Check it out!

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Sunday, April 12, 2015

Minuman yang mengandungi probiotik boleh menyebabkan kanser?

9 April lalu, seorang rakan telah berkongsi di dalam group whatsapp kami (wanita kental) dengan coretan berikut:


" Ibu2 tlg la jgn bg ank2 minum vitagen, solivite n segala jnis yogurt. Info dr seorg ibu yg kehilangan anaknya akibat kanser. Bakteria idup tu mengaktifkan sel kanser. Dr yg rawat aruah anak dia bgtau. Minuman tu sume ada bakteria hidup yg boleh mgaktifkn sel kanser. Doc yg bgtau siap merayu supaya kami jgn bg ank2 minum.. Tp pesakit kanser xboleh makan or minum bakteria hidup. - copy dr ibu yg kematian anaknya akibat kanser darah. Masa doc pakar ambik sampel air sum2 arwah, mmg byk bakteria drpd vitagen, yakult dan sebagainya yg hidup dlm sel darah dia."

Coretan ini telah menimbulkan kegemparan, kegusaran dan persoalan..betul ke? Rata-rata mengatakan minuman ini kegemaran anak masing-masing. Stok vitagen memang sentiasa ada dalam peti ais di rumah katanya. Maklumla group ni group wanita-wanita dalam ofis saya. Baru je diorang buat lawatan ke kilang vitagen. Takde pulak dapat apa-apa info semasa lawatan tu.

Tak nak biarkan kegusaran ini berpanjangan, saya selaku detektif konon sedara detektif conan memulakan siasatan lanjut dengan memanjangkan coretan ini kepada group sebelah. Group geng2 rakan sebaya masa sekolah dulu sebab ada doktor dalam group tu. Mohon pencerahan. 

Kawan saya yang doktor ni jawab,
" Macam bohong je. Cancer tiada penyebab utama. Cancer cuma ada risk factor. Nak kata kaitan vitagen penyebab cancer itu satu penipuan, Nak kata vitagen itu risk factor kepada cancer tu - belum ada kajian." katanya.

Ada juga rakan group yang turut berkongsi komen dari seorang doktor lain bernama Dr. Hairin Anisa sebagaimana berikut:


" Maaf, info ini salah. Bakteria yang baik tidak mengaktifkan sel kanser...tapi dalam kes mereka yg sudah ada kanser, sel kanser & rawatan chemotherapy tersebut yang akan mengurangkan daya tahan tubuh pesakit, maka apa2 yg mengandungi bakteria hidup (baik@jahat), makanan mentah @ separuh masak memang kita tak benarkan pesakit kanser mengambilnya. Untuk mengelakkan kanser lebih baik makan ikut sunnah Rasulullah saw, pastikan anak menyusu badan, kurangkan makanan & minuman dari tin (aluminium), kurangkan pengambilan makanan ada MSG (seperti potato crisps), melayu kata jajan. Saya rasa ibu tersebut tersalah faham apa yg doktor maksudkan."

Ehm.. lega sikit mendengarnya. Tak cukup lagi info dari 2 doktor ni, saya kongsikan lagi pandangan seorang doktor lagi, Dr Zubaidi Hj Ahmad (drzubaidi.com)

" Saya berpendapat ia adalah satu dakwaan tidak munasabah kerana tidak diberikan bukti. Lebih elok dakwaan seperti ini disertakan dengan nama doktor dan hospital mana dia berkerja agar penjelasan yang lebih baik dapat dierolehi dari doktor tersebut.
Ada beberapa kemusykilan dakwaan ini. Nama doktor yang dikatakan mengucap dakwaan ini tidak diberitahu. Mungkin ada salah faham antara pembawa berita dan doktor. Mungkin doktor mengatakan minuman itu tidak sesuai untuk beberapa pesakit.
Kuman probiotik yang digunakan dalam minuman tersebut telah disahkan selamat bagi individu yang sihat termasuk wanita yang hamil dan menyusukan anak.
Namun minuman seperti ini tidak sesuai bagi individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah kerana kerana kuman probiotik adalah kuman bakteria yang hidup, dikhuatiri akan berkembang dengan cepat pada individu yang mempunyai sistem daya tahan yang lemah. Ini termasuk:
  • Pesakit HIV / AIDS
  • Orang yang baru menerima dermaan organ dan mengambil ubat-ubatan untuk mencegah penolakan organ yang dipindahkan.
  • Pesakit diabetes
  • Pesakit kanser dan pesakit yang sedang menerima rawatan untuk kanser seperti kemoterapi dan radioterapi
  • Pesakit yang mengalami penyakit ginjal dan pesakit yang manjalani rawatan dialysis
  • Pesakit yang mengalami penyakit autoimmune seperti SLE
  • Pesakit yang mendapat rawatan steroid
  • Pesakit yang telah menjalani pembedahan usus.
Saya bimbang apa yang dikatakan doktor ialah pesakit kanser tidak boleh meminum minuman itu dan bukannya minuman itu menyebabkan kanser."
Hari ini, dalam akhbar Metro Ahad juga ada dipaparkan artikel bertajuk "Mengarut! Minuman probiotik mengandungi bakteria hidup tidak mengaktifkan sel kanser seperti didakwa."


"Tidak benar, tiada kaitan minuman probiotik dengan kanser." Kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Kesimpulannya, kalau kita dalam kategori sihat dan tidak termasuk dalam golongan yang disebutkan oleh Dr Zubaidi, tiada masalah untuk kita meminum minuman yang mengandungi probiotik ini.


Realiti kehidupan : Jangan mudah percaya tanpa usul periksa.

Sunday, March 16, 2014

Beguk boleh menyebabkan kemandulan?

Jumaat lepas, ada seorang rakan pejabat bertanyakan khabar anak-anak saya. Semua sedia maklum anak-anak saya masuk hospital. Berikut adalah sedutan lebih kurang dialog kami:

" Alhamdulillah.. sihat dah. Cuma yang kecik pulak ada bengkak kat leher sebelah kanan sekarang ni." terang saya.
" Eh, beguk tu. Anak lelaki ke anak perempuan? " balas beliau.
" Anak lelaki kak. " jawab saya.
" Jangan biarkan. Anak lelaki kalau kena baguk, boleh tak dapat anak nanti. Kalau melarat dia boleh effect ***** dia." terang beliau lagi.
" Ye ke kak? Alamak.. tak dapat cucu pulak aku nanti.. " jawab saya agak terkejut dengan statement yang diberikan.
" Kau letak nila campur cuka.. sapu kat tempat bengkak tu. " saran beliau lagi memberikan petua.
" Alamak! rumah saya takde nila dengan cuka la kak. Takpe, nanti saya bawak pergi klinik la kak." jawab saya.

Rentetan itu, semalam saya bawa Razin ke klinik. 

  
                                    

Doktor check suhu badan Razin, tak demam.
Doktor pegang-pegang bengkak tu.. tak sakit (doktor tengok air muka Razin ketika memegang bengkak untuk melihat reaksi beliau).
Razin boleh selamba kunyah ribena pestil lagi depan doktor.
Doktor kata kalau beguk.. pegang kat tempat bengkak akan sakit. Kunyah pun tak boleh, sakit.
Doktor check tonsil, tak bengkak.
Doktor cadangkan agar darah Razin diambil. Kalau ada bakteria dalam darah, memang boleh menyebabkan kelenjar bengkak. Itulah puncanya. Tapi kalau dalam darah takde bakteria.. mungkin penyebab lain, dan kena refer hospital.

