Check it out!

Showing posts with label Perkembangan Baby. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Baby. Show all posts

Friday, December 2, 2011

Bayi hisap ibu jari kaki - Petanda apa?

Habit Razin sekarang ni dan beberapa minggu yang lalu ialah menghisap ibu jari kaki macam menghisap susu lagaknya. Feelingnya macam ibu jari kaki dia tu mengeluarkan susu pulak.. Adeh! seriau mummy dibuatnya..

Kenapa pulak mummy seriau? Sebab orang tua-tua cakap.. baby main kaki apatah lagi hisap ibu jari kaki petanda nak dapat adik lagi. Huhuhu.. betulkah begitu? Mari beritahu saya siapa yang tahu kaitannya dari segi ilmu sains biologi ni. Saya bab biologi ni tak terer mana. Dapat 7 masa SPM dulu..hihihi.. Penat saya pikir apa kaitannya. Tak jugak dapat jawapan.





Hai la Razin.. Umur Razin baru 6 bulan 1 hari ari ni. Tak kan nak minta adik dah kot. Abang Rayyan dan kakak Rania kan ada.. boleh je nak buat kawan. Jangan la mintak adik dulu. Bagi la chance kat mummy realisasikan impian nak susukan Razin sampai umur 2 tahun. Dah 2 kali mummy kandas di tengah jalan masa menyusukan abang Rayyan dan kakak Rania dulu akibat diorang mintak adik jugak la dulu tu..huhuhu..

Mummy gabra sebab takde apa-apa lagi perisai ni..upppss! hihihi.. Razin pun umur dah 6 bulan dah. Penyusuan susu ibu dah tak bleh jadi pendinding lagi dah ni. Ehm.. nampaknya Razin saje nak bagi isyarat supaya mummy dan daddy hati2 di jalan raya..heheheh..

Ni Rania masa kecik dulu. Dia pun ada habit main kaki gak. Tapi tak ingat la sama ada dia hisap ibu jari kaki ke tak.. hehehe..maklumla anak dah ramai.. ram memori pun tak kuat dah. Pengasuh dia siap pesan lagi.. " Hati-hati.. Rania dah main kaki.." katanya pada saya bila dia menyedari habit Rania suatu ketika dulu. Gambar tu bulan 2 kan.. bulan 8 saya start pregnenkan Razin..

Rayyan saya ingat. Dia memang ada habit hisap ibu jari kaki. Umur dia 6 bulan lebih..melekatla Rania dalam rahim ni..hihihi. Sebelum Rayyan start hisap ibu jari kaki ni, saya dan en asben pernah nampak ada baby dalam stroller kat shopping compleks sedang menghisap ibu jari kedua-dua belah kakinya. Kami gelak la. Kompem beria-ia nak adik la tu. Nasib baik la Rayyan main2 kaki je, tak sampai masuk mulut. Ehm.. tak lama lepas tu.. menjangkit pulak kat Rayyan. Dulu kami gelakkan anak orang.. ambik! anak kami pulak dapat..hehehe..

~ sekian ~ entry edisi seriau ~

Friday, June 17, 2011

Bayi kurang buang air besar : Normalkah?

Berbeza dengan abang dan kakaknya, baby Razin sekarang ni kurang buang air besar. Tak macam baru2 lahir dulu. 3 hari sekali baru dia buang air besar la ni. Kesian gak tengok dia meneran-neran sampai muka merah.. Teringat plak memori mummy masa menerankan dia dulu..hihi..macam sama plak..

