Check it out!

Showing posts with label Kapsul Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Kapsul Jiwa. Show all posts

Sunday, May 1, 2016

Untung Jadi Pekerja Jujur!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!



Sebuah cerita inspirasi untuk dikongsi.

Ada seorang CEO ni dah nak bersara. Namun sebelum bersara, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mencari pengganti beliau sebagai CEO. Beliau berhasrat menyerahkan jawatannya kepada salah seorang eksekutifnya yang terbaik.

Untuk itu, beliau memanggil kesemua eksekutifnya, memberikan masing-masing biji benih kepada setiap seorang dan berkata:

" Tanam, jaga dan siram dengan baik benih yang saya beri ini dan kembalilah 3 bulan dari sekarang dengan membawa tanaman yang tumbuh dari benih ini...."

" YANG TERBAIK, akan menjadi penggantiku sebagai CEO di perusahaan ini."

Salah seorang eksekutif yang bernama Ahmad (bukan nama sebenar..hihihi) juga mendapat benih tersebut. Beliau membawa benih itu pulang ke rumah lalu menanamnya. Setiap hari, benih itu disiram dengan air dan diberinya baja.

Setelah hampir 3 bulan, di pejabat semua orang saling membicarakan kehebatan tanaman mereka yang tumbuh dari benih yang diberikan kepada mereka. Hanya benih Ahmad sahaja yang tanamannya tidak tumbuh sama sekali.

Ahmad berasa gagal dan susah hati. 

Setelah 3 bulan, semua eksekutif menghadap CEO dengan membawa hasil yang tumbuh dari benih tersebut.

Semasa di rumah, Ahmad berkata kepada isterinya bahawa dia tidak akan membawa pasu yang kosong. Namun isterinya mendorong untuk Ahmad tetap membawa pasu kosong tersebut untuk memenuhi janji kepada CEO 3 bulan yang lalu.

" Bawa je bang.. Walaupun abang gagal untuk menumbuhkan benih tu, setidak-tidaknya abang sudah menunjukkan niat baik kerana sudah berusaha sedaya-upaya untuk menumbuhkan benih tersebut sesuai dengan permintaan bos abang..."  demikian kata isteri Ahmad.

" Baiklah sayang..." jawab Ahmad dengan hati yang berat lantaran kecewa kerana tidak dapat menunaikan permintaan CEO beliau.

Masuk ke bilik mesyuarat, Ahmad membawa pasu kosong. Semua mata memandang kepadanya penuh kasihan.

Ketika CEO masuk, beliau memandang keindahan seluruh tanaman yang katanya terhasil daripada benih-benih yang diberikannya 3 bulan lalu, hingga akhirnya pandangan mata beliau berhenti di depan Ahmad yang tertunduk malu.

CEO tersebut memanggil Ahmad ke depan dan menyuruhnya menceritakan tentang tanamannya yang mati.

Selesai sahaja Ahmad bercerita, CEO berkata,

" Berikan tepukan untuk Ahmad, CEO kita yang baru...!"

Semua eksekutif terkejut termasuk Ahmad.

CEO itu kemudian berkata, 

" Semua benih yang saya berikan kepada kalian dulu, sebelumnya telah direbus dalam air panas hingga mati dan tidak mungkin tumbuh lagi. Jika benih kalian dapat tumbuh, bererti kalian telah menukarnya dan berbohong kepada saya. Kecuali Ahmad, hanya dia yang JUJUR, jadi dialah yang paling layak menyandang jawatan tertinggi ini....!"

(sumber : WhatsApp)

# Taburlah KEJUJURAN, dan anda akan menuai kepercayaan. Itulah harga yang perlu dibayar untuk jadi TERBAIK!

SELAMAT HARI PEKERJA!

" Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi "
(Tema Hari Pekerja 2016)




Sunday, May 24, 2015

Kapsul Jiwa : Ubati Sakit Dengan Sedekah

Assalamualaikum dan salam bahagia..

Agak lama saya senyap tanpa sebarang bicara di blog ni. Hari ni saya ingin kongsikan artikel yang saya taip semula daripada sebuah majalah kecil molek, Mastika keluaran April 2015. Judul asal artikel ni bertajuk "Kerana seekor kucing...". Moga penulis asal artikel ini mendapat ganjaran daripada apa yang beliau telah sampaikan. Saya hanya memanjangkan penulisannya melalui medium berlainan. Moga ada manfaat yang dapat kita ambil daripada artikel ini.



Para sahabat pernah mengajukan pertanyaan kepada Rasulullah s.a.w. "Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala jika berbuat baik kepada haiwan?" Lalu Rasulullah menjawab, "Ya, (berbuat baik) kepada semua makhluk bernyawa akan mendapat pahala." (Hadis riwayat al-Bukhari).


Setelah lama berkahwin, doa seorang lelaki agar dia dan isterinya mendapat cahaya mata dimakbulkan. Lahirnya seorang putera adalah perkara paling menggembirakan dalam hidup mereka.

Walaupun tidak berharta, hari-hari yang dilalui dipenuhi kebahagiaan. Mereka tatang putera itu dengan penuh kasih sayang. Tidak putus-putus lelaki itu bersyukur kepada Allah s.w.t atas kehadiran permata hati mereka.

Akan tetapi, kegembiraan mereka mula diuji. Anak yang baru berusia setahun itu tiba-tiba jatuh sakit. Pelbagai ikhtiar cuba dilakukan. Bermacam-macam jenis perubatan mereka cuba. Sayangnya, keadaan anak tunggal mereka bukan semakin baik, bahkan kian buruk.