Berdebar jugak la dada saya bila dengar kesimpulan doktor yang terakhir itu. " Ya Allah, kau sembuhkan lah anak aku. Janganlah kau duga aku dan dia dengan penyakit berbahaya. " Doa saya dalam hati.

Doktor mengambil sampel darah Razin untuk diuji. Bagus betul dia hari ni. Sangat baik dan memberi kerjasama. Langsung tak nangis. Mummy dia pulak yang rasa ngeri tengok doktor tusuk jarum kat belakang tapak tangannya lalu darah merah pekat mengalir ke botol kecil yang telah sedia ditadah. ngeee...

Dalam debar, saya tunggu keputusan darah. 10 hingga 15 minit kata doktor.

   

Tak lama lepas tu, sebagaimana dijanjikan, hematology report dikeluarkan. Doktor sahkan bengkak Razin mungkin disebabkan oleh bakteria kerana bacaan menunjukkan kehadiran bakteria adalah tinggi dalam darah Razin. Doktor akan bagi antibiotik untuk melawan bakteria tersebut. Walau bagaimanapun, kalau bengkak Razin tak surut selepas seminggu, doktor minta datang semula untuk dirujuk ke hospital.

Doktor cakap, kalau bukan disebabkan bakteria, bengkak kelenjar mungkin disebabkan masalah lain seperti kanser. Nauzubillah.. jauhkanlah Ya Allah! sangat ngeri saya mendengarnya. 

Semoga anak mummy cepat sembuh ya sayang!

Saya sempat juga bertanya doktor, betul ke doktor, beguk boleh menyebabkan kemandulan? Doktor cakap, dia tak pernah dengar pulak. Masa belajar dulu pun dia kata dia tak pernah belajar. Mesti orang tua-tua cakap kan? tanyanya. Ehm.. betul tu.

Tapi saya still tak puas hati. Saya try google untuk dapatkan kepastian. Berikut adalah hasil 'google'an saya. Walau bagaimanapun, anda semua diminta untuk menggoogle lebih lanjut untuk lebih kepastian ye.

         
      Beguk boleh sebabkan mandul
BENGKAK di pipi sehingga ke bahagian rahang yang dikenali sebagai penyakit beguk boleh membuatkan penghidapnya berasa malu. Beguk yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga.
Namun, kita jangan keliru dengan masalah kelenjar parotid yang nampak seperti beguk, kerana ia juga boleh membengkak atau mengalami keradangan disebabkan faktor lain.
Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Otorinolaringologi, Universiti Sains Malaysia, Kota Bahru, Kelantan, Dr. Irfan Mohamad, beguk berpunca daripada jangkitan paramiksovirus.
“Virus itu boleh berjangkit secara langsung melalui batuk, bersin atau melalui mata, hidung serta mulut.
“Perkongsian makanan dan minuman atau bekasnya dengan penghidapnya menyebabkan berlaku transmisi kerana terdapat percampuran air liur,” ujar Irfan.
Tambahnya, beguk merupakan penyakit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sebelum era vaksinasi.
“Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis yang boleh menyebabkan kemandulan,” katanya.
Kadar komplikasinya juga akan meningkat seiring pertambahan usia si penghidap. Kata Irfan, jika tidak dirawat secara intensif, jangkitan bakteria akan mengakibatkan berlakunya pengumpulan nanah dalam kelenjar.
Tanda spesifik
Contohnya, kanak-kanak mungkin sembuh sepenuhnya tanpa sebarang kesan susulan, tetapi bagi seorang lelaki dewasa yang menghidap beguk, ia mungkin berakhir dengan kemandulan.
Salah satu komplikasi parotitis viral ini ialah ia merebak ke organ lain.
“Antara organ yang sering dijangkiti ialah sistem pembiakan lelaki dan wanita.
“Jangkitan pada testis akan menyebabkan orkitis manakala jangkitan pada ovari mencetuskan ooforitis. Dalam sesetengah kes, jangkitan pada organ itu akan meningkatkan risiko kemandulan,” katanya.
“Jangkitan lain ialah meningitis (radang selaput otak), pankretitis (radang pankreas), hilang pendengaran jenis sensorineural (akibat kerosakan saraf), dan keguguran janin walaupun jumlahnya kecil,” katanya.
Irfan berkata, tanda-tanda spesifik penghidap penyakit beguk ialah sakit dan bengkak pada kawasan kelenjar parotid malah ia boleh bertambah bengkak jika berlaku aktiviti mengunyah.
“Mengambil makanan yang masam akan menggalakkan sekresi air liur dari kelenjar tersebut lantas meningkatkan rasa sakit kerana kelenjar dipaksa bekerja sedangkan ia mengalami keradangan.
“Selain itu, terdapat tanda-tanda umum seperti demam dan sakit kepala, muntah, di samping simptom jangkitan saluran pernafasan seperti sakit tekak, kering mulut dan sakit telinga,” kata Irfan.
Pencegahan terbaik adalah dengan mendapatkan suntikan vaksin beguk, demam campak dan rubela yang dikenali sebagai MMR. Suntikan itu perlu diberikan kepada kanak-kanak. Ia juga telah dimasukkan ke dalam jadual imunisasi di Malaysia.
Rawatan spesifik
“Ibu bapa harus memastikan anak-anak mereka mendapat imunisasi yang secukupnya termasuklah vaksin mencegah beguk.
“Suntikan itu diberikan kepada bayi berumur sekitar 12 bulan,” katanya.
Irfan memberitahu, terdapat beberapa pihak yang berpendapat, penggunaan garam, gula dan nila dapat mengubat penyakit beguk.
“Sebenarnya, tiada penyelidikan saintifik dilakukan untuk mengesahkan keberkesanan pengubatan penyakit beguk dengan pengambilan bahan-bahan tersebut.
“Namun, mungkin bahan tersebut memberikan sedikit kelegaan sama seperti air batu yang bersifat menyejukkan.
“Nila mungkin memberikan kesan penyejukan terutamanya dari sudut psikologi.
“Beguk berpunca daripada jangkitan virus. Justeru, rawatan yang diberikan adalah dengan mengambilan ubat tahan sakit dan mengurangkan demam,” ujarnya.
Jika komplikasi berlaku sehingga merebak ke organ lain, rawatan tambahan yang spesifik perlu dilakukan ke atas pesakit.
“Tiada rawatan spesifik setelah seseorang itu dijangkiti beguk.
“Rawatan yang diberikan hanyalah berbentuk sokongan atau rawatan terhadap komplikasi yang timbul akibat jangkitan itu.
“Imunisasi MMR merupakan kaedah pencegahan yang terbaik setakat ini kerana suntikan itu telah diberikan kepada bayi yang berumur sekitar setahun,” ujarnya.
         Sumber : Kosmo online

Thursday, February 27, 2014

Khasiat buah strawberi

 
 
Ini hasil kerja tangan mummy untuk latihan dalam kelas hari ni.
Mummy sedang menuntut ilmu mekap-mekap guna photoshop uolls..hehe..
" Kursus Asas Fotografi dan Adobe Photoshop "
Last day dah hari ni. 2 hari belajar asas fotografi. 2 hari belajar adobe photoshop.
 
