Check it out!

Friday, March 29, 2013

Episod Sakit Gigi - Pengalaman Cabut Gigi

Siapa tak pernah rasa sakit gigi angkat tangan!!
Wah.. hebatlah. Maka jagalah gigi anda sebaik mungkin agar episod sakit gigi ini tidak berlaku kepada anda.
Entry ini ialah khidmat sosial saya kepada masyarakat sempena kempen penjagaan gigi sedunia..muahahaha..

Saya pernah dengar orang mengatakan yang sakit gigi ini ialah sakit yang akan menyebabkan semua anggota lain turut sakit. Maknanya, kalau sakit gigi menyerang maka anggota lain tak dapat menjalankan tugas dengan sempurna sebab tak boleh nak buat apa sebab terpaksa menanggung sakit yang menyucuk. Apabila keadaan ini berlaku, sila jauhkan diri anda untuk bergurau tak bertempat dengan pesakit gigi ini, dibimbangi.. gigi anda pulak yang cedera.. dan anda pulak yang akan tulis entry episod sakit gigi macam saya..haha.. (hormon marah orang sakit gigi automatik meningkat)

Kawan saya juga pernah mengeluarkan statement yang sakit gigi ini adalah sakit kedua paling sakit selepas bersalin. Maknanya, kawan saya ni klasifikasikan yang sakit bersalin ialah sakit yang tinggi darjatnya sedikit berbanding sakit gigi. So, incik lelaki di luar sana kalau anda rasa sakit gigi, ingatlah bahawa sakit itu masih tak seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. Orang pompuan yang lemah pun boleh menghadapi sakit yang paling sakit, inikan pulak orang lelaki yang kuat dan gagah. Apa ada hal lah.. haha.. motivasi..motivasi..bukan provokasi. 

Sebenarnya saya start mengalami episod sakit gigi ini sejak 10.10.2012 tahun lepas. Sakitnya menyucuk-nyucuk hingga menyebabkan sakit tu tersebar ke gigi yang tak terlibat. Fuh! memang tak dapat nak tidur malam menahan sakit. Keesokan harinya saya ke klinik pergigian Putrajaya Presint 9 untuk mendapatkan rawatan. Pipi saya di x-ray dan didapati tampalan gigi geraham bawah sebelah kiri saya telah menyentuh saraf gigi yang menyebabkan kesakitan. Doktor memberi saya 2 pilihan sama ada cabut atau membuat rawatan akar (RCT - Root Canal Treatment). Saya tanya yang mana satu lebih baik? Dia kata terpulang. Kalau cabut, takde la gigi. Tapi kalau buat rawatan akar, gigi akan kekal ada kerana dia akan korek semula tampalan, mematikan saraf gigi tu dan membuat tampalan semula. Appointment saya untuk mendapatkan rawatan ini ialah pada 24.7.2013 yang akan datang. Adeh! sangat lama kerana pesakit gigi sangat ramai..huhu..

Sementara menunggu tarikh rawatan.. gigi ini sakit on and off. Sekarang ni macam mula nak sakit balik gigi tu. Ntah-ntah bila tiba tarikh appointment, gigi tersebut sudah tiada lagi..huhu. Tidak mungkin saya sanggup tunggu jika sakit dah menyucuk-nyucuk. 

Sabtu 16.3.2013 yang lalu.. episod sakit gigi kembali menghantui diri.
Menyucuk-nyucuk sampai tak boleh nak tido malam.
Bukan gigi yang sebelum ini, tetapi gigi geraham bongsu sebelah atas sebelah kanan pulak.
Gigi tersebut memang dah berlubang di tepi (baru perasan). Sebelum ini steady je. Pada hari tu, dia dah tak mampu menangkis serangan. Gara-gara tengah harinya makan Epal Besar ini..

Inilah punca serangan sakit gigi saya
Macam-macam kaedah dan petua saya lakukan untuk mengatasi sakit gigi yang menyucuk ini. Petua paling popular, berkumur dengan air garam. Memang berkesan, hilangla jugak sakit gigi tapi sekejap je, pastu menyerang semula. Adeh! sila bayangkan berapa kali saya terpaksa berkumur dengan air garam tersebut. Selain air garam, saya turut tampal pipi tempat gigi yang sakit itu dengan koyok. 


