Check it out!

Showing posts with label Al-kisah. Show all posts
Showing posts with label Al-kisah. Show all posts

Thursday, June 10, 2021

Throwback: Pengalaman Silam Ambil Result SPM

Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.


Hari ni result SPM 2020 telahpun diumumkan. Wow! pencapaian SPM terbaik dalam tempoh 5 tahun dengan 9,411 orang calon (2.46%) berjaya dapat keputusan semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil (Berita Harian, 10 Jun 2021).

Kepada adik-adik yang termasuk dalam statistik ini dan termasuk dalam kategori keputusan cemerlang juga, tahniah diucapkan! Man jadda, wajada! Adik-adik yang mendapat keputusan tidak seperti yang diharapkan, jangan putus asa! Ini bukan pengakhiran hidup. Bukan pengakhiran sebuah perjalanan menuju kejayaan. Bangkit! berusahalah untuk capai impian kalian.

Cerita pasal SPM ni, terimbau kenangan silam mami. Mami pun pernah ambil SPM jugak dulu-dulu tau.

Mami ambik SPM tahun 1998. Result SPM keluar pada 1 April 1999. Siapa sama dengan mami? Kita geng! Dulu takde sms-sms ni, takde online-online nak semak result. Kena pergi sekolah ambil slip keputusan. Masa tunggu result SPM mami sempat kerja kilang. So time rehat, kawan mami jemput kat kilang then sama-sama pergi sekolah ambil result. Ingat lagi mami time ni pakai blouse kaler merah yang jiran belakang rumah bagi pinjam..haha. Konon nampak macam orang dewasa la tu kan.. sekali member2 mami semua pakai baju kurung daa...haha..

Mami bukanlah pelajar pintar. Kiranya mami ni kategori pelajar yang bernasib baik. Alhamdulillah mami dapat Pangkat 1 dengan 16 aggregat. Zaman ni masih pakai sistem pangkat dan aggregat. Gred kelulusan dikira 1 hingga 9. A1, A2, (cemerlang) C3, C4, C5, C6, (kepujian) P7, P8 (lulus) dan F9 (Gagal).

Macam mana cara kira pangkat dan aggregat ni? Mami pun dah ingat-ingat lupa dah. Lebih 20 tahun dah. Seingat mami, aggregat dikira berdasarkan keputusan 6 subjek terbaik daripada 3 kumpulan subjek. Contoh macam aggregat mami ni, diambil daripada kumpulan subjek teras (Pendidikan Islam A1, Bahasa Melayu A2, Matematik Moden A2, Sejarah C3); kumpulan subjek sains tulen (Kimia C6) dan kumpulan subjek teknik & vokasional (Prinsip Akaun A2). So, total aggregat 16. 

Setiap kumpulan subjek ni wajib diambil 1 keputusan terbaik untuk pengiraan aggregat. Baki 3 lagi boleh ambil dalam mana-mana kumpulan. Jika ada kelulusan yang diambil tidak mendapat sekurang-kurangnya kepujian (A1-C6), aggregat tetap dikira macam biasa tetapi akan effect pada pangkat. Kelayakan untuk Pangkat 1: aggregat 6 hingga 24. Pangkat 2: 25 hingga berapa ntah tak ingat. Katakan Kimia mami tu dapat P7, maka result mami akan jadi Pangkat 2 - aggregat 17.

Aggregat dikira daripada keputusan 6 subjek terbaik yang terdiri daripada 3 kumpulan yang ditetapkan. Memang mami fokus 6 subjek je la...yang lain jangan tanya..hampeh.. P7, P7, P7 dan P8...haha.. english, biologi, fizik & add math, lulus cukup makan je la nak... mami bernasib baik kan?

Mami tak pergi tuisyen pun. Tak mampu nak bayar yuran tuisyen. Study sendiri je. Untuk matematik moden tu, mami beli buku latihan yang ada jalan kerja, mami berlatih menjawab semua soalan ikut jalan kerja yang diberikan. Dok library sorang-sorang. Betul la bak kata pepatah, practice makes perfect! Dapat la A2. Sebelum tu selalu dapat C5, C6 je time test & exam. Add Math pulak memang mami mengaku mami tak study langsung. Konon tak nak buang masa kat subjek yang takde harapan..haha. Dapat la P8 tu. Masa ambik result terserempak dengan cikgu add math, mami bagitahu "cikgu, saya lulus add math!" cikgu pun jawab "kan i dah cakap, u boleh lulus punya.." ohh cikgu..kalau la cikgu tahu saya langsung tak study dan berlatih add math tu... 

Satu lagi kenangan tak boleh lupa, mami siap tidur rumah kawan untuk berguru subjek prinsip akaun dengan dia. Dia ada ambik tuisyen berbayar kat luar. Mami jadi anak murid dia la..tuisyen dengan dia pulak secara percuma. Dah jadi cikgu dah kawan mami tu. Dapat A2 pun dah cukup syukur dah. 

Punya la struggle time tu nak buat yang terbaik untuk SPM. Tidur pun atas meja, bawah meja, mana dan je tidur...haha..hari-hari baca yasin lepas solat. Punya la rasa SPM ni exam yang besar sangat dah masa tu. Penentu masa depan katanya..haha.   

Alhamdulillah...dengan result ni mami layak masuk UiTM buat diploma in estate management. Bukan pengurusan estet tau..pengurusan harta tanah..real estate. Dalam kelas diploma mami seramai 80 lebih orang tu rupanya ramai juga english P7 macam mami..haha. Pun begitu, dapat juga mami habiskan diploma tu walaupun belajar, jawab periksa semua dalam english. Jangan jadikan kelemahan kita tu sebagai penghalang kita untuk berjaya ye tak? Akhirnya kat universiti baru mami berjaya dapat A dalam english tau! haha.. subjek lain yang dapat P7, P8 tu dah tak jumpa dah kat universiti nak tebus balik..hehe.

Oh lupa nak cerita, sebelum result SPM keluar, makcik mami ada cakap, kalau mami dapat aggregat 16 dan ke bawah, dia nak hadiahkan rantai emas. Pakcik mami pulak kata kalau dapat pangkat 1 dia nak belanja makan ikan bakar kat Umbai. Tapi kan...dua2 pun takde rezeki mami nak merasa...haha.. tapi takpe..Allah dah bagi lebih banyak daripada tu..



 

Sunday, August 18, 2013

Baju Raya Edisi Jimat

Assalamualaikum..
Yuhoo... anybody home?? home?? home??
Fuhh!! siap bergema lagi.. dah macam gua tinggal dah blog ni..hihi..

Ampunkan kami penunggu gua..
Ampunkan kami penunggu gua..(sila baca dengan penuh perasaan macam si Badan dan Nyawa dalam filem Nujum Pak Belalang ye)
Lama sungguh saya tak update blog ni
Sebulan berpuasa.. sebulan jugaklah blog ni tak beroperasi
Dah macam setan lak kena ikat masa bulan puasa..hahaha..

Dah masuk bulan Syawal dah ni.. maka ikatan dah terlepas la.
11 Syawal dah hari ni. Lebih lewat dari setan gamaknya..hehehe..
Apa-apapun, memandangkan masih dalam mood raya..
Di kesempatan ini saya selaku tuan tanah mewakili diri saya dan watak-watak yang sentiasa menatari blog ni iaitu encik asben, Rayyan, Rania dan Razin ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tahun ni kami semua sedondon purple. Kenapa purple? Kerana encik asben dapat baju melayu free berwarna purple semasa mewakili jabatan ke perhimpunan sempena Maal Hijrah yang lalu..hehe. Memandangkan encik asben seorang yang tak suka membeli baju melayu baru untuk hari raya dan tak kisah pon nak berdondon-dondon bagai.. maka lebih baiklah kami follow warna baju melayu yang beliau ada. Baju raya edisi jimat yang pertama done!

Saya ada gak beli kain pasang warna purple untuk buat baju kurung sempena hari raya. Tapi tak sempat nak jahit..huhuhu. Adalah membazir untuk membeli lagi yang dah siap pulak. Maka pada hari raya pertama itu saya mengenakan dress labuh satin warna purple yang merupakan baju kahwin saya 6 tahun lepas. Tak sangka masih muat lagi! Dress tersebut sepatutnya dikenakan dengan jaket dari kain lace, tapi takla saya pakai untuk hari raya ni, kang nampak sangat macam pengantin..hehe. Baju kahwin ni baru sekali je saya pakai iaitu semasa majlis perkahwinan kami di sebelah encik asben. Gigih saya cari dalam kotak dalam bilik stor untuk dapatkan baju kahwin ni. Nasib baik jumpa dan Alhamdulillah baju tersebut dalam keadaan baik. Baju raya edisi jimat yang kedua done! Saya beli tudung baru je. Pashmina purple kotak-kotak dengan harga RM15 satu. Kedai ke-6 baru jumpa..hehehe..

