Check it out!

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Sunday, May 1, 2016

Untung Jadi Pekerja Jujur!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!



Sebuah cerita inspirasi untuk dikongsi.

Ada seorang CEO ni dah nak bersara. Namun sebelum bersara, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari pengganti beliau sebagai CEO. Beliau berhasrat menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik.

Untuk itu, beliau memanggil kesemua eksekutifnya, memberikan masing-masing biji benih kepada setiap seorang dan berkata:

" Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini...."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif yang bernama Ahmad (bukan nama sebenar..hihihi) juga mendapat benih tersebut. Beliau membawa benih itu pulang ke rumah lalu menanamnya. Setiap hari, benih itu disiram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yang tumbuh dari benih yang diberikan kepada mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati. 

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO dengan membawa hasil yang tumbuh dari benih tersebut.

Semasa di rumah, Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yang kosong. Namun isterinya mendorong untuk Ahmad tetap membawa pasu kosong tersebut untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa je bang.. Walaupun abang gagal untuk menumbuhkan benih tu, setidak-tidaknya abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha sedaya-upaya untuk menumbuhkan benih tersebut sesuai dengan permintaan bos abang..."  demikian kata isteri Ahmad.

" Baiklah sayang..." jawab Ahmad dengan hati yang berat lantaran kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan CEO beliau.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandang kepadanya penuh kasihan.

Ketika CEO masuk, beliau memandang keindahan seluruh tanaman yang katanya terhasil daripada benih-benih yang diberikannya 3 bulan lalu, hingga akhirnya pandangan mata beliau berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu.

CEO tersebut memanggil Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.

Selesai sahaja Ahmad bercerita, CEO berkata,

" Berikan tepukan untuk Ahmad, CEO kita yang baru...!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata, 

" Semua benih yang saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yang paling layak menyandang jawatan tertinggi ini....!"

(sumber : WhatsApp)

# Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk jadi TERBAIK!

SELAMAT HARI PEKERJA!

" Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi "
(Tema Hari Pekerja 2016)




Sunday, February 14, 2016

Pertama pada hari ke-45 tahun 2016. Mari bersemangat!

Assalamualaikum..

MR muncul lagi. Lama dah tenggelam. Baru timbul balik. Malam tadi takde mimpi pun berblogging. Memang tak pernah bermimpi pun. Tetiba lak hari ni hati rasa tergedik-gedik nak menaip dalam blog tersayang la sangat ni.

Lama sungguh MR abaikan blog ni. Terlalu ikutkan perasaan...busy sangat dengan urusan kerjaya. Tak ada masa lapang kononnya nak update entry. Tapi sebenarnya.. nak cari masa terluang memang tak akan ada kecuali kita luangkan masa.


Sempena tahun baru 2016 ni..MR dah tanam azam baru awal tahun aritu.. nak kembali aktif menulis blog.. 45 hari dah berlalu...azam yang ditanam tu baru nak tumbuh hari ni...hahaha! Kalau bersalin..dah habis pantang dah ni. Kira hari pertama merdeka dah..

Moral of the story..lain kali jangan tanam azam.. timbulkan azam!

Bagi merangsang mood untuk menulis dan penjenamaan semula blog ni..kata ganti nama MR akan digunakan bagi merujuk kepada Mami Raysha. Bukan Mr (Mister) okeh! 


Kenapa MR? Macam comel sikit berbanding saya, aku, makcik, dan sebagainya..haha..

Bagi yang baru jumpa dengan blog ni, MamiRaysha adalah nama pena yang digunakan oleh tuan punya blog apabila terjebak dalam kancah blogging ni since 2010 lagi. Umur layak pergi sekolah tadika dah blog ni ye rupanya. Belum matang lagi....masih suka main-main dan kurang fokus! 

Nama MamiRaysha dipilih mewakili diri tuan punya blog yang merupakan mami kepada anak-anaknya iaitu Umar Rayyan, Aisya Rania, Uzair Razin. So, Raysha adalah gabungan nama anak-anak. Tahun 2010 tu..Ray tu merujuk Rayyan...dan Sha tu merujuk Aisya. Gabungkan jadi Raysha. Bila lahir Razin pada tahun 2011, ada gak yang prihatin tanya...tak tukar ke nama blog? Dah tambah anak sorang lagi ni. MR jawab.. Ra kat depan tu pun boleh mewakili Razin..hehe. Dan..kalau ada rezeki dapat anak perempuan lagi..memang dah lama reserve nama Raysha ni untuk dia..hehe.. 


