Check it out!

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Minuman yang mengandungi probiotik boleh menyebabkan kanser?

9 April lalu, seorang rakan telah berkongsi di dalam group whatsapp kami (wanita kental) dengan coretan berikut:


" Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt. Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser. Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser. Dr yg rawat aruah anak dia bgtau. Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser. Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum.. Tp pesakit kanser xboleh makan or minum bakteria hidup. - copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah. Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia."

Coretan ini telah menimbulkan kegemparan, kegusaran dan persoalan..betul ke? Rata-rata mengatakan minuman ini kegemaran anak masing-masing. Stok vitagen memang sentiasa ada dalam peti ais di rumah katanya. Maklumla group ni group wanita-wanita dalam ofis saya. Baru je diorang buat lawatan ke kilang vitagen. Takde pulak dapat apa-apa info semasa lawatan tu.

Tak nak biarkan kegusaran ini berpanjangan, saya selaku detektif konon sedara detektif conan memulakan siasatan lanjut dengan memanjangkan coretan ini kepada group sebelah. Group geng2 rakan sebaya masa sekolah dulu sebab ada doktor dalam group tu. Mohon pencerahan. 

Kawan saya yang doktor ni jawab,
" Macam bohong je. Cancer tiada penyebab utama. Cancer cuma ada risk factor. Nak kata kaitan vitagen penyebab cancer itu satu penipuan, Nak kata vitagen itu risk factor kepada cancer tu - belum ada kajian." katanya.

Ada juga rakan group yang turut berkongsi komen dari seorang doktor lain bernama Dr. Hairin Anisa sebagaimana berikut:


" Maaf, info ini salah. Bakteria yang baik tidak mengaktifkan sel kanser...tapi dalam kes mereka yg sudah ada kanser, sel kanser & rawatan chemotherapy tersebut yang akan mengurangkan daya tahan tubuh pesakit, maka apa2 yg mengandungi bakteria hidup (baik@jahat), makanan mentah @ separuh masak memang kita tak benarkan pesakit kanser mengambilnya. Untuk mengelakkan kanser lebih baik makan ikut sunnah Rasulullah saw, pastikan anak menyusu badan, kurangkan makanan & minuman dari tin (aluminium), kurangkan pengambilan makanan ada MSG (seperti potato crisps), melayu kata jajan. Saya rasa ibu tersebut tersalah faham apa yg doktor maksudkan."

Ehm.. lega sikit mendengarnya. Tak cukup lagi info dari 2 doktor ni, saya kongsikan lagi pandangan seorang doktor lagi, Dr Zubaidi Hj Ahmad (drzubaidi.com)

" Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia berkerja agar penjelasan yang lebih baik dapat dierolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini. Nama doktor yang dikatakan mengucap dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doktor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Ini termasuk:
  • Pesakit HIV / AIDS
  • Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  • Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang manjalani rawatan dialysis
  • Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
  • Pesakit yang mendapat rawatan steroid
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser."
Hari ini, dalam akhbar Metro Ahad juga ada dipaparkan artikel bertajuk "Mengarut! Minuman probiotik mengandungi bakteria hidup tidak mengaktifkan sel kanser seperti didakwa."


"Tidak benar, tiada kaitan minuman probiotik dengan kanser." Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Kesimpulannya, kalau kita dalam kategori sihat dan tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh Dr Zubaidi, tiada masalah untuk kita meminum minuman yang mengandungi probiotik ini.


Realiti kehidupan : Jangan mudah percaya tanpa usul periksa.

Sunday, January 19, 2014

Takut Bini

Alkisah berlaku dalam lif bangunan pejabat tempat saya bertugas.

Semasa saya masuk ke dalam perut lif suatu hari dalam minggu lepas, ada 3 orang lelaki sedang berbual.

Lelaki A : Mana Adam? (bukan nama sebenar)
Lelaki B : Dia pergi ambik bini dia dekat kolej. Dia kan takut bini..
Lelaki A : (meneruskan perbualan mereka berkenaan kolej pulak. Tiada lagi cerita bini. Lagi pun tak masuk dah dalam kepala saya ni cerita yang seterusnya kerana dah tangkap keyword takut bini tadi..hehehe.. sesuai nak buat topik entry nih!)

Semasa saya mendengar kata-kata lelaki B tu, saya tersenyum je. Rasa macam nak menyampuk.. " Bukan takut bini.. tapi bini tak takut kat dia.."
Tapi nasib baik saya sedar diri. Tak sopan pulak nak menyampuk.
Saya bukan kenal sangat pun dengan mereka..hahaha..

Tapi betul ke statement lelaki B tu?
Ambik bini kat kolej je kot? Tak kan dah isytihar sebagai takut bini.
Itu bukan namanya sayang bini ke?
Alahai.. orang lelaki..
Janganlah salah tafsir sayang seorang lelaki sebagai takut akan bini. 
Tapi saya tak kenal pun Adam bukan nama sebenar tu. Mungkin mereka lebih mengenali. Mungkin ye atau mungkin tidak si Adam bukan nama sebenar tu takut bini.

Teringat pulak saya satu cerita ni..(dipetik dari majalah mastika - diolah semula ikut bahasa saya sendiri sebab mana nak ingat setiap bait ayat dalam majalah tu..huhuhu.. Ada gak yang saya tokok tambah sesedap rasa..hehe..)

Pada zaman dahulu kala, ada seorang raja yang sangat bengis. Semua rakyat jelata takut akan baginda. Walau bagaimanapun, dalam pada bengis itu, raja ini ada kelemahannya. Baginda takut akan permaisuri iaitu isteri baginda sendiri. Mungkin sebab itu baginda bengis pada rakyat jelata. Nak hilangkan stress le tuh! (Hah! jika anda berhadapan dengan bos garang di luar sana, mungkin beliau juga takut bini..hihihi.. Ops.. gurau je uolls.. kang ada laks bos-bos garang tu tunggu i kat simpang! peace yo bos!)

Pada suatu hari, baginda mendapat idea untuk meminta tips 'bagaimana cara tak nak takut kat bini' daripada rakyat jelata baginda. Buntu dah fikiran memikir seorang diri. Tak tahan gamaknya hidup dalam ketakutan. Baginda pun menganjurkan satu majlis keramaian atau dalam bahasa mudahnya, majlis makan-makan dan menjemput semua rakyat jelata seluruh pelosok negeri jajahan baginda untuk hadir ke majlis tersebut. 

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu. Majlis dianjurkan dengan meriahnya. Rakyat jelata datang berbondong-bondong, kecik besar tua muda lelaki perempuan tak terkecuali. Siapa tak nak.. makan free..

Setelah pasti kesemua rakyat jelata telah kekenyangan, baginda mengarahkan semua kaum hawa dan kanak-kanak meninggalkan majlis. Hanya kaum adam sahaja yang perlu tinggal. Kiranya majlis selanjutnya ini adalah men's talk uolls. 

Baginda lalu bertintah kepada lelaki-lelaki di hadapan baginda. " Wahai rakyat jelata beta sekalian, siapa antara kalian yang takut bini, sila berkumpul di sebelah kanan beta. Manakala sebaliknya, stay! (amboi speaking lak raja ni) maksud beta, tetap di sebelah kiri beta ni."

Maka, tanpa melengahkan masa, semua hadirin berkejaran ke sebelah kanan baginda kecuali seorang yang masih stay sambil memeluk sebatang tiang.