Copycat yang sibuk je nak sama macam mummy dia.
Hari Ahad keesokan harinya terpaksa saya lalui dengan kesakitan..huhu. Nak keluar rumah pun takde mood. Takpela.. bertahan lagi sehari memandangkan kebanyakan klinik gigi tutup pada hari Ahad (pada perkiraan saya). Hari Isnin saya ke pejabat dengan 2 bekalan untuk mengatasi sakit gigi saya. Bekalan pertama, sebotol air garam untuk berkumur bila sakit menyerang dan kedua, doa sakit gigi di bawah ini. Gigih saya menyalin semula dari dalam buku untuk di bawa ke pejabat sebab lebih senang membawa secebis kertas berbanding sebuah buku.


Doa sakit gigi
Pada pukul 12.20 tengah hari pada hari Isnin, 18.3.2013 tersebut, en. asben menjemput saya di pejabat dan menghantar saya ke klinik gigi untuk 'settle'kan gigi tersebut. Mungkin en. asben takut nak tinggal lebih lama dengan orang sakit gigi..haha. Berdasarkan risikan dengan kawan-kawan, saya memilih Klinik Pergigian Halizah yang terletak di belakang Warta, Bangi. Berhampiran dengan Tabung Haji.

Saya sampai lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Tak perlu lama menunggu, sekejap je nama saya di panggil. Ingatkan lama sebab sebelum saya sampai memang dah ada patient yang sedang menunggu. Rupa-rupanya ada 2 bilik rawatan.

Sebelum masuk ke bilik, seram gak sikit nak kena cabut gigi. First time nih gigi nak kena cabut. Masa kecik-kecik dulu, tak payah cabut, gigi memang tanggal sendiri sebab nak beri laluan gigi kekal mengambil tempat. Terbayang pulak la aksi seorang doktor memegang playar lalu dengan rakusnya menyentap gigi yang sakit itu. Adusss... fengsan!

Tambah lagi en. asben pulak cerita pengalaman dia 3 kali cabut gigi. Memang ketiga-tiganya beliau menjerit kesakitan. Sangat sakit dan takut katanya. Adeh! time ni pulak en asben cerita ngeri ini. Memang beliau akui yang beliau sangat takut mencabut gigi. (ooo.. baru tahu yang penakut jugak en asben saya ni)

Saya tak biarkan perasaan takut menguasai diri.
Saya kan dah pernah merasai sakit bersalin 3 kali. Apa la sangat cabut gigi ni kan..
Saya cuba menenangkan diri sebenarnya dengan membandingkan dengan pengalaman bersalin. Kan kawan saya cakap yang sakit gigi ni sakit kedua paling sakit selepas bersalin..hehehe..

Semasa di bilik rawatan..
Doktor bertanya gigi kat mana yang sakit dan beliau check gigi yang berkenaan.
Selepas meninjau keadaan gigi saya, beliau mengesyorkan gigi tersebut dicabut. Lagipun ianya gigi bongsu.
Memang hajat saya nak cabut pun gigi tersebut.
Prosedur seterusnya, doktor menyuntik ubat bius di dua tempat. Satu dekat bahagian pipi sebelah dalam dan satu lagi di langit-langit untuk membuatkan bahagian yang hendak dicabut tersebut rasa kebas. Suntikan pertama, tak la sakit sangat macam semut gigit je. Tapi suntikan kat langit-langit tu agak sakit sikit sehingga saya dinasihati oleh doktor untuk tidak mengeraskan badan. Tindakan luar kawal menahan sakit puan doktor! Honestly, sakit jahit selepas bersalin lebih sakit lagi la..huhuhu..