Mummy pelik jugak.. Razin memang fully breastfeeding. Tak mungkinla dia sembelit. Kalau minum susu formula mungkin la jugak. Mummy salah makan ke? Rasanya menu mummy hari2 memang ada sayur sawi rebus. Tak cukup sawi, buah epal pun mummy makan. Air memang mummy minum banyak2 walaupun atok Razin tak bagi minum air banyak..takut kembang katanya. Oh! takut mummy kalau sembelit akibat kurang minum air..kembang pun kembangla..(harap2 tak la)

Walaupun 3 hari sekali Razin buang air besar.. najis Razin mummy tengok cair je. Takde la keras mana pun. Apsal la susah plak dia nak kuar kan? ishk..risau gak mummy. Ada masalah penghadamankah Razin? Buang air kecil ok..banyak..ye la kuat menyusu. Terkentut-kentut je banyak kali..buang air besarnya jarang sekali.

Kebetulan nurse datang rumah tadi. Lawatan ke rumah untuk kali ke-3. Mummy tanyala pada nurse tadi pasal masalah Razin ni. Dia kata..normal kalau 4,5 hari tak buang air besar. Tapi kalau risau gak..nampak baby tak selesa ke..meragam ke..bawa la jumpa doktor katanya.

Lega sikit perasaan mummy. Terbang sudah gundah gulana :-) Check punya check rupanya mummy penah postkan satu entry pasal apa yang normal dan tidak normal berkenaan najis bayi ni setahun yang lalu. Bleh check kat sini. Mummy petik la sikit petikan yang menambah kelegaan mummy. Nak baca penuh bleh klik kat link yang diberi tadi ye.

" Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal."


Muka baru lepas qada' hajat.. cubaan nak teran sekali lagi.. macam tak puas hati je dengan performance tadi..hihi..

Yeah! usaha tangga kejayaan..

Tapi..tak berjaya gak kuar. Tak tahu la ni tangisan kecewa ataupun geli..najis dah memenuhi diaper..hihi.. Tahniah oso! tugasan selesai!

Wednesday, September 29, 2010

Muntah : Apa yang normal dan apa yang tidak normal

Adakah ia normal jika bayi saya muntah?

Ia adalah biasa jika bayi anda muntah dengan kerap pada minggu-minggu awal kelahiran apabila bayi anda sedang menyesuaikan diri kepada penyusuan dan tubuh badan mereka sedang membesar. Anda boleh tahu perbezaan sama ada bayi anda muntah atau hanya jeluak (mengeluarkan semula susu dengan jumlah yang sedikit) sebab apabila muntah, ia akan keluar dalam jumlah yang banyak. Ini juga akan menakutkan bayi anda, jadi mungkin dia akan menangis.

Semua perkara dari mabuk kereta hingga ketakcernaan boleh menyebabkan bayi anda muntah – walaupun jika hanya menangis atau batuk yang berterusan, ia akan merangsang refleks ini. Jadi bayi anda akan muntah dalam beberapa tahun pertamanya. Muntah selalunya akan berkurangan dalam masa enam hingga 24 jam selepas ia bermula, tanpa sebarang rawatan tertentu selain dari perubahan dalam diet. Sekiranya bayi anda sihat dan berat badannya bertambah, anda tidak perlu risau.

Bilakah saya perlu risau?

Semasa beberapa bulan pertama bayi anda, muntah adalah disebabkan masalah penyusuan seperti terlebih menyusu. Selepas beberapa minggu pertama, ia mungkin disebabkan oleh virus dalam perut walaupun muntah adalah tanda jangkitan dalam sistem respiratori, saluran urinari atau telinga. Apabila anak anda semakin membesar, ia mungkin adalah simptom penyakit yang lebih serius. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor anda jika tanda-tanda berikut ada pada bayi anda:

• sakit abdomen yang teruk;

• abdomen yang bengkak;

• lesu atau meragam yang teruk;

• kekejangan;

• muntah berterusan yang teruk atau muntah berterusan selama lebih 24 jam;

• tanda-tanda penyahhidratan termasuk mulut yang kering, kurang air mata, kemurungan "titik lembut" di kepala bayi anda dan kurang kencing (menggunakan kurang daripada enam lampin sehari dari kencing);