"Aik? punyalah ramai rakyat beta yang takut bini? Nampaknya bukan beta seorang saja yang takut bini rupanya. Wabak apakah ini? Atau ini penyakit keturunan?" Bisik raja di dalam hati. Terkejut dengan senario yang berada di depan mata baginda.

Namun begitu, hati baginda berbunga harapan bila melihat masih ada seorang yang tak takut bini dalam kalangan sekelian rakyat negeri baginda. " Yes! ada can beta dapat ilmu tak takut bini hari ni!" Bisik baginda di dalam hati.

" Wahai saudara, ke mari menghadap beta!" Titah raja kepada satu-satunya lelaki yang berada dalam kawasan 'tak takut bini punya orang'.

" Tuanku la ke mari, ke tempat patik." Jawab lelaki tersebut.

" Eh! kamu la ke mari menghadap beta." Balas raja.

" Tuanku la ke mari." Jawab lelaki itu lagi. Enggan berganjak dari keputusannya.

" Hei! Aku kan raja kamu. Kamu yang kena ke mari." Jawab raja pula. Sudah mula berang dengan perangai lelaki yang satu itu. Main-main eh dengan raja.

" Tuanku la ke mari." Jawab lelaki itu lagi. Degil sungguhla dia ni.

Malas nak berlengah-lengah lagi, raja pun turutkan aje la permintaan lelaki tu. " Takpe.. takpe.. sabar! ilmu punya pasal, biar beta pergi." Bisik raja di dalam hati lalu mencemar duli ke tempat lelaki tadi. 

Sesampai sahaja di hadapan lelaki tadi, baginda pun bertitah, " Apakah rahsia sebenar kamu tidak takut bini?"

" Err.. sebenarnya tuanku, patiklah orang yang paling takut bini." Jawab lelaki tadi dengan rasa takut-takut.

" Bukan ke tadi beta dah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan beta? Kenapa kamu engkar perintah beta?" Marah betul raja. Punah harapan baginda yang dah mula berputik tadi.

" Sebenarnya tuanku, isteri patik telah berpesan kepada patik supaya tunggu di tiang ini dan jangan ke mana-mana sehingga dia datang jemput patik, tuanku. Patik kena balik sama-sama dengan dia tuanku." Jelas lelaki tadi jujur sejujur-jujurnya.

Mendengar penjelasan itu, baginda hampir tergelak. Namun baginda kena juga jaga standard raja-raja dan buat-buat murka lalu menitahkan pengawal supaya menangkap lelaki tadi dan dihukum penjara kerana menipu raja!

Teng..teng..teng.. sekian al-kisah si raja takut bini.

Kenapa ye ada suami yang takut bini? Garang sangatkah bininya itu? Bini-biniku gangster kot. Ehm.. susah jugak nak cakap. Kadang-kadang orang salah tafsir. Tolong isteri buat kerja rumah sebagai takut bini. Minta pendapat bini pun kena cop takut bini. Macam tu jugak bila kena hantar dan jemput bini, dikatakan takut bini. Saya rasa ini sayang bini. Siapa tak sayang bini oii.. (petikan daripada cerita P. Ramlee dan Sebenarnya Saya Isteri Dia).

Saya ada sedikit tips tak nak takut bini untuk raja:

Sebenarnya tuanku, susah kita nak ubah orang. Yang senang, kita yang kena berubah. Berubah di sini bermaksud kita ubah pemikiran dan perspektif kita. Jangan fikir tuanku takut bini, fikirlah sebaliknya, tuanku sayang akan bini tuanku. Tuanku kena terima dia seadanya, baik dan buruknya kerana dia telah dijodohkan dengan tuanku. Dia sayang tuanku lebihlah tu. Bertuah tuanku. Allah ciptakan kita berpasang-pasangan dan saling lengkap melengkapi. Apa yang tuanku kurang, dia cukupkan. Apa yang dia kurang, tuanku cukupkan. Sebenarnya Allah takdirkan dia yang terbaik buat tuanku dan sesuai dengan tuanku. 

Tips untuk permaisuri pulak:

"Syurga isteri di bawah tapak kaki suami."

Dari Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad, selawat dan salam ke atas baginda, ertinya: 
“Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang sujud kepada seseorang manusia, nescaya aku akan suruh perempuan sujud kepada suaminya.” (riwayat Imam Tirmizi, hasan sahih, Ibnu Hibban, sahih)


Sila baca ini : Pesanan untuk para isteri


Sunday, May 12, 2013

Hadiah yang tidak ternilai bagi seorang Ibu

Secebis kertas ucapan Rayyan untuk mummy

Hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Ibu.
Hari meraikan dan mengenang jasa ibu..
Walau hakikatnya bukanlah hanya pada hari tersebut ibu sewajarnya diraikan dan dikenang jasanya.

Selamat hari ibu buat semua kaum ibu yang terbaca coretan ini.
Tak kiralah apa jua panggilan yang digunakan, mak, ummi, mummy, mama, bonda, ibu dan sebagainya.

Tahun ni tahun ke-5 saya bergelar mummy.
Tak pernah terlintas masa kecik-kecik dulu untuk menjadi seorang ibu.
Ye la.. kalau kecik-kecik dah terlintas.. matured sangat dah tu..

Saya tak pernah diraikan sempena hari ibu ni.
Dan tak minta pun untuk diraikan.
Tapi tiap-tiap tahun sejak tahun 2011
Rayyan dan Rania tak pernah miss bagi kad ucapan.
Walaupun tahu.. bukanlah diorang buat sendiri..
Teacher kat taska yang buatkan
Tapi mummy tetap touching.

Tahun ni, Rayyan bagi cebisan kertas  sambil cakap "hepi mami".
Bolehla bagi half mark walau tak dapat full mark pun..hehe..
tertinggal lak day kat belakang.
Apapun mummy tetap happy.
Terima kasih anak mummy!

Rania pulak cakap sambil tunjuk kertas A4 tertera tulisan "mother I luv U"
"Mami, teacher cakap selamat hari ibu"
Ooo.. teacher yang cakap.. Rania tak cakap la..
Terima kasih jugak la kat Rania sebab tolong sampaikan.
Cantik kertas ucapan Rania walaupun comot..hehe..


Sekeping kertas A4 ucapan Rania untuk mummy

Buah hati mummy yang selalu buat mummy jadi mummy-monster

Bukan susah jadi seorang ibu
Tapi amat payah menjadi ibu yang baik!
Dalam pada nak jadi yang baik itu..
Entah berapa kali mummy berubah jadi monster..
Kurang kesabaran menangani karenah kalian!

Walau bagaimanapun, mummy bahagia jadi mummy kamu semua.
Marah, sayang, geram, rindu, kasihan, sedih, risau, tension
Semua perasaan ini selalu bertamu
Namun begitu mummy tetap sayang kamu!

Mummy tak mampu jadi mummy yang sempurna
Namun, kehadiran kamu menyempurnakan hidup mummy..

Membesarkan anak-anak yang hebat
Tentu dugaannya juga hebat ye tak?


Saturday, May 11, 2013

First timer pergi mengundi



Macam biasa.. agak sukar nak lihat siaran langsung ke udara di blog ini..
Siaran tertunda ini ditaja oleh Beras Cap Rama-rama..kehkehkeh...

Tertunda pun tertundalah..
Nak juga abadikan cerita jarang-jarang berlaku ini. Apatah lagi.. first time nih!