Baju raya untuk Rania saya jahit sendiri. Tahun ke-2 Rania pakai baju kurung hasil kerja tangan mummy dia. Mak mentua still jadi mentor. Ye la setahun sekali jahit baju kurung.. mana la ingat sangat. Kang ada pulak baju kurung ada lengan tapi tak boleh masuk tangan..hahaha. Kain untuk buat baju raya Rania ni pun saya jumpa. Semasa misi menjejak baju kahwin saya, saya terjumpa kain cotton warna purple dalam anggaran 2 meter terlipat kemas dalam salah satu kotak dalam almari. Wow! rezeki. Saya tak ingat bila saya beli kain tersebut. Mungkin masa saya belajar jahit separuh jalan semasa di Muar dulu iaitu 6 tahun lalu. Baju raya edisi jimat yang ketiga done! 

Sebenarnya masa nak pakaikan Rania baju kurung ni, dia tak nak tau. Dia tak nak pakai kain. Dia nak seluar..huhuhu. Nilah akibatnya anak perempuan diapit oleh anak lelaki..hehe. Puas saya pujuk untuk dia pakai kain tersebut. Akhirnya dia akur juga. Memandangkan dia tak biasa pakai kain, encik asben kata dua tiga kali jugak la dia terjatuh akibat kain tersebut..hehe.

Baju raya untuk Rayyan dan Razin tak dapat nak dijimatkan. Kalau tahun lepas baju melayu mereka berdua berharga RM9.90 satu, offer dari pakcik Mydin. Tahun ni saya tak jumpa pulak baju semurah tu. Maka baju mereka berharga RM40 satu sebab pakcik Mydin tak bagi offer kali ni..hehehe.. Nasib baik saya tak pandai jahit baju melayu lelaki, kalau tak..rugi pakcik Mydin! hahaha..

Kesimpulannya, walaupun kami memakai baju raya edisi jimat, raya kami tetap sama macam orang lain..hehe.   


Saturday, June 29, 2013

Entry edisi marathon : June’s celebrations


Bagi saya Jun adalah bulan yang banyak sangat peristiwa yang wajib ingat berlaku dalam bulan ni. Selain peristiwa wajib ingat, tahun ni agak gak beberapa peristiwa yang berlaku. Memandangkan kekangan masa, saya rangkumkan aje dalam satu entry. Habis cerita!

1 Jun

Tarikh ni merupakan tarikh lahir Razin. Tahun ni genap 2 tahun usia Razin. Takde la celebration besar-besaran. Kecil-kecilan pun takde..hehe.. Walaupun takde celebration rasmi, mummy dan daddy tetap ingat birthday Razin. Kami nyanyi untuk Razin happy birthday to you tau. Tak cukup? Kami cium Razin dengan penuh kasih sayang (hamboi.. baik punya ayat). Tak cukup lagi? Kami bawa Razin makan angin di tepi pantai dan bergembira di sana. Itu aje la celebration dan hadiah untuk Razin. Walau pantai tu tak jauh mana.. berjalan kaki dari belakang rumah atok Razin je pon boleh sampai, yang penting we are enjoy together!





1 Jun yang lepas juga sebenarnya majlis perkahwinan adik ipar saya (adik ke-4 encik asben). 30 Mei lagi kami dah pulang ke kampung untuk meraikan perkahwinan tersebut. Lepas ni birthday Razin adalah sama dengan wedding anniversary mereka la. Boleh tumpang potong kek sekali..haha.. macam hari tu. Walaupun takde celebration, Razin tetap dapat potong kek.. kek kahwin Cik Sha dia..hehe..

1 Jun juga merupakan ulang tahun penubuhan jabatan tempat saya bertugas. Dah 56 tahun dah usia jabatan ni. Kalau nak ikutkan dah umur persaraan dah ni. Hopefully, jangan la jabatan ni bersara. Kat mana pulak la saya nak practise menilai harta..ada 24 tahun lagi servis ni..hehe.


1 Jun jugak tarikh kelahiran majalah mastika. Walaupun macam takde kena mengena dalam hidup saya dan takde la saya celebrate pun tarikh ni tapi saje je nak selit kat ruang 1 Jun ni..hehe.. Saya suka baca mastika! Inilah pengisi masa lapang saya setiap kali saya nak tunggu si Razin dan Rania siap nenen. 

2 Jun

Majlis menyambut menantu di sebelah pengantin lelaki di adakan pada tarikh ni di Maran, Pahang. Takde la jauh sangat dari Gebeng, Kuantan. Nasib baik la mereka rancang majlis selang sehari je, boleh la joint meraikan perkahwinan mereka di sebelah sana juga.





3 Jun

Tarikh ni merupakan tarikh ulang tahun perkahwinan saya dan encik asben. Alhamdulillah 6 tahun dah usia perkahwinan ni. Cepat sungguh angka berubah. Bilangan anak masih belum berubah. Masih seperti dua tahun lepas, 3 orang. Bila nak tambah lagi ni encik daddy? Hehehe.. (sengihan manja..hahaha). Takde celebration khas pun menyambut anniversary ni. Saya ingat nak la berdating dengan encik asben pada tarikh ni. Kami keluar berdua, anak-anak hantar taska. Memang dah apply cuti pun tarikh ni. Sekali tak jadi daa.. Pukul 11 lebih pagi baru bertolak dari kampong. Siap singgah Gombak jap rumah bekas pengasuh Rayyan dan Rania. Sampai rumah dah pukul 4.45 ptg. Pastu saya bergegas ke pejabat untuk siapkan keje sikit..huhuhu.. musnah impian! Sudahnya saya hanya belikan kad ucapan dan novel ‘Sebenarnya saya isteri dia’ untuk encik asben (ada agenda tersendiri..hihi...syhhh..rahsia! jangan cakap kat encik asben saya). Saya dapat gak kad dari encik asben. Sekadar di ingatan..hahaha.. (nasib baik dia dapat bini yang tak sentap uolls)

7 Jun

Sempena sambutan ulang tahun penubuhan jabatan saya pada 1 Jun, 7 Jun lepas telah diadakan aktiviti Treasure Hunt. Pencarian harta karun dari Institut Penilaian Negara ke Putrajaya. Aktiviti ini terbuka kepada pejabat-pejabat cawangan jabatan saya di seluruh Malaysia. Pejabat tempat saya bertugas (Bangi) joint jugak akhirnya setelah mendapat panggilan telefon supaya menghantar peserta untuk menyertai aktiviti ini. Paksaan secara berakhlak mulia. 2 buah kereta telah dihantar dan saya salah seorang peserta dalam salah sebuah kereta tersebut. Sebelum dipaksa masuk, saya dah ajak dah member saya untuk joint sebab saya memang minat giler dengan aktiviti cari harta karun ni. Tapi dia malas. Last2 dapat gak saya joint dan yang malas tu pun turut joint gak..hahaha. Alhamdulillah! Kereta yang saya naiki dapat tempat ke-2 daripada 25 kereta yang bertanding. Satu lagi kereta wakil dari pejabat Bangi dapat tempat ke-3. Memang kami dah berpakat pun untuk berkerjasama sebenarnya. Dan berpakat untuk menang sama-sama. Tempat ke-2 dapat hadiah hamper dan wang tunai RM200 manakala tempat ke-3 dapat hamper dan wang tunai RM100. Hasil dari wang kemenangan sebanyak RM300 tu kami celebrate dengan membelanja satu opis makan! Dapat makan apa? Nasi lemak ayam berserta 2 keping kuih dan air untuk 60 orang. Okeh la tu.. bak kata pepatah.. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.. berhati-hati di jalan raya! hahaha..

18 Jun

Pada tarikh ni opis saya meraikan kawan-kawan yang akan berpindah ke pejabat lain. 2 orang teman sejawat bakal melangkah keluar. Kenapa rai ye? Macam gembira pulak nak berpisah dengan mereka. Sebenarnya tumpang gembira dengan kegembiraan mereka. Mereka yang apply untuk keluar agar dapat dekat dengan family tercinta. Dua-dua memang rakan lama saya. Sorang tu dah 10 tahun saya kenal iaitu sejak saya first posting di Batu Pahat dulu, manakala yang sorang lagi kawan sekelas saya masa diploma 14 tahun lalu! Kurang dah geng tempat luah masalah dan problem keje saya..huhuhu.. Kurang juga la tukang buat keje.. lagi la huhuhuhuhu.. sebab siapa yang tinggal la kena berkongsi buat keje tersebut..hehehe. Apa-apapun kena positif! Setiap yang berlaku ada hikmahnya..kan?kan?kan?


Mereka yang dirai.. 2 dari kiri yang berdiri dan yang mencangkung. Moral of the story, lain kali jangan bergambar dok no.2 dari kiri..nanti kena pindah! hehehe..

