Check it out!

Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Belanja RM200 dapat voucher RM40


Hah! berbaloi kan? Jom pi Carrefour. Tawaran sampai hari ni je. Dia offer sejak 23 hb yang lalu. Tapi voucher ni sah pada 27hb hingga 4 Mac 2012 je.

Untuk dapatkan voucher ini, kena belanja RM200 dan ke atas dalam satu resit. Resit yang kita bayar di kaunter pembayaran khas pembelian susu yang berwarna merah juga dia terima sebagai satu resit untuk diambil kira bersama resit putih yang kita bayar di kaunter biasa.

Susu Dutch Lady 123 kat sini berharga RM21.90, murah RM2.39 daripada harga biasa yang carrefour tawarkan. Walaupun mahal RM1 daripada harga yang biasa saya beli kat tempat lain, beli gak la kat sini demi nak dapatkan voucher tersebut..hehe..

Satu lagi barang yang berbaloi untuk dibeli ialah Drypers wee wee dry yang berharga RM32.90. Limited 2 pek untuk 1 family. Biasa saya beli harga RM34.90 kat tempat lain. Unlimited..hehe..

Lain-lain barang pegi tengok sendiri ye. Malas nak senaraikan sebab carrefour tak bayar saya untuk pengumuman ini..hehehe.. Hanya tanggungjawab sosial saya untuk war2kan apa yang berbaloi untuk geng blogger terutama mummies di luar sana..

Sekian~

Monday, May 23, 2011

Dapat lagi notis penipuan minta update maybank2u

Buka email sekejap tadi. Dapat lagi email daripada m2u@maybank.com.my dengan tajuk Please Update For Security Purpose, Maybank2u.com Security Notice. Aduii la..berapa kali mahu bilang...saya takde akaun maybank2u dan yang sewaktu dengannya..

Kompemla email ni menipu kan? Masih ada lagi kegiatan penipuan yang melibatkan perbankkan internet ni ye. Sebelum ni, pada 27/8/2010 saya ada juga terima email yang maksudnya lebih kurang sama iaitu minta update akaun cuma ayat je lain skit. Saya ada buat entry bertarikh 4 September 2010 pasal ni dulu.

Sekali lagi dia minta saya update. Tiap-tiap tahun ke kena update ni? Kedatangan email ni membuatkan saya terus meragui nak menggunakan kemudahan 2u 2u ni.. Takpela susah susah pi bayar bil secara manual.. daripada kehilangan duit yang tak seberapa :-)

Hah, kat sini saya copy pastekan kandungan email tersebut:

Please Update For Security Purpose ,Maybank2u.com Security Notice.Friday, 20 May, 2011 6:18 AM
From: "m2u" Add sender to ContactsTo: undisclosed-recipients


Dear Valued Customer,


Your account have been flagged by our security experts. it appear somebody is login into your account from different locations You are therefore required to verify and update your details to avoid service suspension.

Click here To Continue


Important Notice:

Ensure you Request a TAC. Transaction Authorisation Code (TAC) is required to complete this update. Failure to provide a TAC will lead to account suspension.


Thank you for Your Undersatanding and support

-------------------------------------------------

Maybank Berhad

This is a system generated email. Please do not reply to it. ********************************************************************** Disclaimer: This message is intended only for the use of the person to whom it is expressly addressed and may contain information that is confidential and legally privileged. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any use, reliance on, reference to, review, disclosure or copying of the message and the information it contains for any purpose is prohibited. If you have received this message in error, please notify the sender by reply e-mail of the misdelivery and delete all its contents. Opinions, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of Malayan Banking Berhad shall be understood as neither given nor endorsed by it.

So, kepada mereka yang memang ada akaun maybank2u ni berhati-hatilah kalau dapat email yang macam ni. Kalau was-was hubungilah pihak yang berkaitan..

Sekian, pesanan khidmat masyarakat daripada mamiraysha.

