupun ramai yang menggoda suruh beli. Ala dik.. tak kan la akak nak beli untuk diri akak sendiri (cakap dalam hati je). Saya tak sedih dan tak kecik hati pun encik asben tak hadiahkan saya dengan jambangan bunga tersebut. Mungkin sebab saya lebih menghargai kehadiran dan juga sokongan dia selama ini. Terima kasih encik asben kerana menjadi perakam utama majlis bersejarah ni.



Masa saya konvo 10 tahun lalu, mak tak datangpun meraikan kejayaan saya menggenggam segulung diploma. Bukan mak memilih jenis konvo, bukan juga mak tak sayang saya, tapi sebab kereta tak muat untuk mak ikut. Maklumla masa tu saya tak berkerja lagi. Abah pulak tak mampu untuk memiliki kereta. Jadi, saya dan abah dihantar oleh Pak Ndak saya bersama isteri dan dua orang anak beliau.

Maknanya, inilah first time mak bersama2 abah masuk dewan melihat anak sulungnya ini menerima album. Tapi secara keseluruhannya, second time la sebab first time mak adalah semasa anak keduanya menerima ijazah dari UUM pada tahun 2006 dulu. Kalau dulu mak hadiahkan jambangan bunga buat adik saya semasa konvokesyennya, mak juga tak lupa hadiahkan jambangan bunga buat saya masa konvokesyen ini walaupun jambangannya takla sebesar mana. Ukuran tidak penting, yang penting keikhlasan hati seorang ibu. Hehehe.. buat adik-adik yang lain, sila jangan jeles.. sila berkonvo dulu ye..


Bila berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang grad pengajian separuh masa ni, rata-rata mengatakan perkara yang sama. Rasa macam nak nangis semasa berada di atas pentas tu. Ye la.. betapa banyak onak dan duri terpaksa diharungi..ecececeh.. macam la lalu hutan rimba ek nak pergi kelas. Padahal jalan berturap lagi tu. Sebenarnya nak bagitau yang bukan mudah la nak dapat degree tu sebab banyak sangat komitmen lain selain pelajaran yang perlu diberi perhatian. Seriously, saya tak rasa nak nangis pun masa atas pentas tu. Eh eh, kental sungguh jiwa saya ke? haha.. takde la sekental mana. Cumanya saya dah nangis kat seat lagi. Sebelum naik pentas..hehehe. Rasa tersentuh pulak hati bila baca sms-sms ucapan tahniah yang dihantar dan dipaparkan kat screen dalam dewan masa tu. Paling menyentuh hati bila si suami mengucapkan tahniah kepada si isteri dan menyatakan rasa bangga beliau kepada si isteri dan berharap agar ini bukanlah konvokesyen terakhir buat si isteri. Walaupun sms ini bukanlah datangnya daripada encik asben saya.. tapi mesejnya telah sampai kepada saya..haha.. tak tahu la macam mana la saya kalau sms tu datang dari encik asben. Mahu berguling-guling saya kat dewan tu keharuan..hahahaha...


Mungkin encik asben memang paham bebenor le bini dia ni macam mana, maka tidak la dia menghantar sms sedemikian rupa. hehehe.. (ayat penyedap hati sendiri le ni). Encik asben saya ni bukanlah jenis yang pandai meluahkan perasaannya. Cukuplah sekadar perbuatannya yang menunjukkan sokongannya kepada saya selama ini. Tapi.. entah bila pulak dia nak sokong saya sambung master pulak ni. Bila tanya, dia cakap.. "tunggu anak2 besar dan kita pergi konvo berdua aje." Huhuhu.. nampaknya merudum terus semangat berkobar2 saya masa kat dalam dewan konvo tu. Hilang ke laut terus semangat saya tengok graduan2 muda memakai jubah sarjana dan mengambil album sarjana mereka. Nak tunggu anak besar.. ada pulak la yang kecik lahir pulak nanti. Nampaknya saya kena guna strategi lain untuk pujuk dia. Korang ada cadangan? Meh share meh..