Pasangan itu jadi tidak keruan. Wang simpanan telah habis untuk mengubati nak mereka. Hidup mereka dirundung kesedihan. Tiada lagi tawa gembira seperti sebelumnya.

"Ya Allah, kau berilah kekuatan untuk kami menghadapi ujian ini. Sesungguhnya, kami sudah tidak berdaya memberikan rawatan untuk anak kami yang masih kecil," rintih lelaki itu dalam doanya setiap hari.

Anak mereka semakin kritikal. Suhu badannya meningkat. Badannya lembik, tidak bermaya.

"Keadaan anak kecil ini sangat parah. Tidak ada apa yang dapat saya bantu. Jika suhu badannya tidak juga turun menjelang pagi esok, kemungkinan besar hayatnya tidak panjang," beritahu seorang tabib. Dia juga buntu bagaimana harus merawat anak kecil itu. Sudah pelbagai ubat diberi, tetapi tiada perubahan.

Malam menjelma, lelaki itu tidak mampu memejamkan mata. Dia berduka. Hanya mampu menatap sayu wajah si isteri yang berlinangan air mata di sebelah anak tunggal mereka.

Bagi menenangkan hati, lelaki itu mengambil wuduk dan mengerjakan solat. Mengadu kepada yang Maha Esa keperitan hatinya, meminta diberikan jalan terbaik dalam menghadapi dugaan ini.

Selesai solat, dia mengambil keputusan untuk keluar rumah. Lelaki itu mahu berjalan-jalan seketika bagi menenangkan hati, sambil mencari jalan bagaimana hendak merawat anaknya.

Sewaktu sedang berjalan tanpa arah tujuan di malam hari, sayup-sayup telinganya terdengar sebuah ceramah yang sedang diadakan di sebuah surau. 

"Rasulullah pernah bersabda, ubatilah orang yang sakit di antara kamu dengan sedekah..." (Hadis riwayat at-Thabrani dan Baihaqi).

Kata-kata itu menusuk jauh ke dalam sanubarinya. Sedekah? Jika aku hendak bersedekah, kepada siapa? Bagaimana hendak melakukannya jika kehidupanku juga sukar? Pertanyaan itu menusuk ke dalam kalbunya.

Dengan rasa kecewa, dia berjalan pulang. Wajahnya muram. Sebaik sampai di pintu rumah, dia terdengar bunyi seekor kucing. Entah dari mana datangnya, haiwan kecil itu terus mengiau, seakan memberitahu ia sedang kelaparan.

Lelaki itu masuk ke dalam rumah menuju dapur. Hanya ada sedikit roti dan susu masih berbaki. Lalu dibawanya keluar makanan itu dan diletakkan di hadapan kucing tersebut. Dengan lahapnya haiwan itu menjamah rezeki yang dihidangkan. Sesekali, ia mengiau seakan mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. 

Ketika Subuh menjelang, lelaki itu dikejutkan oleh isterinya. Ada sedikit riak ceria di wajah si isteri. 

"Tadi aku bermimpi. Aku sedang mendakap anak kita di sebuah tempat yang indah. Tiba-tiba datang seekor burung hitam yang besar dari langit. Ia cuba menyambar anak kita. Aku jadi takut. Tidak tahu apa harus dilakukan. 

"Tiba-tiba muncul seekor kucing kecil. Ia menyerang burung itu tanpa henti. Walaupun ia cedera dan aku fikir, tidak mungkin kucing itu akan memenanginya, tetapi ia langsung tidak berganjak daripada cuba mempertahankan kami berdua. Ia terus menyerang hingga akhirnya burung itu terbang jauh dan menghilang.

"Apabila aku terbangun tadi, aku melihat putera kita sudah mula membuka mata. Bibirnya memanggil ibu. Bahkan, suhu badannya juga sudah mula turun," cerita isterinya.

Lelaki itu lantas merasa tubuh anaknya. Benar, tidak lagi panas seperti sebelumnya. Lelaki itu segera keluar rumah. Matanya melilau mencari kucing yang diberi makan malam tadi. Tapi, tidak kelihatan di mana-mana.

Menjelang siang, anaknya sudah mula mahu makan dan menyusu. Beberapa hari kemudian, kesihatan anak itu kian baik dan akhirnya sembuh.

Berjuraian air mata lelaki itu bermunajat. Dia tidak tahu, apakah kerana sedekahnya yang tidak seberapa terhadap kucing itu menyebabkan anaknya semakin sihat. Yang pasti, air matanya terus berjuraian tanda bersyukur ke hadrat Allah melihat anaknya kembali pulih.




Realiti Kehidupan : 

"Kadang-kadang Allah hantar sesuatu kepada kita kerana hendak memberikan sesuatu kepada kita. Setiap perit yang kita lalui, pasti ada manis yang menanti. Janji Allah itu pasti. Setiap yang terjadi, penuh hikmah tersembunyi." 

Saturday, June 14, 2014

Kapsul Jiwa : In sha Allah, pasti ada baiknya...

Lama sungguh blog ini tidak dikemaskini. Paling lama dalam sejarah ketamadunan blog ini..huhuhu.. Kalau masih nak melayan rasa yang sangat malas ini.. tinggal kenangan je la blog mamiraysha ni. Maaf kepada yang ternanti-nanti entry terbaru di sini. Maaf juga kepada yang tinggalkan komen tapi lambat dapat respon dari saya. Saya masih wujud. Masa lapang saya je yang tak berapa nak wujud. Dan masalah paling besar.. virus malas sentiasa menguasai diri! Antibodi tak cukup kuat ni.. mana nak beli?