Wednesday, March 16, 2011

Kerajaan haramkan botol susu bayi polikarbonat 'Bisphenol A'

Pagi tadi.. bertempat di opis sebelah opis saya..berlaku perbualan ini:

Kawan : Akak dah tukar dah botol susu baby?
Mamiraysha : O..pasal botol susu polikarbonat yang kerajaan nak haramkan tu ke?
Kawan : A'ah
Mamiraysha : Akak memang dah pakai botol BPA free dah sebelum ni. Dah lama dah tahu pasal bahaya pakai botol susu biasa ni.
Kawan : Saya baru tahu kak. Abis semalam saya buang semua botol susu anak saya. Yang baru beli pun semua saya buang. Takut saya nak pakai..
Mamiraysha : Akak ingatkan ramai dah tahu dah pasal botol susu polikarbonat yang ada BPA ni. Rupanya ramai juga tak tahu ye..
Kawan : Saya tak tahu pun. Saya tengok botol-botol tu cantik je..saya beli la.. ada gambar kartun yang anak saya suka.
Mamiraysha : Botol BPA free ni takde la mahal sangat. Beza tak la keterlaluan sangat. Cuma kalau beli berjenama Nuby ke MAM ke Tommy Tippi ke Avent ke..mahal la sikit harganya. Ari tu akak beli botol BPA free jenama Pureen kat Mydin RM7.90 je harga dia.
Kawan : Saya nak cepat-cepat beli la kak. Lepas ni mesti botol susu BPA free ni naik harga..ye la permintaan dah meningkat..

Perbualan ni tercetus of course la lepas member saya ni terbaca artikel dalam surat khabar Berita Harian semalam. Kepada mereka yang belum terbaca lagi..kat sini saya copy pastekan artikel berkenaan yang saya petik dari http://www.bharian.com.my

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak. "Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ''bisphenol A'' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya. Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).

Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my

Komen mamiraysha : Kalau betul botol susu polikarbonat (PC) mengandungi BPA yang boleh membahayakan kesihatan bayi..eloklah kerajaan tarik penjualannya secepat mungkin. Kesian kat ibu bapa yang tak tahu. Bila mereka tengok ada jual kat kedai..mereka pun beli. Kalau takde..of course la mereka akan beli apa yang ada..

Friday, November 19, 2010

Hari Tandas Sedunia

Salam. Ari ni 19 November. Tahukah anda ari ni merupakan Hari Tandas Sedunia? Serius! saya baru je tahu adanya hari seumpama ni semasa baca majalah i-sihat keluaran November pada 3 November lepas. Macam tak percaya je kan ada Hari Tandas Sedunia ni. Saya cuba gak membayangkan..macam mana la sambutan Hari Tandas Sedunia ni diadakan ek? Adakah perarakan maskot tandas akan dibuat? Hehe.. ntahlah..

Al-kisahnya..Hari Tandas Sedunia ni telah diisytiharkan oleh Organisasi Tandas Sedunia (WTO) yang dianggotai oleh hampir 58 buah negara. Puncanya adalah berdasarkan fakta : Cirit-birit membunuh kanak-kanak 5 kali ganda lebih ramai berbanding HIV/AIDS di negara-negara membangun. Huh! ngerinye dengar..

Sebagai impak kepada tidak mempunyai akses kepada sistem sanitari yang baik, 1.8 juta orang terutamanya kanak-kanak menemui ajal setiap tahun. (Biar betul? macam tak pernah dengar plak sebelum ni..huhu..ke diri ini yang kurang membaca?) Logiknya, apabila najis tidak disalurkan ke tempat yang betul..bakteria yang ada pada najis tu akan merebak ke persekitaran melalui sentuhan mahupun serangga domestik macam lalat dan lipas. Bila persekitaran tak bersih..makanan tercemar..tambah lagi tangan tak bersih..akibatnya bakteria pun masuk sekali dalam perut..yang akhirnya akan menyebabkan cirit-birit dan sebagainya..

