Check it out!

Sunday, July 12, 2020

TRIP KE KOTA KINABALU, SABAH - DIBATALKAN

Assalamualaikum wbt. dan  salam sejahtera.

Sebuah catatan luahan perasaan.
Jangan baca kalau anda mengejar masa..haha.


Mami belum move on lagi...huhu.. ye sepatutnya pada ketika ini kami sekeluarga berada di Kota Kinabalu, Sabah sejak 9 Julai lalu hingga 13 Julai esok. Dok teringat-ingat lagi itinerary yang telah dibuat untuk menikmati keindahan bumi negeri di bawah bayu ini yang belum pernah dijejaki. Apakan daya..kita merancang.. perancangan Allah juga sebaik-baik perancangan.

Sebenarnya trip ke Kota Kinabalu dan Kundasang ini dirancang bersama 3 orang lagi sahabat mami bersama keluarga masing-masing. Lama dah kami rancang. Beli tiket flight sejak 10.02.2020 lagi. Penginapan di Kundasang juga telah ditempah cuma belum buat pembayaran. Kami memilih untuk menginap di Kinabalu Pines Resort, Ranau. Risau kalau tak tempah awal, akan kehabisan. Ada member recommend resort ni. Pemandangan cantik katanya. Mami excited dengar.... tak sabar nak pergi..huhu....

Perancangan asal kami nak ke New Zealand sebenarnya, pada bulan November tahun ini. Tak agak-agak cita-citanya tu kan..haha. Rancang sejak tahun lepas, siap buat 'kutu' sama-sama untuk buat simpanan paksa untuk merealisasikan trip ini...haha. Kami sedar, kosnya sangat tinggi. Kalau tak menabung, manakan mampu nak membiayai kos ke sana. Masing-masing teruja nak menikmati keindahan bumi New Zealand yang dikongsi di laman-laman web. Paling teruja nak menjelajah keindahan bumi kiwi itu dengan motorhome. Ye, pengalaman yang belum pernah dirasai. Teruja untuk mencipta memori bersama keluarga dan sahabat susah senang di sana. Mami terinspirasi daripada cerita hits 1970-an, Little House on the prairies. Mereka menaiki wagon mengembara bersama keluarga masing-masing. Berhenti di tepi sungai dengan pemandangan yang cantik dan bermalam di situ. Ahhh...indahnya angan-angan. Tak sangka sahabat mami menerima cadangan mami dengan sebulat suara. Hmmmm...walau bagaimanapun, setelah perbincangan bersama awal Februari lepas kami putuskan untuk tangguhkan dulu trip ini ke 3 tahun lagi memandangkan tiga daripada kami telahpun mendapat rumah baharu tahun ini yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk melengkapkan rumah tersebut sebelum dapat diduduki. Bayaran bulanan loan rumah juga dah start dipotong..hehe.

So, tak dapat nak pergi New Zealand betul, kami tukar plan ke ala-ala New Zealand di Malaysia...hehe. Itulah kisah macam mana boleh tercetus trip nak ke KK, khususnya Kundasang.

Kami beli tiket flight secara berasingan untuk ke Kota Kinabalu. Mami dan seorang lagi sahabat menaiki Malindo Air. Manakala dua orang lagi memilih Air Asia dan Malaysia Airlines masing-masing. Ikut mana yang kami rasa worth buy. Mami bayar RM1,998 untuk 6 tiket flight pergi balik termasuk baggage 20 kg. Kos tiket seorang dalam RM297.48 return termasuk all taxes & charges. Selebihnya kos baggage. Untuk makan tak order lagi. Rancang nak manage booking kemudian baru tambah makan, takde la banyak nak bayar selepuk..hihi.. Perjalanan dua jam 40 minit, takut anak-anak kebosanan dan kelaparan dalam flight.

Tiket flight asal mami beli bertolak pada pukul 2.10 petang, 9.7.2020 dan balik pada pukul 5.30 petang, 13.7.2020. Walau bagaimanapun, mami dapat e-mel daripada Malindo pada 3.3.2020 mereka reschedule flight ke KK pada pukul 6 petang dan flight balik ke KL pada pukul 9.20 malam. Masa ni, mami ok lagi boleh terima perubahan masa yang diberikan.