Strategi pertama, buat masa ni biarlah encik asben berehat dulu. Bagi dia rileks2 dulu di hujung minggu. Penat hampir 4 tahun menjaga anak2 dihujung minggu tak abis lagi. Tu yang terus reject permohonan saya tu. Hehehe..


Ini dia anugerah sampingan yang saya terima sepanjang pengajian saya selama 4 tahun setengah. Di samping ijazah yang saya terima, tiga sijil saya peroleh dalam masa yang sama. Sijil kelahiran Umar Rayyan, sijil kelahiran Aisya Rania dan juga sijil kelahiran Uzair Razin. Nampaknya.. lepas ni kalau encik asben nak tambah koleksi sijil kami lagi.. kena la approvekan permohonan master saya..hehehe.. dah terbiasa pulak sambil belajar sambil mengandung sambil bersalin sambil berpantang.. (strategi kedua ni)

Sebenarnya tak mustahil untuk sambung belajar bila dah berumah tangga. Saya sangat2 menggalakkan kawan2 saya untuk menyambung pelajaran walaupun dah berkerja dan berumah tangga. Jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kita tak pasti cabaran kerjaya kita pada masa hadapan macam mana. Pencapaian akademik yang lebih tinggi bukan hanya untuk naik pangkat, tetapi juga sebagai tanda hormat orang pada kita. Saya pernah rasa macam mana bos saya melebihkan rakan sekerja yang ada ijazah walaupun dari segi pengalaman kerja saya yang lebih. Tapi saya tidaklah memandang ini dari sudut negatif sehingga bermusuh dengan bos dan rakan sekerja. Saya pandang ini dari sudut yang positif, sebagai satu cabaran buat saya untuk meng'upgrade' diri dari segi ilmu. Saya juga membayangkan bagaimana bila saya jadi ketua nanti, anak buah saya mempunyai pencapaian akademik yang lebih tinggi daripada saya. Rasa-rasa nak tak dia terima pandangan saya?

Semasa saya berkerja di JPPH Muar dulu, saya ada seorang rakan sekerja yang telah berumur lebih 50 tahun dan sedang mengikuti pengajian ijazah separuh masa di Open University. Tujuan beliau sambung belajar bukan sebab nak naik pangkat. Tak sempat nak naik pun dah nak pencen katanya. Saya tabik spring la kat dia ni sebab dia belajar hanya untuk kepuasan diri. Dia nak buktikan kat anak-anak dia, dia yang tua pun boleh belajar. Agak2 anak dia yang muda2 tu rasa tercabar tak?

Masa saya konvo hari tu pun, sehari sebelum majlis konvokesyen, pihak UTM Space telah mengadakan satu majlis penyampaian anugerah dekan dan hadiah UTMSpace sempena konvokesyen ke-48 UTM. Masa majlis ni, bukan sahaja graduan-graduan yang mendapat anugerah dekan sahaja diraikan, malahan juga graduan-graduan yang berusia emas semasa konvokesyen ni juga turut mendapat penghargaan. Memang patut pun saya rasa mereka ni diberikan penghargaan sebab bukan senang dikala ingatan tidak sekuat semasa muda, tenaga tak segagah mereka yang muda belia, komitmen kerjaya dan rumah tangga, mereka mampu harungi sehingga ke titisan keringat yang terakhir! Hanya semangat yang kental dan jiwa yang tabah mampu mengharung cabaran demi segulung ijazah!


Selain tu, turut diraikan pasangan suami isteri dan juga adik beradik yang bersama-sama berkonvokesyen. Salah satu pasangan suami isteri yang diraikan ini adalah rakan seangkatan saya, kak fiza dan abang fuad. Paling manis, mereka suami isteri memperoleh anugerah dekan, hasil pencapaian CGPA mereka yang melebihi 3.5. Abang Fuad turut dapat first class tau. Macam mana diorang study sama-sama disamping handle anak tiga hanya mereka yang tahu. Memang layak la mereka ni diberi penghargaan pada majlis ini. Saya masih bernasib baik sebab ada encik asben yang tolong handle anak bila saya ke kelas. Tu la kan.. kalau kita rasa kita susah.. ingatlah sebenarnya ada lagi insan yang lebih susah daripada kita..