Kat negara kita yang tercinta ni..rasanya takde masalah sistem sanitari ni. Semua rumah dilengkapi dengan sistem sanitari yang baik. Cumanya amalan penggunaan tandas perlu ditingkatkan atau diperbaiki lagi. Majalah tu bagitahu.. daripada 1,000 orang rakyat Malaysia yang dikaji selidik, ramai yang menyedari bahawa membasuh tangan adalah cara berkesan untuk mencegah penyebaran kuman dan selsema. Malangnya, 13% daripada responden mengatakan mereka tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.

Membasuh tangan selepas menggunakan tandas amat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit sehingga 59%! Ini kerana terdapat lebih 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi pada pemegang untuk mengepam tandas. Membasuh tangan menggunakan sabun antibakteria selepas penggunaan tandas sebenarnya mampu membunuh 95% bakteria. Jangan lupa lap tangan dengan tisu untuk keringkan tangan selepas membasuhnya.

Sekian. Basuh tangan anda sebelum anda makan! (pesanan kanak-kanak kat Astro)

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidiladha



Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada mamiraysha, encik asben, Rayyan dan Rania. Dengan ingatan tulus ikhlas..maaf zahir dan batin. Bersama-samalah kita hayati erti pengorbanan sebenar ye..

Kami tak balik kampung beraya..huhuhu.. nasib baik petang semalam ada insan mulia yang menyedekahkan kami 3 biji ketupat daun kelapa dan rendang daging.. inilah santapan di pagi raya kami anak beranak..Alhamdulillah!

Friday, October 15, 2010

Cuti Bersalin 90 hari

Berita baru diterima! PM umumkan dalam pembentangan bajet 2011 petang tadi..kakitangan kerajaan boleh cuti bersalin 90 hari dengan dibayar cuti penuh! Huiyo..3 bulan tu..

Tapi keputusan ni bukanlah automatik..semua orang bersalin dapat cuti 90 ari. Tapi sebaliknya optional je..boleh pilih sama ada nak cuti bersalin 90 ari ke nak cuti bersalin 60 ari sebab ia tertakluk kepada cuti bersalin keseluruhan sepanjang perkhidmatan berjumlah 300 hari.

Kalau sebelum ni kaum hawa kakitangan kerajaan ni diberi keistimewaan cuti bersalin 60 hari terhad untuk 5 kelahiran sahaja sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan. Kalau dihitung2..jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan untuk 5 kali bersalin ni adalah 300 hari. Sama je jumlahnya dengan pengumuman baru ni..cuma lain je kaedahnya!

Kalau sebelum ni mamiraysha dah 2 kali cuti bersalin sepanjang perkhidmatan..iaitu dah 120 hari dah ambik cuti bersalin..maknanya baki tinggal 180 ari je peruntukan cuti bersalin yang mamiraysha layak. Ini bermakna, kalau mamiraysha bercadang nak ambik cuti bersalin 90 ari untuk next baby..baki tinggal 90 ari je lagi untuk the next one. Ngam-ngam 4 orang anak. Cukup ke 4 orang? hehe..kalau nak anak 5..nampaknya kena la limitkan cuti untuk 60 ari je..tak merasa la nak cuti panjang2.. :-)

Apa-apa pun terima kasih la kepada pihak kerajaan yang wat keputusan ni. At least boleh bagi peluang kepada ibu-ibu untuk breastfeed baby directly dengan lebih lama. Lama la skit baby dapat merasa hubungan mesra dengan ibunya ye tak? Tambahan lagi, Tenang skit ati nak tinggalkan anak dah 3 bulan ngan pengasuh berbanding ketika mereka berusia 2 bulan..

Ada yang tak sabar2 nak bersalin ke bila dengar dapat cuti 90 ari ni? hehe..tapi sekiranya anda sedang mengandungkan anak yang ke-5 sekarang ni..last quota untuk cuti bersalin..nampaknya tak bleh la nak rasa cuti 90 ari ni..

Apa-apa pun ibu-ibu sekelian..pilih la yang terbaik untuk si manja anda! berbincang la ngan en. abang ye..

Wednesday, September 8, 2010

Salam Lebaran!

