Salam. Ari ni pepagi lagi lepas thumb print terus pi kantin nak tapau breakfast. Memang rutin harian pon. Bila dah masuk opis nun di tingkat 5 nanti malas plak nak turun balik pi kantin. Seawal pukul 7.25 pagi dah penuh pelbagai menu yang hari-hari sama kat kantin ni. Tetiba plak nampak ada sambal kerang! wahhhh..sedapnya.. jarang kantin ni wat sambal kerang. Feberet ni! perasaan tak bersemangat nak makan..sebab tak tahu nak makan apa..akibat hari2 makan benda yang sama tetiba bertukar jadi berselera la plak. Makan nasi lemak sambal kerang pun best gak ni. Niat nak ambik nasi lemak terbantut plak bila tetiba nampak nasi putih. Ehm.. nasi putih dan sambal kerang jadi santapan breakfast ari ni. Tak nak ambik lauk lain yang bleh mengurangkan nikmat sambal kerang ni.. Berselera sungguh la makan pagi ni sambil minum air sirap yang ditapau dari rumah. Menu macam makan tengah hari ek..tapi percayalah..ini menu sarapan pagi saya..hehe..kang tengah hari..wajib lagi makan nasi putih..bertuahnya kalau ada lagi sambal kerang kat kantin tu..lupa plak nak borong siap2 tadi.. Mari berdoa agar ada lagi sambal kerang untuk saya nanti :-)
Sambal kerang yang menyelerakan. Gambar dari yahoo search..
Okeh. Dah citer pasal saya dan kerang..eloklah saya citer plak pasal khasiat kerang ni plak kan. Agar ada gak la info yang berguna disamping cerita yang tak berapa nak berguna di atas..hehehe.. Hasil daripada kerajinan saya melakukan senaman jari jemari menaip "khasiat kerang" maka terjumpalah beberapa fakta kat sini. Jenuh gak la nak menteranselitkan beberapa perkataan dalam bahasa Indonesia ke bahasa melayu. Siap guna bantuan google translator dan kamus dewan lagi..hikhik..
Kerang ni tergolong dalam golongan keluarga moluska iaitu golongan binatang yang berkerang (kamus dewan). Dalam erti kata lain, kerang bererti semua moluska dengan sepasang cengkerang (dalam bahasa indonesia disebut cangkang). Dikenali dengan nama latinnya Anadara Granosa(kalau salah dengar bleh jadi bunyi anak dara diperkosa plak ek. hah tu kes lama tak service la tuh). Kerang ni dah mula diambil oleh masyarakat yang tinggal di daerah muara pertemuan sungai dan laut sejak ribuan tahun dulu.
Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.
Daging kerang/tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
Sebahagian masyarakat China ribuan tahun lalu mempercayai kerang/tiram ini sebagai makanan Afrodisiak iaitu makanan yang dapat menambah ghairah seks. Bahkan sebahagian masyarakat Indonesia ada yang sudah membuktikan khasiat kerang/tiram ini dalam membantu mengatasi masalah anak yang hiperaktif. (bagaimana tu..tak pasti..artikel ni tulis camni je..nanti kalau jumpa saya bagitahu kat dalam entry berikutnya.)
Kerang jugak baik untuk diambil oleh wanita yang sedang hamil. Biasa kalau kurang darah, wanita mengandung disarankan makan kerang ni. Masalahnya sekarang ni banyak sangat pencemaran air laut yang boleh menyebabkan kerang juga tercemar oleh logam berat seperti merkuri. Logam berat ni bahaya kalau diambil oleh wanita hamil sebab boleh menyebabkan janin cacat atau penyakit autis. Tapi sayang tak ada ciri khusus untuk kita tahu kerang tu dah tercemar atau tidak. Namun begitu, untuk elak daripada mengambil kerang yang dah tercemar dengan merkuri, jangan beli kerang yang berasal dari perairan yang mengandungi banyak bahan buangan industri. (huhuhu..camne nak tahu kerang tu berasal dari mana..yang kita tahu kerang tu berasal dari pasar atau pasaraya yang berkenaan je)
1 comment:
=)salam kenal.saje taip info kerang terjumpalah pulak blognie.mummy maira follow k=)
Post a Comment