Check it out!

Wednesday, November 3, 2010

Jaga anak : Taska vs rumah pengasuh?

Salam hari rabu.

Untuk pengetahuan semua, permohonan mamiraysha untuk menduduki kuarters kerajaan kat Putrajaya telah diluluskan. Akhirnya! setelah hampir 9 bulan menunggu.. macam nak tunggu baby lahir plak kan..hehehe.. kalau masa apply dulu 6/2/2010 mamiraysha baru start pregnen..agaknya tengah tunggu hari nak bersalin baru dapat rumah..hehe.. Tu pun belum tentu dapat duduk lagi kat umah tu..nak kena cuci..angkat barang bagai..kemas itu kemas ini.. entah2 tengah2 dok kemas..dah terberanak..haha..imaginasi semata-mata..

Orang kata kalau nak cepat kena buat rayuan. Tapi mamiraysha tak buat sebarang rayuan pun.. memang serahkan kepada takdir semata-mata ni. Tawakal je. Kalau dapat cepat pun takpe..dapat lambat pun takpe..ada hikmahnya kan. So dengan sabarnya sejak 18/1/2010 mamiraysha berulang-alik dari Gombak ke Bangi. Lebih kurang 45 km jauhnya. Tapi dah kena menempuh KL..walaupun 45 km makan berjam-jam jugakla kalau jalan jem. Start 1/3/2010 baru la encik asben mengambil alih tugas jadi driver..dan kami berulang alik bersama-sama selepas dia dapat tukar ke Putrajaya.

Berulang jauh memang penat. Meletihkan. Masa dengan anak-anak sangat terhad. Kuar rumah pukul 6.15 pagi. Time ni anak tengah nyenyak2 tido..terpaksa diangkat untuk hantar ke rumah pengasuh. Balik plak pukul 6 petang baru sampai rumah pengasuh..tu pun kalau takde extra jem. Malam plak pukul 9 malam dah tak larat dah..ngantuk sesangat. Pukul 9 dah paksa anak-anak tido. Bayangkan..berapa jam je dapat main ngan anak2 kan..sian diorang.. Kalau rumah dekat dengan dengan opis..masa ngan anak-anak lebih panjang..

Tapi dilema lain plak bila dah kena pindah rumah ni. Nak kena cari pengasuh baru untuk anak-anak. Serius! inila punca kenapa kami tak wat rayuan supaya cepat dapat kuarters. Boleh ke pangasuh baru jaga Rayyan dan Rania dengan baik macam pengasuh sekarang buat? Sejak Rayyan berumur 2 bulan dia jaga sampai la sekarang umur 2 thn 4 bulan. Boleh ke Rayyan berpisah dgn neneknya ini? Rania pulak? Siannya anak-anak kecik ni..

Pening gak la memikir. Nak hantar taska ke rumah pengasuh? taska ke pengasuh?

Kelebihan Taska
- Ramai kawan-kawan. Rayyan bleh belajar berkawan dengan ramai kawan..
- Ada space untuk bermain dan peralatan untuk bermain
- Makan disediakan
- Ramai pengasuh..so kalau sorang cuti..ada yang lain bleh tolong cover
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (tapi ada gak taska yang tak berdaftar kan?)

Kekurangan Taska
- Bila dah ramai..penyakit senang la berjangkit..

Ini je la yang mamiraysha mampu terfikir untuk kelebihan dan kekurangan taska ni. Memang tak penah hantar anak2 ke taska ni. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan2 je. So kalau kawan2 yang baca entry ni ada pengalaman pasal kebaikan dan keburukan taska ni..please share with me.. i need to know sebelum buat any decision!

Kelebihan rumah pengasuh
- Jumlah yang dijaga sikit je. Macam pengasuh sekarang ni..jaga anak-anak saya je. So penyebaran penyakit tu..adalah terkawal. Biasanya pengasuh yang akan berjangkit daripada anak-anak saya kalau diorang ni kena selsema..
- Bila jumlah yang dijaga kurang..pengasuh ni lebih fokus pada anak-anak kita je.. kasih sayang pun tak berbelah bahagi..ye tak?

Kekurangan rumah pengasuh
- Cuti memang kena spare lebih la sebab kita kena hadapi saat pengasuh minta cuti sebab tak sihat, hal peribadi dan sebagainya..
- Anak-anak tak berpeluang untuk berkawan ramai..itu je la kawannya yang merangkap adiknya juga..
- Tak berdaftar kat mana-mana pun. Ni kira berserah je..tawakal!

Ehm.. dah listkan cenggitu pun..mamiraysha still susah nak wat keputusan. Taska ke rumah pengasuh? huhuhu..tolongla bagi pendapat! Mamiraysha ada masa sehingga 29.11.2010 untuk menerima tawaran ni. Insyaallah kami akan terima tawaran ni..tapi akan duduk sepenuhnya start bulan 12 kot..