Kenapa first time? Baru cukup umur kah?
Ye.. saya baru berusia 22 tahun..
Hehehe.. itu pun 10 tahun yang lalu la..

Sepatutnya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya saya yang ke-3
Yang tak berapa nak patutnya.. ini pilihan raya pertama saya..
Nanti dulu.. jangan marah dulu..
Jangan kata saya tak bertanggungjawab dulu..
sabar.. sabar..
bagi saya perjelaskan.. yang arif..

Pada pilihan raya ke-11 iaitu pada 21 Mac 2004 dulu
saya bertugas sebagai kerani pengundian di Batu Pahat.
Jadi, tak dapatlah saya balik mengundi di kampung halaman saya di Tangkak.
Undi pos? Ntah.. tak sampai pon di rumah sewa saya..

Pada Pilihan Raya ke-12 iaitu pada 8 Mac 2008 pula
Saya bukan solo lagi. Sepupu encik asben kahwin pada tarikh yang sama di Kuantan!
Tak dapat la saya balik ke Tangkak untuk mengundi.
Jadilah saya pengundi hantu..
Iaitu pengundi yang boleh mengundi tetapi hantu betul tak pergi mengundi..hehe..
(sesuka hati memberi definisi sendiri)

Maka.. pilihan raya kali ini saya begitu excited untuk menunaikan tanggungjawab mengundi!
Bukan saya sahaja.. bahkan encik asben juga.
Beliau juga first timer macam saya..
Dia pun baru cukup umur jugak ke?
Tak juga.. dia lagi veteren dari saya..
Dia baru je mendapat kesedaran mendaftar sebagai pemilih pada tahun 2009!
Sila marah dia..

Kami balik mengundi di 2 buah negeri.
Saya di Tangkak, Johor dan encik asben di Kuantan, Pahang.
Sabtu, 4 Mei tu pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke Tangkak.
Ahad keesokannya, 8 pagi saya dah berada di pusat pengundian. Sebenarnya pada pukul 7.45 pagi lagi saya tengok dah ramai dah orang beratur di luar pintu gate pusat pengundian tersebut. Mungkin ada antara mereka yang perlu mengundi di dua negeri macam saya kot.
Tapi kebanyakan pengundi awal ni golongan tua.

Gate pusat pengundian hanya dibuka pada pukul 8 pagi.
Sedang elok saya sampai, gate pun baru je dibuka.
Ada 3 saluran di tempat mengundi ni yang dibezakan mengikut peringkat umur.
Saluran untuk golongan muda adalah di saluran paling last iaitu saluran 3.
Ehm.. nasib baik saya masih dalam golongan muda..hehehe..
Mungkin 5 tahun lagi dah up saluran kot.. masuk saluran 2 pulak..huhuhu..

Saya dah siap-siap check kat laman web Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum datang mengundi, di mana pusat pengundian dan saluran saya. So datang-datang je boleh terus beratur di saluran yang berkenaan. Saya pemilih yang ke-5 dari hadapan dalam barisan beratur yang makin lama makin panjang. 8.15 pagi baru pintu bilik saluran 3 itu dibuka untuk pemilih pertama masuk membuat pilihan!

Masuk je bilik mengundi saluran 3 itu, saya tunjuk kad pengenalan.
Nama saya disemak pada senarai dan dipotong.
Kemudian, penyemak itu menyebut nama saya dengan kuat berserta nombor pendaftaran saya agar wakil parti politik yang bertanding yang turut berada di dalam tu mendengar dan turut memotong nama saya sebagai bukti saya telah mengundi.

Kemudian, jari telunjuk kiri saya ditanda dengan dakwat kekal oleh seorang yang lain. Then, seorang lagi kerani menyerahkan 2 keping kertas untuk dipangkah di kotak mengundi yang disediakan. Saya terpaksa menjaga jari saya yang berdakwat itu dengan berhati-hati agar ianya tidak mengenai kertas undi saya yang boleh menyebabkan ianya diistilahkan sebagai undi rosak. Susahnya nak membuka kertas undi yang telah dilipat itu dengan hanya sebelah tangan..huhu.. Menyusahkan betullah dakwat ni! Kat meja kotak ruang mengundi itu turut terdapat dakwat yang mungkin tidak sengaja terkena di situ ketika pengundi-pengundi sebelum saya mengundi.
Mungkinkah ini sebabnya kertas undi rosak di Tangkak ni keseluruhannya ialah sebanyak 1,515 kertas undi. Entahlah!

Sepanjang 1 hari saya di kampung saya lihat semangat golongan tua untuk pergi mengundi adalah sangat tinggi. Kesimpulan saya ini adalah berdasarkan 3 situasi ini:

Situasi 1:
Masa saya sampai di kampung hari sabtu tu, atok saya minta di hantar ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata katanya. Matanya dah tak nampak, kabur. Dia risau tak nampak untuk memangkah calon ketika mengundi keesokan harinya. Saya menghantar atok ke pusat optikal. Malangnya, hajat atok nak memiliki cermin mata agar penglihatannya cerah tidak kesampaian. Doktor optik tidak mahu membuat cermin mata untuk atok kerana punca mata atok kabur ialah katarak. Atok perlu ke hospital untuk membuat pembedahan membuang katarak tersebut. Atok agak kecewa, dipujuknya doktor itu untuk membuat cermin mata untuknya. Doktor itu tetap enggan kerana ia akan membuatkan atok kerugian sedangkan atok perlu membuang katarak tersebut. Kata beliau lagi, jika memikirkan soal bisnes, dia boleh je buat cermin mata untuk atok, tapi memikirkan etika kedoktoran, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada atok. Akhirnya atok akur..

Situasi 2:
Masa saya berbual dengan atok sebelah abah saya pulak (tadi atok sebelah mak. mak dengan abah saya sekampung), dia agak terkejut adik saya yang berada di penang tak balik mengundi. "Boleh ke?" katanya ketika saya menjawab soalannya yang adik saya tak balik. Ehm.. mungkin dalam mind set atok saya ni.. mengundi adalah wajib! Adalah satu kesalahan besar kalau tak mengundi!

Situasi 3:
Semasa dalam perjalanan hendak pergi mengundi, saya ternampak ada seorang nenek terbongkok-bongkok membimbit tas tangan untuk pergi mengundi. Bersemangat sungguh nenek yang dah bongkok tiga ini melangkah seawal pagi untuk pergi mengundi.

Saya kagum dengan warga emas negara ini. Semangat mereka sangat kental untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin untuk meneraju negara ini. Mungkin mereka sudah merasai bagaimana sengsaranya negara dipimpin penjajah. Mungkin mereka sudah serik untuk berada dalam negara yang tidak merdeka. Semangat patriotik mereka masih utuh. Sedangkan golongan muda negara kita.. ada yang langsung tak mendaftar untuk menjadi pemilih! Menidakkan hak sendiri.
Kudrat masih kuat.. berjalan masih gagah.. mata masih terang-benderang..
Tapi mereka memilih untuk hanya menonton TV di rumah tanpa ada rasa bersalah!
~ insafnya saya ~


Sunday, November 27, 2011

Jom berhijrah!


Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut tahun baru hijrah! kat mana sambut? Mesti ramai pulang ke kampung halaman kan? Maklumla cuti lebih sehari. Saya sambut kat rumah je walaupun sambutan ma'al hijrah peringkat kebangsaan diadakan di PICC yang hanya sekangkang kera je dari rumah. En asben sorang je yang ada kat sana. Kami anak-beranak dok depan tv je kot2 nampak daddy diorang kat dalam tv hahaha..

Bila sebut pasal ma'al hijrah.. mesti teringat lagu tema sambutan ma'al hijrah ni..hihihi.. sampai sekarang liriknya tak pernah lupa. Saya pernah wakil sekolah rendah untuk pertandingan nasyid sempena ma'al hijrah ni. Lagu Ma'al Hijrah ni lagu wajib nyanyi! Semalam berulang2 saya nyanyi lagu ni depan anak sulung saya dengan penuh perasan! eh eh dengan penuh perasaan! Sampai dia cakap.. " Mummy, jangan nyanyi! " hehehe.. Mak tengah semangat nak oii..hehehe..

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang.. zaman..


Eh eh lupa nak cerita. Masa pertandingan nasyid tahun 1993 tu, sekolah saya dapat tempat ke-3. Hadiahnya.. tipuware sorang satu..hehe.. bukan bentuk hadiahnya jadi ukuran.. kemenangan tu dah cukup membanggakan walaupun cuma tempat ke-3..

Sebenarnya lagu ma'al hijrah ni bukan sekadar untuk dinyanyikan. Tapi untuk sama-sama kita hayati liriknya. Sempena tahun baru ni.. jom kita berhijrah..

- Dari malas kepada rajin
- Dari buruk kepada baik
- Dari baik kepada lebih baik
- Dari maksiat kepada taubat
- Dari jahil kepada berilmu
- Dari zero kepada hero
- Dari susah kepada senang
- Dari pemarah kepada penyabar

Pendek kata.. dari negatif kepada positif. Tapi penghijrahan tak semudah ditulis. Hijrah memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Bukan senang nak berhijrah kepada kebaikan. Sudah tentu syaitan tak kan benarkan ia berlaku. Yang pasti, tekad kena bulat. Azam kena kuat. Nafsu kena ikat. Usaha dan doa jangan kira penat.

Senarai Tema Ma'al Hijrah 30 tahun

1391/1971 : Islam Dalam Zaman Sains & Teknologi
1392/1972 : Peranan Islam Dalam Pembangunan Masyarakat Moden
1393/1973 : Islam Dan Pembangunan Ekonomi
1394/1974 : Akhlak Asas Perpaduan
1395/1975 : Kemakmuran Menerusi Lunas-lunas Islam
1396/1976 : Masyarakat Progresif Mengikut Islam
1397/1977 : Al-Quran Sumber Kekuatan Ummah
1398/1978 : Nilai Dan Displin Hidup Menurut al-Quran
1399/1979 : Ilmu dan Akal Asas Keimanan
1400/1980 : Kukuhkan Perpaduan Menurut Islam
1401/1981 : Kejayaan Dunia Akhirat Menurut Islam
1402/1982 : Displin Dan Kesungguhan Bekerja Dalam Islam
1403/1983 : Kebersihan Asas Kesempurnaan Iman
1404/1984 : Berilmu Berusaha Tuntutan al-Quran
1405/1985 : Perpaduan Asas Keutuhan Ummah
1406/1986 : Berjimat Berkat, Membazir Mudharat
1407/1987 : Umat Tegas Islam Teguh
1408/1988 : Kemajuan Dan Keagungan Ummah
1409/1989 : Bersatu Memajukan Ummah
1410/1990 : Bersatu Teguh
1411/1991 : Berjihad Menuju Kejayaan
1412/1992 : Berjihad Ke Arah Keagungan
1413/1993 : Wawasan Memajukan Ummah
1414/1994 : Wawasan Menyatukan Ummah
1415/1995 : Al-Quran Membina Akhlak Mulia
1416/1996 : Umat Berkualiti Penggerak Wawasan
1417/1997 : Budaya Murni Teras Kejayaan
1418/1998 : Akhlak Mulia Umat Sejahtera
1420/1999 : Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan
1421/2000 : Bersyukur Tanda Keteguhan Iman
1422/2001 : Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah
1423/2002 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1424/2003 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1425/2004 : Negara Maju Matlamat Kita
1426/2005 : Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah
1427/2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah
1428/2007 : Insan Cemerlang Ummah Terbilang
1429/2008 : Menjana Ummah Gemilang
1430/2009 : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
1431/2009 : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
1432/2010 : 1 Malaysia 1 Ummah
1433/2011 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Sumber : http://www.islam.gov.my/

Tuesday, November 22, 2011

Harimau baham garuda!

Semangat semalam tak abis lagi nih! hihihi.. Bukan nak mengulas perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia semalam. Nak ulasan perlawanan sila baca kat sini. Saya tak pandai mengulas. Menculas boleh la..hahaha. Saje nak buat ucapan sepatah dua kata kat blog ni. Kot-kot la harimau-harimau gagah berani tu terbaca..hihihi. Tahniah buat team Harimau Muda kerana berjaya membaham garuda muda! hehehe.. Tahniah jugak buat penyokong-penyokong team Malaysia yang gigih memberi sokongan.

Bukan senang nak menundukkan garuda. Bermati-matian jugak la si rimau mempertahankan maruah belangnya. Yang tukang tengok pun rasa nak tercabut jantung tengok, inikan pulak yang tukang berjuang kat atas padang tu. Fuhh!! memang terbaaaaeeek!! la. Syabas! Syabas! Syabas! Kalau kalah semalam pun i tetap bangga dengan uolls..hehehe..

Kalau diberi pilihan memilih seorang pemain terbaik, saya pilih Kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar. Memang marvelous cara dia main. Rasa kalau dapat anak lelaki sorang lagi nak bagi nama dia la..hahhaha.. kalau tak dapat tentangan dari en asben la..

Kalau diberi pilihan memilih sorang lagi pemain terbaik, saya pilih pulak Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Memang superb la cara dia jaga gawang. Tak sangka Malaysia boleh lahirkan pemain-pemain hebat macam ni.

Kalau diberi pilihan memilih lagi sorang pemain terbaik........saya pilih pulak.....hahahaha..nampaknya saya bakal menyenaraikan semua nama skuad harimau muda ni..hihihi.. pendek kata semua pemain terbaik la..

Hah! yang ni lain pulak. Kalau diberi pilihan memilih seorang pemain terbaik pihak lawan, saya pilih Titus Bonai. Saya respek dia ni. Bukan saja berbakat main bola, tapi semangat profesionalisme dia sangat bagus. Beria-ia mintak maaf kalau buat salah. Nampak keikhlasan di mukanya. Anak sape la nih.. hehehe.. Teringat pulak falsafah member saya, Biar buruk rupa, jangan buruk perangai!

Catatan :

Semasa sepasang suami isteri sedang menonton perlawanan bola sepak ini di rumah mereka, berlaku satu perbualan antara seorang mummy dengan anaknya yang berusia 3 tahun.

Mummy : Meh la tengok bola sepak ni Rayyan. Belajar macam mana diorang main.
Rayyan : Ayen tak suka main bola sepak.
Mummy : Kenapa pulak tak suka?
Rayyan : Ayen tak suka lari, ayen suka jalan-jalan aje.