Selepas suntikan diterima, saya dibiarkan berbaring di kerusi rawatan sebentar sehingga rasa kebas dirasai. Ada la dalam 5 - 10 minit kot. Selepas itu, tibalah adegan yang ditunggu-tunggu.. gigi dicabut! Doktor beritahu yang saya akan rasa gigi bergerak-gerak.. itu normal. Tapi kalau rasa sakit menyucuk, sila angkat tangan. Ye.. puan doktor.. saya akan standbykan tangan..hehe..

Saya rasa doktor itu mencucuk-cucuk gigi saya dengan sesuatu. Tapi tak rasa sakit langsung. Tup-tup, doktor suruh berkumur. Saya tanya doktor, "Dah siap ke?" Doktor jawab, "ye dah siap."  Mak aii.. sekejapnya. Rasanya macam tak sampai 5 minit pun gigi tu dah tercabut. Memang cabut gigi secepat inikah atau gigi saya itu sudah reput.. makanya senang dicabut??

Keluar je bilik rawatan, encik asben pun terkejut.. macam tak percaya gigi saya dah dicabut. Berulang-ulang kali dia soal, "dah siap ke?" Nasib baik saya tak sakit gigi lagi, kalau dia soal banyak-banyak kali macam ni time saya sakit gigi, memang siap dia! hahaha..
Bil untuk cabut gigi ini ialah RM100. Agak murah juga la untuk kos cabut gigi geraham.

Lepas cabut gigi, saya ke pejabat semula selepas menghabiskan separuh masa rehat di Giant dalam Warta. Memang takde rasa sakit lagi sampai sekarang. Lepas cabut tu pun saya takde rasa sakit di tempat yang dicabut. Cuma darah je yang keluar banyak. Kebas masih terasa agak lama la. Tapi bila balik dari pejabat, dah hilang dah kebas tu. Walaupun dah hilang kebas, saya still takde rasa sakit. Cuma saya elakkan dari mengunyah di tempat tersebut sebab saya rasa-rasa dengan lidah, tempat yang dicabut masih berlubang. Alhamdulillah, apa yang saya khuatiri iaitu demam selepas cabut gigi tidak berlaku. Pada pendapat saya, cabut gigi tidaklah mengerikan.

Buruknya rupa gigiku ini

Nah! buah tangan yang saya bawak balik dari klinik tersebut. Siapa tak tahan nak tengok gigi buruk tersebut, cepat-cepat la scroll down ye. Saje saya request nak bawak balik..hehe. Nak tayang kat blog ni buat pengajaran hidup. Lain kali jaga gigi elok-elok ye. Gosok gigi tu biar sampai ke hujung. Jangan tertinggal lak adik bongsu tu. Kesian dia.. Dia yang last tumbuh, dia pulak yang kena cabut dulu.. 

Selamat tinggal gigiku sayang..
Terima kasih atas khidmat anda selama ini.
Jasamu akan ku kenang-kenang selalu..
sop! sop! sop!

Saya dah kurang satu gigi.
Umur baru 3.0 series..
Agaknya saya kurang minum susu kot sepanjang mengandung 3 kali dan menyusukan anak non-stop selama 3 tahun 5 bulan. So, mummies di luar sana.. sila rajin-rajin minum susu atau sumber kalsium lain ye.. takut nanti dah 5.0 series dah takde gigi nak kunyah..hehe..

45 comments:

Unknown said...

Pengajarannya kena rajin-rajin la gosok gigi..hu hu

Sharz said...

saya pon kene cabut geraham bongsu yang atas sebab nak bagi ruang geraham bongsu bawah tumbuh...takotttt.. :(

SyurgaItuIndah:) said...

gigi saya bakal dicabut . takutlahhh !!! baru 19 tahun da kene cabut gigi geraham :(

Anonymous said...

Assalamualaikum tumpang tanya, adakah gigi geraham anda berlubang dan berdarah. Saya mengalami gigi geraham berlubang kerana tampalan semasa kecil dah terbuka. Jadi saya rasa sakit bahagian dalam gigi geraham (mungkin saraf). Sekarang cuak nak jumpa doctor :-(

ida said...