So, amacam?
Berbakat tak I? hehehe..
 
Sekarang I dah tahu dah.. advertiser trick.
Kalau tengok gambar sebelum dan selepas guna produk kecantikan tu.. boleh la wujud keraguan di hati.
Muka berkedut pun sekelip mata kedutan boleh hilang bila guna PS ni.
Muka penuh jerawat pun boleh touch up kasi hilang jerawat..hehe..
 

Monday, September 30, 2013

Hernia : Bukan hanya anak lelaki, anak perempuan pun boleh kena jugak!

Saya seperti juga kebanyakan orang, sebelum ini menganggap hernia atau selalu disebut sebagai 'angin pasang' hanya terjadi kepada anak lelaki. Semasa berpantang selepas bersalinkan Umar Rayyan dulu, mak, ma, atok dan nenek siap pesan supaya 'aset' anak lelaki dituam dengan daun ati-ati yang telah dilayur. Petua menolak 'aset' tersebut dengan tumit kaki baby turut diamalkan sepanjang tempoh berpantang. Punyalah menjaga agar tidak berlaku angin pasang.

Amalan menjaga anak lelaki dalam pantang tidak saya samakan dengan anak perempuan. Tidaklah saya menuam bagai.. Just urut je satu badan sama macam anak lelaki. Tidak pula saya sangka, rupanya anak perempuan juga boleh terkena hernia ni. 

Doktor telah mengesahkan Rania mempunyai hernia pada sekitar Ramadhan yang lepas. Saya perasan ada benjolan di sebelah kiri atas alat sulitnya lebih kurang sebulan sebelum berjumpa doktor. Apabila saya urut dengan lembut, benjolan itu hilang dan keadaan kembali normal macam biasa. Walau bagaimanapun, ia akan muncul kembali dan akan hilang apabila diurut. Maklumbalas daripada Rania, beliau rasa sakit bila benjolan itu ditekan.

Semasa membawa encik asben mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 28.7.2013 lepas, tergerak pulak untuk bertanya doktor perihal Rania. Ketika inilah doktor mengesyaki Rania ada hernia (dah lebih kurang pulak namanya) dan mengesyorkan pemeriksaan susulan di hospital.

Lalu, bersama-sama surat rujukan doktor kami anak beranak ke Hospital Putrajaya. Dipendekkan cerita (kalau tak pendekkan mahu panjang lagi kena taip iaitu cerita sepanjang masa yang kena tunggu sebelum jumpa doktor..hehehe), doktor membuat pemeriksaan fizikal dan interview sikit dan terus sahkan Rania ada hernia. Tak payah scan-scan.. senang rupanya nak detect ada hernia ni. Doktor ini menetapkan satu tarikh iaitu 1.8.2013 untuk berjumpa doktor pembedahan. Tiada cara lain kecuali pembedahan! Fuh! ngeri dengar pasal bedah-bedah ni. 

Semasa berjumpa doktor bedah pulak, beliau buat lagi pemeriksaan fizikal ke atas Rania dan interview mummy sikit. Tiada juga scan-scan. Mungkin sangat biasa penyakit ini. Doktor jelaskan bahawa terdapat lubang pada dinding perut Rania sehingga menyebabkan tisu-tisu lemak atau lain-lainnya masuk ke dalam lubang tersebut dan menyebabkan bengkak. Apabila diurut, bengkak itu hilang bermakna ia masuk kembali ke tempat asal. 

Saya cuba mengelak agar Rania tidak dibedah. Tetapi doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan kerana dibimbangi lubang membesar dan kemungkinan usus akan terjulur keluar dari lubang tersebut dan tidak boleh masuk kembali. Tambah doktor lagi, ini melibatkan struktur badan maka pembedahan perlu dilakukan untuk membaikinya. Tidak boleh hanya sekadar memakan ubat.

Tak nak ambik risiko, maka saya setuju untuk Rania dibedah. Mula-mula doktor cadangkan tarikh bedah ialah pada hujung bulan ogos. Alamak! cepat sangat la pulak. Saya minta bulan September. Maka 30 September 2013, Rania akan dibedah!

Mohon doakan Rania ye.. agar semuanya selamat!






Sunday, September 29, 2013

Hernia : Fakta yang kita perlu tahu


Selama ni saya biasa dengar je perkataan hernia yang sama makna dengan angin pasang tu. Takde la rasa nak selidik mendalam fakta berhubung dengannya. Tapi bila dah terlibat secara langsung dengan penyakit ni, maka kajian ilmiah perlu dilakukan untuk menambah ilmu di dada. Saya kongsikan sikit info yang saya google untuk kita sama-sama tahu ye..

Bahaya mengurut hernia

HERNIA merupakan gangguan kesihatan yang umumnya dideritai oleh kaum Adam. Sekalipun insidennya lebih banyak menyerang orang dewasa, ia juga kerap terjadi di kalangan kanak-kanak.
Walaupun hernia tiada kaitan dengan masalah angin, tetapi ia turut mendapat jolokan di kalangan masyarakat kita sebagai penyakit angin pasang.

Hernia diambil daripada perkataan Latin, herniae yang membawa maksud penonjolan keluar organ atau tisu yang lembut melalui bukaan otot yang lemah pada bahagian abdomen. Ia kelihatan seperti bonjolan kecil pada kulit dan akan jelas kelihatan semasa anak batuk atau menggeliat.

Punca

Pada bayi dan anak-anak, hernia merupakan keadaan bawaan sejak lahir (kongenital). Bonjolan hernia biasanya berisi cairan dan tidak semestinya hernia inguinal yang berisi bahagian usus.
Pakar bedah kanak-kanak di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi), Kuala Lumpur, Dr. Ahmad Zulkiflee Laidin berkata, sesetengah bayi memang dilahirkan dengan beberapa bukaan kecil pada tubuh yang sepatutnya tertutup sebelum kelahirannya.

Tetapi pada sesetengah kes, keadaan tersebut tidak berlaku sedemikian, menyebabkan tisu-tisu berhampiran menembusi bukaan tersebut dan menjadi hernia.

Kata beliau, hernia kanak-kanak lazimnya berlaku semasa terjadinya tekanan fizikal seperti menangis, menjerit, berlari atau batuk dan ia akan kembali mengecut kemudiannya.

“Hernia jenis ini boleh ditutup dan selalunya tidak mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak. Cuma kadangkala, tisu-tisu boleh terjerut di dalam bukaan dan tidak boleh ditarik semula kepada kedudukannya yang asal.

“Ia terjadi apabila sebahagian daripada organ badan tertentu seperti gelungan usus menonjol keluar dari dinding otot yang lemah atau terbuka.

“Ia juga boleh jadi membran abdomen atau lain-lain tisu yang menolak dinding otot sehingga menyebabkannya menjulur ke dalam ruang yang tidak sepatutnya. Penonjolan inilah yang dipanggil sebagai hernia, yang kelihatan seperti bengkak atau bonjolan yang keluar dari kaviti tubuh,’’ katanya Dr. Ahmad Zuilkiflee.