Sebagai pembakar semangat pada korang yang nak sambung degree especially dengan UTM Space, UTM Space turut memberi ganjaran wang bernilai RM500 berserta replikanya, trofi yang terukir nama kita sendiri, sijil yang dah siap frame untuk graduan yang mendapat ijazah kelas pertama di samping medal yang terukir nama sendiri ketika menerima anugerah dekan. First Class Degree ni diberi kepada graduan yang memperoleh CGPA 3.67 dan ke atas semasa menamatkan pengajian. Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan!

Kepada anak-anak mummy yang tiga orang ni..

Kalian bertiga dah masuk universiti sejak dalam perut mummy lagi. Anggaplah konvokesyen mummy ini sebagai konvo kalian jugak sebab kita sama-sama study. Harapan mummy agar kalian juga dapat study sendiri di universiti nanti. Moga kejayaan mummy menjadi pendorong dan semangat untuk kalian. Mummy tak mampu nak bekalkan kalian dengan harta bertimbun, hanya pendidikan dan semangat mampu mummy usahakan untuk bekalan kalian.. agar kalian menjadi insan yang dihormati.



(Fuhh! akhirnya siap jugak karangan panjang berjela dari saya. 2 minggu dok status draf. Karangan lepas geram sebab lama tak menulis. Sila bagi komen sebagai tanda anda menghargai ketekunan saya menaip sedikit demi sedikit ini...hahaha..)

Friday, March 30, 2012

Tamat sudah perjalanan 4.5 tahun bergelar student!

Assalamualaikum w.b.t.

Belum pernah lagi saya umumkan kat sini yang saya kini tidak lagi bergelar student kan? Banyak sangat cerita yang nak dikongsi tapi masa yang sangat mencemburui. Memandangkan masa agak cool ari ni, tak cemburu-cemburu lagi..maka saya ambik kesempatan ni nak kongsi kegembiraan ini..hihi..

Berikut adalah keratan rentas yang saya kerat dari Sistem Maklumat Pelajar saya:


Status saya dah bertukar sebagai graduan! Maknanya.. saya bukanlah pelajar lagi. Akhirnya sampai sudah destinasi yang diimpi, Alhamdulillah! Insya-Allah 7 Mei 2012 ni Majlis Konvokesyennya. Tapi hutang tak abis bayar lagi..huhuhu.. kalau tak bayar..alamatnya kena tahanla scroll dan transkrip. Adeh!

Kalau dihitung jari.. macam lama je 4 tahun setengah tu. Tapi sebenarnya pejam celik pejam celik dah sampai 4 tahun setengah. Tak terasa sangat sebenarnya masa berlalu begitu pantas.

Saya mulakan study pada tahun 2007. Apply belajar masih dalam ikatan pertunangan dengan bekas tunang saya yang kini dahpun sah jadi suami saya :-) Setelah berbincang dan kata sepakat telah diambil, si dia tak kisah saya belajar lagi. Kami nikah pada 3.6.2007, kelas pertama saya pada 14.7.2007. Inai di jari masih tak hilang lagi!


Dalam tempoh perjalanan 4.5 tahun ni, saya sempat melahirkan Trio kami, Rayyan pada 19.6.2008, Rania pada 11.10.2009 dan Razin pada 1.6.2011, tanpa tangguh semester. Semuanya saya redah aje. 3 kali bersalin, ketiga-tiganya pernah saya tinggalkan semasa dalam pantang untuk menghadiri exam. Pantang orang tua-tua supaya ibu dalam pantang jangan membaca saya tak peduli. Macam mana nak jawab exam kalau tak baca buku? hehehe.. ala..saya dah memang rabun pun. Tapi berstoking, berbengkung dan bersweater saya tak tinggallah. Kang menggigil kebentanan kat dalam dewan peperiksaan kang naya makcik! hehehe..

