Check it out!

Thursday, August 16, 2012

Baju kurung kasih sayang

Buat pertama kali selepas 5 tahun lebih berumahtangga dengan daddy, mummy cuba menjahit baju kurung. Raya tahun ni mummy jahitkan baju kurung raya untuk Rania. Percubaan pertama mummy berjaya! Alhamdulillah.. ngam-ngam di badan Rania. Kompem tahun depan tak bleh nak pakai lagi..hehe.. Harap-harap Rania tak gemuks mendadak menjelang raya ni.

Setelah 2 bulan terperam kain cotton yang dibeli ni, 2 Ramadhan yang lalu mummy gigih menyiapkan baju kurung ni. Ambik masa 2 hari untuk siap. Maklumla.. amatur. Dah berjaya siap, ngada-ngada pulak mummy nak jahit manik untuk menghiasi kain yang polos itu.  Tiada pilihan, mummy hanya menggunakan manik yang sedia ada kat rumah MIL. Walaupun tak seberapa.. mummy rasa puas pulak dapat siapkan baju anak dengan titik peluh sendiri..hihi.. memang berpeluh uolls.. tak perasan ada kipas kat area menjahit kat rumah MIL..hehe.. semangat nak buat baju punya pasal! 

Pertama kali mummy jahit manik

Tak siap lagi sebenarnya jahit manik kat bahagian bawah baju.. 

Kalau ikutkan perancangan, baju melayu Rayyan dan Razin pun mummy nak jahit sendiri. Maklumla.. tahun ni mummy semangat nak pakai baju sedondon anak-beranak. Dah beli kain siap-siap dah untuk buat baju 3 orang anak. Tapi masa balik kampung awal ramadan lepas, mummy sempat buat baju Rania sorang je, tak sempat buat baju untuk Rayyan dan Razin. Konon nak potong siap-siap kat rumah, nanti balik kampung sebelum raya boleh terus jahit je. Maklumla kat rumah ni takde mesin jahit.

Belum sempat mummy memulakan aktiviti potong-memotong kerana mood belum mari.. tetiba pulak Mydin buat offer baik punya. Baju melayu sepasang RM9 je harganya..hehe.. nak habiskan stok lama kata staf Mydin tu. Apa lagi.. mummy ambik je la peluang yang ada. Ada pulak tu warna tema. Saiz baju Razin je tak ada. Tapi mummy ambik saiz besar sikit. Janji dalam gambar nampak sedondon..kihkihkih. Alah.. bukan lama pun diorang pakai baju melayu ni. Terus terbengkalai projek menjahit mummy.

Baju melayu RM9

Tahun lepas, anak-anak mummy langsung takde baju kurung dan baju melayu. Hari raya pertama diorang pakai gaun dan t-shirt..hahaha. Sedih pulak masa rumah abah buat marhaban, Rayyan mintak mummy baju melayu sebab semua orang lelaki pakai baju melayu kecuali dia. Kesian anak mummy. Oleh yang demikian, tahun ni awal-awal lagi mummy cari kain untuk buat baju melayu supaya anak mummy tak rasa janggal lagi..

Tuesday, August 14, 2012

Keputusan Temu Duga

Diam tak diam, hari ni genap 9 tahun saya berkhidmat untuk negara. Pantas sungguh masa berlalu. Kalau tarikh saya lapor diri pada 14.8.2003 tu dikira tarikh lahir saya, ari ni saya melangkah masuk ke darjah 3..hehehe. Rasa macam lama je 9 tahun tu kalau tengok pada angka. Tapi saya tak terasa lama sebab ofis yang saya bekerja sekarang adalah ofis keenam saya. Insya-Allah bakal melangkah ke ofis ketujuh tak berapa lama lagi..huhuhu.. Saya sentiasa menjadi orang baru di tempat baru. Tak sempat nak rasa otai, dah kena pindah. Tak pernah cecah 3 tahun pun kat satu-satu tempat. Nasib badan! Namun begitu, syukur kepada Allah. Ini menunjukkan saya masih ada pekerjaan. Jauh lebih baik daripada mereka yang tidak mendapat pekerjaan. Saya percaya, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya!

Sempena ulang tahun pekerjaan saya hari ni, saya nak kongsi sesuatu. Satu perkongsian tau bukan satu perbuatan menunjuk-nunjuk. 

Keputusan temu duga yang telah saya hadiri pada 3.7.2012 yang lepas telahpun diumumkan pada 8.8.2012 hari tu. Ada yang tinggalkan komen kat entry pengalaman temu duga yang saya tulis, bertanyakan keputusan temu duga saya. Saje je saya tak jawab terus pertanyaan dia. Saya suruh dia tunggu entry terbaru daripada saya..hihihi.