Terdapat dua jenis hernia yang biasa terjadi pada kanak-kanak, iaitu hernia umbilikal pada bahagian pusat dan hernia inguinal yang terjadi di sekitar pangkal paha di mana abdomen bertemu bahagian atas paha.

Hernia pusat berlaku pada sesetengah bayi yang memang dilahirkan dengan kelemahan atau bukaan pada bahagian otot-otot abdomen di sekitar pusat di bawah kulit, yang mana sesetengah membran abdomen atau usus kecil menjulur keluar melaluinya.

Bengkakan lembut yang terjadi ini boleh dilihat dengan jelas apabila bayi menangis, meneran, batuk atau menggeliat.

Hernia inguinal pula, selalunya disebabkan oleh penonjolan gelungan usus atau lipatan membran daripada abdomen atau ovari atau salur falopian bagi kanak-kanak perempuan, melalui pembukaan masuk ke bahagian groin.

Bengkak dalam bahagian groin timbul terutamanya apabila kanak-kanak menangis, batuk atau berdiri.

“Bagi kanak-kanak lelaki dianggarkan seorang bayi daripada 40 kelahiran mengalami hernia jenis ini,’’ ujarnya.

Tambahnya, terdapat pelbagai komplikasi hernia antaranya Irreducible Hernia, di mana hernia tidak dapat dikembalikan ke tapak normal.

Hernia inkarserat (Obstructed Hernia) pula berkemungkinan boleh menyebabkan berlakunya penyumbatan. Contohnya, gelungan usus yang terperangkap dan menekan masuk pembukaan berupa kantung di dalam kawasan groin akan menyekat makanan daripada memasuki sistem pencernaan.

“Jika tisu-tisu yang terperangkap itu tidak dapat dikeluarkan, hernia tidak boleh dikurangkan dan memerlukan pembedahan segera,’’ kata Dr. Ahmad Zulkiflee.

Komplikasi hernia yang paling bahaya terhadap kanak-kanak adalah hernia tercekik atau terjerut (Strangulated Hernia) di mana ia boleh menyebabkan kematian.

Sementara itu, hernia diaphragma iaitu satu bukaan kecil pada diafragma (otot nipis bermembran berbentuk kubah yang memisahkan ruang-ruang torasik dan abdomen yang memainkan peranan penting dalam pernafasan), menyebabkan bahagian atas perut naik ke atas ke bahagian dada.

Menurut Dr. Ahmad Zulkiflee, dianggarkan seorang daripada 5,000 kelahiran mengalami hernia jenis ini.

Pembedahan

Rawatan moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah bayi yang mengalami hernia. Jika ibu bapa takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah.

Bayi tersebut mungkin perlu dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan.
“Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin bayi. Jadi, pembedahan adalah lebih baik,” katanya.

Hernia pusat yang terjadi kepada bayi jarang menyekat atau menjerut, tidak seperti orang dewasa.
Kebanyakan hernia pusat, sekalipun yang besar akan tertutup sendiri apabila usia kanak-kanak mencecah dua tahun. Doktor biasanya akan menasihatkan ibu bapa supaya tunggu dan lihat sahaja dulu, daripada terus membedahnya.

“Pembedahan hanya akan di jalankan jika saiz hernia mencecah dua sentimeter,” ujarnya.
Pada anak-anak, doktor akan melakukan palpasi dengan cara meraba isi hernia tersebut dengan hujung jari, bagi memastikan sama ada ia boleh dimasukkan semula ke dalam perut atau sebaliknya.

Rawatan yang akan dilakukan bergantung kepada pemeriksaan tersebut. Kebiasaannya doktor akan mengambil masa sejam bagi mengesan penyakit tersebut dan pembedahan kecemasan akan dijalankan jika perlu.

Pembedahan juga tidak mengambil masa lama iaitu kira-kira 15 minit sekiranya hernia tersebut tidak berada di tahap risiko yang tinggi.

“Pembedahan segera perlu dilakukan jika ia hernia inkarserat dan terjerut kerana bahagian tersebut membusuk dan menjadi sumber infeksi ke seluruh dinding usus (peritonitis). Akibat yang lebih buruk adalah kematian.
“Dalam pembedahan tersebut, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan,’’ jelas Dr. Ahmad Zulkiflee lagi.

Kesimpulannya kata beliau, kanak-kanak perlu mendapatkan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi dan jangan mengurut hernia kerana ia adalah sangat berbahaya.

“Tekanan ke atas hernia boleh menyebabkan organ-organ berkenaan pecah dan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan membawa maut,’’ tegasnya.






Otot lemah punca hernia


Oleh NORAINON OTHMAN
HERNIA atau angin pasang sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki walaupun perempuan turut mengalaminya. Penyakit itu berlaku pada individu di semua peringkat umur akibat kelemahan otot tubuh yang menyebabkan kandungan dalam badan membonjol keluar.
Kandungan itu biasanya ialah usus atau tisu lemak abdomen yang menembusi dinding abdomen yang kurang tebal membentuk kantung.

Hernia berlaku akibat kecacatan otot di badan sejak lahir yang dikenali sebagai kongenital, manakala jenis lain berpunca daripada kerosakan otot badan disebabkan kecederaan, pembedahan atau tekanan dalam badan meningkat akibat batuk berulang kali, mengangkat objek berat, meneran, sembelit yang teruk dan sukar kencing.
Jenis hernia yang biasa ialah epigastric, umbilical, inguinal dan femoral.

Ramai lelaki mengalami hernia inguinal disebabkan proses perkembangan alat reproduksi mereka yang berbeza daripada wanita.

Pada janin lelaki, testis (buah zakar) turun dari rongga perut menuju skrotum (kantung kemaluan) pada bulan ketujuh hingga kelapan usia kehamilan.
Lubang berupa saluran itu akan tertutup menjelang kelahiran atau sebelum anak mencapai usia setahun. Ketika dewasa, kawasan itu boleh menjadi titik lemah yang berpotensi mengalami hernia.

Ada hernia yang pasang surut, tidak surut dan hernia jerutan. Hernia pasang surut boleh muncul sebagai bonjolan baru di bahagian kelangkang atau kawasan abdomen lain.
Pesakit merasa sedikit senak, tetapi lazimnya sentuhan pada bonjolan tidak menyebabkan rasa sakit.

Bonjolan akan timbul atau saiznya bertambah apabila pesakit berdiri atau berlaku peningkatan tekanan dalam abdomen, misalnya disebabkan batuk.

Hernia tidak surut ialah bonjolan besar yang mungkin sakit yang sebelum ini ada pasang surut, tetapi kemudian tidak boleh masuk semula ke dalam abdomen dengan sendiri atau bila ditolak masuk dengan tangan.

Sebahagiannya mungkin kronik iaitu dialami dalam jangka waktu lama tetapi disebabkan tidak sakit, pesakit tidak mendapatkan rawatan.

Hernia jerutan bermula sebagai hernia tidak surut yang kemudian mengalami jerutan pada bukaan hernia, menyebabkan himpitan pada salur darah seterusnya mengakibatkan usus yang terperangkap dalam bonjolan tidak mendapat bekalan darah.

Pesakit merasa sakit jika bonjolan ditekan. Antara tanda usus tersumbat ialah loya, muntah dan perut kembung, malah pesakit boleh demam dan kelihatan tenat.

Rawatan kecemasan dan pembedahan segera perlu dilakukan.

