Check it out!

Saturday, May 11, 2013

First timer pergi mengundi



Macam biasa.. agak sukar nak lihat siaran langsung ke udara di blog ini..
Siaran tertunda ini ditaja oleh Beras Cap Rama-rama..kehkehkeh...

Tertunda pun tertundalah..
Nak juga abadikan cerita jarang-jarang berlaku ini. Apatah lagi.. first time nih!

Kenapa first time? Baru cukup umur kah?
Ye.. saya baru berusia 22 tahun..
Hehehe.. itu pun 10 tahun yang lalu la..

Sepatutnya pilihan raya kali ini merupakan pilihan raya saya yang ke-3
Yang tak berapa nak patutnya.. ini pilihan raya pertama saya..
Nanti dulu.. jangan marah dulu..
Jangan kata saya tak bertanggungjawab dulu..
sabar.. sabar..
bagi saya perjelaskan.. yang arif..

Pada pilihan raya ke-11 iaitu pada 21 Mac 2004 dulu
saya bertugas sebagai kerani pengundian di Batu Pahat.
Jadi, tak dapatlah saya balik mengundi di kampung halaman saya di Tangkak.
Undi pos? Ntah.. tak sampai pon di rumah sewa saya..

Pada Pilihan Raya ke-12 iaitu pada 8 Mac 2008 pula
Saya bukan solo lagi. Sepupu encik asben kahwin pada tarikh yang sama di Kuantan!
Tak dapat la saya balik ke Tangkak untuk mengundi.
Jadilah saya pengundi hantu..
Iaitu pengundi yang boleh mengundi tetapi hantu betul tak pergi mengundi..hehe..
(sesuka hati memberi definisi sendiri)

Maka.. pilihan raya kali ini saya begitu excited untuk menunaikan tanggungjawab mengundi!
Bukan saya sahaja.. bahkan encik asben juga.
Beliau juga first timer macam saya..
Dia pun baru cukup umur jugak ke?
Tak juga.. dia lagi veteren dari saya..
Dia baru je mendapat kesedaran mendaftar sebagai pemilih pada tahun 2009!
Sila marah dia..

Kami balik mengundi di 2 buah negeri.
Saya di Tangkak, Johor dan encik asben di Kuantan, Pahang.
Sabtu, 4 Mei tu pagi-pagi lagi kami dah bertolak balik ke Tangkak.
Ahad keesokannya, 8 pagi saya dah berada di pusat pengundian. Sebenarnya pada pukul 7.45 pagi lagi saya tengok dah ramai dah orang beratur di luar pintu gate pusat pengundian tersebut. Mungkin ada antara mereka yang perlu mengundi di dua negeri macam saya kot.
Tapi kebanyakan pengundi awal ni golongan tua.

Gate pusat pengundian hanya dibuka pada pukul 8 pagi.
Sedang elok saya sampai, gate pun baru je dibuka.
Ada 3 saluran di tempat mengundi ni yang dibezakan mengikut peringkat umur.
Saluran untuk golongan muda adalah di saluran paling last iaitu saluran 3.
Ehm.. nasib baik saya masih dalam golongan muda..hehehe..
Mungkin 5 tahun lagi dah up saluran kot.. masuk saluran 2 pulak..huhuhu..

Saya dah siap-siap check kat laman web Suruhanjaya Pilihan Raya sebelum datang mengundi, di mana pusat pengundian dan saluran saya. So datang-datang je boleh terus beratur di saluran yang berkenaan. Saya pemilih yang ke-5 dari hadapan dalam barisan beratur yang makin lama makin panjang. 8.15 pagi baru pintu bilik saluran 3 itu dibuka untuk pemilih pertama masuk membuat pilihan!

Masuk je bilik mengundi saluran 3 itu, saya tunjuk kad pengenalan.
Nama saya disemak pada senarai dan dipotong.
Kemudian, penyemak itu menyebut nama saya dengan kuat berserta nombor pendaftaran saya agar wakil parti politik yang bertanding yang turut berada di dalam tu mendengar dan turut memotong nama saya sebagai bukti saya telah mengundi.

