Check it out!

Sunday, July 3, 2011

Jalan-jalan survey deep freezer

Berpantang di hari ke-32 hari ni. Ada baki 12 hari to go untuk menamatkan tempoh berpantang secara rasmi. Hahaha..tapi sekarang ni pon macam orang dah abis pantang je saya ni. Mahu menjerit mak kalau tahu anak dia camni. Tu la akibatnya kalau berpantang tanpa pemantauan orang tua..takde orang nak sound..hihihi.. Mak saya cukup berdisiplin kalau bab-bab berpantang ni. Tak pernah miss bertungku, berbengkung, berbarut, jaga makan dan sebagainya sepanjang tempoh berpantang selepas melahirkan 9 orang anaknya. Tak hairanla sampai sekarang pun pada usia 48 tahun, badannya still slim-melim lagi. Tapi tak tahu la kenapa kedisiplinannya tu tak turun plak kat anaknya ini..hihihi..bukan salah ibu mengandung ye!

Buat pertama kalinya setelah lebih kurang sebulan tak bershopping..ari ni saya ke Alamanda, Putrajaya. Baru perasan yang Mega Sale dah start rupanya..hihihi.. punya la tak tahu. Walaupun begitu, tidak saya tergoda nak menyinggah tengok benda2 yang takde dlm list. Hihihi..bukan takde selera..tapi takde sponser..hahaha. Niat di hati ke sini nak survey deep freezer sebenarnya. Sebagai pengguna bijak..kenala survey harga dulu kan? (hehehe..bijakla sangat..) Kenapa nak survey deep freezer? Peti ais kat rumah dah tak muat nak menampung stok susu untuk Razin..

Alhamdulillah..rezeki si kecik ni. Susu perahan selama sebulan berpantang. Maklumla.. Razin dan Rania hanya menyusu kat sebelah je.. sebelah lagi terpaksa la perah. Mahu demam jadinya kalau tak perah. Tak pon merajuk plak dia nanti tak mao kuarkan susu lagi bila kehadirannya tak dihargai. Ni la hasilnya berkat mummy menadah apa yang anak2 mummy tolak. Sayang kalau nak buang anugerah berharga ni. Inilah buat pembakar semangat untuk meneruskan cita-cita yang terkandas 2 kali sebelum ni. Meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. Moga kali ni Allah izinkan untuk hasrat yang satu ini tercapai..

Ada 2 bulan lagi sebelum naik keje. Memang takde space lagi nak letak stok yang akan datang. Begitu juga space nak letakkan frozen food dan juga bahan mentah untuk dimasak. Ni yang terpaksa gak cari deep freezer nak tempatkan stok EBM. Dah jadi barang keperluan dah ni..bukan lagi kehendak. Apsal la tak terfikir nak masukkan dalam wish list sebelum bersalin ari tu. Kalau tahu kena beli deep freezer ni, tak perlu la saya beli pam elektrik..huhuhu.. lari sudah bajet!

Hasil daripada survey tadi.. dukacita dimaklumkan, takde jual deep freezer pun kat Carrefour Alamanda. Adeh! penat je saya pegi sini tadi.. sudahnya beli keperluan dapur je la. Nak survey kat kedai elektrik lain dalam Alamanda ni saya tak tahu plak ada ke tak kedai elektrik selain Carrefour ni. Nak survey tak larat la saya..maklumla dalam pantang lagi kononnya..hihi.. Nampaknya kenala survey lain kali plak.

Saya dah survey melalui alam maya pasal jenis deep freezer ni. Ada 2 jenis kat pasaran sekarang. 1 jenis drawer dan 1 lagi jenis chest freezer.
Ini deep freezer jenis drawer. Kemas dan bergaya! Berkenan la plak. Harga dia? Ada sorang blogger telah beli pada tahun 2010 dengan harga RM730 satu. Ada gak sorang blogger yang lain beli jenama yang lain dengan harga RM750. Katanya harga offer, kalau tak RM1+++. Huh! mahal gak ye.

Ni plak chest freezer. Biasa jumpa kat kedai jual ais krim kan? Harga depend on kapasitinya. Survey kat blog2 yang berkenaan.. saiz yang paling kecik pun RM5++. Tak tahu la bleh dapat ke tak dengan harga ni sekarang ni. Tu la yang teringin nak survey harga semasa tu.

Kalau simpan stok EBM kat deep freezer ni, susu bleh tahan sampai 6 bulan. Tu yang teringin sangat nak beli deep freezer ni selain alasan dah takde space nak simpan stok EBM dan benda2 lain yang perlu dimasukkan dalam freezer..

Hope dapat beli deep freezer ni secepat mungkin!