Untuk mendiagnosis hernia, doktor akan meminta pesakit batuk, mengemut atau berdiri untuk pemeriksaan badan. Bahagian terbonjol boleh ditekan masuk dengan tangan.

Semua jenis hernia patut dibedah. Ini kerana usus yang tertonjol keluar menerusi lubang hernia menyebabkannya tersumbat, seterusnya mengakibatkan pengaliran darah ke bahagian itu terganggu dan akhirnya bocor.

Pakar Pembedahan dan Endolaparoskopi Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Chan Kin Yoong berkata, rawatan setiap hernia adalah berbeza dan doktor akan berbincang dengan pesakit kaedah rawatan, termasuk risiko dan faedah jika dibedah atau tidak.

Menurutnya, jenis pembedahan yang biasa dilakukan ialah menggunakan jaring untuk menampal lubang hernia.

Pembedahan terbuka atau tebukan laparoskopi dilakukan iaitu dengan penggunaan kamera dan peralatan bagi menebuk bahagian tubuh yang mengalami hernia.

Tampalan jaring di bahagian berlubang boleh mengelak hernia berulang. Jaring untuk menampal bahagian berlubang diperbuat daripada sejenis plastik dan ia tidak mengandungi protein yang boleh mengakibatkan alahan atau penolakan pada tolakan.

Jangkitan kuman jarang berlaku pada jaring tampalan. Bagaimanapun, jika terjadi, komplikasi boleh dirawat dengan antibiotik tanpa pembedahan kedua.

“Hernia seperti inguinal, umbilical, femoral, incisional atau epigastric hernia boleh dibedah secara harian iaitu pesakit datang ke hospital untuk membuat pembedahan dan pulang ke rumah pada hari sama.

“Bagaimanapun, hernia besar atau ada komplikasi perlu menjalani prosedur lebih rumit, menyebabkan tidak boleh dibedah secara harian. Hernia kecil boleh dibedah dengan bius setempat,” katanya.

Menurutnya, pesakit hernia yang mempunyai penyakit lain seperti lemah jantung, diabetes atau tekanan darah tinggi yang terkawal masih boleh menjalani pembedahan dengan selamat.

Ada sebahagian pesakit perlu diperiksa oleh pakar perubatan dan pakar bius sebelum pembedahan dibenarkan.

“Selepas menjalani pembedahan, pesakit sembuh dengan cepat dan boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan dan selamat. Kerja di pejabat boleh diteruskan seperti biasa dua atau tiga hari selepas pembedahan.

“Pesakit boleh memandu sendiri kereta ke pejabat manakala kerja ringan boleh dilakukan selepas 10 hingga 14 hari berikutnya. Kerja berat pula boleh dilakukan selepas tiga hingga empat minggu pesakit berehat,” katanya.

Dr Chan berkata, pesakit yang menjalani pembedahan juga tiada halangan untuk kembali aktif bersukan. Selepas tiga atau empat hari, pesakit boleh berjalan kaki, berenang atau joging, antara lima hingga tujuh hari boleh bermain golf, bowling, bermain ski, papan luncur atau mendaki gunung.

Selepas 10 hingga 12 hari menjalani pembedahan, pesakit boleh bermain tenis atau berbasikal manakala dua minggu selepas itu, tiada sekatan untuk mereka membabitkan diri dengan sukan lebih lasak seperti bola lisut, bola sepak atau hoki.
Sumber info : http://www.hmetro.com.my/

Friday, March 29, 2013

Episod Sakit Gigi - Pengalaman Cabut Gigi

Siapa tak pernah rasa sakit gigi angkat tangan!!
Wah.. hebatlah. Maka jagalah gigi anda sebaik mungkin agar episod sakit gigi ini tidak berlaku kepada anda.
Entry ini ialah khidmat sosial saya kepada masyarakat sempena kempen penjagaan gigi sedunia..muahahaha..

Saya pernah dengar orang mengatakan yang sakit gigi ini ialah sakit yang akan menyebabkan semua anggota lain turut sakit. Maknanya, kalau sakit gigi menyerang maka anggota lain tak dapat menjalankan tugas dengan sempurna sebab tak boleh nak buat apa sebab terpaksa menanggung sakit yang menyucuk. Apabila keadaan ini berlaku, sila jauhkan diri anda untuk bergurau tak bertempat dengan pesakit gigi ini, dibimbangi.. gigi anda pulak yang cedera.. dan anda pulak yang akan tulis entry episod sakit gigi macam saya..haha.. (hormon marah orang sakit gigi automatik meningkat)

Kawan saya juga pernah mengeluarkan statement yang sakit gigi ini adalah sakit kedua paling sakit selepas bersalin. Maknanya, kawan saya ni klasifikasikan yang sakit bersalin ialah sakit yang tinggi darjatnya sedikit berbanding sakit gigi. So, incik lelaki di luar sana kalau anda rasa sakit gigi, ingatlah bahawa sakit itu masih tak seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. Orang pompuan yang lemah pun boleh menghadapi sakit yang paling sakit, inikan pulak orang lelaki yang kuat dan gagah. Apa ada hal lah.. haha.. motivasi..motivasi..bukan provokasi. 

Sebenarnya saya start mengalami episod sakit gigi ini sejak 10.10.2012 tahun lepas. Sakitnya menyucuk-nyucuk hingga menyebabkan sakit tu tersebar ke gigi yang tak terlibat. Fuh! memang tak dapat nak tidur malam menahan sakit. Keesokan harinya saya ke klinik pergigian Putrajaya Presint 9 untuk mendapatkan rawatan. Pipi saya di x-ray dan didapati tampalan gigi geraham bawah sebelah kiri saya telah menyentuh saraf gigi yang menyebabkan kesakitan. Doktor memberi saya 2 pilihan sama ada cabut atau membuat rawatan akar (RCT - Root Canal Treatment). Saya tanya yang mana satu lebih baik? Dia kata terpulang. Kalau cabut, takde la gigi. Tapi kalau buat rawatan akar, gigi akan kekal ada kerana dia akan korek semula tampalan, mematikan saraf gigi tu dan membuat tampalan semula. Appointment saya untuk mendapatkan rawatan ini ialah pada 24.7.2013 yang akan datang. Adeh! sangat lama kerana pesakit gigi sangat ramai..huhu..

Sementara menunggu tarikh rawatan.. gigi ini sakit on and off. Sekarang ni macam mula nak sakit balik gigi tu. Ntah-ntah bila tiba tarikh appointment, gigi tersebut sudah tiada lagi..huhu. Tidak mungkin saya sanggup tunggu jika sakit dah menyucuk-nyucuk. 

Sabtu 16.3.2013 yang lalu.. episod sakit gigi kembali menghantui diri.
Menyucuk-nyucuk sampai tak boleh nak tido malam.
Bukan gigi yang sebelum ini, tetapi gigi geraham bongsu sebelah atas sebelah kanan pulak.
Gigi tersebut memang dah berlubang di tepi (baru perasan). Sebelum ini steady je. Pada hari tu, dia dah tak mampu menangkis serangan. Gara-gara tengah harinya makan Epal Besar ini..