Sebagai salam kembali dari saya, saya nak kongsikan satu kisah yang saya rasa tersentuh membacanya. Mungkin peringatan dari Allah untuk saya melalui pembacaan santai majalah kecil molek, Mastika. 

Ceritanya begini..

Ada seorang raja yang mempunyai seorang sahabat yang bijaksana dan terkenal dengan ketakwaannya.  Setiap apa yang berlaku, sahabat raja ini akan berkata, "In sha Allah, pasti ada baiknya." Kata-kata ini sentiasa meniti di bibir sahabat raja ini walaupun kejadian yang berlaku adalah kejadian yang tidak diingini dan menyedihkan.

Pada suatu hari, raja mempelawa sahabatnya ini memburu bersama-sama baginda ke dalam hutan belantara. Sedang asyik berburu, tiba-tiba berlaku kemalangan kecil yang menyebabkan salah satu jari raja luka dan terputus terkena pisau.

"In sha Allah, pasti ada baiknya." ujar sahabat raja dengan tenang walau hakikatnya raja berada dalam kesakitan.

Mendengar patah-patah kata yang keluar dari mulut sahabatnya itu, raja berasa sangat marah. Baginda berasakan seolah-olah sahabatnya itu tiada sensitiviti langsung tentang perasaan baginda. Lantas, baginda menyuruh pengawal membawa sahabatnya itu pulang untuk dipenjarakan. Pun begitu, sahabatnya itu tetap mengulangi ayat yang sama, "In sha Allah, pasti ada baiknya."

Tanpa sahabat baginda, raja meneruskan pemburuan dengan beberapa orang pengawal pengiring. Walau bagaimanapun, sedang asyik dengan aktivitinya itu, si raja tersesat di dalam hutan dan terpisah daripada pengawal pengiring baginda.

Sedang mencari-cari jalan keluar, raja terserempak dengan sekumpulan puak yang mengamalkan ritual pelik. Lantas, raja ditangkap untuk dijadikan korban dalam upacara ritual mereka.

Bagi memenuhi syarat-syarat ritual tersebut, si raja perlu diperiksa terlebih dahulu. Namun ketika pemeriksaan, mereka dapati si raja itu seorang yang cacat. Sedangkan mereka perlu menyediakan korban yang sempurna fizikalnya untuk dijadikan korban dalam upacara ritual tersebut. 

Akhirnya, raja dilepaskan semula oleh puak tersebut. Kembalilah raja ke istana dan segera baginda menemui sahabatnya yang dipenjarakan lantas membebaskannya semula.

" Saat engkau mengatakan 'In sha Allah, pasti ada baiknya' ketika jariku terpotong, aku berasa sangat marah. Namun, baru aku sedar bahawa kebaikannya itu memang ada. Kerana jari yang hilang, aku selamat daripada menjadi korban puak yang tinggal di dalam hutan itu. " kata raja yang telah mula memahami apa yang tersirat daripada kata-kata sahabatnya itu.

" Tapi, aku ingin bertanya. Jika itu kebaikan untuk aku, apa pula kebaikan untuk kamu apabila dipenjarakan?" tanya raja.

" Pasti ada baiknya aku dipenjarakan. Jika aku masih bersamamu ketika itu, pasti aku yang akan dijadikan korban sebagai penggantimu. Sesuatu yang kita tidak suka atau membuat kita marah, mungkin ia adalah yang terbaik untuk diri kita. In sha Allah, hanya Dia yang lebih mengetahui rahsianya." jawab sahabatnya itu sambil tersenyum.

- Petikan cerita dari majalah Mastika Jun 2014.

Kesimpulan daripada cerita di atas, setiap apa yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya. Kita perlu berlapang dada dan redha dengan apa jua yang telah ditakdirkan untuk kita. Allah tidak memberi kita apa yang kita hendak tetapi Dia memberi kita apa yang kita perlu. Allah knows best! 


Pasti ada baiknya.. mengapa Allah ciptakan landak ini sebegini rupa..

" Sharing is caring "
Love :  mamiraysha

Friday, September 30, 2011

Kapsul Jiwa : Hati seorang wanita bernama Fatimah

Salam Jumaat sidang hadirin sekalian.

Hari ni saya tak nak post sesuatu yang sia-sia. Izinkan saya berkongsi satu kisah benar yang dicatat oleh seorang blogger tentang seorang wanita yang bernama Fatimah. Wanita cekal yang serba kekurangan tapi tidak menggunakan kekurangannya untuk meraih simpati tetapi memanfaatkan kudrat yang dia ada untuk membantu insan lain yang lebih memerlukan..