Pada awal kewujudannya..blog ini lebih memfokuskan cerita anak-anak.. breastfeeding dan parenting . Sebab tu nama alamat blog pun ala-ala motherly gitu..hehe. Pantas masa berlalu..anak paling kecik masuk umur 5 tahun dah tahun ni. Dah kurang cerita nak share pasal breastfeeding dan parenting.


Awal-awal dulu tajuk blog ni adalah "From Mummy to Mummies..what Mummy cares about". Tapi beberapa tahun lalu MR dah tukar tajuk blog kepada "Realiti Kehidupan". Tajuk yang agak menyeluruh untuk menyentuh realiti yang berlaku terutama dalam diri tuan punya blog. So, bukan setakat mummy je..daddy..atok adi..tok kadi...everybody...pun boleh baca kan?


Ok! agak panjang mukaddimah yang diberikan..


Hari ni MR dapat satu tips berguna dari blog Dunia Cik Akak. Tips blogging yang diberikan adalah "disiplinkan diri dengan up satu entry sehari". Oh...bunyi macam senangkan... tapi nak amalkan tu yang agak payah!


MR rasa nak sahut cabaran tu! Cabaran 1 entry 1 hari. Harap MR boleh disiplinkan diri nak sahut cabaran 21 hari 21 entry bagi membentuk tabiat diri! 


Ada tak sesiapa yang nak sahut cabaran ni bersama-sama MR? Jom teman!


Friday, July 9, 2010

Berfikiran Positif - Boleh Mengurangkan Tekanan?

Salam. Kali ni saya nak kongsi lagi cerita pasal tekanan ni. Kira ni kesinambungan topik wanita lebih stres berbanding lelaki? yang penah saya post dulu la. Kalau belum baca..bleh la baca dulu..hehe.. Apsal la saya utarakan topik ni? Ehm..saya rasa tekanan ni semua orang alami..takde terkecuali! Lagi pula kajian telah mendapati bahawa wanita lebih tertekan berbanding lelaki. Bagi mummies yang breastfeed baby..memang perlu menjauhi sebarang bentuk tekanan ni. Kalau tak..alamatnya penghasilan susu bleh terganggu.. Kesian baby jadi mangsa tekanan mummy dia..hehe.. So i'm very concern pasal tekanan ni..

Bertanggapan negatif boleh menyebabkan tekanan. Sebaliknya, jika kita tukarkan persepsi negatif ini kepada positif ia boleh mengurangkan tekanan. Misalnya, kita mungkin berasa sukar hendak menerima kenyataan bahawa kita ditukarkan tempat bertugas yang lebih jauh..sedangkan kita sudah selesa dengan pejabat lama. Tetapi sekiranya kita tukarkan daripada persepsi negatif ini kepada persepsi positif iaitu "Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin penghijrahan ini menambahkan lagi pengalaman dan meluaskan lagi persahabatan.." boleh mengurangkan tekanan akibat pertukaran ini. Dalam hal ini, pembentukan semula minda membolehkan kita menimbangkan semula reaksi pada sesuatu perkara yang lebih baik.

Begitu juga ketika kita menerima berita kehamilan yang tidak dijangka (hahaha..tak abis2 cite kehamilan tak dijangka..nak wat camne..rasanya ini yg paling rapat dgn org pompuan kan..). Ketidaksediaan kita menerimanya boleh menimbulkan tekanan..lantaran berbagai-bagai persepsi negatif berlegar-legar di fikiran. Jangan biarkan pemikiran negatif ini menguasai fikiran kerana tekanan akan menjadi lebih kronik. Sebaliknya, tukarkan persepsi negatif ini kepada positif dengan menyatakan pada diri " Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap yang Allah jadikan..ada rezeki masing-masing. Mungkin kehadiran anak ini boleh menjadi pengikat kasih sayang suami kepada kita. Mungkin Allah nak kita susah dahulu..senang kemudian.. Allah nak bagi anak yang sedia ada seorang kawan lagi.."

Kita mungkin tidak mampu merubah keadaan yang telah ditentukan. Tetapi apa yang kita mampu adalah menerima kenyataan. Nak tak nak kita kena terima juga. So, bagaimana kita menerima kenyataan itu adalah paling penting. Bila kita terima secara negatif maka kita akan berdepan dengan tekanan. Sebaliknya, jika kita terima secara positif maka tenanglah hidup kita. So, bila kita mampu mengawal pemikiran kita..kita mampu mengawal tingkah laku kita!