Inilah punca serangan sakit gigi saya
Macam-macam kaedah dan petua saya lakukan untuk mengatasi sakit gigi yang menyucuk ini. Petua paling popular, berkumur dengan air garam. Memang berkesan, hilangla jugak sakit gigi tapi sekejap je, pastu menyerang semula. Adeh! sila bayangkan berapa kali saya terpaksa berkumur dengan air garam tersebut. Selain air garam, saya turut tampal pipi tempat gigi yang sakit itu dengan koyok. 


Copycat yang sibuk je nak sama macam mummy dia.
Hari Ahad keesokan harinya terpaksa saya lalui dengan kesakitan..huhu. Nak keluar rumah pun takde mood. Takpela.. bertahan lagi sehari memandangkan kebanyakan klinik gigi tutup pada hari Ahad (pada perkiraan saya). Hari Isnin saya ke pejabat dengan 2 bekalan untuk mengatasi sakit gigi saya. Bekalan pertama, sebotol air garam untuk berkumur bila sakit menyerang dan kedua, doa sakit gigi di bawah ini. Gigih saya menyalin semula dari dalam buku untuk di bawa ke pejabat sebab lebih senang membawa secebis kertas berbanding sebuah buku.


Doa sakit gigi
Pada pukul 12.20 tengah hari pada hari Isnin, 18.3.2013 tersebut, en. asben menjemput saya di pejabat dan menghantar saya ke klinik gigi untuk 'settle'kan gigi tersebut. Mungkin en. asben takut nak tinggal lebih lama dengan orang sakit gigi..haha. Berdasarkan risikan dengan kawan-kawan, saya memilih Klinik Pergigian Halizah yang terletak di belakang Warta, Bangi. Berhampiran dengan Tabung Haji.

Saya sampai lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Tak perlu lama menunggu, sekejap je nama saya di panggil. Ingatkan lama sebab sebelum saya sampai memang dah ada patient yang sedang menunggu. Rupa-rupanya ada 2 bilik rawatan.

Sebelum masuk ke bilik, seram gak sikit nak kena cabut gigi. First time nih gigi nak kena cabut. Masa kecik-kecik dulu, tak payah cabut, gigi memang tanggal sendiri sebab nak beri laluan gigi kekal mengambil tempat. Terbayang pulak la aksi seorang doktor memegang playar lalu dengan rakusnya menyentap gigi yang sakit itu. Adusss... fengsan!

Tambah lagi en. asben pulak cerita pengalaman dia 3 kali cabut gigi. Memang ketiga-tiganya beliau menjerit kesakitan. Sangat sakit dan takut katanya. Adeh! time ni pulak en asben cerita ngeri ini. Memang beliau akui yang beliau sangat takut mencabut gigi. (ooo.. baru tahu yang penakut jugak en asben saya ni)

Saya tak biarkan perasaan takut menguasai diri.
Saya kan dah pernah merasai sakit bersalin 3 kali. Apa la sangat cabut gigi ni kan..
Saya cuba menenangkan diri sebenarnya dengan membandingkan dengan pengalaman bersalin. Kan kawan saya cakap yang sakit gigi ni sakit kedua paling sakit selepas bersalin..hehehe..

Semasa di bilik rawatan..
Doktor bertanya gigi kat mana yang sakit dan beliau check gigi yang berkenaan.
Selepas meninjau keadaan gigi saya, beliau mengesyorkan gigi tersebut dicabut. Lagipun ianya gigi bongsu.
Memang hajat saya nak cabut pun gigi tersebut.
Prosedur seterusnya, doktor menyuntik ubat bius di dua tempat. Satu dekat bahagian pipi sebelah dalam dan satu lagi di langit-langit untuk membuatkan bahagian yang hendak dicabut tersebut rasa kebas. Suntikan pertama, tak la sakit sangat macam semut gigit je. Tapi suntikan kat langit-langit tu agak sakit sikit sehingga saya dinasihati oleh doktor untuk tidak mengeraskan badan. Tindakan luar kawal menahan sakit puan doktor! Honestly, sakit jahit selepas bersalin lebih sakit lagi la..huhuhu..

Selepas suntikan diterima, saya dibiarkan berbaring di kerusi rawatan sebentar sehingga rasa kebas dirasai. Ada la dalam 5 - 10 minit kot. Selepas itu, tibalah adegan yang ditunggu-tunggu.. gigi dicabut! Doktor beritahu yang saya akan rasa gigi bergerak-gerak.. itu normal. Tapi kalau rasa sakit menyucuk, sila angkat tangan. Ye.. puan doktor.. saya akan standbykan tangan..hehe..

Saya rasa doktor itu mencucuk-cucuk gigi saya dengan sesuatu. Tapi tak rasa sakit langsung. Tup-tup, doktor suruh berkumur. Saya tanya doktor, "Dah siap ke?" Doktor jawab, "ye dah siap."  Mak aii.. sekejapnya. Rasanya macam tak sampai 5 minit pun gigi tu dah tercabut. Memang cabut gigi secepat inikah atau gigi saya itu sudah reput.. makanya senang dicabut??

Keluar je bilik rawatan, encik asben pun terkejut.. macam tak percaya gigi saya dah dicabut. Berulang-ulang kali dia soal, "dah siap ke?" Nasib baik saya tak sakit gigi lagi, kalau dia soal banyak-banyak kali macam ni time saya sakit gigi, memang siap dia! hahaha..
Bil untuk cabut gigi ini ialah RM100. Agak murah juga la untuk kos cabut gigi geraham.

Lepas cabut gigi, saya ke pejabat semula selepas menghabiskan separuh masa rehat di Giant dalam Warta. Memang takde rasa sakit lagi sampai sekarang. Lepas cabut tu pun saya takde rasa sakit di tempat yang dicabut. Cuma darah je yang keluar banyak. Kebas masih terasa agak lama la. Tapi bila balik dari pejabat, dah hilang dah kebas tu. Walaupun dah hilang kebas, saya still takde rasa sakit. Cuma saya elakkan dari mengunyah di tempat tersebut sebab saya rasa-rasa dengan lidah, tempat yang dicabut masih berlubang. Alhamdulillah, apa yang saya khuatiri iaitu demam selepas cabut gigi tidak berlaku. Pada pendapat saya, cabut gigi tidaklah mengerikan.

Buruknya rupa gigiku ini

Nah! buah tangan yang saya bawak balik dari klinik tersebut. Siapa tak tahan nak tengok gigi buruk tersebut, cepat-cepat la scroll down ye. Saje saya request nak bawak balik..hehe. Nak tayang kat blog ni buat pengajaran hidup. Lain kali jaga gigi elok-elok ye. Gosok gigi tu biar sampai ke hujung. Jangan tertinggal lak adik bongsu tu. Kesian dia.. Dia yang last tumbuh, dia pulak yang kena cabut dulu.. 

Selamat tinggal gigiku sayang..
Terima kasih atas khidmat anda selama ini.
Jasamu akan ku kenang-kenang selalu..
sop! sop! sop!

Saya dah kurang satu gigi.
Umur baru 3.0 series..
Agaknya saya kurang minum susu kot sepanjang mengandung 3 kali dan menyusukan anak non-stop selama 3 tahun 5 bulan. So, mummies di luar sana.. sila rajin-rajin minum susu atau sumber kalsium lain ye.. takut nanti dah 5.0 series dah takde gigi nak kunyah..hehe..