19 Jun

Tarikh ni merupakan ulang tahun kelahiran Rayyan. Yup! Umar Rayyan dah berusia 5 tahun dah sekarang. Alhamdulillah anak mummy membesar dengan sihat. Tarikh ni juga merupakan tarikh saya dapat title 'mummy' dan encik asben dapat title 'daddy'. Mak dan abah serta Ma dan Aboh dapat title 'Datuk' takde pingat..hehe.. Macam Razin jugak, tiada celebration rasmi untuk Rayyan. Mummy nyanyi-nyanyi happy birthday to you aje la kat Rayyan dan cium. Malam tu mummy belanja makan satey Samuri di Taman Warisan Putrajaya. Ajak sekali 2 orang kawan mummy yang datang berkursus. Mummy ingat nak gak cari kek untuk Rayyan macam yang Rayyan mintak.. nak kek Ultraman Dyna. Tak jumpa-jumpa mummy kek tu. Bila mummy cakap kat Rayyan yang mummy tak jumpa, Rayyan cakap, mummy cari la kat kedai kek.. Hah! baru mummy teringat yang mummy memang tak cari kat kedai kek..hahaha! tak sempat nak oii.. maafkan mummy. Tapi mummy dah gantikan dengan cup cake gambar lori kan? Takpe nanti mummy usahakan. Kalau jumpa, tak birthday pun mummy belikan gak nanti. 




Masih tarikh yang sama.. kalau semalamnya jamuan perpisahan edisi opis, tarikh ni saya dan rakan-rakan meraikan 2 orang kawan yang akan berpindah tu di Hotel Marriot, Putrajaya. Sebagai membalas jasa diorang yang banyak membantu kami. Kami sharing is caring la 6 orang untuk belanja diorang makan tengah hari di sana. Kami pun makan sekali la.. tak kan la diorang dua orang makan kami tengok aje..hehehe.. Makanan sedap dan pelbagai cuma tak cukup masa dan ruang perut je nak masuk. Rasanya jumlah makanan yang masuk ke perut belum sempat nak capai harga yang dibayar..hehe. Rasa macam nak ajak encik asben lunch date kat sini lagi la suatu hari nanti (bila ada duit terlebih..huhuhu).


22 Jun

Pada tarikh ni, saya diundang menghadiri majlis makan malam para pelajar Institut Penilaian Negara. Majlis makan-makan sambil menonton persembahan student. Hanya saya dan Razin je yang hadir. Tu pun Razin menangis-nangis nak ikut mummy dia. Tak sampai hati, angkut aje la. Rayyan dan Rania tak nak ikut bila mummy cakap nak pergi kerja. Nak duduk rumah ke nak pergi taska? Mereka memilih untuk tinggal di rumah. Razin sorang je yang tak paham mummy punya option. Mummy tak tipu ye bila mummy cakap nak pergi kerja. Memang sebahagian keje mummy pun sebagai warden. Tema malam tu adalah hitam - kuning. Dah macam kaler jersey harimau malaya dah. Tapi ok gak la.. nampak berseri-seri je suasana.



Eksperimen oleh Razin. Habis air mummy tak boleh minum..huhu..

25 Jun

Tarikh ni memang tarikh yang paling ditunggu-tunggu. Tarikh yang patut saya celebrate! Pay day! OOooyeah... akhirnya sampai juga hari gaji! hahaha.. RM5 je yang tinggal dalam akaun. Ni pun nasib baik RM5 ni tak boleh nak keluar..kalau tak..hahahaha.. tertutup pulak akaun gaji tu nanti..hihihi. Alhamdulillah! terima kasih ya Allah!

Friday, March 29, 2013

Episod Sakit Gigi - Pengalaman Cabut Gigi

Siapa tak pernah rasa sakit gigi angkat tangan!!
Wah.. hebatlah. Maka jagalah gigi anda sebaik mungkin agar episod sakit gigi ini tidak berlaku kepada anda.
Entry ini ialah khidmat sosial saya kepada masyarakat sempena kempen penjagaan gigi sedunia..muahahaha..

Saya pernah dengar orang mengatakan yang sakit gigi ini ialah sakit yang akan menyebabkan semua anggota lain turut sakit. Maknanya, kalau sakit gigi menyerang maka anggota lain tak dapat menjalankan tugas dengan sempurna sebab tak boleh nak buat apa sebab terpaksa menanggung sakit yang menyucuk. Apabila keadaan ini berlaku, sila jauhkan diri anda untuk bergurau tak bertempat dengan pesakit gigi ini, dibimbangi.. gigi anda pulak yang cedera.. dan anda pulak yang akan tulis entry episod sakit gigi macam saya..haha.. (hormon marah orang sakit gigi automatik meningkat)

Kawan saya juga pernah mengeluarkan statement yang sakit gigi ini adalah sakit kedua paling sakit selepas bersalin. Maknanya, kawan saya ni klasifikasikan yang sakit bersalin ialah sakit yang tinggi darjatnya sedikit berbanding sakit gigi. So, incik lelaki di luar sana kalau anda rasa sakit gigi, ingatlah bahawa sakit itu masih tak seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. Orang pompuan yang lemah pun boleh menghadapi sakit yang paling sakit, inikan pulak orang lelaki yang kuat dan gagah. Apa ada hal lah.. haha.. motivasi..motivasi..bukan provokasi. 

Sebenarnya saya start mengalami episod sakit gigi ini sejak 10.10.2012 tahun lepas. Sakitnya menyucuk-nyucuk hingga menyebabkan sakit tu tersebar ke gigi yang tak terlibat. Fuh! memang tak dapat nak tidur malam menahan sakit. Keesokan harinya saya ke klinik pergigian Putrajaya Presint 9 untuk mendapatkan rawatan. Pipi saya di x-ray dan didapati tampalan gigi geraham bawah sebelah kiri saya telah menyentuh saraf gigi yang menyebabkan kesakitan. Doktor memberi saya 2 pilihan sama ada cabut atau membuat rawatan akar (RCT - Root Canal Treatment). Saya tanya yang mana satu lebih baik? Dia kata terpulang. Kalau cabut, takde la gigi. Tapi kalau buat rawatan akar, gigi akan kekal ada kerana dia akan korek semula tampalan, mematikan saraf gigi tu dan membuat tampalan semula. Appointment saya untuk mendapatkan rawatan ini ialah pada 24.7.2013 yang akan datang. Adeh! sangat lama kerana pesakit gigi sangat ramai..huhu..

Sementara menunggu tarikh rawatan.. gigi ini sakit on and off. Sekarang ni macam mula nak sakit balik gigi tu. Ntah-ntah bila tiba tarikh appointment, gigi tersebut sudah tiada lagi..huhu. Tidak mungkin saya sanggup tunggu jika sakit dah menyucuk-nyucuk. 

Sabtu 16.3.2013 yang lalu.. episod sakit gigi kembali menghantui diri.
Menyucuk-nyucuk sampai tak boleh nak tido malam.
Bukan gigi yang sebelum ini, tetapi gigi geraham bongsu sebelah atas sebelah kanan pulak.
Gigi tersebut memang dah berlubang di tepi (baru perasan). Sebelum ini steady je. Pada hari tu, dia dah tak mampu menangkis serangan. Gara-gara tengah harinya makan Epal Besar ini..

Inilah punca serangan sakit gigi saya
Macam-macam kaedah dan petua saya lakukan untuk mengatasi sakit gigi yang menyucuk ini. Petua paling popular, berkumur dengan air garam. Memang berkesan, hilangla jugak sakit gigi tapi sekejap je, pastu menyerang semula. Adeh! sila bayangkan berapa kali saya terpaksa berkumur dengan air garam tersebut. Selain air garam, saya turut tampal pipi tempat gigi yang sakit itu dengan koyok. 


Copycat yang sibuk je nak sama macam mummy dia.
Hari Ahad keesokan harinya terpaksa saya lalui dengan kesakitan..huhu. Nak keluar rumah pun takde mood. Takpela.. bertahan lagi sehari memandangkan kebanyakan klinik gigi tutup pada hari Ahad (pada perkiraan saya). Hari Isnin saya ke pejabat dengan 2 bekalan untuk mengatasi sakit gigi saya. Bekalan pertama, sebotol air garam untuk berkumur bila sakit menyerang dan kedua, doa sakit gigi di bawah ini. Gigih saya menyalin semula dari dalam buku untuk di bawa ke pejabat sebab lebih senang membawa secebis kertas berbanding sebuah buku.


Doa sakit gigi
Pada pukul 12.20 tengah hari pada hari Isnin, 18.3.2013 tersebut, en. asben menjemput saya di pejabat dan menghantar saya ke klinik gigi untuk 'settle'kan gigi tersebut. Mungkin en. asben takut nak tinggal lebih lama dengan orang sakit gigi..haha. Berdasarkan risikan dengan kawan-kawan, saya memilih Klinik Pergigian Halizah yang terletak di belakang Warta, Bangi. Berhampiran dengan Tabung Haji.

Saya sampai lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Tak perlu lama menunggu, sekejap je nama saya di panggil. Ingatkan lama sebab sebelum saya sampai memang dah ada patient yang sedang menunggu. Rupa-rupanya ada 2 bilik rawatan.

Sebelum masuk ke bilik, seram gak sikit nak kena cabut gigi. First time nih gigi nak kena cabut. Masa kecik-kecik dulu, tak payah cabut, gigi memang tanggal sendiri sebab nak beri laluan gigi kekal mengambil tempat. Terbayang pulak la aksi seorang doktor memegang playar lalu dengan rakusnya menyentap gigi yang sakit itu. Adusss... fengsan!