• dan, darah atau hempedu (bahan berwarna hijau) dalam muntah;

Sedikit darah di dalam muntah selalunya tidak perlu dirisaukan. Ini boleh berlaku apabila kekuatan memuntahkan menyebabkan koyakan kecil dalam salur darah yang melapisi esofagus. Muntah bayi anda juga berwarna sedikit merah sebab dia telah menelan darah daripada luka di mulutnya atau hidung berdarah dalam masa enam jam sebelumnya. Tetapi hubungi doktor anda jika masih terdapat darah dalam muntahnya atau jika jumlah muntah bertambah banyak. Doktor mungkin mahu melihat sampel muntah jika ia mengandungi darah atau hempedu, jadi walaupun ia bukanlah satu tugas yang menyenangkan, anda perlu mengambil sedikit untuk simpanan. Hempedu hijau mungkin menunjukkan usus tersumbat, satu keadaan yang memerlukan rawatan segera.

• muntah berterusan yang teruk pada bayi baru lahir dalam masa setengah jam selepas menyusu.

Ini mungkin disebabkan oleh stenosis pilorus, satu penyebab muntah yang jarang berlaku dan ini bermula apabila bayi anda berusia beberapa minggu tetapi boleh berlaku bila-bila masa sahaja sebelum dia mencecah usia empat bulan. Bayi akan muntah apabila otot yang mengawal injap dari perut ke dalam usus telah menebal sehingga ia tidak akan buka sepenuhnya untuk kemasukan makanan. Masalah ini mudah diatasi dengan pembedahan minor tetapi ia memerlukan rawatan perubatan segera.

Jangan terlalu risau mengenai perkara ini. Lambat-laun, setiap anak akan jatuh sakit dan selalunya ia tidak perlu dirisaukan kecuali jika dia muntah di atas kemeja baru anda. Seperti isu keibubapaan yang lain, anda akan biasa menghadapi semua ini.

Bagaimanakah saya perlu hadapi muntah?

Apabila bayi anda muntah, dia akan kehilangan banyak cecair. Penggantian cecair ini adalah penting supaya dia tidak akan ternyahhidrat. Berikan bayi anda larutan elektrolit (seperti Larutan Penghidratan Semula Oral tetapi tanya doktor anda untuk sebarang cadangan lain) atau cecair jernih atau jus epal yang telah dicairkan – semua ini mudah untuk diminum. Pakar-pakar telah mencadangkan pelan berikut:

• Apabila bayi anda telah berhenti muntah, berikan bayi anda air atau larutan elektrolit dalam jumlah yang sedikit (jika ada) setiap setengah jam hingga satu jam.

• Jika bayi anda boleh meminumnya, berikan dia sebanyak 2 auns / 50ml larutan elektrolit berselang-seli dengan 2 auns / 50ml cecair jernih setiap setengah jam.

• Selepas dia berjaya minum dos berikut tanpa muntah, tambah susu atau susu formula yang kurang pekat dan tambahkan kuantiti setiap susuan sehingga 3 atau 4 auns / 80-100ml setiap tiga atau empat jam.

Jika bayi anda tidak muntah dalam masa 12 hingga 24 jam, anda boleh berikan dia diet biasanya semula tetapi berikan dia cecair yang banyak. Mulakan dengan makanan yang mudah dicerna seperti bijiran atau yogurt. Anda juga boleh cuba berikan cecair jernih beku seperti lolipop ais jika anak anda berusia lebih daripada 12 bulan.

Tidur juga boleh menenangkan bayi anda; kandungan perut akan dikosongkan ke dalam usus semasa tidur, mengurangkan kehendaknya untuk muntah. Jangan berikan anak anda sebarang ubatan anti-loya (sama ada dipreskripsikan atau dibeli di kaunter) kecuali ahli pediatrik anda yang mempresripsikannya

Sumber : http://www.babycenter.com.my/

Monday, September 27, 2010

Puting bayi : Ketahui keburukannya

Gambar Hiasan - fokus kat baby yang berbaju merah aje. Abaikan yang tak berkaitan :-)

ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan. Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.
Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.

Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.
"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga. Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama. Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.

Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Sumber : http://www.kosmo.com.my

p/s : Disebabkan kurang informasi, mamiraysha penah gak beli siap-siap puting tiruan ni sebelum anak sulung lahir lagi. Konon nak bagi dia hisap nanti. Orang kata baby yang hisap puting senang lena. Puting tiruan ni boleh menenangkannya. Bila baby nangis, sumbat puting tiruan..gerenti senyap. Tapi alhamdulillah, anak sulung mamiraysha, Umar Rayyan sejak lahir tak nak langsung hisap puting tiruan ni. Dia tolak dengan lidah bila disumbatkan. Mungkin dia tahu puting tu tak baik untuknya kot. Walaupun rasa rugi skit sebab membazir je beli tak guna..tapi rasa terbayar gak la sekarang ni.. :-) Bila si abang tak nak puting tiruan ni..maka si adik pun tak merasa langsung la puting ni. Mereka langsung tidak mewarisi tabiat maminya ini yang hisap puting sampai umur 6 tahun! Tapi alhamdulillah, tak jongang tau!

Baby 11 bulan belum tumbuh gigi lagi?

Usia Rania 11 bulan 2 minggu ari ni. Lagi 2 minggu genap umurnya 1 tahun. Tapi hingga saat ini sebatang gigi pun tak tumbuh lagi.. kenapa ye? Abangnya dulu..7 bulan dah ada gigi. Sebab perempuankah maka giginya lemah lembut nak keluar?..hehe..

Mungkinkah sebab kata-kata mummy? " Ala..lambat-lambat kuar gigi pun takpe.. " Al-maklumla Rania masih menyusu susu ibu. Bila takde gigi..takde la nipple luka kena gigit. Allah kabulkankah kata-kata seorang ibu yang ibarat doa ini? Ehm.. walaupun takde gigi..gusi Rania sangat keras! menjerit gak la kalau dia kepitkan gusi atas ngan bawah tu kat nipple. Saje nak bergurau ngan mummy la tu! Huhuhu..

Ingatkan masa dia kepitkan gusinya tu dua tiga bulan lalu..petanda gusi dia gatal nak tumbuh gigi.. tapi sampai la ni..tak kunjung tiba pun gigi sulungnya. Penah gak sekali badan Rania panas..ingatkan demam nak tumbuh gigi..ohh! tidak juga! Kalau dulu mummy dia ni tak kisahpun Rania lambat2 tumbuh gigi..tapi sekarang ni..dah nak masuk setahun..ternanti-nanti gak la bila gigi dia nak kuar! mummy nak ambik gambar! Hahaha..lambat sangat nak kuar..malu-malu cam pengantin plak..ni yang mummy excited nak ambik gambar ni!

Walaupun takde gigi..Rania suka makan makanan yang keras-keras. Ok la tu! menurut pembacaan..bila dia gigit benda-benda keras ni..sebenarnya membantu untuk giginya menembusi gusi. Kekadang kesian pun ada.. seleranya macam orang besar! semua nak dimakannya..tapi gigi tak ada..

Sebenarnya..Rania bukan keseorangan takde gigi walaupun dah nak masuk 1 tahun. Masa raya ari tu..dua pupunya yang lebih tua seminggu..pun belum tumbuh gigi juga! Hehe..ada kawan! Kalau ikut pembacaan mamiraysha, pertumbuhan gigi bagi bayi normal adalah 6 hingga 12 bulan. Perlu rujuk kepada doktor kalau dah 15 bulan pun tak kuar gigi lagi. Ini bukan perkembangan yang sihat. So..ada masa tambahan lagi ni.. Rania masih di tahap normal lagi..