Ehm.. begitu rupanya sudut pandangan seorang budak kecik bila melihat permainan bola sepak. Kena berlari kalau nak main bola sepak. Mungkin dia tak perasan yang ada sorang tak perlu berlari.. penjaga gol! hehehe... Takpe la Rayyan, Rayyan pilih la sukan yang tak payah berlari.. jangan langsung tak bersukan sudah..

Tuesday, November 15, 2011

Penculikan kanak-kanak belum berakhir

Berita ni semalam saya baca kat Akhbar Berita Harian. Maaf la lambat saya post kat blog ni. Artikel bertajuk Nyaris diculik lelaki Kemboja oleh Wan Faizal Ismayatim betul2 menarik perhatian saya. Rupa-rupanya kes penculikan kanak-kanak ni belum pernah berakhir..

2011/11/14

Budak 6 tahun cuba diterkam suspek ketika berjalan bersama ibu

KUALA LUMPUR: Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin.

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya.

Menceritakan kejadian itu, Rohani berkata, suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Saya terkejut dengan tindakan suspek cuba menerkam Nurfarihah. Saya segera memberitahu suami berhubung perkara itu sebelum beliau cuba mencari lelaki terbabit dengan memandu kenderaan sekitar deretan rumah kedai di situ,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, semalam.

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 33 tahun itu dan siasatan mendapati tiada sentuhan fizikal oleh lelaki terbabit terhadap kanak-kanak berkenaan kerana sempat melarikan diri selepas mendengar jeritan ibu mangsa.

“Polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan suspek bertujuan menculik atau mempunyai motif lain ke atas kanak-kanak itu. Pada masa sama ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak,” katanya.

Sumber berita : http://www.bharian.com.my/

Ternyata sekarang ni tak selamat untuk kanak-kanak bersendirian di luar rumah. Bersama-sama dengan ibu bapa pun mereka belum tentu selamat, inikan pulak kalau berjalan seorang diri. Sekejap terleka, selamanya merana.. adeh! Ngeri rasanya nak bawak anak jalan-jalan kat luar.

Semasa baca artikel ni, teringat saya akan mimpi saya malam Ahad lepas. Saya mimpi Rayyan diculik. Situasi penculikan tiada dalam mimpi tapi situasinya saya berkomunikasi dengan mereka yang memelihara Rayyan. Mereka kata mereka membeli Rayyan dengan harga 8 juta Rupiah. Mereka yang memelihara Rayyan ni Chinese.

Ngeri betul la bila teringatkan mimpi ni. Nauzubillahhiminzalik!. Semoga Allah menjauhkan segala kejahatan dan kemudharatan kepada kami sekeluarga. Amin!

Monday, October 10, 2011

Bajet 2012 : Bajet yang mensejahterakan diri ini

Bukan menjadi rahsia lagi. Satu Malaysia dah tahu kan kandungan bajet 2012 yang telah disampaikan oleh PM pada Jumaat lepas sempena birthday saya..hehehe.. takde kena-mengena la nak sempena-sempena plak ek..

Alhamdulillah.. tercapai wish saya yang ke-8 daripada wish list yang saya buat sempena birthday aritu. Bukan saya je gembira..semua kakitangan awam pun gembira gak kan? Daripada takde.. biarlah ada walaupun sikit. Setidak-tidaknya boleh buat bayar hutang anak-anak hehehe.. Sebelum ni saya konfiden cakap kat en asben ada bonus setengah bulan lagi hujung tahun nanti. Tak tahu apsal saya konfiden sangat. Hujah saya pada en asben, biasanya kerajaan akan bagi something untuk raya dan naik sekolah. Ari tu kerajaan bagi bonus setengah bulan gaji tak cakap pulak bayar 2 kali sebelum raya dan sebelum naik sekolah. Mesti ada lagi untuk naik sekolah pulak. Hehehe.. nasib baik sangkaan betul..kalau tak maluuu.. penuh konfiden cakap tu! (moral of the story : jangan nak konfiden benda yang belum pasti)

Selain bonus setengah bulan gaji lagi yang bakal diterima pada gaji Disember ini, kakitangan kerajaan dapat juga ini:

•Kenaikan gaji tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred jawatan. Bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

•Penjawat awam akan dilanjutkan umur persaraan wajib mereka dari 58 tahun kepada 60 tahun.

Read more: Intipati Bajet 2012 | Isu Belanjawan 2012



Syukur kepada Allah yang menitipkan rezeki melalui ini semua. Saya pandang bajet ni sebagai rezeki buat anak-anak saya, terutamanya baby baru, Razin. Betullah janji Allah, setiap makhluk yang diciptakannya akan dititipkan rezeki buat mereka. Inilah yang saya pegang masa dapat tahu pregnenkan baby Razin dulu. Berpegangkan inilah, saya terima kehadiran orang baru dengan hati yang terbuka.

Selepas lahirkan Razin pada Jun lalu, Allah kurniakan rezeki yang tidak disangka-sangka, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk tahun 2010 dengan insentif RM1000 pada Julai lepas. Julai juga saya dapat kenaikan gaji tahunan RM66.55. Lepas tu dapat bonus setengah bulan gaji, RM1000 pada Ogos lepas. Disember nanti dapat lagi bonus setengah bulan gaji. Tahun depan, dapat lagi kenaikan gaji. Baby Razin sendiri punya pendapatan pun dah lebih RM700. (Siap boleh bagi pinjam kat mummy lagi. Nnti bonus mummy bayar balik eh..)

Bukan tujuan saya bercerita untuk menunjuk-nunjuk rezeki yang saya terima. Nauzubillahhimin zalik. Saya bercerita untuk tujuan menunjukkan bukti betapa Allah itu Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengetahui. Saya nak kongsikan cerita ini kepada ibu-ibu yang enggan mengandung lagi dengan alasan tak mampu menanggung kos hidup anak. Saya nak kongsikan juga kepada ibu-ibu yang sedang mengandung tetapi nak serahkan anak yang dikandungkannya itu kepada orang lain untuk dibesarkan atas alasan tak mampu menanggung kos hidup anak.

Percayalah, Allah itu yang memberi rezeki setiap makhluk yang diciptakannya. Lapangkan dada menerima segala ketentuannya. Anak-anak adalah rezeki Allah kepada kita. Harta yang tak ternilai oleh kita mahupun seorang Jurunilai samada Penilai Swasta mahupun kerajaan (macam saya). Inilah aset kita dan harapan kita sebagai pendoa kita semasa di alam barzakh nanti..insya-Allah.

Peringatan buat diri ini:

Tambahan rezeki ini untuk kesejahteraan anak-anak ye juga untuk dipotong oleh LHDN sejumlah wang bagi melunaskan hutang PTPTN..hehe.. So, kenaikan itu tak memewahkan kami pun. Masih kena hidup dengan seadanya..

Sunday, July 10, 2011

Hikmah tersebunyi disebalik BERSIH

Huhuhu..tajuk agak kontroversi kan? Hot topic la katakan. Kat TV, radio, surat khabar, facebook, blog kebanyakannya cerita pasal topik ini. Hehehe.. memandangkan anda boleh mengikuti perkembangan semasa BERSIH ni kat media massa yang lain, tak perlu la saya ulas lanjut kat sini ye.

Apa hikmah tersembunyi disebalik BERSIH ni? Hikmahnya.. kelas saya pada hari semalam dan hari ini dibatalkan. Yuhuu.. tak payah lagi nak hantar assignment! Ada masa lagi seminggu nak buat. Hihihi..teruk betul ini budak!