Anak bujang saya cabut gigi tadi..asyik merengek sakit,.2 lubang kat geraham..sy srh cabut jer..kena $120..x pe la,blh claim kat opis ayahnya.senang hati dh cabut...blh lena tdo.

mamiraysha said...

Gigi geraham saya berlubang di tepi gigi. Agak besar la. Memang sakit mungkin dah kena saraf lubang tu. Cabut gigi tak sakit sebab doktor bagi ubat bius. So, tak rasa apa cuma rasa kebas. Menahan sakit gigi itu lagi sakit. Semua anggota akan sakit. nak buat apa pun takde mood. Ayuh! kuatkan je sikit semangat. Percayalah, sakit bersalin itu lagi sakit..hehe..

mamiraysha said...

Biar gigi geraham jangan gigi depan..hehe.. Dah sampai penamat riwayatnya.. redhakan aje la..hehe. Saya simpan lagi gigi geraham yang dicabut tu. Buat kenangan.. nak frame macam melampau lak..hehe..

mamiraysha said...

Untung la boleh claim kat opis. Saya keje gomen.. tak bleh claim. Nak pegi klinik gomen, tahun depannya baru sampai tarikh temujanji..huhu.. Betul..hidup lebih tenang bila gigi tak sakit..hehe..

mamiraysha said...

Kalau la masa boleh diputar..huhuhu.. setengah jam sekali saya gosok gigi..hehe..

mamiraysha said...

Nak sesuatu kena korbankan sesuatu..hehe.. Yang penting kita masih ada gigi nak mengunyah..

My SouL and My HearT said...

As salam, tengah dok search pasal klinik gigi di bangi, jumpa entry ni.
Memang gusi saya memang tengah bengkak dan gigi tu memang berlubang. Serius..memang penakut giler jumpa dktor gigi..
waktu operasi klinik tu samapi pukul berapa ye?

Anonymous said...

tapi itu du;u la.. sekarang saya pegi staff buat layan tak layan. agak2 lepas x de customer baru boleh cakap elok2

Unknown said...

huh..bila baca ni mcm dah takot pula nak jumpa doktor gigi.. dah la fobia nk cabut gigi.. masalahnya gigi geraham ni plak dah berlubang.. sakit yg amat sangat sampaikan nak mkn pon xlalu..kadang2 bila makan tergigit pula disitu.. sakitnya hanya tuhan jela yg tahu..

Anonymous said...

Sy pn sama dh mula sakit gigi sbb pregnant mmg tk suka minum susu...sy bakal ikut jejak puan....kena cabut geraham

KHRYHMYD said...

dah saya mencabut gigi geraham pada hari ni. Pendarahan yang banyak. sampai nak makan pun takut. takut tertelan darah. Moga esok darah ini akan behenti.

mummy said...

tengah sakit gigi.. :(

Anonymous said...

saya pun cabut gigi geraham semalam kat klinik doktor halizah juga...mmg doktor tu wat tak sakit tapi sebelum tu saya pergi klinik kerajaan untuk cabut gigi yang sama..tapi sgt sakit bius tak rase tapi dipaksa2 cabut sampai saya menangis2 da...last tak jadi cabutdia suruh saya dtg semula bila sy dah bersedia...tapi sy da serik tu pergi klinik dr halizah yg sememangnya saya tau ok...bayar pun tak perla dari free tapi azab...saya tak kata semua dktr kerajaan tak ok...sebelum ni dktr2 lain wat ok mcm dktr swasta buat..tapi da nasib terkena dktr yg agak kasar..bukan sy srg je rase ...ade patient yg sama ngan sy hari tu bagitau dktr tu wat ganas..n saya pun akui sbb sy pun rase yg sama...smpi 3 ari mc la akibat bengkak slps cubaan cabut tu...smpai saya fobia nak cabut dgn dktr perempuan wlpn diswasta akibat dktr perempuan yg srg tu di klinik kerajaan tu...sy tunggu gak dktr lelaki balik dari bercuti baru cabut gigi...hehe fobia beb...dktr ni ada yg pandai wat patient tak sakit ada yg sy pn tak tau nak ckp...nak kate tak pandai dia doktor tentulah pandai kan nak lagi dktr senior sbb tgk gred dia tu....tapi sbb dktr tu la sy fobia...hrp2 patient lain tak kena mcm sy... :)

Unknown said...