Tambah lagi en. asben pulak cerita pengalaman dia 3 kali cabut gigi. Memang ketiga-tiganya beliau menjerit kesakitan. Sangat sakit dan takut katanya. Adeh! time ni pulak en asben cerita ngeri ini. Memang beliau akui yang beliau sangat takut mencabut gigi. (ooo.. baru tahu yang penakut jugak en asben saya ni)

Saya tak biarkan perasaan takut menguasai diri.
Saya kan dah pernah merasai sakit bersalin 3 kali. Apa la sangat cabut gigi ni kan..
Saya cuba menenangkan diri sebenarnya dengan membandingkan dengan pengalaman bersalin. Kan kawan saya cakap yang sakit gigi ni sakit kedua paling sakit selepas bersalin..hehehe..

Semasa di bilik rawatan..
Doktor bertanya gigi kat mana yang sakit dan beliau check gigi yang berkenaan.
Selepas meninjau keadaan gigi saya, beliau mengesyorkan gigi tersebut dicabut. Lagipun ianya gigi bongsu.
Memang hajat saya nak cabut pun gigi tersebut.
Prosedur seterusnya, doktor menyuntik ubat bius di dua tempat. Satu dekat bahagian pipi sebelah dalam dan satu lagi di langit-langit untuk membuatkan bahagian yang hendak dicabut tersebut rasa kebas. Suntikan pertama, tak la sakit sangat macam semut gigit je. Tapi suntikan kat langit-langit tu agak sakit sikit sehingga saya dinasihati oleh doktor untuk tidak mengeraskan badan. Tindakan luar kawal menahan sakit puan doktor! Honestly, sakit jahit selepas bersalin lebih sakit lagi la..huhuhu..

Selepas suntikan diterima, saya dibiarkan berbaring di kerusi rawatan sebentar sehingga rasa kebas dirasai. Ada la dalam 5 - 10 minit kot. Selepas itu, tibalah adegan yang ditunggu-tunggu.. gigi dicabut! Doktor beritahu yang saya akan rasa gigi bergerak-gerak.. itu normal. Tapi kalau rasa sakit menyucuk, sila angkat tangan. Ye.. puan doktor.. saya akan standbykan tangan..hehe..

Saya rasa doktor itu mencucuk-cucuk gigi saya dengan sesuatu. Tapi tak rasa sakit langsung. Tup-tup, doktor suruh berkumur. Saya tanya doktor, "Dah siap ke?" Doktor jawab, "ye dah siap."  Mak aii.. sekejapnya. Rasanya macam tak sampai 5 minit pun gigi tu dah tercabut. Memang cabut gigi secepat inikah atau gigi saya itu sudah reput.. makanya senang dicabut??

Keluar je bilik rawatan, encik asben pun terkejut.. macam tak percaya gigi saya dah dicabut. Berulang-ulang kali dia soal, "dah siap ke?" Nasib baik saya tak sakit gigi lagi, kalau dia soal banyak-banyak kali macam ni time saya sakit gigi, memang siap dia! hahaha..
Bil untuk cabut gigi ini ialah RM100. Agak murah juga la untuk kos cabut gigi geraham.

Lepas cabut gigi, saya ke pejabat semula selepas menghabiskan separuh masa rehat di Giant dalam Warta. Memang takde rasa sakit lagi sampai sekarang. Lepas cabut tu pun saya takde rasa sakit di tempat yang dicabut. Cuma darah je yang keluar banyak. Kebas masih terasa agak lama la. Tapi bila balik dari pejabat, dah hilang dah kebas tu. Walaupun dah hilang kebas, saya still takde rasa sakit. Cuma saya elakkan dari mengunyah di tempat tersebut sebab saya rasa-rasa dengan lidah, tempat yang dicabut masih berlubang. Alhamdulillah, apa yang saya khuatiri iaitu demam selepas cabut gigi tidak berlaku. Pada pendapat saya, cabut gigi tidaklah mengerikan.

Buruknya rupa gigiku ini

Nah! buah tangan yang saya bawak balik dari klinik tersebut. Siapa tak tahan nak tengok gigi buruk tersebut, cepat-cepat la scroll down ye. Saje saya request nak bawak balik..hehe. Nak tayang kat blog ni buat pengajaran hidup. Lain kali jaga gigi elok-elok ye. Gosok gigi tu biar sampai ke hujung. Jangan tertinggal lak adik bongsu tu. Kesian dia.. Dia yang last tumbuh, dia pulak yang kena cabut dulu.. 

Selamat tinggal gigiku sayang..
Terima kasih atas khidmat anda selama ini.
Jasamu akan ku kenang-kenang selalu..
sop! sop! sop!

Saya dah kurang satu gigi.
Umur baru 3.0 series..
Agaknya saya kurang minum susu kot sepanjang mengandung 3 kali dan menyusukan anak non-stop selama 3 tahun 5 bulan. So, mummies di luar sana.. sila rajin-rajin minum susu atau sumber kalsium lain ye.. takut nanti dah 5.0 series dah takde gigi nak kunyah..hehe..

Sunday, June 3, 2012

5th Anniversary : Mari mengimbau kenangan silam


Alhamdulillah! menjangkau usia 5 tahun usia perkahwinan saya dan encik asben hari ni. Pantas sungguh rasanya waktu beredar. Rasa macam baru je encik asben propose! hihihi.. Sedar tak sedar dah ada 3 koleksi buah cinta kami. 

Dulu..tak pernah saya bayangkan akan berumah tangga. Tak terfikir pun ada orang nak kahwin dengan saya.  Ye la.. orang tak cantik. Tapi tu la.. soal jodoh, pertemuan, ajal dan maut tu bukan urusan kita. Tak payah ribut-ribut cari pacar..hihi..  Allah dah tentukan siapa jodoh kita. Tak semestinya tak cantik tak boleh kahwin..kan?

Sebelum berkahwin, saya dan encik asben takde la bercinta. Kami berkawan aje. Mula kenal semasa kami mewakili jabatan dalam Pesta Sukan Kementerian Kewangan pada tahun 2005. Wah.. atlit ke? Kihkihkih..takde la atlit sangat. Satelit kot. Dah takde orang nak main, saya main la walaupun tak la seterer mana. Saya main badminton dan si dia main bola tampar.

Ayat pertama encik asben memulakan salam perkenalan sewaktu meng'intercom' asrama saya, " Saya ada 8 orang awek. Saje je telefon ni nak borak-borak. Tengok macam awak ni boleh diajak berborak. Boyfriend tak marah ke?" 

Huh! mengayat.. hehe.. sejak detik itu lah, 9 Ogos 2005 kami berkawan. Kawan yang boleh bercerita apa sahaja. Berkongsi cerita.. berkongsi masalah.. tanpa menyentuh soal hati dan perasaan. Lagipun tak sangguplah nak berkongsi kasih dengan 8 orang..kihkihkih.. 


Sangat selesa berkawan dengan en asben ni sebab dia jujur, tak pernah nak mengurat saya, tak pernah cakap bukan-bukan dengan saya. Selalu sakitkan hati ada la. Walaupun selalu gaduh sebab masing-masing nak menang bila cakap, tapi nak juga call dia bila saya ada problem. Sebabnya, dia tak pernah sokong saya dan kata-katanya akan kontra dengan pendapat saya yang akhirnya akan membuatkan saya dapat membuat pertimbangan sewajarnya walaupun hati manyak sakit maa.. hihihi.. Dulu selalu jugak bila saya tak tahan dengan kata-kata dia, saya nekad konon tak nak la telefon dia lagi. Konon-konon merajuk la tapi tanpa pengetahuan dia. Nak menyepi tanpa berita. Tup-tup dia call pulak walaupun sebenarnya dia jarang call sebab sentiasa takde credit..hihi.. maklumla 8 orang aweks. Bila dia call, hilang ke mana la pulak si nekad tu.. Tak jadi la pulak nak merajuk! Aih! dia ni tahu aje.. orang nak menyepi tanpa berita. 


Sepanjang berkawan, memang kami jarang berjumpa. Maklumla seorang di Gombak dan seorang di Batu Pahat. Jumpa sekali sekala tu pun kalau saya ada berkursus di institut latihan jabatan kami. Rasanya sebelum mengikat tali pertunangan, tak lebih dari 5 kali kot kami berjumpa. Tu pun dengan ada kawan lain yang joint. Kami rapat hanya di telefon. Bertuahnya Maxis!

Mungkin sebab jarang jumpa la kot en asben berkenan kat saya..hihihi. Kalau selalu jumpa..alamatnya dah lama kot kena reject! hihi.. Apa-apapun dah takdirnya begitu.

En asben propose saya pada 14 Disember 2006. Wah..kuatnya ingatan! Hihi.. biasalah orang pompuan! Tapi cuba tanya.. kerja tu dah siap ke belum? Nanti dia jawab, Alamak.. lupa la.. hihi.. ingat-ingat lupa rupanya orang pompuan ni. Saya sangat ingat tarikh ni sebab keesokannya 15 Disember 2006 saya mendaki Gunung Ledang. Aktiviti kelab sukan jabatan. So, pendakian saya penuh bunga-bunga cinta la! kahkahkah!

