Check it out!

Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, May 11, 2019

Sentapan Rasa Ramadan

Sumber: iluvislam

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.
Salam Sejahtera. Salam Ramadan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Masih lagi diberi peluang untuk berjumpa dengan Ramadan kali ini. Diam tak diam, sudah masuk hari ke-6 Ramadan hari ini. Harap diberikan kesihatan dan kekuatan melaksanakan ibadah yang dituntut pada bulan ini. Moga tidak dibiarkan Ramadan berlalu dengan sia-sia tanpa mendapat pengampunan dan rahmat dari-Nya. Barangkali ini Ramadan terakhir kita, walaupun mengharap sangat masih berpeluang untuk berjumpa dengan Ramadan pada tahun-tahun mendatang.

Semalam, saya mendapat perkhabaran berita bahawa isteri seorang kawan telah menemui Penciptanya. Perginya ketika menjelang berbuka, tanpa sempat berbuka menjamah masakan yang telah disediakan. Allahu..tiada sakit, tiada sebarang tanda meninggalkan pasangan hidup yang masih terkejut dengan pemergian yang begitu mudah. Pergi pada usia muda, 30-an, meninggalkan 3 orang anak kecil yang masih memerlukan belaian dan didikan seorang ibu. Tersentap rasa hati, mati itu pasti. Tidak terlambat atau tercepat. Tidak tunggu tua. Tidak tunggu bersedia. Tidak tunggu sempat berbuka. Tidak tunggu sempat beraya. Semua sudah tertulis sejak azali. Beruntungnya arwah pergi dalam bulan ini, moga diampunkan segala dosa-dosanya, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Allah Maha Penyanyang, pasti ada takdir yang lebih baik untuk digantikan dengan kehilangan ini buat mereka yang ditinggalkan.

Sebelum ini, 2 hari menjelang Ramadan, seorang kawan yang lebih muda umurnya daripada saya telah menghembuskan nafas terakhir, meninggalkan isteri dan 2 anak kecil. Dikhabarkan arwah mendapat jangkitan kuman di otak, berpunca dari demam yang tidak kebah. Allah.. tersentap rasa, membayangkan jika diri ini yang menerima takdir tersebut, meninggalkan 4 anak yang masih kecil. Moga arwah tenang di sana, meninggalkan dunia dan onak ranjaunya. Moga diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga isteri arwah kuat dan tabah menerima takdir Allah ini.

Beberapa hari sebelum itu, kita semua menerima perkhabaran dukacita bahawa tokoh agama dan pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz telah meninggal dunia. Satu kehilangan besar buat negara dan umat Islam di Malaysia. Setelah perkhabaran tersebut, tular di media sosial rakaman ceramah terakhir arwah di sebuah masjid sehari atau beberapa jam sebelum pergi menghadap Penciptanya. Perginya juga cukup senang. Allah....bertuahnya arwah...begitulah pengakhiran hidup orang soleh. Tersentap rasa...perginya arwah meninggalkan ilmu yang disebarkan. Bagaimana kita nanti?? Moga kita juga 'pergi' dalam keadaan husnul khotimah.

Akhir kata, mari kita manfaatkan bulan keberkatan ini dengan sebaiknya, memohon rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka.

Semoga Ramadan kali ini memberi satu permulaan baru untuk kita menjadi insan yang lebih baik. 

Realiti Kehidupan: Hidup ini hanya sementara. Kita tidak tahu siapa antara kita yang pergi dahulu. Hargai dan berbuat baik dengan orang disekeliling kita sementara masih ada bersama, agar tiada kesalan di hari muka. Beramal dan tebarkan kebaikan sebagai bekalan umpama ini Ramadan terakhir kita.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan!

Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan Ramadhan balik. Alhamdulillah! Allah masih lagi beri peluang untuk merasai nikmat untuk beribadah pada bulan ni. Hopefully Ramadhan saya kali ni lebih baik daripada Ramadhan yang sudah-sudah di samping en. Ramadan saya yang terchenta! hahaha..

Ramadhan kali ni saya jadi suri rumah sepenuh masa. Lepas raya baru naik keje. So, ada another sebulan to go. Hopefully anak-anak mummy kat rumah ni buat perangai elok2 ye.. jangan bagi mummy marah2.. nanti kena potong markah. Jangan bagi mummy letih banyak kali.. nanti mummy kena guna kelonggaran yang Islam bagi..hihihi.. Eh! tak mao la nanti jenuh nak kena ganti!

Dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan buat blogger2 dan pengunjung2 blog mamiraysha ni. Ampun maaf dipinta andai ada tersalah bicara.. tersinggung rasa. Bersama kita hayati bulan penuh barakah ini kerana belum pasti tahun depan jumpa lagi.

Sedikit pesanan penaja..

Jangan korek hidung ye! batal pose nanti..hihihi.. terkorek takpe.. ye la dah terbiasa ye tak? Ini budak tak sengaja. Mummy yang mintak dia belakon..hehehe..

Jangan masukkan sebarang objek ke dalam mulut anda dengan sengaja. Ini budak pun tak sengaja gak. Bila dia terasa nak nenen.. automatik tangan masuk mulut..tak sengaja! hehehe..

Ngantuk macamana sekalipun.. janganlah menguap buka mulut luas-luas. Tahu la setan semua dah kena ikat..tak bleh nak masuk mulut lagi..tapi itu lalat tadak ikat maa..

Jangan curi-curi minum bawah tangga atau bawah meja atau mana-mana bawah sekalipun. Sesungguhnya Allah itu maha melihat!

Jangan tido kat atas sofa yang dipamerkan untuk jualan dalam pasar raya. Tahu la letih pose.. balik la tido! huhuhu..

Jangan nangis2.. nanti air mata masuk mulut..

Jangan makan di khalayak ramai..sekalipun anda dibenarkan untuk tidak puasa.. sebagai menghormati orang yang puasa.

Jaga pandangan mata. Jangan layari unsur2 yang boleh mengurangkan pahala puasa anda!

Peace! jangan marah aa.. selamat berbuka bila tiba masanya..