Nasib baik pihak pengurusan universiti alert benda2 ni. Kalau tidak.. terperangkap dalam jem la jawabnya nak ke KL.

Kalau kelas tidak dibatalkan.. hari ni nampaknya mummy dalam pantang ni terpaksa bawak anak kecik ke kelas..huhuhu. Gara-gara en asben nak pegi outstation ke Paka, Terengganu.. anak kecik takde orang jaga. Bila kelas batal ni..boleh la hantar en asben sampai muka pintu sebelum dia meninggalkan kami selama seminggu..sob..sob..sob..

Monday, December 27, 2010

Syabas Malaysia!

Syabas buat Pasukan Malaysia yang berjaya menewaskan Indonesia malam tadi dengan jaringan-jaringan menarik untuk meraikan kemenangan dengan 3-0. Ini baru final pertama untuk Piala AFF Suzuki ni, harap-harap aksi cemerlang malam tadi bleh diteruskan pada 29hb kat Indonesia plak. Menang 2-1 kat Indonesia nanti pun ok gak. Bleh balas balik kekalahan 1-5 dengan Indonesia masa 1 Disember dulu kan? Untuk ulasan lanjut pasal malam tadi bleh baca akhbar-akhbar tempatan ari ni ye. I tak pandai plak nak mengulas-ulas sukan ni..hehe..

Memang best Malaysia main malam tadi. Terjerit-jerit la jugak bila Malaysia berjaya meledak gol. Huh! buruk perangai..terexcited lebih plak. Nasib baik dalam rumah..orang tak nampak. Terlupa plak dah jadi mak orang. Bukan Mummy dan daddy je yang menjerit gol, Rayyan dan Rania pun menjerit-jerit sama. Tapi jeritan Rania takde bunyi gol pun..hehe..maklumla belum pandai cakap lagi. Rayyan plak terover..dah abis orang raikan gol pun dia masih terjerit-jerit gol..gol..sambil lompat-lompat. sabo je la.. entah paham ke tak tu..main tiru je.. padahal sebelum tu tengah khusyuk main..

Lebih kurang camni la gaya seorang penjaring gol negara..hahahha..

Friday, September 24, 2010

PTPTN : Pemotongan gaji mulai 2013

Sebut je pasal PTPTN..mesti ramai yang teringat pasal hutang yang menimbun kan? Sama la dengan mamiraysha ni. Bayar tu tetap bayar..tapi kalau ada bulan2 yang komitmen kewangan tinggi..termiss la jugak. Bila la agaknya nak menang mana-mana peraduan dengan hadiah lumayan. Perkara pertama yang akan buat ialah settlekan pinjaman PTPTN ni. Pening kepala memikirkan hutang ribu riban ni. Agak2 PTPTN takde ke perancangan nak wat peraduan apa2 ke? bleh la mamiraysha joint! mana tahu bleh settle hutang..hehehe..

Masa belajar dulu tak pikir pun pasal hutang piutang ni. Janji ada pembiayaan untuk study kan? ye la akaun FAMA tak berapa nak cukup nak taja. Perkara yang dah berlalu biarlah berlalu.. yang penting..kalau boleh mamiraysha tak nak la anak-anak melalui pengalaman yang sama macam mami dan dedi diorang ni. Biarla nanti mereka dapat sambung belajar dengan tenang..tanpa pikir hutang piutang. Bila dah keje nanti tak yah la pening kepala nak bayar hutang. Bleh la bagi lebih kat mami diorang ni..untuk keberkatan..ye tak? hehe..

Bagi merealisasikan impian ini, apa-apa pun..langkah awal perlu diambil dengan buat simpanan untuk mereka. Setakat ni..dedi dah pun menyimpan dalam takaful ikhlas untuk Umar Rayyan masa dia umur 6 bulan lagi..dan Aisya Rania belum lagi..(akan diusahakan juga nanti.. Sori sayang..ekonomi tak mengizinkan lagi). Segala pendapatan anak-anak juga disimpan dalam akaun peribadi mereka masing-masing di Tabung Haji..senang dah siap zakat..tak payah pikir nak zakat2kan ye tak? Harap-harap cukup simpanan mereka untuk biaya pendidikan tinggi nanti..tak yah nak pinjam dengan PTPTN. Cukupla mami dan dedi je yang berhutang ngan PTPTN. Cukupla hanya gaji kami je yang kena potong untuk bayar PTPTN ni mulai 2013..

Mulai 2013? Aik bukan ke ari tu dengar mulai JUN 2011? Extend lagi 2 thn plak? Hah ni la mamiraysha nak citer ni. Malam tadi dengar berita kat TV3 bagitahu berita ni. Kalau sebelum ni kita dengar start Jun 2011..gaji semua peminjam PTPTN akan dipotong melalui LHDN untuk bayar hutang PTPTN. Tapi berita yang didengar kat TV malam tadi memberitahu bahawa pemotongan gaji akan hanya dilaksanakan mulai tahun 2013. So pepagi lagi sampai opis mamiraysha carik la sumber berita penuh tu. Nah! berikut dipetik berita penuh pasal berita tersebut:

PTPTN: Potongan gaji hanya mulai 2013, kata menteri

SINTOK, 23 Sept — Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.

“Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.

“Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan telah bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.

Malah kata Mohamed Khaled, jika dilaksanakan ia mungkin hanya diwajibkan ke atas peminjam baru manakala bayaran balik peminjam lama adalah mengikut kaedah sedia ada.

Selain itu kata beliau, pihaknya juga akan menetapkan gaji minima bagi membolehkan pemotongan dibuat.

Baru-baru ini PTPTN dilapor akan melaksanakan pemotongan gaji secara wajib bagi mendapatkan semula pinjaman daripada peminjam yang gagal berbuat demikian mulai Jun tahun depan.

Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said dilapor berkata semua peminjam terutama lebih 46,000 peminjam yang liat membayarnya, diwajibkan membayar balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui LHDN.

Sementara itu, mengenai rungutan sesetengah peminjam bahawa mereka masih menanggung kos pentadbiran sebanyak tiga peratus walaupun PTPTN telah mengurangkannya kepada satu peratus, Mohamed Khaled berkata langkah penyeragaman tersebut akan mengambil masa.

Ini kerana katanya, PTPTN terpaksa menyemak satu persatu dokumen lebih 1.5 juta peminjam.

“Setiap peminjam buat bayaran tak sama, ada yang lebih ada yang kurang, jadi kita kena kira satu-satu sebab tu ambil masa sikit nak tukar dari tiga peratus kepada satu peratus.

“Yang penting jangan risau sebab caj satu peratus itu memang telah dilaksanakan,” katanya.

Mohamed Khaled sebelum itu menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman di antara Universiti Utara Malaysia dan University of Nottingham, Malaysia Campus. — Bernama

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/

Ok juga potong gaji ni..tak la perasan sangat banyak duit lebih kalau tengok baki kat slip gaji sedangkan banyak lagi bayaran yang perlu dibuat tak masuk kat situ..hehe.. At least takde la terguna duit diperuntukkan untuk bayar hutang PTPTN dengan bayar benda lain ye tak? Jimat masa, kos dan juga tenaga berbanding nak bayar sendiri kat bank..selain dapat jimat RM1 caj yang bank kenakan.

