Salam. Ari ni 19 November. Tahukah anda ari ni merupakan Hari Tandas Sedunia? Serius! saya baru je tahu adanya hari seumpama ni semasa baca majalah i-sihat keluaran November pada 3 November lepas. Macam tak percaya je kan ada Hari Tandas Sedunia ni. Saya cuba gak membayangkan..macam mana la sambutan Hari Tandas Sedunia ni diadakan ek? Adakah perarakan maskot tandas akan dibuat? Hehe.. ntahlah..
Al-kisahnya..Hari Tandas Sedunia ni telah diisytiharkan oleh Organisasi Tandas Sedunia (WTO) yang dianggotai oleh hampir 58 buah negara. Puncanya adalah berdasarkan fakta : Cirit-birit membunuh kanak-kanak 5 kali ganda lebih ramai berbanding HIV/AIDS di negara-negara membangun. Huh! ngerinye dengar..
Sebagai impak kepada tidak mempunyai akses kepada sistem sanitari yang baik, 1.8 juta orang terutamanya kanak-kanak menemui ajal setiap tahun. (Biar betul? macam tak pernah dengar plak sebelum ni..huhu..ke diri ini yang kurang membaca?) Logiknya, apabila najis tidak disalurkan ke tempat yang betul..bakteria yang ada pada najis tu akan merebak ke persekitaran melalui sentuhan mahupun serangga domestik macam lalat dan lipas. Bila persekitaran tak bersih..makanan tercemar..tambah lagi tangan tak bersih..akibatnya bakteria pun masuk sekali dalam perut..yang akhirnya akan menyebabkan cirit-birit dan sebagainya..
Kat negara kita yang tercinta ni..rasanya takde masalah sistem sanitari ni. Semua rumah dilengkapi dengan sistem sanitari yang baik. Cumanya amalan penggunaan tandas perlu ditingkatkan atau diperbaiki lagi. Majalah tu bagitahu.. daripada 1,000 orang rakyat Malaysia yang dikaji selidik, ramai yang menyedari bahawa membasuh tangan adalah cara berkesan untuk mencegah penyebaran kuman dan selsema. Malangnya, 13% daripada responden mengatakan mereka tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
Membasuh tangan selepas menggunakan tandas amat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit sehingga 59%! Ini kerana terdapat lebih 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi pada pemegang untuk mengepam tandas. Membasuh tangan menggunakan sabun antibakteria selepas penggunaan tandas sebenarnya mampu membunuh 95% bakteria. Jangan lupa lap tangan dengan tisu untuk keringkan tangan selepas membasuhnya.
Sekian. Basuh tangan anda sebelum anda makan! (pesanan kanak-kanak kat Astro)
No comments:
Post a Comment