Masa dalam pantang Rayyan, paling tinggi saya naik tangga ialah tingkat 3. Dah nasib badan, dewan peperiksaan tinggi sangat la pulak. Masa dalam pantang Rania pulak, tingkat 4. Masa ni kena viva tesis. Orang lain viva secara berdiri, saya dapat viva secara duduk. Best! VIP la katakan. Very Incapable Person! huhuhu. Alhamdulillah saya dapat A untuk viva ini. Markah 79.6 rasanya pastu dibundarkan, dapatlah ngam-ngam A..hehe. Mungkin ganjaran Allah bagi sebab Dia dah bagi kesusahan dulu kan. Tak pun markah kesian daripada Ahli Panel..hehe. Apa-apapun rezeki tu Allah yang tentukan ye tak? Masa dalam pantang Razin, dewan peperiksaan ada lif..takde masalah!

Macam mana saya bahagi masa untuk semua? Ehm.. memang saya tak mampu kalau nak buat semua dalam satu masa. Alhamdulillah, en asben banyak membantu saya urus anak-anak. Maklumla memang sejak kawin, kami jarang dapat berweekand bersama-sama sepenuhnya.. sebab kelas saya pada hari sabtu dan ahad. So, hari saya ke kelas, beliau yang akan handle anak-anak. Orang kata, alah bisa tegal biasa! (So.. korang kena biasakan gak en asben korang uruskan anak-anak walaupun korang tak wat part time study..hihi) Kalau biasa kita dengar di belakang kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya, begitu juga kejayaan seorang wanita, pasti ada lelaki juga di belakangnya!

Sudah hukum alam, setiap benda baik yang kita lakukan, pasti ada dugaan, cabaran dan halangan yang pasti akan kita tempuh. Yang penting, kita kena sentiasa positif. Setiap masalah ada jalan penyelesaian. Jangan lari daripada masalah, sebaliknya selesaikan masalah! Pasti kita akan rasa seronok menyelesaikan masalah. Alah.. macam main SUDOKU tu. Memang pening kepala nak selesaikannya..tapi bila berjaya selesaikan, ada satu perasaan PUAS yang menjalar dalam setiap salur darah yang ada dalam badan..hehehe..

Antara cabaran yang kita kena hadapi bila study part time bila dah berkeluarga ni, kena kacau dengan anak bila nak study. Tengah2 study tetiba pulak anak nak nenen, kenalah lepaskan study dan layan anak pulak. Tapi biasanya saya niatkan dalam hati supaya Allah gantikan masa yang saya peruntukkan untuk anak ni, dengan masa yang lebih baik agar dapat saya ganti study yang tergendala ni. Jangan memberontak.. sebaliknya kena sentiasa tenang. Insyaallah, study smart is better than study hard.

Kepada kawan-kawan di luar sana, tak mustahil untuk sambung belajar semula setelah berkeluarga. Ramai yang dah berjaya, mengapa tidak kita? Saya kalau ada orang nak sponsor, rasa nak je sambung master. Hehehe.. bengang en asben, belajar tak sudah-sudah ye?

Friday, January 13, 2012

Entry pertama 2012

Assalamualaikum semua!

Terlalu lama saya tak update blog ni. Ini entry pertama untuk tahun ni. Dah 13 hari berada di tahun 2012..baru hari ni ambik masa skit buat catatan kat blog ni. Banyak benda nak dikongsikan tapi.. fikiran ni terlalu berat nak memikir banyak benda urgent lain.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa lama saya menyepikan diri dari dunia blog ni? Dah ada medium baru ke? Kalau ada yang bertanya.. saya nak jawab ni. Kalau tak tanya pun.. saya nak jawab gak soalan saya sendiri..hehehe. Sebab saya kena praktis menjawab soalan. Biasalah budak sekolah cam saya ni yang tengah dalam mood exam. Sekarang ni saya sangat sibuk dengan exam final semester.. sibuk dengan assignment yang last minit baru nak terhegeh-hegeh buat.. dan juga sibuk dengan tuntutan tugas hakiki di opis. Exam pertama saya start pada 3 Januari yang lalu, yang kedua pada 7 Januari dan terakhir pada 14hb ni.