Sekarang ni..walaupun takde gigi..Rania dah bleh berjalan jatuh. Tapi masih takut-takut gak nak jalan. 5 tapak dah berjaya dia buat sebelum jatuh dan dia bangun lagi.. Berdiri sambil menari goyang-goyangkan tangan dah lulus! Kekadang tu..dia ajak gak mummy pimpin tangannya untuk berjalan. Terhuyung-hayang la dia berjalan sambil mummy pimpin tangan.. Tak sabar nak tengok budak kecik ni berlari ngan abangnya nanti!

Monday, June 14, 2010

Masalah Ruam Lampin

Salam. Selamat Hari Isnin! Hari yang kebanyakan orang mempunyai mood bekerja yang rendah..hehe.. Tahniah kalau anda bukan daripada golongan ini. Hari ni saya nak share cerita pasal ruam lampin. Malam tadi Rania menangis sakan sebab mengalami masalah ruam lampin ni. Menangis mungkin sebab pedih bila tempat ruam tu kena air semasa mummy dia cuci najisnya.. Kesian tengok dia malam tadi..sedih rasa bila dia nangis kuat macam tu. Rania jarang nangis kuat kalau tak sakit.. Nak bagi nenen pun dia tak nak..dia nangis dan menonggeng-nonggeng..benamkan muka kat tilam..nampak sangat yang dia tak selesa.. At last dia tido gak..dalam keadaan tak pakai pampers..tak nak terukkan lagi ruamnya.. Apalagi..akibatnya..anda pun tahu..apa jadi bila baby tido tak pakai pampers..huhuhu..

Sebelum ni Rania tak penah plak kena ruam lampin ni..dalam pantang pun tak pernah. Masa dalam pantang dulu guna bedak cina tak ingat plak namanya tapi diimport oleh hai-O dalam bekas bulat warna hijau..murah je..harga dia dalam RM2.90 kot 1. Memang berkesan. Member yang kenalkan dulu.. masa Rayyan kena ruam lampin masa dalam pantang. Memandangkan keberkesanannya..so apply gak kat Rania. So bila Rania tak kena ruam lampin..mummy dia tak la beli lagi bila dah abis.. Mummy dia ni ingatkan kulit Rania kebal..hehe.. Lagi pun bedak ni dijual kat kedai ubat cina je..kat pasaraya takde..susah la nak jumpa.. Dulu beli pun masa dlm pantang kat Tangkak..

Baru-baru ni je Rania kena ruam lampin. Habis merah bahagian kemaluan dan sekitar duburnya..akibat pembuangan najis yang agak cair. Kerap plak tu.. macam cirit-birit je.. mummy dia salah makan ke? Tu la..mummy dia ni main belasah je makan! ikut selera..tak teringat pun kat anak yang breastfeed..hehe..sorry ye Rania. Mungkin ruam ni terjadi sebab najis ni tak diserap oleh pampers. Memandangkan ianya cair..ia merebak la kebahagian depan..dan menyebabkan kerengsaan kulit di bahagian depan. Diburukkan lagi bila mummy dan daddy dia tak perasan bila masa Rania membuang lagi..padahal baru je tukar pampers.. Ehm.. kena tukar pampers jenama lain ke? Elok ke guna wipes masa membersihkan najisnye? Kena tukar ke bedak berubat pureen yang sedang digunakan? Jom baca apa yang saya jumpa pasal ruam lampin ni..

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelengkang dan peha. Kulit baby adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah baby jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.


Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

1) Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit baby yang sensitif menyentuh air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.

2) Najis baby terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan baby, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.

3) Alahan pada bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun atau pelembut yang digunakan untuk mencuci lampin kain.

4) Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit baby selepas mandi.

5) Alahan atau kerengsaan apabila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.

6) Pertukaran dalam makanan baby yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit akibat meningkatnya kandungan asid.

7) Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.