Ok, dipendekkan cerita, tanpa disangka-sangka penyakit Covid-19 semakin merebak di Malaysia mengakibatkan kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18.3.2020. Masa ni kami masih dalam mode tunggu dan lihat perkembangan semasa memandangkan lama lagi tarikh keberangkatan tu. Semakin menghampiri tarikh penerbangan, dua daripada sahabat mami menyatakan kebimbangan untuk meneruskan hasrat percutian kami kerana masing-masing ada anak kecil, corona virus masih ada lagi di luar sana. Seorang lagi sahabat masih nak on, manakala mami rasa nak on juga tapi en asben macam tak berapa nak on sebab kemungkinan banyak tempat ditutup katanya. Rugi datang jauh-jauh tak puas jalan-jalan.

Menghampiri ke tarikh penerbangan, sahabat mami yang masih nak on tu tidak dapat meneruskan hasrat apabila AirAsia membatalkan penerbangan dan beliau dapat refund semula duit dalam bentuk travel voucher. Seorang lagi yang menaiki malindo air yang memang dah membatalkan hasrat ke KK juga telah buat refund pada 3.7.2020 (penerbangan kami telah dijadualkan semula melebihi 2 jam, layak untuk buat refund). Manakala seorang lagi yang menaiki MAS tidak berjaya untuk refund, tetapi dibenarkan untuk tukar date dan perlu membayar jumlah perbezaan harga tiket baru (beliau beli tiket melalui ejen). Sudahnya beliau memilih tukar date penerbangan ke tempat lain memandangkan kalau ke destinasi yang sama beliau perlu menambah lebih kurang RM3000 lagi. 

Setakat 6.7.2020 mami masih lagi berfikir nak pergi ke tak nak. Kawan-kawan semua dah tarik diri. Persiapan satu apa pun tak buat lagi termasuk tempahan hotel dan kereta sewa..huh. Mami masih juga tak buat permohonan refund. Sehingga la mami dapat sms dan e-mel daripada Malindo dalam pukul 4 lebih petang 6.7.2020 menyatakan bahawa flight kami direschedule sekali lagi. For the second time..huhu. Kali ni daripada pukul 6 petang ditukar kepada 7.15 pagi untuk flight pergi dan ditukar daripada pukul 9.20 malam kepada 10.30 pagi untuk flight balik.

Mami kira-kira waktu flight berlepas dah kurang daripada 72 jam. Mami baca terms & conditions Malindo, nak refund kena selewat-lewatnya 72 jam sebelum berlepas. Alamak! nak teruskan  penerbangan ni? Mami try google perkhidmatan ERL. Perkhidmatan pertama bermula pada pukul 6 pagi sekarang ni. Ohh..tak sempat nak mengejar flight pukul 7.15 pagi. Mami try google trivago untuk tengok harga Hotel Sama-sama yang dekat Airport tu. Mak aii harga dia.. RM389 belum masuk tax. Harga ni kira murah sebab harga sebenar seribu lebih..huhu. Hotel 5 bintang tu. Hotel Sama-sama Express dalam RM255 (belum tax) untuk 6 jam. Kiranya kami kena check-in pukul 10.30 malam dan check-out pukul 4.30 pagi. Nampak berbaloi. Mami plan untuk stay di sini sekiranya terpaksa terbang juga kalau tak boleh nak refund. Tak nak kelam kabut dengan 4 anak pagi-pagi buta dari rumah. Sebelum ni mami boleh buat relaks-relaks je..hah hambik! time ni keluar dah hormon adrenalin..haha..

Pukul 9 pagi 7.7.2020 mami call malindo tanya berkenaan situasi mami. Masih boleh ke refund tak cukup 72 jam? Dimaklumkan mami layak refund sebab flight reschedule, bukan punca daripada mami. Tapi refund tak boleh dapat cash tau, hanya dalam bentuk travel voucher. So, mami proceed untuk cancel flight dan tuntut refund. Permohonan submit via online. Nampaknya terpaksa kuburkan impian nak jejak bumi Sabah sambil menikmati keindahan alam ciptaan-Nya..buat masa ni. Ada la hikmahnya tu. In shaa allah...moga Allah rezekikan pada masa akan datang. 

Tadi mami google, rupanya flight yang reschedule kali ke-2 tu cancel. Aduii... nasib baik tak proceed. Tak pasti sama ada reschedule kesekian kalinya atau cancel terus.


Sumber: Google


Update:

Mami apply refund pada 7.7.2020 kan...dapat e-mel travel voucher dari malindo pada 23.10.2020...Fuhh..lama menunggu. Travel voucher ni dia ikut each penumpang, bukan lump sump amount. Tarikh voucher pada 14.10.2020, tempoh penebusan adalah setahun, hingga 13.10.2021. Daripada date penebusan, up to 11 bulan untuk tarikh penerbangan. Ehmmm...entah bila la nak tebus ni..