Thursday, August 19, 2010

16 September : Cuti Umum Hari Malaysia

Beberapa hari yang lalu ada terdengar kat berita Hot FM pasal cuti umum Hari Malaysia. Malangnya..tak berapa nak dengar plak bila start cuti umum tu. Tahun lepas takde plak. Start tahun ni ke tahun depan? Seronok gak kalau betul cuti umum.. belek punya belek kat kalender..16 september tu jatuh pada hari khamis..lepas raya.. wow! bleh jimat cuti rehat 1 ari ni..hehe.. maklumla nak cuti strait seminggu lepas raya..

Pertanyaan yang berlegar di kepala..cuti tu start tahun ni ke tahun depan? Ehm.. try la search kat internet..harapan sedikit hampa bila ada petikan menyatakan cuti umum tu start tahun depan..keciwa sungguh!

Tapi kan hari ni..seronok balik sebab memang betul cuti umum tu start tahun depan..tapi dari tarikh berita tahun 2009. Hehehe..maknanya start tahun ni la cuti umum Hari Malaysia tu.. Wah..gumbiranya hati.. Tapi rasanya..dah ramai orang tahu pasal cuti ni..i je yang ketinggalan zaman..huhuhu..

Wat mereka yang ketinggalan zaman macam i..bleh la baca petikan berita di bawah untuk kesahihan berita ini..sebelum melombat kegirangan! hehe..

**********

Hari Malaysia 16 September diisytihar cuti umum
Tuesday, October 20th, 2009 at 11:06 am

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan sambutan Hari Malaysia yang diraikan pada 16 September setiap tahun diisytiharkan sebagai cuti awam untuk seluruh negara mulai tahun depan.Beliau yang mengumumkan perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat berkata pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting.

“Dengan demikian rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar. Hari Merdeka pada 31 Ogos mengingatkan kita akan perjuangan mencapai kemerdekaan daripada penjajahan, yang akan dirayakan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan dan sebagainya untuk mengingati detik sejarah itu.

“Hari Malaysia pula akan dirayakan dengan acara-acara bersifat mengeratkan perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat menerusi bidang sukan, sosio-budaya, kesenian dan lain-lain yang akan menyemarakkan semangat 1Malaysia,” katanya.

Hari Malaysia diraikan pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di mana Sabah dan Sarawak telah menyertai Malaysia pada 1963.

Najib berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Marcus Mojigoh (BN-Putatan) yang bertanya sejauh mana penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia dan jenis-jenis program yang difikirkan berkesan untuk mencapai hasrat tersebut.

Persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kedua Belas bermula tepat pukul 10 pagi ini dengan menyaksikan Perdana Menteri sebagai yang pertama memberikan jawapan bagi sesi pertanyaan bagi jawapan lisan pagi ini.

Perdana Menteri berkata, dengan penyertaan Sabah dan Sarawak sejak 1963, maka adalah wajar rakyat di keduadua negeri itu menikmati kemajuan pembangunan, pendidikan, ekonomi dan social seperti di Semenanjung.

“Pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat merupakan satu titik sejarah yang amat penting. Maka kita juga mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak dapat dirasai oleh rakyat di Semenanjung,” katanya.

Mengenai gagasan 1Malaysia, Najib berkata tujuan utama konsep yang menjadi teras pentadbiran beliau sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara adalah untuk terus memupuk perpaduan nasional di kalangan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Beliau turut menegaskan, perpaduan antara kaum itu juga merangkumi integrasi nasional antara rakyat Malaysia dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang akan terus ditingkatkan.

Untuk meningkatkan perhubungan antara tiga wilayah itu, Perdana Menteri berkata, kekerapan dan kapasiti penerbangan akan terus dipertingkat selain pembinaan prasarana asas bagi dua buah negeri itu seperti jalan, bekalan air dan elektrik, sekolah, klinik dan hospital akan terus diberi keutamaan dengan menambah lebih banyak peruntukan.

“Dengan adanya perpaduan nasional, negara kita akan menjadi lebih stabil, kukuh dan aman. Negara yang aman damai pula akan menjadi asas terpenting bagi mencapai semua matlamat Wawasan 2020 yakni menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam kesemua aspek,” katanya.

Najib berkata sesungguhnya perpaduan yang telah dicapai hingga ke saat ini telah membuahkan keamanan di dalam negara lebih lima dekad lepas.

“Dan ingatkan bahawa harga keamanan ini adalah terlalu mahal dan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Bagi sesiapa yang cuba memporakperandakan perpaduan maka merekalah yang sebenarnya menghancurkan keamanan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Marcus mengenai identity yang boleh dikaitkan dengan Malaysia seperti di Indonesia, Filipina atau Thailand, Najib berkata identiti Malaysia boleh dilihat berdasarkan kemampuannya menerima unsure lain yang dijadikan sebahagian daripada budaya setempat dan seterusnya kekuatan negara.
“Kalau kita sorot kembali asas pembinaan negara Malaysia, dari awal kita pilih jalan integrasi dan bukan asimilasi seperti negara-negara yang disebut oleh Yang Berhormat (Putatan) tadi seperti Indonesia, Filipina dan Thailand yang memilih jalan asimilasi. Ini menunjukkan pimpinan kita dari awal lagi bersikap amat terbuka.

“Kita lihat dari mula itu jalan terbaik iaitu apabila kita dapat menampilkan satu kekuatan berdasarkan perpaduan dan kepelbagaian…tiada negara lain seperti Malaysia,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang), Najib berkata gagasan 1Malaysia dianggap sebagai kesinambungan dasar-dasar yang diperkenalkan sebelumnya.

“Ia perjalanan yang lama, tidak mungkin sampai ke penghujung dalam masa sepenggal dua penggal. Kita anggap ia satu kesinambungan, dan insya-Allah apabila kita lakukan satu gagasan 1Malaysia ada nilai yang mendasari gagasan ini dan ia menyokong Wawasan 2020,” katanya.

Abdul Hadi bertanya sama ada dengan penerapan gagasan 1Malaysia, bermakna kerajaan mengetepikan dasardasar terdahulu termasuk Islam Hadhari, Bersih Cekap dan Amanah dan Wawasan 2020. — Bernama

Friday, July 30, 2010

Imam Muda Astro Oasis

Sebuah program realiti yang lain daripada yang lain. Pencarian imam dikalangan orang muda yang pertama seumpamanya di dunia. Program yang telah mencetuskan fenomena luar biasa bukan saja dalam negara malah luar negara juga. Syabas diucapkan kepada semua pihak yang terlibat.

Saya rasa saya antara orang yang terlambat mengikuti program ni. Setiap kali nak tengok program ni..asyik tertido aje..so tak pernah sekalipun saya tengok rancangan ni di Saluran Astro 106 kecuali iklannya. Hati memang tertarik nak tengok..tapi mata lagi kuat tarikannya..hehe..