Original site : Klik sini

insan bernama Fatimah..

ini adalah secebis kisah yang aku ingin berkongsi kepada semua. semua yang ingin aku sampaikan berlaku semalam, ketika aku melakukan kerja diluar pejabat di sekitar kuala lumpur. ini adalah pengalaman pertama bekerja tanpa kehadiran pegawai kerana mereka ada tugas lain. dan ini juga pertama kali aku membuat lawat periksa harta menaiki motosikal bersama rakan sekerja. mudah dan cepat bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain memandangkan kuala lumpur memang terkenal dengan kesesakan jalanrayanya.

lokasi pertama, wisma perkim dan yang kedua wisma hamzah kwong hing sebelum rehat untuk makan tengahari. tugas kali ini memang meletihkan kerana harta yang nak di periksa terletak di puncak bangunan semuanya. cerita yang nak aku sampaikan bermula semasa kami rehat untuk makan tengahari disalah sebuah kedai makan berdekatan dengan stesen putra masjid jamek.

semasa makan, mata aku tertumpu pada o.k.u. berkerusi roda. pada mulanya aku menyangka yang dia memerlukan bantuan untuk menaiki tren kerana dia berhenti ditangga untuk naik ke stesen putra. setelah diperhatikan agak lama dia berlegar-legar, dia berhenti disatu sudut dan terdiam disitu. dan terlintas pula di otak aku yang dia ni jual tisu rasanya.

jangkaan aku silap sekali lagi kerana tiada tisu yang dipegang. yang dapat aku perhatikan dari jauh hanyalah pen dan kertas dan sesekali ada insan yang prihatin berhenti dan menegurnya dan menghulurkan derma. dan apa yang aku perhatikan hanya golongan yang kita panggil apek dan maniam sahaja yang menghulurkan bantuan. mana perginya ahmad dan aminah yang tinggi dengan budi pekertinya?. apa yang menarik perhatian aku, dia tidak menadah tangan atau bekas tetapi hanya melemparkan senyuman tanpa desakan untuk meminta-minta. lensa kamera aku terus fokus kepada apa yang tertulis di kerusi rodanya...



tapi apa yang lebih menarik perhatian aku ialah, dia telah menghulurkan duit kepada seorang yang sedang mengutip makanan dari tong sampah yang berada disitu. memang rasa terpukul melihat seorang o.k.u. yang jelas memerlukan bantuan kita yang sihat membantu insan lain yang dirasakan lebih memerlukan bantuan. selesai makan tengahari, kami terus menuju ke arah wanita ini kerana ingin mengetahui tentang kembara yang ditulis.



insan yang aku maksudkan adalah Fatimah Palaney bt Abdullah. seorang yang sangat ramah. berbual dengan beliau seperti macam dah lama kenal. banyak benda yang diceritakannya tetapi sikit je yang aku ingat. beliau masuk Islam semasa umurnya belasan tahun dan mendapat bantuan dari pusat zakat untuk belajar agama di kelantan. beliau belajar setahun di kelantan. belia sempat menunjukkan keratan akhbar tentang kutipan derma yang berjaya dikumpulkan sebanyak RM 10,000.00 dan telah diserahkan bagi menanggung seorang kanak-kanak yang menghidapi leukemia. beliau mengatakan ada beberapa pihak yang hendak membantu menjayakan kembaranya tetapi apabila kutipan derma yang akan diterima tidak akan seratus peratus kepada pihak yang sepatutnya, beliau telah menolak dan lebih baik melakukan sendirian dimana wang sumbangan yang bakal diterima dapat disumbangkan terus kepada yang memerlukan tanpa masuk kemana-mana akaun yang tidak sepatutnya.

kepada sesiapa yang sudi membantu, boleh menyumbang terus ke akaun:
MAYBANK : 164258497905 atas nama Fatimah Palaney bt Abdullah



kepada yang ingin membantu, bantulah dengan ikhlas tanpa prasangka buruk dan janganlah memikirkan perkara-perkara yang negatif tentang seseorang yang kita tidak kenal dan yang hanya kita kenal melalui cerita orang. aku rasa terpanggil untuk membantu dengan cara aku ber 'blog'. kalau kita menderma sedikit untuk insan ini, tak akan jatuh miskinnya akan kita yang serba ada ini. fikirlah akan kesihatan, kesenangan hidup dan kesempurnaan yang telah tuhan kurniakan kepada kita dan anak-anak kita selama ini. aku berharap semua dapat berkongsi untuk menyebarkan kebaikan. kepada sesiapa yang berkehendakan nombor telefon fatimah, boleh utarakan komentar anda.

Wednesday, August 17, 2011

Kapsul JIwa : Salam Nuzul Al-Quran


Begitu pantas berputarnya waktu
17 Ramadhan kini kita ketemu
Bermakna kurang lagi 2 minggu
untuk kita rebut ganjaran sedaya mampu
Sebelum Ramadhan berlalu

17 Ramadhan yang kita tahu
Memperingati hari penurunan Al-Quran pada 610M dahulu
Rahmat terbesar Allah buatku dan buatmu
Sebagai panduan menjalani kehidupan yang penuh liku
Agar tidak terpesong dengan godaan syaitan dan nafsu

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran Yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan Yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin Yang ada di Dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang Yang beriman. " (surah Yunus 10:57)

Salam Nuzul Al-Quran!

Bacaan lanjut untuk mengetahui pengajaran daripada Nuzul Al-Quran ini, sila baca di sini.

Sunday, May 8, 2011

Kapsul Jiwa : Fitrah Keibuan - Anugerah Yang Maha Esa

Selamat hari ibu kepada semua ibu dan bakal ibu sekalian. Sempena Hari Ibu ni saya nak kongsikan satu kisah yang dah lama saya nak kongsi tapi macam biasa kekangan masa membatasi pergerakan jari-jemari menari-nari atas keyboard PC.