Salam. Memandangkan kesuntukan masa, mamiraysha tak sempat nak tulis bebanyak. Maklumla last day keje ari ni sblm bercuti panjang..byk la keje yg perlu dilunaskan. So dikesempatan ni mamiraysha nak ucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin! Hati-hati di jalan raya..didoakan agar kita semua dipelihara Allah drp sebarang kecelakaan..selamat pergi dan kembali!

Tuesday, September 7, 2010

Raya hari Khamis ni?

Salam 28 Ramadhan! Alamak! dah nak raya! Kalau ikut kalender tinggal 2 ari je puasa. Raya 10 September, Jumaat ni. Tapi tetiba plak dengar cite pepagi lagi kat HotFM, ada sms yang tersebar menyatakan raya ari Khamis ni. Raya ari khamis? Alamak tinggal 1 ari je la bulan Ramadhan..cepatnya! Tak sempatla nak merasa bersahur di Tangkak.

Apa-apa pun..raya hari Khamis ke Jumaat ke..belum pasti lagi. Malam esok baru Penyimpan Mohor Besar Raja2 umumkan 1 Syawal jatuh bila..khamis atau Jumaat. So..khabar angin je la!

Ada orang kata, sms ni sengaja disebarkan oleh mereka yang ada kepentingan. Mungkin ada pihak yang nak manipulate statement ni nak cari keuntungan. Siapa? Betul ke? Wallahualam bissawab. Ini soalan ana tak bleh jawablah!

Mamiraysha takdela panik dengar statement raya ari Khamis ni..maklumla memang dah apply cuti start ari Khamis ni. Balik kampung esok. So, Khamis raya ke tak raya ke..insyaallah dah ada kat kampung. Cuma..singkatla skit masa cuti di Tangkak..maklumla dah janji dengan en. husband yang balik kampungnya di Kuantan raya ke-3 nanti..sampai la abis cuti seminggu..(Suamikulah antara insan yang gembira menerima khabar angin ini..hehe..). Okla..takpe..bagi bonus kat anak mak yang tak dapat sambut raya ngan bonda tercinta tahun ni..(first time ni! maklumla sejak kami kawin..tak penah raya kat Tangkak dulu..3 kali raya sebelum ni raya kat Kuantan dulu..dengan kerelaan mamiraysha la. Tak kisahpun raya kuantan dulu..janji beraya lama kat Tangkak. Tapi tahun ni..terpaksa ubah kebiasaan atas permintaan adik beradik mamiraysha yang tak puas hati asyik beraya kat kuantan je dulu! hah! ambik! kan dapat cuti sekejap je kat Tangkak! Mungkin mereka rasa tak best kot Kak Long mereka takde masa malam raya! hehe..maklumla..(malasla nak puji diri sendiri..hahaha)

Tapikan.. tak semua orang cool macam mamiraysha terima khabar angin ni. Ada yang panik semacam dengar berita ni. Pendek kata..cite ni telah menggugat ketenangan mereka yang tenang sebelum ni..(pendek yang kata! panjang tak tahu la kata apa..hehe..) Mana taknya..ada yang dah beli tiket flight ari khamis malam nak balik Sarawak..kalau betul raya ari Khamis..maknanya..dia balik kampung dah raya dah..mahu tak menangis kesyahduan sambut raya diperantauan!

Lagi satu..golongan yang panik ialah golongan yang ambik tempahan jahit baju raya..ataupun kuih raya. Bila raya jatuh hari Khamis..alamatnya tak tido malam la member..nak pulun siapkan tempahan dalam masa sehari setengah yang tinggal! Ehm..dugaan2..