Tuesday, August 10, 2010

Kanser Payu Dara - Punca, Gejala dan Rawatan

Entry sebelum ni saya ada cerita pasal kawan saya yang meninggal dunia akibat kanser payu dara. Takut plak dengar pasal kanser ni.. So, saya minta yahoo search..carikan untuk saya pasal kanser ni. Ini antara artikel yang saya jumpa. Jom kongsi bersama..

Apa Itu Kanser Payudara?

Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur dan merebak. Ia menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Kebiasaannya tumor terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal. Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar atau duktus.

Kanser payudara meyumbangkan peratus yang tertinggi bagi penyakit kanser di kalangan wanita. Kanser payudara berada di tangga kelima bagi kadar kematian akibat kanser dan merupakan penyumbang utama kematian akibat kanser di kalangan wanita. Di sepanjang hidupnya seseorang wanita mempunyai risiko mengidap kanser payudara sebanyak 1 dalam 8 dan kemungkinan meninggal dunia akibatnya adalah 1 dalam 28.

Pengelasan Kanser Payudara

Kanser payudara dikelaskan mengikut beberapa faktor seperti kanser lain. Faktor yang biasa diambilkira ialah tisu punca, lokasi tumor atau tisu punca, jenis tisu atau histologi, gred tumor, peringkat tumor, kemunculan dan aktiviti tumor, status nodus dan perebakan. Mula-mula sel bertukar struktur tetapi berada di lokasi asal di dalam duktus atau membran basemen lobul. Kemudian berlaku mitosis (penduan sel) dan metastasis (perebakan) melalui membran basemen dan bergerak ke kawasan terpencil di dalam badan.

Tanda dan Gejala Kanser Payudara

Pembentukan gumpulan merupakan tanda biasa yang kekal untuk jangka masa yang panjang. Kemungkinan nodul asimptomatik akan muncul sebelum tanda atau gejala lain timbul. Sakit payudara atau mastodinia atau sakit pada gumpulan merupakan satu lagi gejala kanser payudara di peringkat awal. Kemudian tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan atau bengkak akan berlaku jika salur limfa kecil di dalam kulit dan pembuluh limfatik diserang oleh tisu abnormal. Kulit akan mempunyai tekstur kupasan oren yang juga dirujuk sebagai “peau d’orange”.

Gumpulan mungkin terjadi di payudara atau di ketiak. Rupa payudara juga akan bertukar melalui penebalan atau pertambahan saiz dan bentuk. Kulit payudara mungkin kelihatan seperti lekuk atau membentuk rabung. Puting mungkin terpusing ke dalam, menjadi merah atau bersisik atau mempunyai lelehan yang abnormal. Apabila ia merebak ke kawasan lain, akan menjelma tanda seperti demam, seram sejuk, sakit tulang dan sendi, sakit kuning, gejala neurologi dan curahan (efusi) pleura. Kelemahan adalah tanda atau gejala awal kanser payudara mungkin tidak kelihatan, justeru kaum wanita perlu mengambil inisiatif membuat diagnosis dengan memeriksa sendiri payudara dan juga menjalani ujian payudara setiap tahun.

Peringkat Kanser Payudara

Untuk mendiagnosis kanser payudara, pemerhatian dibuat melalui mamografi atau MRI payudara. Peringkat kanser payudara ditentukan mengikut sifat sel atau tahap pembiakan (proliferasi).

Peringkat 0 atau tumor kanser di tempat asalnya (karsinoma in situ) dikira sebagai risiko kanser payudara tanpa kehadiran penyakit itu sendiri. Karsinoma lobular in situ atau LCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam kelenjar payudara. Karsinoma duktal in situ atau DCIS adalah merujuk kepada pengalas sel abnormal di dalam duktus payudara.

Peringkat I merujuk kepada kanser payudara pada peringkat awal di mana ukuran melintang tumor kurang dari 2 sentimeter dan belum lagi merebak. Peringkat II juga merujuk kepada kanser payudara pada peringkat di mana ukuran tumor adalah antara 2 hingga 5 sentimeter; atau lebih dari 5 sentimeter tetapi belum merebak; atau kurang dari 2 sentimeter tetapi telah merebak ke nodus limfa ketiak.

Peringkat III ialah di mana ukuran melintang tumor telah meningkat ke 5 sentimeter dan telah merebak ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak dengan banyaknya ke nodus limfa ketiak; atau telah merebak ke nodus limfa terpencil di dalam tulang selangka atau tulang dada.

Peringkat IV merujuk kepada situasi di mana kanser payudara telah merebak ke kawasan di luar kawasan dada.

Kaedah Rawatan

Rawatan bergantung kepada ciri-ciri atau kelas kanser payudara. Terdapat beberapa jenis rawatan seperti kemoterapi, pembedahan dan homoeopathy (dan lain-lain rawatan alternatif). Prognosis (ramalan) kanser payudara pada peringkat awal selalunya adalah baik, tetapi di peringkat akhir, seperti juga dengan kanser lain adalah tidak baik.

Sumber : www.kesihatan.biz/artikel/kanser_payudara.php

Tuesday, July 13, 2010

Tekanan Penyebab Kanser?

Saya baru je jumpa artikel ni. Kebetulan pulak saya pernah post pasal tekanan ni, tup tup jumpa pulak artikel yang mengejutkan ni (mengejutkan saya la..sebab saya baru tahu..tak tahu pun sebelum ni..kalau anda dah tahu..anggap ulangkaji je la ye..)

Penyelidikan terbaru menunjukkan bahawa tekanan mungkin berkait dengan kanser pangkal rahim! Kalau sebelum ni kita tahu yang tekanan ni memang memberi kesan negatif kepada tubuh badan kita..tapi tak tahu plak sampai bleh menyebabkan kanser.. uishk! takutnya..

Kalau sebelum ni kita tahu yang Kanser Payudara adalah pembunuh nombor 1 wanita.. Kanser pangkal rahim ni pulak adalah kanser kedua terbanyak yang dialami oleh wanita. Menurut data WHO, hampir 250,000 wanita mati setiap tahun disebabkan oleh kanser ini.

Kanser pangkal rahim adalah kanser yang tumbuh dengan perlahan dan jarang memberikan gejala kepada wanita tetapi peringkat awal kanser boleh dikesan dengan mengunakan ujian pap smear.

Apa kaitan kanser ni dengan tekanan?

Salah satu penyebab kanser ini ialah virus HPV terutamanya HPV jenis 16. Virus ini merebak melalui hubungan seks tapi bagi wanita yang sihat dan mempunyai imuniti yang normal jangkitan HPV akhirnya akan hilang secara semula jadi. Walaubagaimanapun menurut pakar penyelidik, tekanan harian mungkin mengurangkan kebolehan badan wanita untuk melawan balik virus ini. Ini kerana tekanan boleh mengurangkan aktiviti sistem imuniti badan dan seterusnya gagal untuk melawan balik virus tersebut dan kanser akan berlaku.

Tekanan yang keterlaluan bukan sahaja menyebabkan badan mengalami kurang imuniti melawan penyakit, malahan ia juga memberi kesan kesihatan badan keseluruhannya, hubungan sesama manusia dan produktiviti kerja.

Sumber : http://portal.alamhamil.com

Monday, May 31, 2010

Ada Apa Dengan Jambu Batu?