Pada 14 Disember tu saya terima sms daripada si dia, "Nanti call lepas isyak. Nak borak panjang." Masa dapat sms ni, hati saya dah dup dap dup dap.. macam dah dapat agak apa yang dia nak cakapkan.. hihihi.. sebab beberapa hari sebelum tu saya ada cerita masalah saya kat dia yang ada orang nak meminang saya! Takut melepas la tu..kehkehkeh

Memang sangat susah si dia nak meluahkan perasaannya. Puas la saya menunggu perkataan keramat daripada dia pada hari itu. Hihihi.. walaupun saya tidaklah mengharap sangat kata-kata tu daripadanya.. maklumla ramai saingan.. 8 orang aweks tu..huhuhu.. tapi bila dia dah cakap dia suka kat saya dan nak jadikan saya isterinya.. Yess!! bestnya rasa bila tahu ada orang suka kat kita kan..hihihi.. padahal orang tu selalu je cari gaduh dengan kita. Tapi saya cool je.. kelu lidah tak terkata..hihi.. ya pun tidak, tidak pun tidak. Cuma saya tanya bila nak masuk meminang? (setuju la tu!)

Kami bertunang 2 minggu selepas itu iaitu pada 1 Januari 2007. Memang tidak seorang pun dalam kalangan keluarga saya yang pernah berjumpa dengan si dia ni. Inilah first time dia menjejakkan kaki di rumah keluarga saya dan diperkenalkan dengan ahli keluarga saya. Kiranya merisik dan bertunang satu package la ni..hihi. Promosi awal tahun! hahaha..

Nasib baik mak dan abah saya sporting! Memang serahkan bulat-bulat urusan pilih pasangan kepada tuan punya badan. Mereka hanya merestui siapa jua pilihan hati anaknya. Jadi, takde la drama swasta berlaku..hihi.. Alhamdulillah! segala urusan berjalan lancar dan Allah permudahkan segalanya. Tu la kan.. niat yang baik insya-Allah Allah mudahkan. 


5 bulan 2 hari kami bertunang dan akhirnya pada 3 Jun 2007 kami diijabkabulkan. Saya tidak sempurna dan kehadirannya menyempurnakan hidup saya. Semoga kasih sayang kami mendapat redha ilahi dan berkekalan hingga ke syurga abadi! 


Nota:

Tahun lepas tiada entry sempena anniversary rupanya. Maklumla sibuk baru dapat baby masa tu..hihi. So, bertuahlah siapa dapat baca entry 2 tahun sekali ni..hihihi. Siapa nak baca entry 2 tahun lepas, sila klik sini. 




Monday, March 12, 2012

Kenapa saya jadi seorang blogger?

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Lama tak update blog kan? Rindu tak? Takde pon? Ehm.. merajuk la.. tak nak tulis kat blog ni lagi..hihihi.. Nak sedapkan hati..biar saya assume ada orang rindu dengan update terbaru daripada saya ya..hehe.. syok sendiri pon syok sendiri la..

Maka..atas rasa kebertanggungjawaban untuk mengubat rindu tersebut, terimalah entry terbaru daripada saya. Aik? yang tak rindu tu pon baca jugak? Hehehe.. takpe..teruskan. Saya nak bongkar satu rahsia.. kenapa saya sibuk2 nak jadi blogger.. hampir dua tahun lalu.

Setiap blogger ada alasan tersendiri macamana boleh terjebak dengan dunia blog ni kan? Begitu juga saya. Perkara utama yang jadi pendorong saya ialah bila terbaca artikel kat surat khabar bahawa ada seorang blogger tu kaya-raya hanya sebab iklan diblognya. Huh! berkobar-kobar konon nak gak kaya macam si dia tu..hehehe.. maka..langkah pertama diambil.. cipta sebuah blog! ye..sebuah blog yang anda sedang tatap ni..hehe.. Ye..sebuah blog yang bakal menjana kekayaan.. hahaha (gelak orang kaya!)

Tapi saya terlupa yang saya ni bukanlah seorang yang rajin. Makanya..setelah hampir 2 tahun mempunyai sebuah blog..saya masih tidak kaya-raya juga. Anak je yang makin ramai..hehe..

Entry pertama saya diblog ini ialah pada 21/4/2010. Mungkin sebab excited ada blog dah, 2 entry telah dipost pada tarikh ni..hihi.. entry ini dan ini juga. Pantas sungguh masa berlalu, dah nak masuk 2 tahun dah usia blog ni.

Masa nak letak nama blog ni..punya la penat fikir nak letak nama apa. Ingatkan senang. Rupanya susah ye. Asyik invalid je. Memula saya ingat nak letak nama vivalafifa. Ecececece.. macam best je kan? hehehe.. sempena nama saya fifa. Masa zaman sekolah-sekolah dulu..memang saya suka tulis nama ni kat muka pertama sebelah dalam buku rujukan saya (buku teks tak boleh tulis nanti cikgu marah!) selain nama jeffy afifa. Hahaha..kenangan mengusik jiwa la pulak! Malas la nak cite apsal jeffy afifa tu..hihihi..

Tapi invalid la pulak nama vivalafifa tu. Mungkin dah ada yang mendaftarkannya kat blogspot ni. Last2.. berjaya juga daftar dengan nama mamiraysha.blogspot.com. Bukan sebab nama saya raysha. Tapi sebab saya mummy kepada umar rayyan dan aisya rania pada ketika itu. Raysha tu gabungan nama rayyan dan aisya. Lagi pun saya suka nama raysha tu. Kalau dapat anak pompuan lagi..memang nak bagi nama tu..hhihi. Tapi dah rezeki nak dapat anak lelaki, tak bleh la letak nama raysha kat dia. Saya dan en asben sepakat la bagi nama uzair razin. Adik saya bertanya, nama blog akan bertukar ke? Hehehe.. tentulah tidak! raysha tu kira dah gabungkan ketiga-tiga buah hati saya la tu. Ra - untuk razin y - untuk rayyan dan sha - untuk rania. Termasuklah adik-adik mereka nanti..sebab mereka akan punya nama berpangkal R bagi nama kedua mereka..hihi..

Dalam banyak-banyak konsep, saya memilih konsep perkongsian informasi dan cerita realiti menjadi seorang mummy. Tu yang nama blog ni realiti mummy - cerita realiti seorang mummy. Ye..realiti! tak tipu punya..hehehe.. Tapi kadang-kadang tu ada gak entry yang lari konsep! hehehe.. kira halal la ye.. realiti gak tu.. realiti seorang mummy yang lupa diri..hihihi..

Nak tahu tak berapa pendapatan saya pada tahun 2010? RM0.25 sahaja..hehehe.. masa mula2 dapat pendapatan 25 sen ni, punya la suka! hehehe.. padahal tak bleh nak beli apa pon. Jauh lagi nak jadi kaya tu. Nak beli kaya nak sapu kat roti pun tak lepas! hahaha.. Gembira sebab saya berjaya juga akhirnya menghasilkan pendapatan daripada blog tak seberapa ni. 25 sen pun 25 sen la janji untung gak tu.

Kini..dah hampir 2 tahun bergiat tak berapa nak aktif dalam dunia blog ni.. saya masih belum lagi buat cash out daripada nuffnang. Tak lah banyak mana. Tapi yang pasti lebih la daripada 25 sen tu. Ingat nak sampaikan RM100 baru nak cash out. Tapi kata-kata en asben menghantui diri ini. "Kang syarikat tu tutup..langsung tak dapat apa-apa.." hehehe.. walaupun kata-katanya terngiang2 kat telinga ni.. tapi sayang pulak nak klik butang tebus tu.

Ini adalah statistik blog saya setakat hari ni. Tak la banyak sangat pengunjung berbanding blogger lain. Tapi jumlah ini cukup membuatkan saya terharu. Tak sangka ramai gak yang menyinggah. Tu yang saya rasa bersalah bila lama tak update blog tu.



Sejak akhir-akhir ini memang saya jarang post entry kat blog ni. Bukan blog ni aje, facebook pun dah lama saya tak face..hehe. Saya sibuk sangat kebelakangan ni. Tak sempat nak menulis walaupun banyak sangat idea nak menulis..ceh ceh ceh.. banyak idea ye.. Cuma saya sempat membaca blog2 yang saya ikuti je. Korang la ni rajin sangat update blog. Baca update korang je..abis dah masa rehat. Camne nak update blog sendiri. Aci tak salahkan korang? hehehe..

Mungkin saya kena belajar update blog sikit2. Saya ni tak pandai nak menulis sikit2. Mesti panjang berjela. Entry ni pun ingat nak tulis sikit je tapi dah panjang berjela. Sebenarnya telah mengambil masa 2 hari menulis ni..hihi..



Sekarang ni saya dah sedar diri. Saya mungkin tak bleh mengikut jejak si dia yang kaya raya sebab blog. Hehehe.. Jadi sekarang ni, objektif saya jadi seorang blogger telah bertukar. Saya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman saya menjadi apa yang telah saya jadi sekarang ni selain mencatatkan kisah anak-anak untuk tatapan mereka dan saya suatu hari nanti.

Korang pulak macam mana? kenapa jadi blogger?