Tanda-tanda Ruam Lampin

Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.

Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

Komplikasi Ruam Lampin

1) Ruam dijangkiti bakteria atau kulat
2) Jangkitan salur kencing
3) Ekzema atau ruam kulit alergik

Cara Rawatan

1. Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.

2. Gunakan air suam untuk mencuci punggung baby setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.

3. Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakkan pengudaraan dan mengeringkan kulit baby.

4. Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.

5. Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru baby dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.


Pencegahan Ruam Lampin

Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin baby anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.

• Periksa lampin baby anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.

• Berhati-hati membersihkan bahagian punggung baby anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.

• Biarkan kulit baby anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.

• Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit baby anda.

• Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.

• Elakkan penggunaan sapuan lampin / wipes (tisu basah) yang mengandungi alkohol.

• Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.

Sebenarnya ruam lampin ni ada banyak jenis. Jenis yang ringan..yang kulit baby kemerahan biasa..dipanggil contact dermatitis. Cara rawatan di atas sesuai digunakan untuk merawat ruam jenis ni. Penting untuk kita memastikan jenis ruam lampin baby bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Selain contact dermatitis ni, terdapat juga ruam lampin jenis candida dan juga Seborrheic dermatitis.

Ruam lampin candida

- Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.

- Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.

- Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.

- Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.

- Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.

Rawatan:

• Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
• Keringkan kawasan yang dijangkiti.
• Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.

Berjumpa doktor sekiranya:

• Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
• Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
• Baby anda demam.
• Baby anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
• Wujudnya benjolan atau bintil-bintil.
• Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
• Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.

Seborrheic dermatitis

Tanda-tanda dan simptom

• Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
• Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
• Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar
sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
• Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
• Jangkitan kuman boleh terjadi.
• Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.

Rawatan

• Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
• Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
• Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.

Selain contact dermatitis, candida dan juga Seborrheic dermatitis, penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:

• Atopic dermatitis
• Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus

Kesimpulannya..semoga lepas ni mummies lebih berhati-hati dalam mengendalikan lampin baby. Prevention is better than cure! kesian baby kalau dah kena ruam lampin ni. Jangan ingat baby tak pernah kena ruam lampin..dia kekal tidak kena..so, renung-renungkan..dan selamat beramal..hehe..

Thursday, June 10, 2010

Najis Baby : Normal ke Tidak?

Apakah yang normal?

Sebagai ibu, agak menakjubkan betapa banyak masa yang kita habiskan untuk memeriksa najis atau kotoran bayi kita dalam usaha untuk menentukan sama ada kekerapan, warna dan ketekalan najis itu normal atau tidak. Sebenarnya, apa yang normal bagi bayi anda bergantung kepada usia bayi, sama ada dia menyusu badan atau diberikan susu formula dan sama ada dia sudah memulakan makanan pejal. Najis bayi anda akan sentiasa berubah semasa dia membesar dari masa bayi baru lahir sampai ke akhir tahun pertama usianya, dan dalam masa itu anda akan lebih faham tentang apa yang normal baginya.

Tiada kekerapan membuang air besar yang boleh dikatakan tepat dan berapa kali yang paling baik. Bagi bayi yang baru dilahirkan, ini bergantung kepada sama ada bayi menyusu badan atau diberi susu formula. Bayi yang menyusu badan tanpa memakan makanan pejal akan membuang air besar lebih kurang empat kali sehari; namun, membuang air besar sekali dalam tiga hari itu juga dianggap normal, dan anda tidak perlu risau mengenai kekerapannya selagi najis bayi lembut dan mudah keluar. Kita dapati bahawa bayi yang menyusukan formula selalunya perlu membuang air besar setiap hari untuk mengelakkan sembelit.

Najis bayi anda akan sentiasa berubah dari segi kekerapan dan warna, dari lembut dan kuning cair mustard, kepada warna kuning dengan tompok hijau, dan seterusnya berubah lagi pada keesokan harinya. Ini adalah normal.