Al-kisah, pertama kali saya dengar kisah ni daripada seorang kawan semasa aktiviti Island Hopping kat Langkawi bulan Januari lalu. Masa kat Pulau Beras Basah kalau tak silap, saya tertarik tengok beberapa ekor monyet berjalan sambil anaknya bergayut menyusu di dada ibunya. Kawan saya ni pun berceritalah satu kisah yang dia dengar melalui Radio IKIM yang membuatkan hati saya tersentuh dan menitiskan air mata. Lantas, balik je Putrajaya, saya search internet cari kisah tu dengan harapan dapat membaca dengan puas. Alhamdulillah, key word yang saya main hentam je masukkan kat carian google..membuahkan hasil. Rupanya..kisah berkenaan adalah petikan daripada sebuah buku, U-Turn ke jalan lurus - sebuah karya hebat daripada Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali. Apalagi, terus saya cari kat kedai buku untuk beli.



Dapat je buku ni, terus kisah berkenaan dicari. Maklumla dalam buku tu ada banyak lagi kisah motivasi yang menyedarkan diri. Saya petik kisah ini untuk bersama kita hayati..

Seorang pemilik dusun durian berkongsi cerita. Apabila datang musim durian, kerja yang paling sukar adalah untuk mengawal bunga durian daripada dirosakkan oleh haiwan. Kesan kegagalan ini secara langsung menidakkan usaha setahun membaja sehinggalah membersih kawasan. Haiwan yang paling sukar dikawal ialah monyet.

Apa yang dilakukan ialah mereka terpaksa berkawal seperti soldadu ketika darurat. Siang dan malam kena berjaga, kalau tidak musuh yang menang. Dengan selaras senapang bersama peluru daripada belerang panas, tembakan yang menjerit di seluruh lembah mencari sasaran. Mana-mana monyet yang kedapatan pasti menjadi mangsa.

Pada suatu petang seperti hari-hari lain dia keluar berkawal. Di hujung dusun kelihatan pokok duriannya bergoyang. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati pokok tersebut. Di sebalik sebatang pokok yang lain dia bersembunyi dan dengan jelas dia nampak dari arah belakang seekor monyet sedang leka menikmati bunga durian, meratah dengan lahapnya. Tanpa berlengah dia mula mengangkat senapangnya membidik, nafas ditahan jarinya memetik picu dan:

Daaaam!!!

Bunyi tembakan bergema memecah kesunyian petang. Bersama tembakan itu terdengar jeritan monyet kesakitan apabila besi menggelegak itu bersarang di dalam tubuhnya. Peluru menembusi seluruh bahagian belakangnya. Dalam keadaan serba gawat itu sebelum ia benar-benar jatuh ke tanah, tangannya sempat mencapai satu dahan dan bertahan di situ.

Apa yang mengejutkan ialah bergayut pada bahagian leher monyet ini, seekor anak monyet. Ertinya dia telah menembak seekor ibu monyet. Di atas dahan berlaku sesuatu yang sangat menakjubkan. Ibu monyet sedang bertarung dengan nyawanya sendiri, darah menitis deras keluar dari tubuhnya yang terkoyak-koyak terjahan peluru. Di atas dahan itu kelihatan tubuhnya menggeletar kesakitan dengan raungan menahan bisa yang tidak dapat digambarkan.

Anak monyet yang ketakutan menangis dan mendakap kemas ibunya. Ketika inilah si ibu yang sakit memaut anaknya, menyusukan si anak dalam lelehan serta bau darah yang terpercik di serata dahan. Pada ketika yang lain apabila mulut anaknya terlepas dia meraung ketakutan, si ibu dengan segala kesukaran memaut kembali dan memberikan susunya.

Darah terus mengalir keluar dari tubuh ibu, ia kian lemah.

Ketika itu dengan tangan lemah diangkat anaknya dan diletakkan di dahan yang lebih tinggi. Apabila seluruh kudratnya hilang si ibu rebah dan jatuh dari dahan yang tinggi menyembah bumi.

Di tanah, matanya yang berkaca bercampur darah memerhati kepada anak yang terus ketakutan dan ia mati perlahan-lahan...

Nafas-nafas akhirnya seolah-olah berbicara:

" Anak, cukup sampai di sini, itu sahaja yang ibu terdaya untuk menjagamu..."

Semua drama ini disaksikan oleh penjaga dusun durian, ada perasaan yang sukar untuk digambarkan.

Daripada coretan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat ini, menjelaskan tentang nilai serta harga fitrah yang sangat murni dan mulia. Fitrah keibuan yang ada di dalam diri seekor monyet, walaupun dia berhadapan dengan saat paling gawat tetapi tetap mengutamakan anaknya.

Begitulah kuasa fitrah, lembut tetapi sangat berkesan. Fitrah tidak perlu dipelajari kerana ia ada di dalam diri (kalau tidak mana mungkin ia ada pada seekor monyet). Cuma amat malang kerana manusia tidak mempedulikan kuasa fitrahnya dalam mencari arah kebenaran dan kebaikan. Rasa dari dalam ini tidak pernah dipedulikan sehingga akhirnya terbelenggu oleh kepentingan-kepentingan tertentu. Fitrah jadi bisu, tuli dan buta.

Justeru, seandainya manusia inginkan kebaikan dalam hidup maka dengarlah suara hati; bertanyalah kepada fitrah di dalam diri sendiri. Jawapannya akan menepati kebenaran kerana fitrah tidak pernah berbohong.