Wednesday, February 29, 2012

Angkara nama sama dipunyai oleh dua orang berbeza

Tadi ada seorang Penolong Pegawai Tadbir atau lebih dikenali sebagai EO (Executive Officer) menegur saya semasa mesyuarat pembukaan audit dalaman di opis saya ni.

EO : Awak ada hantar surat kat pentadbiran ye?
Saya : Hantar surat? surat apa? Rasa macam tak ada.
EO : Surat letak jawatan.
Saya : Eh, mana ada EO. Tak kan la saya nak letak jawatan. Baru 9 tahun saya keje dengan kerajaan. Kalau letak jawatan, macamana la nak tanggung anak saya yang berderet2 tiga orang tu..hihihi..
EO : Tu la, saya tertanya-tanya.. kenapa awak nak letak jawatan pulak? Mesti dapat offer keje yang lagi baik agaknya.
Saya : Hehehe.. takde la EO. Salah orang ni. Afifah lain ni. Saya rasa budak PSH (Pekerja Sambilan Harian) Unit Domestik ni. Nama kami je sama.
EO : Ye la tu. Dia bagi surat sekeping je. Cakap nak berhenti sebab dapat kerja lain. Cover letter langsung takde. saya ingatkan awak.

Sebelum tu, ada kes gak pasal silap orang ni. Sekitar pertengahan bulan februari. Seorang kerani kewangan telah menelefon saya mengatakan bahawa dia akan buatkan gaji saya untuk bulan januari pada hari berkenaan. Aik? saya pun pelik la. Saya cakap kat dia yang saya dah ambik pun gaji bulan januari. Tak pernah pulak tak masuk gaji. Dia pun pelik dengar jawapan saya. Macam mana boleh dapat gaji sedangkan dia baru nak buat gaji saya katanya. Ehm.. saya tanya kat dia, nak cakap dengan afifah mana ni? saya sebutkan nama penuh saya. Ehm.. silap afifah rupanya. Dan barulah saya tahu bahawa ada orang lain yang nama sama dengan saya kat tempat kerja saya ni. Staf baru. No wonder la telefonis silap sambung atau mungkin kerani berkenaan terlupa nak mention unit tempat afifah tersebut bertugas.

Sebelum ni, tak pernah saya jumpa orang yang nama sama macam saya. Sejak zaman sekolah lagi, sama ada rendah atau menengah, dan kat ipta juga belum ada yang sama nama dengan saya. Mungkin masa zaman saya tu, nama ni jarang digunakan. Kat sekolah dulu, cikgu selalu silap tulis nama saya atau panggil saya dengan nama norafizah. Masa zaman saya, nama norhafizah sangat popular. Sehinggakan result MUET saya tertera nama Norafizah yang berbintikan nama abah saya. No kad pengenalan nasib baik sama macam saya punya. Masa ni dah kat UiTM. Saya minta betulkan, kerani kat pusat bahasa tersebut kata tak apa, asalkan no kad pengenalan betul. Result inilah juga yang saya submit kat UTM. Kalau saya tak boleh grad sebab result MUET ni, memang saya cari balik kerani berkenaan! hehehe..

Tapi zaman anak kita sekarang ni, ramai dah nama sama macam mereka..hehe. Kat taska diorang ni, ada 4 orang bernama aisya or aisyah or aishah. ada siti nor aishah, siti aisyah amirah, aisyah safiyyah dan termasuk anak dara saya Aisya Rania. Nasib baik masing-masing ada 2 nama. Boleh la panggil nama kedua mereka.

Rayyan pulak lagi ramai yang sama nama dengan dia. Tapi kat taska ni hanya ada dua orang je termasuk anak bujang saya. Umar Rayyan dan Rayyan Rizqi. Razin pulak takde yang sama nama dengan dia kat taska ni. Tak tahu pulak kat taska lain.

Biarpun nama sama, identiti tetap berbeza kan? Oleh yang demikian.. biarlah orang kenal kita dengan identiti yang positif..

Thursday, October 13, 2011

Cara tarik pelanggan ke restoran

Alkisahnya..

Ahad lepas, en asben bawa kami anak-beranak ke Tesco Nilai untuk shopping keperluan dapur yang dah habis dan juga yang hampir habis. First time datang sini. Saje tukar angin. Kalau tak, Alamanda, Alamanda dan Alamanda..hehehe..

Jarak dari rumah lebih kurang 27km dengan memakan masa setengah jam memandu secara berhemah..hehehe.. Kena berhemah sebab bawa anak kecik. Lak tu ada anak kecik yang tengah belajar dari apa yang berada di sekelilingnya. " Daddy, merah belenti! " kata Rayyan bila nampak lampu isyarat kaler merah. Pastu dah hijau, " Daddy, hijau jalan!" Kekadang tu daddy terpaksa beri penjelasan bila jalan jugak waktu lampu merah sebab kat putrajaya ni banyak signboard kat lampu isyarat tertulis " Belok kiri jika tiada kenderaan. "

Lepas shopping2 apa yang patut, masa untuk mengisi perut!
Of course pilihan daddy kedai makan yang tak serabut!


Kami pilih untuk makan di Legenda Cafe.Com yang ada kat dalam bangunan Tesco ni. Cafe ni lengang giler! masa kami masuk, cuma ada sepasang je pelanggan dia. Tak pasti pulak kenapa orang tak ke sini.

Nak tahu kenapa kami masuk kat cafe yang lengang ni? Sebabnya..


Ada disediakan tempat untuk anak-anak mengisi masa mereka dengan bermain. So, mummy dan daddy dapat la makan dan minum dengan aman dan tenteram tanpa gangguan. Sekali sekala je mereka datang untuk disuapkan makan dan minum.


Rayyan dan Rania enjoy main masak-masak kat sini. Sementara diorang masak, mummy dan daddy dah kenyang dulu makan makanan yang kami order! hehehe..


Bersungguh-sungguhla si kecik Razin ni memilih makanan best untuk di order. Last2..takde satu pun masuk kat mulut dia! hehehe..sian Razin. Razin rasa melalui susu mummy je la ye..


Tak banyak sebenarnya pilihan makanan dia. Mummy order nasi lemak ayam je la. Nasi lemak yang sihat la kononnya..hehehe.. Lupa lak nak ambik gambar makanan yang daddy order, nasi minyak dengan ikan masak apa ntah!


Ni plak air pilihan kami. Mummy pilih sirap bandung selasih dan daddy pilih jus epal + limau nipis.


Kalau terer, meh la cuba air soda + strawberi + serai kat sini. Hehehe..kami tak berani nak cuba.

Kesimpulannya, cara kedai makan ni peruntukkan tempat mainan untuk anak-anak main telah menarik hati kami untuk singgah dan makan kat sini buat pertama kali. Itu jugak la yang saya cakap kat pelayan cafe ni.

Bagi ibu bapa yang ada anak-anak kecik macam kami ni.. tempat yang macam ni memang jadi pilihan kami. Tak kisah la harga makanan dia mahal ke murah, sedap ke tak..janji kenyang sudah!

Daddy dan anak-anaknya yang seramai satu troli..hehehe.. Tu yang tak bleh makan kat tempat2 serabut tu..

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Raya 1 : Baju Raya di Hari Raya

Misi melunaskan hutang entry raya! hehehe.. sebagaimana yang dijanjikan.. hari ni saya nak kongsikan sikit cebisan kisah raya kami sekeluarga.

Tahun ni first time kami beraya berlima sekeluarga. MamiRaysha, en Ramadan, Rayyan, Rania dan new member of the house, Razin. Tahun lepas first time kami beraya berempat! Tahun ni dah berlima pulak.. hehehe...

Gambar raya pada hari raya pertama di kampung en asben, Kuantan, Pahang. Cukup jumlah members of the family. Tahun ni ada 2 orang ahli baru dalam keluarga ni. Muhammad Adam Zahdan bin Abdillah yang lahir pada 9.4.2011 dan juga Uzair Razin bin Mohd Sharoramadan yang lahir pada 1.6.2011.

Inilah satu-satunya gambar raya kami sekeluarga. Frust kan? Tu la, saya dah cakap kat en asben jom la ambik gambar family kita pulak selepas sesi bergambar family penuh ni. Tapi dia kata nanti petang. Sekali masing-masing dah penat, takde mood bergambar bagai.. takde la gambar family kecil kami..huhuhu..

Perasan tak yang Rayyan dan Rania tak pakai baju melayu dan baju kurung? Hehehe.. tak jumpa la baju melayu dan baju kurung yang murah-murah. Mahal-mahal belaka. Paling murah pun dah cecah RM40 sepasang. En asben cakap tak payah la beli, pakai sekali je.. jimat! hehehe.. Makanya.. begitulah pakaian mereka dikala rakan-rakan sebaya mereka berbaju melayu dan berbaju kurung sedondon dengan ibu bapa masing-masing. Sob..sob..sedih! Tahun depan saya berazam untuk mensedondonkan (baca pelan-pelan ye perkataan ni) kami sekeluarga. Kalau en asben enggan juga beli baju melayu tahun depan, biar kami beli kain yang sama warna dengan baju melayu yang dia ada..hehehe..