Jambu batu adalah antara buah-buahan tropika yang sangat popular. Dalam bahasa saintifik, ia dipanggil Psidium guajava. Buah ini dipercayai berasal dari kawasan Peru dan Mexico. Ia bukan sahaja lazat dimakan begitu sahaja tetapi juga boleh dijadikan jus dan jem.

Tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia, mungkin ramai yang tidak mengetahui jambu batu adalah antara buah yang paling berkhasiat dalam membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh. Lebih istimewa, daun dan kulit batangnya juga memiliki zat anti bakteria yang dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan, pengambilan jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi. Justeru, buah ini disyorkan diambil sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Sebaiknya buah ni dimakan bersama kulitnya kerana sebahagian besar kandungan vitamin C terdapat pada kulit dan bahagian isinya yang lembut dan tebal. (Ehm..nyum! nyum! memang sedap..terutama sekali kalau makan dengan serbuk asam. Bestnya..rasa nak makan sekarang plak..hehe..)

Manfaat Jambu Batu

1) Mengubati Luka

- ambil beberapa helai daun jambu batu. Kemudian cuci dan giling. Setelah itu, tempelkan pada luka dan balut dengan kain. Tukar kain pembalut dan ramuan jambu batu giling sebanyak tiga kali sehari sehingga luka sembuh.

2) Mengatasi Masalah Cirit-birit

- Rebus daun jambu batu sebanyak 15 hingga 30 gram dan minum. Selain diminum, air rebusan daun jambu batu juga boleh digunakan untuk mencuci luka.

3) Mengurangkan Kolesterol

- Bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, amalan memakan jambu batu setiap hari boleh mengatasi masalah ini. Amalan ini dikatakan boleh membantu mengurangkan kolesterol sebanyak 18.8 peratus dalam masa seminggu.

4) Mengatasi Ulser Mulut

- Ambil segenggam daun jambu batu bersama sedikit kulit batangnya. Kemudian, cuci sehingga bersih dan rebus. Biarkan seketika sebelum ditapis dan minum airnya.

5) Menghilangkan bau peluh

- Hiris buah jambu nipis-nipis dan keringkan. Kemudian, tumbuk atau giling sehingga lumat. Sapukan pada ketiak bagi mengatasi masalah bau peluh.

6) Menegangkan kulit wajah

- Agar wajah kelihatan cantik dan tegang, daun jambu batu turut bermanfaat untuk tujuan ini. Caranya adalah dengan mengambil beberapa helai daun jambu batu dan kulit rambai. Bahan-bahan ini kemudiannya ditumbuk sehingga lumat untuk dijadikan masker wajah.


Petikan : Majalah Keluarga Harmoni Bil. 125

Friday, May 21, 2010

Penawar Kanser

Salam. Kali ni saya nak share pasal khasiat sejenis buah..yang kita panggil buah durian belanda. Penah dengar tak? dia berduri tapi duri dia tak la tajam macam buah durian. kaler dia hijau..tak pasti la sama ada dia berasal daripada belanda atau tidak..hehe.. Nama international dia Soursop.

Melalui artikel yang saya baca semalam..(daripada buletin Al-munawarah PEKIP - dapatnya dah lama tp baru je sempat baca semalam). Artikel ni dipetik drp http://orcaquest-diary.blogspot.com/2009/04/durian-belanda-methods-to-fight-cancer.html.

Masyarakat Melayu menggunakan tumbuhan ini untuk mengubati bengkak dan bengkak bernanah, dan juga untuk penyakit2 kulit di kalangan kanak-kanak.

Buah ajaib ini juga dapat membunuh sel kanser 10,000 kali lebih kuat daripada rawatan klinikal kemoterapi. Hanya meminum jus durian belanda ini, pencegahan dari waktu ke waktu akan diperolehi.

Tumbuhan ni jika diamalkan tidak akan memudaratkan kita pun. Rasanya enak..rasa masam-masam manis. Isi dia putih..biji dia besar gak..kaler hitam. Dulu masa kecik-kecik selalu gak makan..sebab kat rumah atok ada tanam. Pokok dia takde la tinggi sangat..so senang je nak ambik. Tapi dulu tak tau pun khasiat dia..main makan je..hehe..biasalah budak kecik..seronok dapat makan..koko pun blasah je..(wah..rindu plak zaman kanak2..nostalgia..). Sekarang pokok ni dah takde lagi..dah kena tebang.. So, kalau di rumah anda ada tanah lebih..tanam la pokok ni sebatang. Selain buah, bahagian lain pokok ni pun banyak manfaatnya.

Setakat ni dah berjuta-juta manusia mati sia-sia akibat kapitalis ubat yang menyembunyikan rahsia buah ni. Durian belanda juga berupaya merawat dan menyembuh pelbagai jenis kanser.

Selain kanser, buah ni juga boleh dijadikan sebagai anti-tumor (ketumbuhan) dalam badan, agen anti-mikrob, anti-bakteria, anti kulat, parasit dan cacing.

Ia juga dapat membantu menurunkan tekanan darah, kemurungan, stress dan gangguan saraf.

Penelitian menunjukkan bahawa dengan ekstrak buah durian belanda ni, ianya dapat membantu:

1) Menyahkan kanser dengan baik dan efektif, takde kesan sampingan seperti mual, kehilangan berat badan dan keguguran rambut seperti rawatan klinikal kemoterapi.

2) Meningkatkan imunisasi badan dan mematikan jangkitan.

3) Tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga sepanjang rawatan dijalankan.

4) Ia juga secara efektifnya dapat membunuh lebih 12 jenis kanser seperti kanser payudara, prostat, paru-paru, pankreas dan sebagainya.

5) Buah ni juga melambatkan atau mencacatkan pertumbuhan sel-sel kanser dalam badan.

Kajian ilmiah yang diterbitkan dalam Journal of Natural Products, para saintis di Universiti Katolik Korea Selatan menyatakan bahawa salah satu kimia di dalam buah durian belanda ini secara seleksi memilih hanya sel-sel kanser usus besar untuk dimusnahkan dan meninggalkan sel-sel sihat yang lain. Berbanding jika rawatan kemoterapi, seluruh sel akan dimusnahkan termasuk sel2 sihat.

The National Cancer Institute melakukan penelitian ilmiah pertama pada tahun 1976. Hasilnya menunjukkan bahawa buah durian belanda, daun dan batang yang ditemukan sangat efektif dalam menyerang dan menghancurkan sel-sel ganas kanser. Entah mengapa, hasilnya tidak dipublikasikan dalam laporan internet dan jurnal perubatan serta tidak pernah disiarkan kepada orang awam.

So..bila dah baca artikel ni..bleh la kita amalkan minum jus buah ni ye..kalau tak silap saya ada gak kedai makan yang menawarkan jus ni..tapi tak ingat kat mana..

Kesimpulannya..setiap apa yang Allah jadikan itu ada hikmah disebaliknya..Allah tidak menciptakan sesuatu itu secara sia-sia.. Ada kegunaan masing-masing. Kelebihan yang Allah beri kepada manusia..tidak kepada makhluk lain ialah akal fikiran..yang perlu digunakan untuk mengungkap segala hikmah disebalik kejadian..Setiap penyakit..ada penawarnya kecuali tua. So..renung2kan..