Apa yang akan dibuang oleh baby yang baru lahir?

Bagi beberapa hari pertama selepas kelahiran, bayi anda akan membuang najis yang dinamakan meconium. Ini merupakan bahan melekit berwarna hitam kehijauan yang berkumpul dalam usus bayi anda semasa kehamilan dan komposisinya ialah hempedu, mukus, sel dari dinding usus, rembesan dan cecair amnion. Meconium adalah petanda bahawa usus bayi anda berfungsi dengan baik, maupun sukar untuk menanggalkan kotoran itu dari punggung bayi anda.

Selepas sehari atau dua hari, selepas penyusuan menjadi kebiasaan, dan semua meconium telah dikeluarkan, warna najis akan menjadi hijau kecoklatan, lembut dan berbiji sebelum menjadi lebih kekuningan.

Apakah yang akan berlaku jika baby diberikan susu formula?

Jika bayi anda diberikan susu formula, najis bayi anda akan berwarna kuning pucat atau coklat kekuningan, dan sisa susu formula akan menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terbentuk berbanding bayi yang diberikan susu badan. Ini disebabkan susu formula tidak dapat dicernakan sepenuhnya seperti susu badan. Najis akan berbau lebih tengik, seakan-akan najis orang dewasa.

Lazimnya, bayi yang diberikan susu formula membuang air besar sekali sehari untuk merasa selesa, dan najisnya adalah lebih besar. Namun, lagi lama najis berada dalam usus, lagi keras jadinya dan lebih sukar untuk dikeluarkan, sehingga membawa kepada sembelit. Berbincanglah dengan pakar pediatrik anda jika anda rasakan bayi anda mempunyai masalah ini.

Apa pula akan berlaku jika baby diberi susu badan?

Najis bayi yang menyusu badan dan bayi yang diberikan susu formula adalah berbeza. Kolostrum dari “susu pertama” anda bertindak sebagai laksatif, membantu menolak meconium keluar dari sistem bayi anda. Apabila anda menghasilkan susu dengan sempurna, selepas kira-kira tiga hari, najis bayi anda akan berubah menjadi kuning cerah atau mustard dan berbau manis. Najis itu agak lembik tetapi bertekstur, kadang-kala berbiji atau berkental.

Pada awal minggu pertama, bayi anda akan membuang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan, tetapi ini akan berkurangan dan dia akan mempunyai rutinnya sendiri, selalunya membuang air besar pada masa yang sama setiap hari. Rutin ini akan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada situasi, contohnya, rutin akan bertukar apabila anda mula memberikan makanan pejal, atau apabila bayi kurang sihat atau jika dia mula kurang menyusu.

Adakah akan menjejaskan baby jika bertukar dari susu badan kepada susu formula?

Jika anda bertukar dari susu badan ke susu formula, adalah penting untuk melakukannya dengan perlahan, iaitu, biarlah pertukaran ini mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu. Ini akan memberikan masa bagi sistem perncernaan bayi anda membuat penyesuaian dan mengelakkan sembelit, dan bagi diri anda pula, mengurangkan risiko buah dada bengkak dan sakit. Sebaik saja bayi anda menyesuaikan diri dengan susu botol, cara dia membuang air besar akan bertukar lagi!

Memulakan makanan pejal

Perubahan terbesar pada najis bayi anda akan berlaku apabila anda mula memberikannya makanan pejal. Ketika ini, najis sudah tidak mudah dibersihkan atau berbau manis seperti dulu. Dengan makanan pejal, apa yang masuk akan keluar dalam bentuk yang agak sama. Maksudnya, apabila anda memberikan karot yang dipurikan, kandungan lampin bayi akan berwarna jingga cerah. Juga, apabila bayi anda mula memakan pelbagai jenis makanan, najisnya akan menjadi lebih pekat, gelap dan berbau! Makanan yang lebih bertekstur, iaitu makanan yang kaya dengan serat seperti kismis dan kacang panggang, susah untuk dicerna, sehingga satu masa kelak apabila sistem pencernaan bayi menjadi matang secukupnya dan dapat mencerna dengan sempurna.