Saya dan en asben pun sebenarnya tak beli baju raya. En asben ni tak tahu la apa punya prinsip memang tak mahu beli baju raya untuk diri sendiri dan juga enggan dibelikan baju raya. Mungkin saya akan buat cabutan bertuah untuk dia tahun depan dengan semua kertas tertulis baju raya..hahahaha.. Konon2 dia telah memenangi hadiah sepasang baju raya..boleh?

Walaupun beliau enggan beli baju raya sendiri tapi beliau suruh saya pilih baju raya untuk diri saya. Tapi kan..mana syok kita sorang melawa kan? Pulak tu.. baju kurung yang dah siap tak jumpa pulak yang murah-murah. Paling murah saya jumpa RM69.90. Hehehe..tak biasa la saya pakai baju mahal-mahal ni. Biasanya beli kain RM30-RM40 sepasang mak tolong jahitkan secara percuma. Tu la hidup dah biasa dengan subsidi! hik3..

Baju raya saya? Belek punya belek baju-baju kurung dalam almari untuk dibawa balik ke kampung sebagai baju raya tetiba terjumpa pulak sepasang baju yang belum pernah dipakai tapi telah siap mak jahitkan suatu ketika dahulu. Kain hadiah semasa perkahwinan pada tahun 2007 yang lalu! Fuhh! 4 tahun sudah usia kain ni..hehehe. Tak pernah pakai sebab tak ade tudung yang sedondon.. pulak tu boleh terlupa pulak kewujudan baju ni..hehehe..

Dalam tak beli baju raya tu..rupa-rupanya saya ada satu lagi baju raya. Masa balik kampung 2 minggu sebelum raya tu, mak telah menyerahkan sepasang baju kurung ungu (bukan biru ye macam baju kurung khairil Johari Johar) yang telahpun siap dijahitnya. Bila masa pulak la ada beli kain ni? Rupa-rupanya kain tu adalah pemberian ex-pengasuh Rayyan dan Rania yang kat Selayang tu pada saya tahun lepas. Kain anak dia dapat percuma sebab beli kain banyak2..hehehe.. So, dengan ini jadi la baju raya saya tahun ni ada 2 pasang. Walaupun baju2 ni tidak cantik pada pandangan mata.. (bukan pilihan hati ye tak?) Alhamdulillah.. dapat juga saya berbaju baru tanpa mengeluarkan wang ringgit. Alhamdulillah.. dapat juga saya menahan diri daripada melakukan pembaziran dengan membeli baju baru lagi..

Nak tahu tak berapa bajet baju raya kami sekeluarga tahun ni? Hehehe..kalau cakap tak nak tahu pun saya akan tetap bagitahu jugak. Tak sampai pun RM200. Baju raya Razin 3 pasang RM33, baju raya Rania 5 pasang RM80 dan baju raya Rayyan 2 pasang RM80. Baju raya Rayyan mahal sebab harga jeans yang mahal! anak bujang saya ni dah pandai pilih seluar nak pakai.

Kesimpulannya, walaupun kami tidak berbaju raya cantik.. bajet baju raya pun ciput je.. kami tetap berhari raya jugak..hehehe.. Budak2 yang tak pakai baju melayu dan berbaju kurung pada pagi raya pertama ni jugak tetap menerima duit raya bila bersalaman dengan sanak saudara..hehehe..

Monday, September 19, 2011

Gloomy Sunday

Maaf. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan lagu misteri Gloomy Sunday ye. Entry hari ni nak cerita pasal kemuraman hari ahad kami..huhuhu..

Sepatutnya hari Sabtu malam kami dah berada di Putrajaya. En asben akan lepak2 di rumah pada pagi Ahad sambil jaga 3 orang anak manakala isterinya ini akan ke kelas menuntut ilmu.

Tapi apakan daya.. antibodi dalam badan tak berupaya melawan serangan anasir luar yang menyebabkan kami tak mampu untuk cergas. Sabtu (malam) dan Ahad tempohari kami mengalami simptom2 berikut:

Simptom en asben : Pening kepala, cirit birit
Simptom saya : Pening kepala, perut rasa pusing2, muntah, sakit tekak, suara rock (Wah! nampaknya saya lagi sakit kuat berbanding en asben sebab saya banyak simptom..hehehe.. Memandangkan simptom saya yang cenggini, en asben saspek saya pregnen..huhuhu..siap suruh cek lagi. Adeh! takkanla seawal ini.)

Analisis sebelum kejadian

Kami tak tahu secara spesifik apakah punca kejadian ini. Sempena cuti hari jumaat hari tu kami decide last minit balik kampung saya di tangkak. Sebelum tu memang cadang nak balik sebab sepupu kahwin pada hari sabtu keesokan harinya di muar. Tapi cancel sebab Rayyan tak sihat, cirit-birit dan muntah2 dua tiga hari sebelum hari jumaat. Tapi bila pagi jumaat tu tanya Rayyan sihat ke dia? dia cakap dia dah sihat. Nak balik kampung tak? Dia cakap nak.. so.. berkemas la saya pagi tu untuk pulang ke kampung.

Kami tak terus balik tangkak tapi teruskan perjalanan ke batu pahat untuk menghadiri open house member (member ni bersalin selang 2 hari je dari tarikh saya bersalin. So anaknya merupakan baby yang lahir pada tarikh anniversary saya dan en asben. Teringin nak tengok baby anniversary ni. Kebetulan nama baby ni pun sama dengan nama anak sulung saya, Rayyan). Saya makan Soto, mee bandung, jambu batu dan air sarsi di sini manakala en asben makan speggeti dan minum air sarsi.

Balik dari Batu Pahat, kami singgah di rumah sepupu yang majlis perkahwinannya keesokan hari kat Parit Pinang 1000, Muar. Sampai dalam pukul 6.30 petang. Saya makan nasi dengan kari ayam je kat sini untuk santapan makan malam. En asben pun makan nasi jugak tapi tak perasan berlaukkan apa..ikan kot..(hehehe..nampak sangat tak serve makan suami ek. Tapi en asben saya rockk!! dia tak mengharapkan isterinya serve untuk dia makan). Takdela saya buat keje berat kat sini. Setakat tolong buatkan air teh 2 jug dan potongkan sebuku roti jala kepada 8 bahagian. Lebih la 10 buku dipotong untuk santapan sempena marhaban malam tu. Kami tak tunggu pun majlis selesai, lebih kurang pukul 8.30 malam kami bertolak balik ke tangkak.

Pagi Sabtu, selepas bersarapan bihun goreng buatan mak, kami bertolak ke muar dalam pukul 9 pagi. Masa kami sampai dekat pukul 10 pg tu, masih tak ramai orang lagi, maklumla masih pagi lagi. Majlis akad nikah pukul 10.30 pagi dan bersanding pukul 2 petang. Cuaca agak panas terik gak la ari ni. Apa kami makan kat sini? Minum pagi kami makan roti canai cicah sambal. Juga sedikit ayam golek berserta sosnya. Minum air teh dan sirap. Makan tengah hari pulak saya makan nasi putih dengan ayam golek. En asben makan nasi minyak dengan ayam golek gak kot (tak pasti sebab tak makan bersama). Minuman rasmi, air tebu memang dia minum. Saya minum sikit je..tak berani minum banyak.

Pukul 4.45 petang kot baru kami minta diri untuk pulang ke tangkak. Sampai rumah dah pukul 6 lebih (selepas singgah tepi jalan beli kupang dan singgah The Store beli pampers anak). Masa ni la masing2 dah tak larat. Pening kepala macam nak demam. Hajat nak balik malam tu tak kesampaian sebab driver pun tak larat sama. Selera makan pun hilang terus.

Malam tu saya telan gak la panadol sebijik atas arahan en asben (saya tak suka makan ubat). Pukul 5 pagi bangun muntah tapi yang keluar hanya air yang sangat pahit perisa panadol. Sungguh tidak best. Lega sikit bila dah dapat muntah ni.

Pagi Ahad, mak buat sarapan nasi goreng..langsung kami tak selera nak makan. Nampak ayam golek yang makcik saya bekalkan pun rasa nak muntah. Masa banyak dihabiskan dengan tidur je la. Terpaksa la ponteng kelas walaupun rasa rugi sebab tak datang kelas pertama ni. Nak buat macam mana.. dah tak larat.

Kesimpulan

1. Mungkin perubahan angin secara mendadak dari Putrajaya, Batu Pahat, Muar dan Tangkak dalam satu hari mempengaruhi ketidaksihatan ini. Tak cukup rehat la ni kot.

2. Mungkin faktor memakan ayam golek menyebabkan kami pening kepala. Ye la ayam itu dimasak dengan cara menggolek2kannya di atas api dengan entah berapa puluh kali pusingan sampai masak. Adeh! ayam tu pening, orang yang makan pun pening sama..

3. Hah ini kesimpulan en asben - Tak payah la balik kampung kalau ada majlis perkahwinan macam ni selagi anak masih kecik2 lagi. Huh! kejam betul kesimpulannya..hehe..