Sy plik la dgn gigi sy sblh kiri kdudukn yg ke3 bawah *xtau apa nma gigi ni hehe
Xgoyg just berdarah dn automatiknya akn berbau jka berdarah!!
Malu mula menghantui diri plk!!!
Hmmm segan nk berckp dgn kwn2 dn nk tnya cikgu !!!!
Jdi adkh gigi sy ni prlu dicbut atau cabut gusi hahahahah

Unknown said...

Selamat siang bapak/ibui ya,maaf numpang promos,kami dari MEDIONE ..Perusahaan kami bergerak dibidang jasa rumah sakit diluar negri, diantaranya :
*Malaysia (Pantai & Gleaneagles,Mount Miriam, Sunway Medical Center)
*Singapore (Parkway Group,NUH,Tan Tock Seng,Singapore General Hospital)
*Thailand (Bumrungrad)
*Australia (Royal Children ,Health Scope Group)
Kami dapat membantu bapak/ibu memberikan informasi pengaturan RS, temu janji dokter,Transportasi dan akomodasi ,secara gratis,yang dapat memudah kan anda dalam melakukan pengobatan / medical check up di luar negri.Bapak/ibu dapat menghubungi kami di
021-45645694 / 085694454757
email : admin@medione.co.id
medione.hc@gmail.com

Demikian informasi dari kami semoga bermanfaat

Terima kasih
MEDIONE

Unknown said...

Semalam sy cabut gg geraham sebelah kirin! Siyesly sakit gila sampai pipi pon naik bengkak ... X penah rasa mcm ni choi ... Skunk ni nk makan ape sume kne hold melainkan minum air ... Ape yg perlu sy buat ye. sakit sgt ni berdenyut2 je rasa . Nk demam pon ade .

ummi said...

Syukurlah, saya tak pernah lagi sakit gigi, sampai kena cabut. Sampai sekarang, gigi saya belum ada lagi rongak. Terima kasih lah sebab berkongsi kisah yang menarik dan sangat memberi manfaat ni.

Nampaknya, memang tak boleh malas-malas dah gosok gigi sebelum tidur lepas ni. hehe.

sakit gigi semasa hamil

fuzy said...

Saya pun pernah kena cabut gigi graham bongsu masa mengandung anak kedua...kurang kalsium agaknya...lepas tu minum susu dan ambil pil kalsium... Kalsium memang sangat penting untuk semua orang! Saya ambil Ostematrix shaklee juga

Unknown said...

Boleh bagi kat sy alamat dan no telefon klinik tsebut?? Sy pn tgh skit gigi bongsu nie..cadangnye nk cabut je..klu simpan pn x de gne gigi last tu..

Unknown said...

Boleh bagi kat sy alamat dan no telefon klinik tsebut?? Sy pn tgh skit gigi bongsu nie..cadangnye nk cabut je..klu simpan pn x de gne gigi last tu..

sms said...

alhamdulillah. petang tadi dah selamat cabut gigi geraham di kilinik Halizah bangi. memang highly recomended klinik tu. dulu pernah tampal gigi n cuci gigi di klinik lain sekitar bangi, tapi azab ya Allah. klinik halizah memang superb!

Unknown said...

Hrp2 klinik halizah tu ade lg... gigi geraham sakit.... :'(

Unknown said...

Hrp2 klinik halizah tu ade lg... gigi geraham sakit.... :'(

Unknown said...

Aku esok try kali kedua nak cabut gigi geraham klu tak boleh kena operate...sbb bkn gigi berlubang tapi gusi masalah...

Unknown said...

Aku esok try kali kedua nak cabut gigi geraham klu tak boleh kena operate...sbb bkn gigi berlubang tapi gusi masalah...

Unknown said...