Apa yang tidak normal?

Cirit-birit

Simptom-simptom cirit-birit termasuklah najis yang sangat cair dan kadang-kala dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih kerap, dan ia akan memancut keluar dari punggung bayi anda. Bayi yang diberikan susu badan kurang cenderung untuk menghidapi cirit-birit sebab susu badan membantu merencatkan mikroorganisma yang menjadi puncanya.

Bayi yang diberikan susu formula lebih cenderung untuk mendapat jangkitan, oleh sebab itu adalah penting untuk mensterilkan peralatan dan membasuh tangan anda. Punca cirit-birit mungkin salah satu dari yang berikut - jangkitan, seperti gastroenteritis, mengambil terlalu banyak buah-buahan atau jus, mula tumbuh gigi, atau memakan ubat atau kesensitifan atau alergi terhadap sesuatu makanan.

Cirit-birit akan sembuh tanpa rawatan dalam masa 24 jam, tetapi jika tidak, dapatkan pemeriksaan doktor. Ibu selalunya beranggapan bahawa puncanya ialah susu formula bayi, tetapi sebelum menukar kepada jenama lain, berbincanglah dengan doktor anda untuk memastikan tidak terdapat sebarang punca lain.

Sembelit

Ini bukan setakat bayi anda terpaksa meneran semasa membuang air besar sehingga muka bertukar menjadi merah cerah. Ia juga melibatkan simptom lain seperti kesukaran membuang air besar – najis berbentuk gentelan kering dan kecil – sakit abdomen dan senak perut, ketidakselesaan dan kadang-kala didapati najis bercampur darah. Ini mungkin disebabkan oleh fisur dubur (rekahan kecil pada dubur) akibat najis yang keras. Bayi yang diberikan susu badan tidak selalu mengalami sembelit berbanding dengan bayi yang diberikan susu formula, sebab susu ibu mengandungi nutrien yang menyebabkan najis mereka menjadi lembut.

Jika bayi anda menghidapi sembelit bawalah dia berjumpa doktor, terutamanya jika terdapat darah dalam najis, supaya dapat diketahui puncanya. Bagi bayi yang sudah mengambil makanan pejal, mungkin doktor akan menasihatkan anda supaya meningkatkan jumlah cecair dan serat dalam dietnya. Ini boleh dilakukan dengan memberikannya buah prun atau buah aprikot yang dipuri.

Najis hijau

Jika najis bayi anda berwarna hijau dan berbuih, besar kemungkinan bayi mendapat terlalu banyak laktosa (gula asli yang terdapat dalam susu) yang boleh berlaku jika dia kerap menyusu tetapi tidak mendapat susu yang lemak yang boleh mengenyangkan. Ia juga mungkin disebabkan terlebih penyusuan atau kurang penyusuan, atau ia adalah tanda bahawa bayi anda mempunyai kuman dalam perut.

Pastikan bayi anda habis menghisap satu buah dada sebelum menghisap buah dada yang lagi satu. Jika sakit perut masih tidak sembuh dalam masa 24 jam, berundinglah dengan doktor anda untuk cuba mencari punca masalahnya sebab ia mungkin disebabkan kesensitifan makanan, atau ubat yang diambilnya atau rutin penyusuan anda.

Calitan darah

Calitan darah dalam najis bayi anda akan berlaku jika dia sembelit sebab peneranan bayi semasa membuang air besar boleh menyebabkan fisur dubur. Namun begitu, elok jika anda mendapatkan pemeriksaan doktor untuk memastikan ini sebab sebenar dan tiada sebab-sebab lain.

Sumber:
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/najis-bayi/