P/s : Untuk kisah teladan yang lain..dapatkan buku ini di pasaran. RM22 je. Lebih kurang je dengan harga novel. Tak rugi beli. Banyak kisah teladan sebagai motivasi diri. Saya bagi 5 bintang kat buku ni.

Friday, March 25, 2011

Kapsul Jiwa : Sejarah April Fool - Buat renungan kita bersama

Assalamualaikum w.b.t.

Bertemu kita kembali dalam edisi tazkirah sempena hari Jumaat yang mulia ini. Lama dah rasanya tak post apa-apa tazkirah sempena hari Jumaat kan? Hari ni tergerak pulak nak kongsikan selingkar kisah yang saya jumpa dalam Majalah Mastika keluaran April 2011. Memandangkan dah hampir benar dengan tarikh 1 April..maka elok benarlah saya postkan entry ni :-)

Bila sebut je 1 April..apa yang terlintas kat fikiran kita..tentunya pasal hari mengenakan orangkan? Ye..mempermainkan orang untuk tujuan bergurau pada fikiran orang yang mengenakan.

Tahukah kita sejarah April Fool ni? Macamana boleh tercetusnya hari April Fool ni? Kenapa ia dinamakan April Fool? Bodohkah April tu? Jom kita baca kisah disebalik perayaan April Fool ini..

Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.

Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. Caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib.

Tentera Salib amat kejam. Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.

Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Lalu tentera Salib membuat taktik penipuan. Mereka mengumumkan bahawa penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari Sepanyol.

Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan. Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.

Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa apabila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.

Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandi darah!

Mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1487 Masihi dan dikenali sebagai 'The April Fool Day' oleh golongan Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan abu Dawud:
"Neraka wail bagi sesiapa yang apabila bercakap lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka waillah bagi orang itu!"

Oleh itu kawan-kawan..tak payahlah kita nak joint meraikan April Fool ni dengan mempersendakan orang lain. Kalau orang kafir motif dia meraikan April Fool ni sebagai memperingati hari kejayaan mereka memperbodoh dan mempersendakan orang Islam..apa pula motif kita meraikannya? Renung-renungkan..

Friday, January 7, 2011

Kapsul Jiwa : Papa...Bacakan cerita ini!

Salam. Ari ni mamiraysha nak bercerita. Bukan cerita sendiri tapi cerita yang telah dijumpai dalam Majalah Mastika keluaran Oktober 2004. Saje membaca koleksi lama-lama..maklumla edisi baru dah abis baca. Terbaca plak sebuah kisah benar yang rasa mencuit naluri seorang ibu. Dulu masa baca cerita ni mungkin tak rasa apa-apa..maklumla bujang trang tang tang lagi.. Tapi la ni bila baca..terus menusuk kalbu..huhu.. ni yang nak share ni..untuk ikhtibar kita bersama..

Kisahnya begini..

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak dan menikmati hidangan, saya terus ke meja tulis - mahu menyiapkan kertas kerja yang akan saya bentangkan pada mesyuarat tiga hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya, Sarena, 6 tahun, tiba-tiba datang menghampiri. Dia membawa sebuah buku. Saya kerling, nampak dia tersengih-sengih manja. Begitulah dia, kalau ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap terlalu manja.

"Papa..bacakan cerita ni. Bagus tau! Certa pari-pari, Ina nak dengar," kata Sarena menghulurkan buku bergambar itu pada saya.

"Buku baru ya?" saya bertanya basa-basi tanpa menoleh, sekadar melayan. Sarena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibeli ibunya pagi tadi.

"Papa sibuk..lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung, memperjelaskan rasa kecewanya. Tapi saya benar-benar sibuk.

"Bolehlah papa..sekejap aja. Ceritanya sedap..." rengek Sarena enggan mengalah.

"Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca..."

"Mama basuh pinggan. Alaaaa..bacalah, papa!" Sarena merengek sambil menghentak-hentak kaki ke lantai. Nyata dia tak mudah mengalah.

"BUDAK INIIII...!!!!! Tak reti bahasa ke? Pergi sana!!!" saya jerkah permata hati saya itu. Sarena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tak menyangka saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu dia beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, sarena beredar sambil menoleh ke arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara: "Nanti papa bacakan kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia menjeling saya, kali ini saya mengangguk.

Masa terus berlalu... seminggu, dua minggu namun kesibukan saya bertambah. Setiap kali pulang, Sarena tidak merengek minta dibacakan cerita pari-pari itu, namun tangannya tak lepas memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pagi minggu berikutnya sedang saya, isteri dan Sarena menikmati sarapan bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Sarena. Saya mengangguk sambil tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Sarena bertanya.

"Mama dah baca, okeylah tu!" balas saya. Nampak wajahnya terkuncam. Saya terus menyuap makanan.

"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya!" katanya. Saya mengangguk.

Selesai makan, saya capai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi. Tidak terfikir untuk menunaikan impian Sarena. Tiba-tiba terdengar bunyi suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar. Saya segera menjenguk. Jiran-jiran menjerit-jerit mengatakan Sarena dilanggar kereta. Saya panik. Sempat berfikir, bila masa pula dia keluar, tadi ada kat dapur!

Saya memekik memanggil isteri sebelum meluru ke lokasi kemalangan. Sesungguhnya khabar itu benar, Sarena terkulai di ribaan jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya, masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Sarena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat hatinya.

"Ina...! Inaaaa....!! Inaaaaa!!!" saya memanggil-manggil perlahan namanya di pangkal telinga Sarena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu nafasnya tersekat-sekat.