Apsal ari ni boleh plak menulis? Huhuhu.. tak tertanggung dah rindu nak mengadap blog ni. Lagi pun.. saya dah nak muntah dah membaca buku ni. Esok examnya. Ya.. exam yang terakhir saya insya-Allah bagi menyelesaikan degree yang dah menjangkau 4 tahun setengah ni. Mesti lepas ni saya rindu nak berexam kan? hahaha..

Lepas ni saya bolehla jadi cikgu dengan sepenuh hati kepada anak-anak saya pulak di hujung minggu. Selama ni tak sempat pun. Mereka belajar sendiri kat tepi dinding yang ditampal dengan alphabet dan numbers.

Oklah.. saya nak teruskan percubaan membaca lagi. Ehm.. percubaan mengingat sebenarnya. Urat dah banyak sangat putus lepas beranak pinak ni.. susah sikit nak ingat mengingati ni..hihih..

Doakan saya dapat jawab dengan baik esok ye. SEbenarnya esok saya sorang je calon yang akan ambik paper ni. Paper ni saya belajar sendiri tanpa dengar syarahan dari pensyarah. Independent Study. Untuk student yang tak sabar nak abis cepat. Tak sanggup nak pegang title super senior lama-lama..hehehe..

Tempat duduk saya esok no. 20 di bilik F401-F404, UTM..hehehe.. tak boleh pilih tempat duduk daa.. Jangan lupa no tempat duduk tu dalam doa kalian ye..

Friday, December 9, 2011

Menyahut Cabaran Undang-undang Kontrak Agensi dan Tort



Alhamdulillah! Perjalanan 4.5 tahun semakin hampir ke destinasi. Perjalanan yang sangat panjang. Sangat banyak kesesakan jalan raya, bumper, selekoh tajam, rintangan dan sebagainya yang telah berjaya diharungi. Tinggal sikit je lagi rintangan nak kena tempuhi sebelum boleh parking kenderaan dengan rapi..hihi..

Ya! Cabaran kali ini.. saya kena belajar subjek undang-undang kontrak, agensi dan tort ini secara indipendent study. Belajar sendiri tanpa menghadiri kelas. Huhuhu.. hebat sangatkah saya sampai tak payah berguru? Oohh..tidak kawan2! saya tak hebat. Saya yang buat rayuan untuk ambik jugak subjek ni walaupun ia tidak ditawarkan pada semester ini. Ini semua saya lakukan bagi membolehkan saya grad jugak semester ni. Tak sanggup la nak berlama-lamaan lagi. Dah 3 orang baby i produce sepanjang perjalanan ini. Tak mao la tertambah sorang lagi pulak nanti..hihihi.. Kang UTM Space terpaksa reka satu anugerah khas untuk bagi kat saya. Anugerah Pelajar Paling Produktif! hehehe..

Dalam seronok-seronok nak cepat2 abis ni, saya seriau gak ni. Ye la, semester lepas member saya ambik subjek ni berguru pun hampir2 gagal. Inikan pulak saya tanpa guru..huhuhu.. Boleh ke ni? Ehm.. redah je la! Yang penting study jangan tak study ye tak?

Sekarang ni hobi baru saya, baca buku undang2 kontrak sambil nenenkan Razin. Sangat mujarab sebagai ubat tidur! Hehehe.. Inilah part yang sangat mencabar. Baca sikit dah ngantuk.. baca sikit dah ngantuk.. camne?

Ok la.. rasanya elokla saya pegi study dari berlama-lamaan kat dunia blog ni kan? Oppss.. kalau sape2 ada masalah nak tanya pasal undang2 kontrak ni.. sila la tanya kat saya..hahaha.. walaupun selalu ngantuk.. insya-Allah saya cuba jawab. I pun ada bakat macam Detektif Mauri yang selesaikan kes jenayah sambil tido tu..hehehe..

Sunday, July 10, 2011

Hikmah tersebunyi disebalik BERSIH

Huhuhu..tajuk agak kontroversi kan? Hot topic la katakan. Kat TV, radio, surat khabar, facebook, blog kebanyakannya cerita pasal topik ini. Hehehe.. memandangkan anda boleh mengikuti perkembangan semasa BERSIH ni kat media massa yang lain, tak perlu la saya ulas lanjut kat sini ye.