Pun tgh sakit gigi...td pergi klinik dr azila (seksyen 8) , 2 kali bius...bila dia start nak cabut...tgn aku terus tepis sbb x tahan...so dia x jd cabut. Dia ckp mungkin ada infection so ubat bius x berfungsi sepenuhnya tp dia ckp dos tu dah tggi. Atau minda aku je yg dah set sakit...so Dr suh balik ..mkn antibiotik seminggu...dtg blk utk cabut....punya la berdebar nak jumpa Dr gigi ni ..Allah sj yg tau...nak bersalin pun x mcm ni....

Unknown said...

Pun tgh sakit gigi...td pergi klinik dr azila (seksyen 8) , 2 kali bius...bila dia start nak cabut...tgn aku terus tepis sbb x tahan...so dia x jd cabut. Dia ckp mungkin ada infection so ubat bius x berfungsi sepenuhnya tp dia ckp dos tu dah tggi. Atau minda aku je yg dah set sakit...so Dr suh balik ..mkn antibiotik seminggu...dtg blk utk cabut....punya la berdebar nak jumpa Dr gigi ni ..Allah sj yg tau...nak bersalin pun x mcm ni....

Unknown said...

Gigi aku tak sakit sangat tp gusi aku bengkak, sakit nya omg , mungkin gigi tu tumbuh rapat celah gusi tu yg sakit
Nak pegi klinik kerajaan tp esok kan ahad, aduhhh

Unknown said...

Saya pon kna cabut tdi . Baru umo 21 dh kna cabut huhu

Sepeda said...

Thx infonya

AF Harun said...

Baru lepas operate cabut Gigi geraham bongsu 4 Hari lepas di klinik swasta di Setia Alam...takut gak sakit selepas baca banyak entri tapi alhamdulillah Masa bius, operate Dan cabut Tak rasa apa...cuma Hari kedua langsung takleh masuk apa dalam perut..minum air pun boleh muntah..masuk Hari ketiga dah ok sikit tapi laparnya Allah je tahu...Hari ke tiga baru boleh start makan nestum ngan minum Susu perasa coklat...Tak sabar nak baik pasal takleh tahan makan nestum je dah 😂

Unknown said...

bape $ oprate 😃😃seram lak nak cabut hahahahaa (gigi aku tgh bedenyut2) hahahaha

Anonymous said...

Eee. Gigi yg dlm gambar tu Mesti Busuk kan.. wuekkkk

Unknown said...

Sy jgk penakut ni esok nk walk in gg belubang n sakit takuttt gile baca entry ni pn da rs nk pengsan

Unknown said...

sy gigi dh reput kat geraham tpi takut betul nk jumpa dctr gigi

Dilah Naim said...

gigi geraham dah belubang, takut jugak nak pegi tampal, tunggu sakit nak cabut terus je..seksa nak mengunyah makanan nanti..huhu

Unknown said...

Hi sis, boleh tahu sis pergi klinik di mana

ayda zalie said...

Bile kite dh cabut gg garham doc advise utk buat gg palsu x ?

Syl said...

Hehehe..sy baca cerita sis lepas cabut gigi..sy baru lepas cabut gigi..gigi sy x ada lubang..sb retak d bahagian akar..tergigit tulang..jadi hati2 guys..jgn gigit benda keras..Masa suntik bius rasa sikit sakit..tp sakit perut cirit birit lagi sakit dr cucuk jarum bius hehehe..goodbye gigi sakit..baru 2 Hari sakit..ohhh sakittt sgt..semua kerja x blh buat..tidur pun dpt..sakit gigi 10kali sakit dr suntikan bius..hehee..u all..jgn takut cabut gigi

Syl said...

Correction..
*tidur pun x dpt

Olah_Data_Semarang said...

Amalan Penyembuh Sakit Gigi Berupa Video
Sudah Dilihat Lebih Dari 23K Orang
Sudah Lebih Dari 23K Yang Sudah Mengamalkannya
Sudah Terbukti Manjur Dan Ampuh
Klik Link Berikut Ini Untuk Tahu Cara Pengamalannya
https://dik.si/SGigi