Kemudian, jari telunjuk kiri saya ditanda dengan dakwat kekal oleh seorang yang lain. Then, seorang lagi kerani menyerahkan 2 keping kertas untuk dipangkah di kotak mengundi yang disediakan. Saya terpaksa menjaga jari saya yang berdakwat itu dengan berhati-hati agar ianya tidak mengenai kertas undi saya yang boleh menyebabkan ianya diistilahkan sebagai undi rosak. Susahnya nak membuka kertas undi yang telah dilipat itu dengan hanya sebelah tangan..huhu.. Menyusahkan betullah dakwat ni! Kat meja kotak ruang mengundi itu turut terdapat dakwat yang mungkin tidak sengaja terkena di situ ketika pengundi-pengundi sebelum saya mengundi.
Mungkinkah ini sebabnya kertas undi rosak di Tangkak ni keseluruhannya ialah sebanyak 1,515 kertas undi. Entahlah!

Sepanjang 1 hari saya di kampung saya lihat semangat golongan tua untuk pergi mengundi adalah sangat tinggi. Kesimpulan saya ini adalah berdasarkan 3 situasi ini:

Situasi 1:
Masa saya sampai di kampung hari sabtu tu, atok saya minta di hantar ke kedai cermin mata untuk buat cermin mata katanya. Matanya dah tak nampak, kabur. Dia risau tak nampak untuk memangkah calon ketika mengundi keesokan harinya. Saya menghantar atok ke pusat optikal. Malangnya, hajat atok nak memiliki cermin mata agar penglihatannya cerah tidak kesampaian. Doktor optik tidak mahu membuat cermin mata untuk atok kerana punca mata atok kabur ialah katarak. Atok perlu ke hospital untuk membuat pembedahan membuang katarak tersebut. Atok agak kecewa, dipujuknya doktor itu untuk membuat cermin mata untuknya. Doktor itu tetap enggan kerana ia akan membuatkan atok kerugian sedangkan atok perlu membuang katarak tersebut. Kata beliau lagi, jika memikirkan soal bisnes, dia boleh je buat cermin mata untuk atok, tapi memikirkan etika kedoktoran, beliau perlu menjelaskan perkara sebenar kepada atok. Akhirnya atok akur..

Situasi 2:
Masa saya berbual dengan atok sebelah abah saya pulak (tadi atok sebelah mak. mak dengan abah saya sekampung), dia agak terkejut adik saya yang berada di penang tak balik mengundi. "Boleh ke?" katanya ketika saya menjawab soalannya yang adik saya tak balik. Ehm.. mungkin dalam mind set atok saya ni.. mengundi adalah wajib! Adalah satu kesalahan besar kalau tak mengundi!

Situasi 3:
Semasa dalam perjalanan hendak pergi mengundi, saya ternampak ada seorang nenek terbongkok-bongkok membimbit tas tangan untuk pergi mengundi. Bersemangat sungguh nenek yang dah bongkok tiga ini melangkah seawal pagi untuk pergi mengundi.

Saya kagum dengan warga emas negara ini. Semangat mereka sangat kental untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin untuk meneraju negara ini. Mungkin mereka sudah merasai bagaimana sengsaranya negara dipimpin penjajah. Mungkin mereka sudah serik untuk berada dalam negara yang tidak merdeka. Semangat patriotik mereka masih utuh. Sedangkan golongan muda negara kita.. ada yang langsung tak mendaftar untuk menjadi pemilih! Menidakkan hak sendiri.
Kudrat masih kuat.. berjalan masih gagah.. mata masih terang-benderang..
Tapi mereka memilih untuk hanya menonton TV di rumah tanpa ada rasa bersalah!
~ insafnya saya ~


1 comment:

Nora Karim said...

betul la tu.... ramai org muda yang tak berapa nak 'cerah mata' tentang kepentingan mengundi ni... moga 5 thn akan datang, mereka akan ada kesedaran itu...