Apa-apapun..ada gak baiknya sms khabar angin ni. At least menyedarkan skit masyarakat kita yang percaya sangat kat kalender..hehe..(termasukla mamiraysha). Belum Penyimpan Mohor Besar raja-raja umumkan bila raya..kita dah tahu dah raya bila..(ikut kelender). Memangla cara penentuan tarikh 1 syawal ada 2..perkiraan dan nampak anak bulan. Mana la tahu..cuaca baik..tetiba plak anak bulan clear kelihatan di semua kawasan cerapan ye tak? Hah! lain kali..standby balik cuti at least pada hari tengok anak bulan...dengan andaian mana la tahu..esok raya! Mungkin penulis sms asal mempunyai niat baik..supaya masyarakat beringat! lain kali buat persediaan awal2..jangan last minit! (sangka baik). Mungkin juga penulis ada alasan sendiri nak sangat beraya pada hari Khamis..so dia edarkanla sms tu. Dengan harapan, bila ramai sangat yang memperkatakannya..maka ucapan itu umpama doa..dan bila ramai yang mendoakan..mana tahu..Allah kabulkan..ye tak? Agaknya penulis dah kurang cuti rehat..so bila raya jatuh hari khamis..cuti umum jatuh pada hari khamis dan jumaat! tak yah la nak apply cuti rehat ari khamis tu! hahaha..memandai je mamiraysha ni!

Apa-apapun..tunggula pengumuman malam esok ye! jangan percaya dulu! (Tapi kalau nak selamat..standby je la apa yang patut..) Kalau semua orang percaya, gerenti sesak jalan esok ni. Susah la mamiraysha camni..terperangkap dalam kesesakan lalulintas! Bleh 2 jam sampai tangkak..mahu 5,6 jam baru sampai ni..alahai!

Kepada mereka yang kelam kabut nak packing barang tu..jangan lupa duit raya yang dah siap2 tukar tu..sampul duit raya..baju raya yang dah beli sedondon sefamili..kuih raya..dan sebagainya. Excited nak balik kampung, bleh lupa plak barang2 penting ni..hehe..ada plak yang tak kuar rumah raya nanti ni! maklumla baju raya ngan duit raya tertinggal..hahaha.. (sekadar mengingatkan diri sendiri juga..maklumla tak packing lagi!)

Akhir kata, raya ari Khamis ke Jumaat ke..raya pasti akan menjelma! dan..Ramadhan juga pasti akan berlalu.. berlalu juga bulan yang penuh rahmat, bulan keampunan, bulan yang pahala digandakan.. Dalam kita tertanya2 bila nak raya..jangan lupa..pulunla sisa-sisa waktu yang tinggal. Anggapla ari Khamis raya..jadi ari rabu ari terakhir berpuasa dan malam ni malam terakhir kita bertarawikh. Kalau tak jadi raya hari Khamis..maknanya..Allah bagi kita sedikit kesempatan lagi untuk merasa kemanisan ibadah di bulan Ramadhan!

Sekian!

Saturday, September 4, 2010

Hati-hati kalau dapat email minta update account

Salam. Ari ni teringat plak nak buka akaun email yahoo yang dah lama tak bukak. Salah satu daripada 148 email yang belum dibaca adalah daripada update@maybank.com.my dengan tajuk email 'Maybank2u.com Account Update'. Aik? pelik gak..apsal dapat email ni sedangkan saya langsung takde account maybank2u. Berikut adalah kandungan email tersebut:

**********

Maybank2u.com Account Update
Friday, 27 August, 2010 9:49 PM
From:
"update@maybank.com.my"


Dear Valued Customer,


Maybank security systems detected a serious (PR2) security problem in your account. Your account has been restricted due to several invalid login attempts from an unauthorized third-party. Your immediate attention is required to reactivate your account. Please be informed that your account will be temporarily closed if not activated now.


Update with Below link


https://www.unitedwaysjc.org/mbb/m2u/common/M2ULogin.html?action=Login

click on url or just copy and paste the url address

**************

So kengkawan yang kat luar sana harap berhati-hati kalau dapat email ni. Ini kompem berunsur penipuan. Ada kes yang saya dengar..akaun dia jadi zero bila ikut arahan email ni. Sebelum ni saya penah dengar je benda ni..so ari ni saya betul2 percaya..inilah taktik yang diguna untuk menipu orang! Tak sangka kan..ada orang nak senang dengan menyusahkan orang lain. Nak senang tanpa susah payah bekerja. Kalau duit banyak sekalipun..tapi kalau dpt dengan cara camni..gerenti takkan cukup punya! ye la tak berkat!

Hati-hati!