"Papa... mama... Ina takut. Ina sayang papa... Ina sayang mama, Ina tak nak mati!" bersuara Sarena antara dengar dan tidak sambil cuba membuka matanya yang dipenuhi darah. Saya kesat darah itu dengan tisu, namun sekadar cu,a. Darah kembali memenuhi wajahnya.

Tangisan kuat isteri saya membuatkan jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Sarena ditempatkan di bilik ICU ekoran keparahan cederanya.

Masuk hari kedua, keadaan Sarena tak berubah. Dia masih tak sedarkan diri dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah, lalu petang itu, saya bacakan cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi katil Sarena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air mata. Kekesalan berlabuh, tetapi segalanya telah musnah.

Mungkin Sarena tak dapat mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu.

Keesokan harinya, saya bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat. Kemudian setiap hari saya bacakan cerita itu di telinga Sarena, sementara isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah dan kesal dengan tindakan saya terhadap Sarena sejak seminggu lalu.

Masuk hari ke tujuh, sebaik saya mula membaca, Sarena tiba-tiba membuka matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukannya.

Bacaan saya terhenti. Air mata merembes dan saya usap-usap kepalanya. Beberapa ketika kemudian, Sarena memejamkan semula matanya - pejam buat selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Sarena mengucapkan terima kasih kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papaaa... nanti papa bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya..." kata-kata Sarena terngiang-ngiang di telinga saya hingga ke hari ini, walaupun setahun telah berlalu.

Hingga kini saya masih tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang diperlukan oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawab , selain air mata yang tumpah.

Friday, December 24, 2010

Muslimah Memang Tak Guna

Biar betul? Mungkin inilah yang mula-mula terlintas di fikiran bila baca tajuk entry ni kan? Saya pon sama gak.. Ni nak kutuk-kutuk muslimah plak ni apa cerita? Apa yang telah dilakukan sampai dilabel sedemikian? Huh! panas gak kan.. tapi bertenang dulu..baca dulu dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.. pastu baru bleh komen kalau ada ketidakpuasan hati..

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengawal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang BERGUNA



Sekian, perkongsian ilmu di pagi Jumaat yang mulia ini. Kredit to www.iluvislam.com dan afdhal87 yang telah memfowardkannya..

Saturday, December 18, 2010

Kapsul Jiwa : Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah ini dipost sebagai kesinambungan daripada entry sebelum ni, Jom check kelebihan baca Ayat Kursi Ekceli saya ambik kisah ni dari blog my sis. Post kat sini sekadar nak berkongsi dengan pembaca blog ini. Harap kita bukan sekadar membaca tapi mengambil iktibar dari kisah ini ye :-)

Kisah benar ini berlaku di US.

Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.” (Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hamba-Nya yang sentiasa ingat akan diri-Nya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipelihara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Friday, December 10, 2010

Kapsul Jiwa : Jom check kelebihan baca Ayat Kursi

Salam jumaat. Sempena ari Jumaat yang mulia ni..biarlah kita share something yang memberi manfaat skit ye tak. Edisi tazkirah ari ni saya nak share sedikit ilmu yang saya terjumpa kat dalam My Documents komputer saya sekejap tadi. Dah lama dah terperuk kat dalam ni. Sumber? saya copy dari pen drive member dan tak tahu pulak dia dapat dari mana. Tapi yang pastinya Allah tahu siapa dia dan semoga penulis asal mendapat ganjaran daripada apa yang disampaikan. Mungkin ramai yang dah penah terbaca. Anggap ini sebagai revisi je la ye.

Straight to the point, sebagaimana tajuk begitula isinya. Entry kali ni nak cerita pasal kelebihan Ayat Kursi. Rasanya kebanyakan muslim memang hafal ayat ni. Kalau kat sekolah menengah dulu, ayat ni antara ayat wajib hafal masa subjek Pendidikan Islam kan? Saya tak ingat plak bila saya dapat menghafal ayat ni. Mungkin masa Tingkatan 1 kot. Kalau masa kecik-kecik dulu..kita percaya ayat ni kalau dibaca boleh halau hantu..hehehe.. Penah suatu ketika yang takut sangat (takut hantu)..saya bacala ayat ni.. tunggang langgang jadinya..tak habis-habis baca..berulang-ulang je..hehe.. bukan saya je..dengan makcik saya sekali jadi camtu.. huh! kenangan zaman kecik2 dulu..

Mungkin sebab masa tu budak kecik lagi..so mak bapak dan tok nenek kita nak bagi senang paham..cakap la yang baca ayat ni bleh halau hantu. Salah konsep rupanya. Sebenarnya kita baca ayat ni untuk mendapat pertolongan Allah agar dilindungi daripada segala kemudaratan.

Berikut adalah hikmah Ayat Al-Kursi mengikut hadis-hadis:

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya – mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

• Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

• Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah S.A.W.bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…”

Daripada Pesan Guruku:

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah swt maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan ,jin dan manusia seperti :

• dikenakan sihir antaranya ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (sakit santau), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan

• terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian mahu kena pembuli jalanan.