Apa hikmah tersembunyi disebalik BERSIH ni? Hikmahnya.. kelas saya pada hari semalam dan hari ini dibatalkan. Yuhuu.. tak payah lagi nak hantar assignment! Ada masa lagi seminggu nak buat. Hihihi..teruk betul ini budak!

Nasib baik pihak pengurusan universiti alert benda2 ni. Kalau tidak.. terperangkap dalam jem la jawabnya nak ke KL.

Kalau kelas tidak dibatalkan.. hari ni nampaknya mummy dalam pantang ni terpaksa bawak anak kecik ke kelas..huhuhu. Gara-gara en asben nak pegi outstation ke Paka, Terengganu.. anak kecik takde orang jaga. Bila kelas batal ni..boleh la hantar en asben sampai muka pintu sebelum dia meninggalkan kami selama seminggu..sob..sob..sob..

Wednesday, December 8, 2010

Episod akhir @ 4 Disember

Salam semua. Dah 2 Muharam dah ari ni. Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru hijrah. Hijrah itu pengorbanan. Hijrah itu perjuangan. Hijrah itu persaudaraan. Hijrah membentuk perpaduan. Marilah sama-sama kita hayati erti hijrah yang sebenarnya ye.. Saya percaya..walau apa pun azam yang kita semat sempena tahun baru..pastinya azam untuk berhijrah dari yang kurang baik kepada yang baik atau dari yang baik kepada yang lebih baik kan? Good luck!

Dah lama rasanya tak bersiaran. Maaf kepada yang menanti (hehe..kalau ada la ye..) Tersangatla busy lately. Busy dengan kerja, busy dengan final exam. Akhirnya selesai sudah kedua-duanya.

Dalam kepala ni mecam-macam cerita nak share. Tak tahu nak mula mana. Kang cerita semua kat 1 entry panjang berjela plak. Pening plak tukang baca. Ok la memula nak cite pasal cerita dah basi dulu. Jangan takut, dengan membaca cerita dah basi ni..anda semua tak akan sakit perut. Tapi kalau dikhuatiri sakit perut gak, sila sediakan minyak Yu Yee cap limau ye.

Cerita basi pertama yang nak dikongsi adalah pasal final exam. Last paper ari tu 4 Disember. Fuhh! lega rasanya. Berakhir sudah episod exam untuk semester ke-7 ini. Macam dapat minum air lepas lari 400m (betul ke perumpamaan ni? hehe..sebenarnya nak tulis lain..tapi macam kurang sopan je..hehe..tukar terus perumpamaan..sape terer cuba teka apa sebenarnya yang saya tak jadi nak tulis..hehe..) Selesai sudah semua 4 paper yang diambil semester ni. 11 kredit semua sekali. Syarat UTM, pelajar separuh masa tak bleh ambik lebih 10 kredit dalam 1 semester. Hah ni bleh 11 kredit lepas dapat kelulusan dekan. Sebab tu la lambat abis belajar. Masa memula belajar, inai masih merah dijari. Sekarang ni dah dapat anak 2 dah. Ehm..nampak gayanya anak no 3 pon masih belajar lagi..huhu.. Dijangka abis hujung tahun depan dengan tempoh diambil 4 tahun setengah. Setengah tu pasal kena praktikal. Syarat UTM, masa apply belajar mesti dah 5 tahun keje..baru dapat pengecualian praktikal ni. Tapi saya masa tu baru 4 tahun keje..huhu..kalau tahu..bleh tangguh dulu belajar. Aihsk! tak baik berkalau-kalau ni ek.. apa-apapun setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya.. Takpela..apa-apapun anak-anak saya dah masuk U sejak dari dalam perut..ye tak?