Saya nak kongsi cerita pasal satu kisah yang saya jumpa dalam buku EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Diceritakan bahawa seorang raja di Timur Tengah bermimpi bahawa gigi baginda tercabut satu demi satu sehinggalah habis. Mimpi tersebut membuatkan baginda berasa sedih. Baginda pun memanggil pentafsir mimpi untuk membuat tafsiran berkenaan mimpi tersebut. Pentafsir mimpi pertama berkata kepada baginda " Wahai tuanku, saya mempunyai berita buruk untuk tuanku. Tuanku akan kehilangan semua ahli keluarga, satu demi satu sehingga tinggal tuanku seorang sahaja yang hidup." Tafsiran pentafsir mimpi ini telah menimbulkan kemurkaan raja lalu beliau dihukum penjara.

Kerana tidak berpuas hati, raja memanggil pula pentafsir mimpi yang kedua. Selepas pentafsir mimpi itu mendengar mimpi yang disampaikan, beliau berkata, " Wahai tuanku, saya ada satu berita baik untuk tuanku. Tuanku akan dipanjangkan umur lebih lama daripada kesemua ahli keluarga yang lain." Apabila raja mendengar tafsiran mimpi ini, baginda berasa amat gembira lalu memberi ganjaran yang lumayan kepada pentafsir mimpi tersebut. Namun begitu, di kalangan pembesar-pembesar raja sangat terkejut dengan tafsiran itu. Tafsiran pentafsir mimpi pertama tidak berbeza dengan tafsiran pentafsir mimpi kedua tetapi mengapa pentafsir mimpi pertama dipenjarakan, sebaliknya pentafsir mimpi kedua tidak dipenjarakan, malah diberikan ganjaran lumayan lagi! Pentafsir mimpi kedua menjawab persoalan para pembesar, "Ya! kamu semua benar, kami berdua telah mentafsirkan mimpi itu dengan cara yang sama. Akan tetapi, perkara yang penting sekali ialah ia tidak hanya bergantung dengan apa yang kamu katakan, tetapi bagaimana kamu mengatakannya."

So, moral of the story..pembentukan semula minda daripada tanggapan negatif kepada positif lebih memberi kebaikan dan secara tidak langsung boleh mengurangkan tekanan. Renung-renungkan..

Wednesday, April 21, 2010

Keistimewaan Wanita

Start je bulan Mei..kita tak akan terlepas dari melihat dan mendengar tentang iklan-iklan tentang sambutan hari ibu.. Tiap-tiap tahun sambutan ini dibuat untuk menghargai insan yang bergelar ibu.. Walaupun sambutan ini dipanggil sambutan hari ibu..mereka yang bergelar mak, umi, mummy, mama, ama dan sebagainya boleh gak sambut...hehe.. Tapi bila ek tarikh sambutan hari ibu ni? Buat mereka yang tak tahu bila sambutan ni..di Malaysia, Ia disambut pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei. Maknanya tahun ni jatuh pada 9 Mei la kan.. Walaupun tarikh sambutan ni setahun sekali tapi hargailah insan yang bergelar ibu ini setiap masa..tak perlu nak tunggu hari ibu baru nak meraikan seorang ibu.. :-)

Ok, tu mukadimah je..blum lagi masuk lagi tajuk yang di post tu. Sempena sambutan hari ibu yang bakal disambut bulan depan..saya rasa nak kongsi beberapa keistimewaan wanita..kaum hawa yang selalu dilabelkan sebagai golongan yang lemah, walaupun mereka mempunyai tulang rusuk yang cukup berbanding lelaki (hehe..kan tulang rusuk lelaki kurang satu sbb dah guna untuk cipta wanita :-) ). Disebalik 'kelemahan' wanita ini, sebenarnya Allah berikan keistimewaan yang tak diperoleh oleh golongan lelaki yang gagah lagi perkasa.. Berikut disenaraikan antara istimewanya wanita:

1) Syurga itu terletak di bawah kaki ibu.. (tak perlu nak jengah bawah tapak kaki ibu anda ye..memang tak nampak..hehe..)

2) Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh

3) Doa perempuan lebih makbul drp lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

4) Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.

5) Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

6) Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7) Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

8) Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

9) Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

10) Perempuan yang sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang disukai

11) Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

12) Aisyah berkata, " Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "suaminya". " siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, " Ibunya".

13) Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyangnya dan puasanya.

14) Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dikehendakinya dengan tidak dihisab.

15) Barangsiapa yang membawa hadiah, baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi Ismail.

16) Apabila memanggil akan engkau 2 orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

So, para wanita, isteri, ibu di luar sana..jangan runsing jika anda je yang kena wat keje rumah..anda aje yang kena susukan baby..anda aje yang wat itu..wat ini..ikhlaskan hati..berbakti kepada suami dan anak-anak..setiap yang kita lakukan..ada ganjarannya...ingatlah..segalanya indah jika semuanya kerana Allah..so renung2kan..dan selamat beramal..