Check it out!

Thursday, August 16, 2012

Baju kurung kasih sayang

Buat pertama kali selepas 5 tahun lebih berumahtangga dengan daddy, mummy cuba menjahit baju kurung. Raya tahun ni mummy jahitkan baju kurung raya untuk Rania. Percubaan pertama mummy berjaya! Alhamdulillah.. ngam-ngam di badan Rania. Kompem tahun depan tak bleh nak pakai lagi..hehe.. Harap-harap Rania tak gemuks mendadak menjelang raya ni.

Setelah 2 bulan terperam kain cotton yang dibeli ni, 2 Ramadhan yang lalu mummy gigih menyiapkan baju kurung ni. Ambik masa 2 hari untuk siap. Maklumla.. amatur. Dah berjaya siap, ngada-ngada pulak mummy nak jahit manik untuk menghiasi kain yang polos itu.  Tiada pilihan, mummy hanya menggunakan manik yang sedia ada kat rumah MIL. Walaupun tak seberapa.. mummy rasa puas pulak dapat siapkan baju anak dengan titik peluh sendiri..hihi.. memang berpeluh uolls.. tak perasan ada kipas kat area menjahit kat rumah MIL..hehe.. semangat nak buat baju punya pasal! 

Pertama kali mummy jahit manik

Tak siap lagi sebenarnya jahit manik kat bahagian bawah baju.. 

Kalau ikutkan perancangan, baju melayu Rayyan dan Razin pun mummy nak jahit sendiri. Maklumla.. tahun ni mummy semangat nak pakai baju sedondon anak-beranak. Dah beli kain siap-siap dah untuk buat baju 3 orang anak. Tapi masa balik kampung awal ramadan lepas, mummy sempat buat baju Rania sorang je, tak sempat buat baju untuk Rayyan dan Razin. Konon nak potong siap-siap kat rumah, nanti balik kampung sebelum raya boleh terus jahit je. Maklumla kat rumah ni takde mesin jahit.

Belum sempat mummy memulakan aktiviti potong-memotong kerana mood belum mari.. tetiba pulak Mydin buat offer baik punya. Baju melayu sepasang RM9 je harganya..hehe.. nak habiskan stok lama kata staf Mydin tu. Apa lagi.. mummy ambik je la peluang yang ada. Ada pulak tu warna tema. Saiz baju Razin je tak ada. Tapi mummy ambik saiz besar sikit. Janji dalam gambar nampak sedondon..kihkihkih. Alah.. bukan lama pun diorang pakai baju melayu ni. Terus terbengkalai projek menjahit mummy.

Baju melayu RM9

Tahun lepas, anak-anak mummy langsung takde baju kurung dan baju melayu. Hari raya pertama diorang pakai gaun dan t-shirt..hahaha. Sedih pulak masa rumah abah buat marhaban, Rayyan mintak mummy baju melayu sebab semua orang lelaki pakai baju melayu kecuali dia. Kesian anak mummy. Oleh yang demikian, tahun ni awal-awal lagi mummy cari kain untuk buat baju melayu supaya anak mummy tak rasa janggal lagi..

3 comments:

Rose Khadijah said...

hai Iffah..lama betol tak singgah sini..
wahhhh sedondon eh tahun ni..best la Rania, dpat baju kurung kasih sayang ni..lengkap bermanek ko!..
raya mane tahun ni..
eii nnt, kitorang nak serbu lagi tau macm tahun lepas..hehhehe..konvoi raya!..

hehhehhe..
Selamat Hari Raya yer..

mamiraysha said...

Selamat menyinggah cik rose!
Bukan selalu dapat sedondon ni..hihi..
Hahaha..manik tak seberapa cik rose..mummy dia tak kreatif!
Anak bulan nampak kat tangkak dulu tahun ni.. Raya ke-3 baru balik kuantan :-)

Meh la datang.. tapi bukan rumah tahun lepas tau.. dah pindah rumah lain.. nanti roger2 dulu sebelum datang.. tak pasal-pasal salah serbu rumah orang kang..hihihi..

Selamat hari raya!

Nora Karim said...

wah... bestnya dpt jahit baju anak sendiri... teruja!!