Akhirnya, baru semalam saya berkesempatan tengok program ni kat you tube. Tak tahan hanya membaca perjalanan program ni melalui ulasan berita di dada akhbar aje. Lagi pulak orang luar negara cukup teruja dengan program ni. Saya pulak? tak pernah tengok pun..huhu.. So, langkah pertama..saya tengok Episod 1 dan Episod 2. Memang program yang menarik. Best sangat. Episod 1 pasal pengurusan jenazah berisiko (mayat reput) start dari memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan sehingga mengebumikan jenazah. Sebagaimana komen yang diberi oleh media luar yang menganggap program ini berbeza dengan program realiti yang pernah mereka tonton..di mana peserta begitu akrab..ikhlas dalam persahabatan..tidak saling memburukkan antara satu sama lain. Paling saya suka dalam episod 1 ni part yang last sekali..ketika selawat berkumandang dan setiap peserta saling bersalaman dan berpelukan antara satu sama lain dan juga dengan mudir dan mursyid mereka. Nak menitis air mata ini keharuan..sebaknya rasa..tambah lagi dengan dendangan selawat yang syahdu.. (saya memang tak bleh tengok lelaki bersalam saling berpelukan..memang rasa nak nangis..terharu..)

Episod 2..pasal kelahiran dengan isu dibangkitkan..pembuangan bayi. Pembukaan yang best dengan dendangan selawat..sambil seorang bayi didukung dan dibawakan kepada seorang demi seorang peserta imam muda. Ada yang mencium bayi tu..ada yang mengusap kepala bayi. Memang touching gak masa ni.. (tak abis2 dengan touching i ni..hehe..). Episod kali ni peserta diberi tugasan berpasangan..untuk buat pembentangan di hadapan penonton pasal buang bayi. Teringat plak presentation saya bulan lepas pasal buang bayi ni..hehe..

Apa yang saya dapat simpulkan daripada 2 episod yang saya tengok..semua peserta ni ada tokoh jadi imam. Kagum tengok mereka bleh bercakap dan menjawab soalan dengan disokong oleh ayat-ayat Al-Quran. Sejuk perut mak dapat anak macam mereka ni..kan? Ehm..harap-harap program ni ada lagi kesinambungan selepas final malam ni. Program ni telah menonjolkan lagi keindahan islam itu sendiri seterusnya dapat menangkis tanggapan buruk terhadap islam yang sering dilabel sebagai pengganas..

So, siapa imam muda terunggul malam ni? Asyraf atau Hizbur? Hehehe..sama-sama kita nantikan...(harap-harap tidak tertidur lagi malam ni..)

Tuesday, July 13, 2010

Sayonara Piala Dunia!

Pejam celik pejam celik..dah sebulan masa berlalu. Tamat sudah FIFA world cup. Tenang sudah si isteri yang suaminya peminat bola sepak tegar..hehe.. Suami pulak takde alasan lagi nak kuar rumah malam2 pi kedai mamak.. sebelum ni si isteri yang memahami bleh la consider alasan tengok bola ngan kawan2..

Saya bukanlah peminat tegar bola sepak ni. Kalau ada depan mata tengok la..takde la sampai bersengkang mata nak tengok awal pagi. Biasanya saya tengok ulangan je.. tu pun tengok negara yang saya sokong..Brazil dan Portugal. Masa world cup 2006 dulu..(zaman bujang) sanggup pi tengok kat kedai mamak dgn housemate (kak rose!) semata-mata nak tengok brazil lawan..hehe..maklumla kat rumah takde astro..tapi masa tu malam la..bukan awal pagi. Masa tu..punyala ramai lelaki..pompuan kami je..malu la jugak..tapi nak tengok brazil lawan gak.. Itu la kali pertama dan terakhir tengok bola kat kedai mamak. Tak best sebab tingkah laku kena control..tak bleh nak lompat2 dan jerit2..hehe..malu.. Penangan world cup ni..hinggakan kat rumah sewa..kitorang tampal jadual perlawanan kat dinding dan isi tempat kosong yang disediakan dengan jumlah jaringan yang pasukan tu dapat. Ehm..semua jadi kalau ada geng! nasib baik dapat housemate sekepala!

Itu dulu..world cup 2010 ni..dah tak bujang lagi..anak dah dua pun! La ni tengok TV kat rumah je. Suami pun bukanlah peminat bola sepak tegar! Dia tengok bila pasukan kegemarannya lawan je..Argentina! Tak tau la apsal dia suka sangat dengan Argentina ni..tak la terer mana pun..hehe.. Ehm..nasib baik Argentina tak menang..kalau tak..terpaksala kita tonton Maradona berbogel..hehe.. Masa Argentina lawan tu..my husband siap pakai jersi Argentina lagi..punya la fanatik dengan Argentinanya..hahaha..sekali Argentina kena belasah 4-0 dengan Jerman..terus bukak jersi...hehe..faktor Argentina kalah sebab Messi dan kawan2 dikawal ketat oleh Jerman..katanya..

Edisi kali ini menyaksikan Sepanyol menang..dan belanda dan lain2 menang..gung kekalahan..hehe.. Ini membuktikan bahawa bola sepak ni permainan berpasukan..bukan individu. Kerjasama mantap sepasukan dan pandai mengawal emosi membuktikan sepanyol pasukan hebat kala ini.. mengenepikan pasukan2 yang ada individu hebat macam Cristiano Ronaldo, Messi, Kaka dan sebagainya..

Sepanjang FIFA world cup ni..saya rasa saya paling glamour! kat mana-mana pun ada nama saya..FIFA..hehe.. kalau peminat2 bola sepak ni dok beli jersi negara pilihan masing-masing..saya teringin nak beli jersi FIFA. Tapi tak jumpa plak jual kat Al-Ihsan. Geram je tengok kat TV diorang pakai baju bertulis FIFA kat belakang..hehe.. Husband saya suruh contact Subkidin..ala anak Malaysia yang jadi Refree ke-4 world cup ni..kalau nak sangat baju FIFA tu..hehe.. ehm.. nampaknya kena hantar baju ke kedai utk sulam je la.. (penah wat dulu masa study..sulam nama JOHOR kat belakang sweater..hehe..sebab nampak ada senior pakai sweater tulis SARAWAK kat belakang..hehe..nak jugak promote negeri sendiri..hahaha..satu huruf RM5 so untuk nama JOHOR tu RM25 kena bayar. Nasib baik 5 huruf..kalau TERENGGANU.. pokailah..hehe)

Selain saya yang perasan glamour ni..sebenarnya ada yang lebih glamour daripada saya musim piala dunia kali ni. Si glamour yang dimaksudkan adalah Paul si sotong kurita! Tetiba plak si sotong ni lebih glamour berbanding pemain ternama lain..gara-gara ramalannya kebetulan benar belaka. Kesemua ramalan sotong ni untuk piala dunia ni..kebetulan betul semua. Macamana dia ramal? caranya..dua bekas makanan diletakkan bendera negara berkenaan. Bekas mana yang si Paul ni pilih..dikatakan negara tu akan menang. Ehm..kebetulan! jangan percaya yang si sotong ni bleh meramal masa depan. Ustaz cakap..siapa yang percaya kepada ramalan..tilikan dan yang seumpamanya..40 hari solat tak diterima! Nauzubillah.. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Percaya kepada selain daripada Allah..bleh memesongkan akidah dan bleh jatuh kepada syirik! Sehebat mana pun sotong ni..hebat lagi yang menciptakannya dan memberinya ilham. Mungkin Allah takdirkan ramalan sotong ni benar belaka untuk menguji keimanan kita. Sama ada kita beriman kepada sotong atau beriman kepada Allah! Semoga Allah tetapkan iman kita dan menjauhkan kita daripada perkara2 yang bleh merosakkan akidah..amin!



Sayonara Piala Dunia Afrika Selatan! Jumpa nanti piala dunia 2014 di Brazil! InsyaAllah..