• dijauhkan dari fitnah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

Semua perlindungan ini adalah datangnya dari Allah S.W.T atas keyakinan kita pada-Nya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah swt dan RasulNya Nabi Muhammad saw. Bagi kaum lelaki jangan lupa selepas selesai solat jumaat duduklah sebentar untuk melakukan amalan membaca 7 kali ayat Kursi ini dan 7 kali bagi setiap 3 Qul. Hikmah kelebihan-Nya banyak bagi mereka yang mengamalkan, insyaAllah

Tuesday, November 16, 2010

Kapsul Jiwa : Ganjaran Hebat Hari Arafah

Salam 9 Zulhijjah! Hari ni merupakan hari Arafah. Hari ni juga merupakan ulang tahun kelahiran mamiraysha dalam bulan Islam. Mak cakap saya lahir sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Kesian mak tak dapat beraya..kena berpantang :-) Kalau saya lahir Hari Raya Aidil Adha, agaknya nama saya Nurul Adha kot..hehe..tapi sebab lahir hari wukuf di Arafah ni..makanya nama saya Afifah..ada gak la iras2 Arafah tu..hihi..

Ari ni saya nak berkongsi pasal kelebihan Hari Arafah ni. Sedikit perkongsian ilmu yang saya kutip dari Majalah Anis keluaran November 2010, hasil interview dengan Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara Program Al-Kuliyyah TV3).

Menurut ustaz, Hari Arafah difahami dengan erti hari perkenalan atau taaruf. Hari ini merupakan hari di mana Nabi Adam a.s dan Siti Hawa 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula setelah dua ratus tahun terpisah. Jadi, pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa a.s sebagai simbolik Hari Arafah mendapat namanya. Mereka dipertemukan di tempat yang bernama Jabal Rahmah.

Selain itu, hari Arafah juga menjadi saksi pertemuan Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s dan isterinya Siti Hajar. Kedua-dua beranak ini ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di bumi Makkah bersendirian sehinggalah anaknya Ismail meningkat dewasa.

5 kemuliaan dan keistimewaan Hari Arafah

1) Hari Maghfirah

Hari Arafah adalah hari Maghfirah. Allah SWT berjanji dengan menyatakan, "akan digugurkan dosa-dosa hambaNya setahun sebelum dan setahun yang akan datang." Sebab itulah, bagi mereka yang tidak menunaikan haji sangat dituntut untuk berpuasa.

2) Mustajab berdoa

Hari Arafah adalah hari yang paling mustajab berdoa. Allah mendengar doa hamba-hambaNya. Allah makbulkan doa-doa mereka yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu mintalah apa sahaja daripada Allah.

3) Terlepas daripada seksaan neraka

Hari yang paling ramai Allah SWT bebaskan hamba-hambaNya daripada seksaan neraka. Tetapi semuanya bersandar pada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.

4) Turun Rahmat

Hari turunnya rahmat yang mencurah-curah. Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaitan akan menjadi lemah hanya kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hambaNya yang beramal soleh.

5) Ibadat puasa yang paling dimuliakan

Tidak ada hari yang Allah paling muliakan ibadat puasanya melainkan puasa pada bulan Ramadan dan puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.

Kelebihan Puasa Arafah

Bagi Muslimin dan Muslimat yang tidak pergi mengerjakan haji disaran agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah puasa dan perbanyakkan doa pada hari kemuncak 9 zulhijjah. Hujah ini berteraskan iktibar dan sikap teladan daripada baginda SAW sendiri.

Berdasarkan sepotong hadis, Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan puasa 9 Zulhijjah. Bahkan, baginda sendiri dalam hadis menyebut bahawa, "Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadan dan puasa pada 9 Zulhijjah."

Fadilat berpuasa pada hari Arafah sangat besar sehingga dapat menggugurkan dosa-dosa hamba Allah setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ini satu peluang yang tidak harus ditinggalkan malah perlu direbut dengan sungguh-sungguh oleh setiap hamba yang menagih rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Ini bermakna Allah mengampunkan dosa hamba-hambaNya selama dua tahun berturut-turut. Sebab itulah Rasulullah SAW sangat menekankan dan menuntut umatnya menghidupkan awal Zulhijjah dengan ibadat puasa. Lebih-lebih lagi puasa pada 9 Zulhijjah yang merupakan waktu kemuncak wukuf bagi jemaah haji yang berada di Arafah.

Sepanjang 9 Zulhijjah inilah turunnya rahmat dan pengampunan yang sangat luas kepada seluruh umat manusia yang beriman. Bahkan, doa-doa yang dipohon terus diangkat untuk dimakbulkan oleh Allah SWT. Kemudian disusuli dengan ibadat2 lain seperti berzikir, bersedekah, membaca Al-Quran dan berbuatapa sahaja amal kebajikan sebanyak-banyaknya.

Waktu Mustajab Berdoa

Bermulanya waktu yang mustajab untuk berdoa ialah apabila masuk malam 9 Zulhijjah hingga waktu Asar pada 9 Zulhijjah. Kalau di Arafah, waktu ini yang dikatakan waktu kemuncak. Jemaah2 haji akan bertalbiah, berzikir, membaca Al-Quran dan mereka perlu jaga adab dan pantang larang sepanjang dalam ihram.

Disarankan, sebaik-baik doa ialah mesti bermula dengan 'sayyidul istighfar' iaitu:

Ertinya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin"


Kemudian, mintalah kepada Allah apa sahaja sesuai dengan kehendak dan keperluan diri. Keutamaannya mintalah Allah panjangkan umur, sentiasa dalam kebaikan, murah rezeki, doa minta kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga, doa dapat jodoh, doa untuk sihat dan lain-lain. Ia bergantung kepada kehendak individu. Selain berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang ditimpa musibah.

Sekian~