Bagi menjawab persoalan pada yang bertanya..
Juga kawan-kawan yang mengikuti perkembangan diri ini..
Ini jawapannya..


Alhamdulillah!!
Rezeki di bulan Ramadan..
Terima kasih atas titipan doa kalian..
Semoga doa baik yang dititipkan akan kembali kepada yang mendoakan jua..

Saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya
Terbaik buat orang lain belum tentu terbaik buat kita
Kepada yang belum berjaya temu duga jangan berduka cita
Sungguh! entry ini bukan untuk menambah anda punya duka lara
Percayalah perancangan Allah itu paling cocok buat kita 





Saya tertarik hati bila terpandang gambar kartun ni dalam facebook dipost oleh seorang rakan. Lagi-lagi bila terbaca mesej yang hendak disampaikan. " Jangan dilihat secara luaran nikmat yang orang lain dapat. Tetapi lihat apa yang tuhan bagi secara tersirat."
Sangat mendalam maknanya..


Saturday, August 11, 2012

Projek Memasak : Pizza pertama mummy

Keterujaan mendapat oven baru masih belum reda lagi walaupun dah seminggu oven ni menghuni dapur rumah ni. Ayam golek sudah, cupcakes oleh daddy sudah.. kali ni mummy try buat pizza pulak. Ingat nak tayang oven baru kat sini tadi.. tapi tengok2 rupanya terpampang kat cermin oven keadaan mummy yang tak sepatutnya..kehkehkeh.. rejected! Macam mana la tak perasan masa ambik gambar tadi. Nasib baik tak upload lagi. Lain kali la..

Buat pertama kali dalam umur 2 bulan lagi masuk 31 tahun.. mummy beranikan diri buat pizza sendiri walaupun mummy tak makan pizza..hihi. Gigih demi en asben dan anak-anak je ni. Anak-beranak ni memang suka makan pizza. Sebenarnya dah 2, 3 hari mummy cari doh pizza yang ready made. Tak jumpa la pulak! walaupun kawan2 kata ada jual di pasaran. Ingat nak senang konon.. nampaknya mummy kena la uli doh sendiri.

Google sana, google sini.. tanya sana, tanya sini..
maka mummy buat doh pizza sendiri. Tawakal je la.
Cara mummy membuat doh pizza ni:
Memula mummy ambik lebih kurang satu sudu kecil yis segera mauripan rendam dengan sedikit air suam. Biar dalam 10 minit untuk bagi yis itu mengembang. Sambil tu cairkan dalam 1 sudu besar butter. Kemudian, dalam 1 mangkuk besar mummy masukkan lebih kurang 300 g tepung gandum, gaulkan bersama yis dan juga butter yang telah dicairkan. Sambil gaul, mummy masukkan sikit demi sikit 180 ml air suam yang telah dilarutkan dengan 1 sudu kecil garam dan 1 sudu kecil gula. Uli dan uli lagi. Rasa agak melekit, mummy tambah tepung sikit lagi. Mummy uli doh sampai rasa puas hati. Dah siap, biarkan doh dalam 1 jam. Sebelum tu mummy tutup mangkuk dengan kain lembap bagi mengelakkan doh jadi kering.

Dah cukup 1 jam, mummy tengok doh tadi dah naik. Mummy uli lagi untuk buang udara yang terperangkap. Then, mummy bahagikan doh kepada 2 bahagian. Daddy canaikan doh tadi senipis yang boleh ke dalam loyang 4 segi yang ada. Kat rumah ni takde loyang bulat. Empat segi pun empat segi la. Lagi nipis lagi sedap kata daddy. Mummy lupa nak beli sos tomato, jadinya atas doh tadi kami sapukan sos spaghetti yang ada kat rumah ni sebelum disusunkan dengan sosej ayam cendawan, udang dan crab stick. Kemudian kami taburkan dengan keju mozarella yang telah siap diparut. Tak letak pun nenas ke lada bangla ke.. sebab takde..hihi.. oregano ada tapi daddy taknak letak. Mayonis pun dia tak mao. Bestnya buat pizza sendiri ni ialah kita boleh buat pizza ikut cita rasa sendiri!

Sebelum memasukkan pizza ke dalam oven, terlebih dahulu mummy panaskan oven dalam 10 minit dulu. Cukup masa, baru mummy bakar pizza dengan suhu 180 darjah selama 20 minit.
Ting! akhirnya berjaya juga jadi pizza empat segi mummy! Boleh buat lagi lepas ni..


Chef cilik hari ini! half naked chef! hahaha..
Well done mummy! (well done jugak pada pelakon mummy..hihi..)

Pizza dah siap!

Pencungkil udang berjaya!

Sedap hingga menjilat jari! kihkihkih..

Kiri kanan tangan pegang pizza..