Wednesday, August 17, 2011

Metrojaya Sale @ PICC Putrajaya

Tinggal lebih kurang 13 hari je lagi nak raya, kebanyakan ibu bapa sekarang ni tengah sibuk shopping baju raya untuk anak-anak dan juga diri sendiri kan. Lagi la baru dapat bonus bagi yang keje kerajaan ye tak. Tak kurang juga yang dah siap dah persiapannya..tinggal tunggu pengumuman daripada pemegang mohor besar raja-raja je..hihihi. Kami pun macam ibu bapa yang lain gak, persiapan untuk anak menjadi keutamaan. Mak bapak takde baju raya takpe..hehe..asal anak bergaye..hahaha.. boleh?

Petang tadi, pukul 5.30 petang kami bertolak dari rumah untuk ke PICC, Putrajaya untuk melaksanakan misi bershopping. Memandangkan daddy tak ikut jalan jauh, maka kejap je la kami sampai. Hahaha..dekat je dengan rumah. Jalan kaki pun sampai tapi berpeluh gak la ketiak..hihihik. Bershopping di Putrajaya International Convention Centre? Ye..tak salah taip. Metrojaya buat sale kat sini. Bermula hari ni, 17hb hingga 21hb Ogos, Ahad ni. Dari jam 11 pagi hingga 11 malam kot kalau tak silap.

Murah ke? Ehm.. biasala..strategi orang bisnes, ada barang murah ada yang sama je harga dan ada gak yang mahal. Macam-macam ada kat sini. Ada handbag, kasut, baju, baju kurung, baju melayu, cadar, langsir, barang permainan, beg Ben 10, seluar dalam, seluar luar, triumph pun ada.

Kat sini, diorang ada buat happy hour yang mana dalam masa 30 minit yang tertentu diorang buat sale sehingga 80% bagi selected item. Masa saya sampai tadi mereka buat happy hour untuk handbag. So handbag yang terpilih dijual di antara RM42 hingga RM52 satu.

So, bagi memudahkan anda menilai adakah berbaloi untuk ke sini bershopping, maka dengan sukacitanya saya pamerkan apa yang saya beli tadi. Bukan nak menunjuk-nunjuk ye tapi untuk memudahkan anda membuat penilaian dan perbandingan harga. Kang penat datang jauh2 tapi tak seperti diharapkan.

Harga t-hirt ni RM5 sehelai. Buat Rayyan dan Rania. Kainnya lembut dan sejuk, selesa la anak2 nak pakai walaupun murah. Yang merah dan pink tu daddy yang pilih.

Rompers untuk Rania. RM5 je sehelai. Mummy beli 2, 1 lagi nak bagi sepupu Rania..hihihi..kantoi belikan baju murah. Material rompers ni selesa dipakai. Murah mungkin sebab ada comot kat baju tu tapi akan hilang bila dicuci.

Hah ini untuk Rayyan. Harga t-shirt RM14.75 jenama wildzone. Kainnya lembut dan selesa. Manakala seluar pulak RM15 satu juga jenama yang sama.

Dress ni of course la untuk anak dara saya yang sorang tu, Rania. Harga RM23 sehelai. Kain cotton. Bagi Rania pilih antara 2 dress (1 lagi warna kuning), dia pilih yang ini. Siap nak bukak baju yang dia pakai nak pakai terus dress ni..hihihi..nasib baik dengar cakap mummy pakai kat rumah nanti.

Rompers ni untuk Razin. RM9.90 satu. Takde pilihan lain. Saiz 6-12 month kaler ni dengan kaler pink je..yang bercorak untuk saiz yang lebih besar. Kainnya lembut, nipis dan selesa. Sangat sesuai dipakai time cuaca panas. Kesian Razin, tak banyak pilihan baju untuk dia kat sini.

Untuk jaga hati Razin dan upah sebab dia sangat sporting sepanjang bershopping ni, daddy belikan musical toy untuknya. RM26 satu. Mainan untuk Rayyan dan Rania ada gak tapi tak sempat nak snap gambar daddy dah kemas dan tutup lampu..huhuhu..nak soh anak tido. Mainan Rania RM7.95 je, set minum teh (anak pompuan la katakan). Rayyan pulak cicak yang akan berlari bila tarik ekor, RM15.90 satu. Huh! mainan pun termasuk dalam shopping raya ni. Strategi nak bagi anak-anak diam dan leka bermain untuk bagi peluang kat mummy dan daddy memilih-milih apa yang patut dan menyingkir-nyingkir yang tak patut.

Rayyan telah merasmikan baju rayanya. Sehingga saat ini, dia tak mao bukak langsung. T-shirt tu harga RM12 satu. Manakala jeans jenama polo RM38.70 selepas diskaun. Harga asal RM129. Ye ke mahal cenggini harga seluar kanak-kanak ni? macam tak percaya la.

Rania jugak telah merasmikan baju rayanya. T-shirt tu harga RM5 je satu. Manakala seluar tu pulak RM15. Material seluar cotton spandex. Dia sangat suka seluar tu, sampai mummy suruh bukak tak mau bukak. Sekarang ni tido pun dengan seluar tu sekali.

Last but not least, handbag untuk mummy..hihihi..tapi untuk anak2 jugak. Senang nak letak pampers anak2 dan juga nursing cover bila jalan2. Saya pilih handbag yang boleh buat selempang. Senang nak berjalan. Maklumla anak dah 3. Harga handbag ni RM56.97 selepas diskaun 70% daripada harga asal RM189.90. Entah ye entah tak harga asal tu ek. Jenama accessories. Jenama pun tak penah dengar kan. Apa-apa pun, hati dah berkenan, belasah je la. Ada 3 pilihan kaler, hitam, coklat dan putih. Bila tanya daddy, of course la putih pilihan dia. feveret kaler. Jangan kena conteng dengan Rayyan dan Rania sudah!

Tiada baju untuk mummy dan daddy..huhuhu. Ingat nak beli baju kurung kat sini. Sekali harga dia RM99.90 satu. Tu pun dah less 50% daripada harga asal. Mak aii.. mahal giler. Tak biasa la pulak saya ni berbaju mahal-mahal ni. Selama ni saya beli kain ela, mak yang tolong jahitkan. Kos hanya untuk kain ela je. Tu pun rege dalam RM30 hingga RM50 sepasang. Tapi tahun ni mak suruh beli dah siap. Dia tak sempat nak buat, maklumla adik nak kawin raya ke-6 nanti. Huhuhu.. nampaknya terpaksala recycle je baju lama.

Baju melayu pun mahal2 gak harganya kat sini. Beratus2 harganya. Daddy memang tak pernahnya nak beli baju melayu baru bila raya. Sepanjang 4 tahun kami kawin, tak pernah sekalipun dia beli baju melayu baru. Puas pujuk suruh beli supaya kami bleh berdondon-dondon tapi keciwa akhirnya. Buat apa beli untuk pakai sekejap je katanya.
Tahun pertama kawin, kami berdondon2 pakai kaler putih baju akad nikah. Tahun ke-2 kami pakai kaler maroon baju sanding (glamer ai u, pakai baju satin + lace..hahaha.. tahan je la panas), Rayyan pulak baju melayu kaler pink, MIL buatkan. Masa ni Rayyan 4 bulan. Tahun ke-3, Daddy pakai jubah putih abahnya dan mummy pakai uniform memandangkan tengah sarat mengandungkan Rania 9 bulan. Rayyan pulak pakai baju melayu pemberian seorang kawan kami. Tahun ke-4, daddy pakai baju melayu kaler pink (baju melayu ni dibeli masa daddy nak pi kursus kawin dengan mummy. Kat Johor, wajib pakai baju melayu untuk attend kursus kawin masa tu). Mummy dan Rania pakai sedondon baju kurung kaler pink gak. So, sempat gak malam raya tu mummy carikan baju melayu pink untuk Rayyan. Dapatla kami sedondon pink tahun lepas. Tahun ni..macam takde harapan je nak pakai sedondon. Tapi baju kawin kami masih ada sepasang lagi yang belum pakai di pagi raya. Kaler purple. Tapi malangnya tak tahu di mana daddy telah sumbatkan..huhuhu. Kalau jumpa, ada harapan untuk kami berdondon-dondon. Baju Rayyan dan Rania senang je nak cari..harga pun berpatutan.

Eh eh..dari cerita Metrojaya sale dah melalut pulak saya ke cerita sejarah baju raya plak ye. Mintak mahap la ye. Hah! sambung balik. Kat PICC ni ada kemudahan surau untuk bersolat. Toilet pun senang. So memang convenient nak bershopping kat sini tanpa melanggar waktu solat. Hall pun ada untuk melepak-lepak melepaskan lelah dan bersantai. Ada gak buffet Ramadhan kat sini. Harga untuk dewasa RM55 seorang, manakala untuk kanak-kanak RM29 seorang. Bagi saya agak mahal. Bleh beli baju beberapa pasang lagi harganya tu..hehehe.. So kalau nak pegi shopping petang2..bleh la bawak bekal siap2 untuk berbuka. Saya tadi bawak bekal kurma dengan beberapa kotak air kotak. Kami berbuka dalam kete. Berjaya siapkan urusan shopping sebelum berbuka. Sempat la pegi tapau nasi arab kat presint 15 dan solat maghrib di rumah.