Sekian..

8 comments:

  1. anak akak yg bongsu dah dua tahun lebih ke..kalau baby dah besar elok hntar taska je kot..taska yg buat aktiviti, boleh belajar baca doa ke..sbb kalau baby dah besar ni chances nk demam bagai tu kurang sikit..dh kuat sistem imunnnya..kalau baby kecik lagi mcm anak sy hantar taska, haruslah demam sebulan sekali..hu hu..
    entahlah..sekadar pendapat

    ReplyDelete
  2. tumpang setuju dgn pendapat sarah tu :)

    kalau umur anak dah 1year plus, elok jugak la hantar ke taska, byk aktiviti dia kat sana..

    kalau below 1tahun, mmg elok usahakan carik pengasuh dkt2 rumah tu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih la kat sarah dan lydzar sudi bagi pendapat. Anak sulung dah 2 thn 4 bln..yang 2nd plak nak masuk 1 thn sebulan.. Ehm..betul jugak ye.. kena survey la taska cam ni..

    ReplyDelete
  4. emmm...agak mencabar minda soalan ni...mmg sukar yg menentukan mana yg terbaik utk anak2 kita...taska kat inspen tu ok ke tak??...cuba tanya kengkawan yg pernah hantar kat situ...lebih dekat dgn tmpat keje..cuma, bila dah ramai2 kat sana dah tentu tumpuan utk anak kita kurang...walaubagaimanapun, kalau taska tu dekat dgn tmpt keje, ok la...pe2 hal boleh ambik terus...
    kalau nk cari pengasuh baru tu boleh...tp, ada beberapa persoalan yg perlu difikirkan..:-
    1) Klu pengasuh tu muda, dan dijangka akan ada kemungkinan dia ada anak kecik lagi, kita kena pula fikirkan nk hantar anak kat mana kalau dia bersalin nanti..?
    2) Ada ke pengasuh yg berumur di sekitar putrajaya (mcm pengasuh dulu) sbb rata2 org putrajaya ni muda2 belaka...
    Sila jawab balik soalan ni ek...pastu, blh wat keputusan..

    ReplyDelete
  5. Juli..thanks bg komen ye. Siasatan akan dilakukan terhadap taska inspen tu nanti. Opss..ada plak soalan yg kena jawab. Hehe..anyway..very good persoalan tu..tak terfikir plak. Hanya orang yang melaluinya aje yg tahu..ye tak?

    ReplyDelete
  6. Salam...sedang mencari2 info tntg pengasuh atau taska,terkeluar blog saudari..walaupn entri ni thn lepas punye..juz nk tnye, awk anta pngasuh or taska??sy msh tak dpt nk buat keputusan..pengasuh ank sy skg ada mslh kesihatan..kami perlu cr pengganti atau taska..

    ReplyDelete
  7. ibu bapa yang menghantar anak ke rumah pengasuh biasanya akan mengalami masalah cuti tahunan kerana pengasuh dirumah akan selalu dengan suka hati untuk minta cuti dari kita pelbagai alasan antaranya; sakit, kenduri, bercuti dan sebagainya...akhirnya kita yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerap kali dari majikan kita seterusnya menjejaskan prestasi kerja dan karier kita

    satu lagi keburukan rumah pengasuh ialah mereka juga adalah surirumah yang perlu memasak, menguruskan anak sendiri, menguruskan anak2 lain dibwh jagaan (selain ank kita) sidai baju, mengemas rumah, mesyuarat tingkap, mesyuarat penduduk, jadi dptkah mereka menyelia dan menjaga ank kita dengan sebaiknya??

    jadi saya syorkan kpd ibu bapa untuk mengambil pembantu rumah atau yg sebaiknya menghantar ke TASKA..tetapi sy lebih memilih TASKA kerana di TASKA mempunyai aktiviti dan menggalakkan anak bersosial..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong dgn eyma..sbb sy pun da ada pengalaman bertukar2 pengasuh. pegasuh pertama jg anak sy dar 3bln sehingga 8 bulan pastu dia pregnt then kena cari pengasuh baru..tp pengasuh ke2 lak xlarat nk jg (pengasuh 2 da berumur dan ank sy lak laki, lasak la..) then tukar pengasuh kali ke 3 tp bertahan 2 bulan je(2 pun bulan ke2 saya xbyk anta). pengasuh ke3 nie lak byk ragam..cuti sy byk dihabiskn sbb dia..nk balilk kg la, nk klua jln la..last2 sekrg ank da 1thn sy anta taska..baru je la..lum smpai 1 buln lg..tp myb sbb sy xbiasa anta sy rs mcm xsenang je nk bt keja kt ofis..tp sy hrp2 ank sy ok la...coz coming soon nnt nk anta adik dia lak..

      Delete