Berbalik semula cite last paper 4 Disember. Ingatkan nak la score paper ni. Cover supaya pointer tak jatuh..maklumla 3 paper yang lain macam kurang memberangsangkan aje. Salah sendiri..tak sungguh2 study. Biasanya sehari sebelum exam saya akan apply cuti untuk study tapi kali ni tak cuti pun..banyak keje la plak. So malam exam la baru nak pulun study. So kepada mereka yang nak jadi budak scorer, jangan wat camni. Bila wat maraton study ni..risiko dia, dapat hujung pangkal lesap. hehe.. ingat yang last baca..yang awal2 baca dah lupa..huhu.. Sepatutnya malam sebelum exam adalah malam yang kita perlu rehat sepenuhnya..supaya fikiran segar bugar esoknya. Tapi bila tak abis study..terpaksa gak langgar pantang..huhu.. janji konfiden masuk dewan dah baca semua..ingat tak ingat belakang kira..hehehe..

Last paper ni memang banyak dugaan. Akibat bangun pukul 2 pagi untuk study..rasa mengantuk tu memang la. Kena drive sendiri lak tu dari Putrajaya ke Yayasan Selangor, Kg. Baru. First time (baru 2 minggu pindah rumah kat putrajaya ni). Takut sesat je.. maklumla saya dan kesesatan ni memang kawan baik..hehe..(paham paham je la jalan kat lembah kelang ni.. terlajak simpang skit jauh sungguh nak u-turn balik). Takut sesat punya pasal sebelum gerak, lepas baca doa kete (panggilan oleh Rayyan) siap baca ayat Kursi dan Al-Fatihah supaya Allah tunjukkan jalan yang benar dan lindungi daripada bala bencana. Alhamdulillah selamat sampai..tanpa sesat. Dulu masa sesat-sesat dulu tu..lupa baca ayat Kursi dan Al-Fatihah la kot..

Ari tu, dalam dewan pekse saya duduk kat meja depan skali. Ni pasal masuk dewan pekse lambat skit la ni. Siap-siap pi toilet dulu untuk membuang segala isi perut yang memang mintak dikeluarkan. Meja depan je la yang kosong. Diorang dah penuhkan yang belakang dulu..sabo je la. Dah la otak cam lambat pick up je..macam-macam ringtone la yang didengari kat depan ni. Bleh plak ada yang tak off kan handphone yang ditinggal dalam beg. Pulak tu beg ditinggalkan kat bahagian depan dalam dewan pekse. Kalau 1 handphone bunyi bleh la tahan lagi..ni sampai 2, 3 phone bunyi. Aduh! terseksanya.. tak tahu la terseksa pasal bunyi handphone ke pasal tak bleh nak jawab soalan..hehe..

Lagi satu dugaan dok meja depan skali ni, konsentrasi asyik terganggu aje. aceh! macam-macam la alasan ye bila tak bleh nak jawab tu. Bila meja dah berdepan dengan meja pengawas, terpaksa la mengadap orang tengah menonggeng sambil menulis kat rekod kuar masuk ke tandas. Mana tak terganggunya..lagi seinci je nak langgar meja. Pulak tu macam ada jualan murah plak kat tandas tu. Lepas sorang..sorang pi. Ramai sungguh la dapat simptom perut tak selesa dalam dewan pekse ye.. Ehm.. mungkin inilah sebab2 mengapa orang tak nak duduk kat meje depan time exam!

Abis je exam..terus balik rumah. Tawakal je la apa yang mampu dijawab. Itu je la yang Allah izinkan ye tak. Tak sabo plak nak tunggu result exam kuar..berapa la agaknya dapat ye..

Ikut plan asal, lepas abis exam terus nak balik kampung. Tapi tak jadi bila tanya balik kat en asben @ mr driver nak balik bila.. dia jawab kita balik pukul 4..dia kasi can rehat2 dulu. Yahoo! bleh la qada' tido semalam. Last2 dekat pukul 5.30 ptg kot baru kami bertolak balik ke Kuantan. Sekian ~

Moral of the story :
1. Jangan wat maraton study. Sila study seawal mungkin untuk meningkatkan kuasa memori anda.
2. Malam sebelum exam kena rehat secukupnya. Tido yang cukup akan membuatkan minda kita segar dan mampu berfikir dan mngingat dengan baik.
3. Jangan duduk kat meja depan sekali dalam dewan pekse..tension woo..
4. Jangan sambung belajar kalau malas baca buku..huhuhu..
5. Baik berhenti je belajar kalau kata exam ni membebankan..hahaha..tido lagi baik.
6. Elakkan makan makanan yang bleh wat sakit perut sebelum masuk dewan pekse supaya anda tak kuar pi toilet masa exam sedang berjalan. Sian kat member yang dok kat meja depan tu..