15 comments:

mamaJong said...

salam..hi=)
thanks for following me...ihiks,

btw..kite same la, masih dlm pantang..beza 10 ari je,,awak ari ke32, then sy ari ke42..huuhu..dan satu lg yg beza adalah awak dapat maternity leave 3bln tp sy hanya 2bln,,sobh=(

hehehhe..ape2 pon i'm looking for deep freezer too, tp x survey kat luar lg, almaklum la dlm pantang.tp xla pantang sgt walaupon dok kat umah jew...ade gak cuit2 nuget ngan coklat kat peti ais tu,hehehe...(klu la mak kat umah tu tahu yg anak die kat kl ni x pantang sungguh, confirm kena bebel 27hours..wakakakaaaa)

ape2 pon, semoga niat kite nak breastfeed anak sampai 2thn dipermudahkan Allah,Amin~

mamiraysha said...

Salam mamaJong,

Thanks to u too coz follow me back :-)

Bestnya dah nak abis pantang. Cepat2 skit beli deep freezer tu then cepat2 update kt blog ye..hihi..

Ok la tu..u cuit2 je nugget ngan coklat tu.. i dah ngap terus..hihihi..jgn ckp kat mak i tau..rahsia. Nanti dia bebel 28 hours. Extra 1 hour drp mak u..hihihi..

Yeah..moga Allah permudahkan..amin!

Raisah @ echah said...

murah rezeki anak...byk stok susu. teringin juga buat stok smp penuh mcm tu... :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Tahniah utk kelahiran baby ke tiga, moga dianugerahkan kesabaran dan kesihatan untuk menjaga ketiga2nya. Sy cuma nak tanya, pump hari tu sudahnya beli brand ape?spectra dew 350 ke?

mamiraysha said...

Raisah @ echah,

Alhamdulillah murah rezekinya. Time dlm pantang la sesuai buat stok.. hormon prolaktin dan oksitosin masih tinggi lagi. Awak pun bleh juga wat stok cam tu. Good luck ye! Dah nak bersalin dah kan..

mamiraysha said...

Anonymous,

Wa'alaikumussalam..

Thanks. Pam ari tu beli brand spectra dew 350. Tapi tak berhasilpun mengeluarkan susu..huhuhu..mungkin tak serasi dengan saya. Sudahnya terpaksa la meneruskan tradisi memerah guna tangan..hihihi..

Anonymous said...

sudahnya beli dew 350 ye...hmm..dapat harga berapa?sy pun br plan nak carik pump, dl spectra3 kawan sy pinjam sekejap kononnye, last2 dia mintak beli...sudahnya sy jual memandangkan dia dah pinjam pam tu lebih kurang sebulan.Tp kalau tak serasi dew 350 tu ape kate awak jual..:)

Nora Karim said...

salam mamiraysha... jelesnya tgk stok susu yg banyak...!! saya perah susu hari ni untuk bekalan esok... sedih... huhuhu

mamiraysha said...

Salam Nora,

Alhamdulillah..sementara hormon masih tinggi lg ni. Saya dulu camtu gak. Perah ari ni utk esok. Bagus gak tu..anak dapat minum susu fresh. Tapi agak bahaya kalau tetiba susu drop. Takpe..jangan stress tengok susu saya ye.. keep on pumping dgn tenang..insyaallah ada rezeki utk anak tu..

nurshahadah said...

alamak,saya due bulan 10 ni tapi bulan 9 pun anytime kena sedia.ingat nak spectra dew350 je..hem..kwn sugest medela..tapi if swing single pumping..medela fs mahal sgt..tapi saya memang kagumla tgk stok simpan susu hanya guna kaedah memmet..tahniah!

ibuhebat said...

thanks for info.. tgh survey deep freezer utk member.. mcm menarik yg ada drawer tu.. mahal sikit takpe kot asalkan mudah nak organize kan..

nurulain said...

saya tengah mencari deep freezer jgk nih...mcm berkenan yg jenis chest tu..sy nak tanya pendapat nih..sy nt insyaAllah akan bersalin bln 9, n akan berpantang kat kelantan. kalau sy nak bwk blk EBM sy dr kelantan ke subang jaya mcm mne ekk?

Anonymous said...

Guna dry ais, sebab ais biasa cepat mencairkan susu yang dah beku. BUngkus dgn newspaper. Cuba sampai Subang dalam masa 8 jam. Sebab kalau cair dlm masa 8 jam DAN masih sejuk, boleh dibekukan semula.

Anonymous said...

assalam......
bleh tau x mana nk dpt drawer deep feezer camni?

Unknown said...

saya pun tengah survey deep freezer nie..freezer kat rumah dah penuh..harapnya dapat membantu menjayakan isi penyusuan sus ibu sehingga 2 tahun:)