Thursday, November 11, 2010

Study oh study!

Bestnye dapat result cam adik ni kan.. gembira sungguh dia.. camne la mamiraysha nak dapat result warna2 terbang cam dia ni..sampai saat ni tak study apa2 lagi..esok dah final exam..huhuhu...

Dugaan betul la belajar part time ni..adeh! mamiraysha yang tak pandai bagi masa..wat keje suka last minit..padan la muka kan? Hukhukhuk...

Semoga Allah bagi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir semester ni. Pastu moga Allah bagi extra lagi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir 2 semester lagi untuk tamat status sebagai pelajar.. Alahai..lambat lagi..

Wednesday, November 10, 2010

Exam oh exam!


Salam hari Rabu. Dah seminggu tak update blog ni. Sorry buat mereka yang ternanti-nanti update daripada penulis blog ni..hehehe..(perasan!) Alasan..sama je dengan mereka yang dah lama juga tak update blog.."BUSY".

Sekarang pun masih busy lagi. So mamiraysha tak berhajat nak tulis panjang-panjang. Saje je lepas gian..hehe.. Dalam kepala ni macam-macam nak tulis. Dah beratur cerita-cerita yang nak dikongsi..sampai tak tahu nak start yang mana dulu..huhu..

Hari Jumaat dan Sabtu ni mamiraysha ada final exam. Hari jumaat paper pukul 3.00 petang..sabtu plak pukul 9.00 pagi. Aduh! apsal la zalim sangat susun jadual pekse cenggitu tu..huhuhu.. sampai saat ni..mamiraysha tak study lagi.. alahai! biasala..bila dah lama sangat belajar..sejak inai masih merah dijari sampai anak dah dua ni..penyakit malas mula menyelubungi diri. Dulu bukan tak malas..malas gak tapi sekarang ni lagi la bertambah malasnya..

Biasanya sehari sebelum exam, mamiraysha akan apply cuti untuk study..konon2. Tapi kali ni bleh plak terlupa masukkan tarikh exam kat dalam planner sampai dah terset meeting penting pada esok hari..huhuhu...bila nak baca buku ni? Huwaaa...

Pagi tadi..terjaga awal dalam pukul 3.30 pagi. Ingat nak sambung tido balik tapi teringat plak blum study. Dengan penuh bersemangat mamiraysha bawak la nota2 lecture ke bilik sebelah. Baru je baca setengah muka surat..dah dengar Rania nangis. Ehm..nak nenen la tu. Terbantutla..penyetadianku. Bila dah selesai..mamiraysha sambung la balik..tapi tak lama..dapat la 2 muka surat je..Rania dah nangis balik.. saje je buat2 tak dengar. Tapi bila mamiraysha kuar..tengok dia dah berjalan kuar bilik. Aduih! ajak dia sambung tido balik..dia dah tak mao dah..huhuhu.. tamat la sudah study yang cuma 2 muka surat aje..dugaan! dugaan!

Ari ni mamiraysha kena prepare untuk meeting esok. Harap2 dapat settle sebelum makan tengahari supaya mamiraysha dapat kesempatan untuk curi2 study skit..
Kawan2..doakan mamiraysha berjaya study dan dapat jawab exam dengan baik ye..

Oppss! silap plak..doakan bukan saje dapat jawab dengan baik tapi doakan dapat jawab dengan betul dan tepat..hehe..bleh tak panjangkan skit doa tu? Huhu..kalau dapat jawab dengan baik je..macam jawapan kat bawah ni la. Dia dapat jawab dengan baik tapi jawapannya tak betul..huhu..Tak mao la dapat markah cenggini.. Hah! doakan sekali cikgu lembut hati bagi markah kesian ye..hehe..