Check it out!

Wednesday, September 21, 2011

Cerita Raya 1 : Baju Raya di Hari Raya

Misi melunaskan hutang entry raya! hehehe.. sebagaimana yang dijanjikan.. hari ni saya nak kongsikan sikit cebisan kisah raya kami sekeluarga.

Tahun ni first time kami beraya berlima sekeluarga. MamiRaysha, en Ramadan, Rayyan, Rania dan new member of the house, Razin. Tahun lepas first time kami beraya berempat! Tahun ni dah berlima pulak.. hehehe...

Gambar raya pada hari raya pertama di kampung en asben, Kuantan, Pahang. Cukup jumlah members of the family. Tahun ni ada 2 orang ahli baru dalam keluarga ni. Muhammad Adam Zahdan bin Abdillah yang lahir pada 9.4.2011 dan juga Uzair Razin bin Mohd Sharoramadan yang lahir pada 1.6.2011.

Inilah satu-satunya gambar raya kami sekeluarga. Frust kan? Tu la, saya dah cakap kat en asben jom la ambik gambar family kita pulak selepas sesi bergambar family penuh ni. Tapi dia kata nanti petang. Sekali masing-masing dah penat, takde mood bergambar bagai.. takde la gambar family kecil kami..huhuhu..

Perasan tak yang Rayyan dan Rania tak pakai baju melayu dan baju kurung? Hehehe.. tak jumpa la baju melayu dan baju kurung yang murah-murah. Mahal-mahal belaka. Paling murah pun dah cecah RM40 sepasang. En asben cakap tak payah la beli, pakai sekali je.. jimat! hehehe.. Makanya.. begitulah pakaian mereka dikala rakan-rakan sebaya mereka berbaju melayu dan berbaju kurung sedondon dengan ibu bapa masing-masing. Sob..sob..sedih! Tahun depan saya berazam untuk mensedondonkan (baca pelan-pelan ye perkataan ni) kami sekeluarga. Kalau en asben enggan juga beli baju melayu tahun depan, biar kami beli kain yang sama warna dengan baju melayu yang dia ada..hehehe..

Saya dan en asben pun sebenarnya tak beli baju raya. En asben ni tak tahu la apa punya prinsip memang tak mahu beli baju raya untuk diri sendiri dan juga enggan dibelikan baju raya. Mungkin saya akan buat cabutan bertuah untuk dia tahun depan dengan semua kertas tertulis baju raya..hahahaha.. Konon2 dia telah memenangi hadiah sepasang baju raya..boleh?

Walaupun beliau enggan beli baju raya sendiri tapi beliau suruh saya pilih baju raya untuk diri saya. Tapi kan..mana syok kita sorang melawa kan? Pulak tu.. baju kurung yang dah siap tak jumpa pulak yang murah-murah. Paling murah saya jumpa RM69.90. Hehehe..tak biasa la saya pakai baju mahal-mahal ni. Biasanya beli kain RM30-RM40 sepasang mak tolong jahitkan secara percuma. Tu la hidup dah biasa dengan subsidi! hik3..

Baju raya saya? Belek punya belek baju-baju kurung dalam almari untuk dibawa balik ke kampung sebagai baju raya tetiba terjumpa pulak sepasang baju yang belum pernah dipakai tapi telah siap mak jahitkan suatu ketika dahulu. Kain hadiah semasa perkahwinan pada tahun 2007 yang lalu! Fuhh! 4 tahun sudah usia kain ni..hehehe. Tak pernah pakai sebab tak ade tudung yang sedondon.. pulak tu boleh terlupa pulak kewujudan baju ni..hehehe..

Dalam tak beli baju raya tu..rupa-rupanya saya ada satu lagi baju raya. Masa balik kampung 2 minggu sebelum raya tu, mak telah menyerahkan sepasang baju kurung ungu (bukan biru ye macam baju kurung khairil Johari Johar) yang telahpun siap dijahitnya. Bila masa pulak la ada beli kain ni? Rupa-rupanya kain tu adalah pemberian ex-pengasuh Rayyan dan Rania yang kat Selayang tu pada saya tahun lepas. Kain anak dia dapat percuma sebab beli kain banyak2..hehehe.. So, dengan ini jadi la baju raya saya tahun ni ada 2 pasang. Walaupun baju2 ni tidak cantik pada pandangan mata.. (bukan pilihan hati ye tak?) Alhamdulillah.. dapat juga saya berbaju baru tanpa mengeluarkan wang ringgit. Alhamdulillah.. dapat juga saya menahan diri daripada melakukan pembaziran dengan membeli baju baru lagi..

Nak tahu tak berapa bajet baju raya kami sekeluarga tahun ni? Hehehe..kalau cakap tak nak tahu pun saya akan tetap bagitahu jugak. Tak sampai pun RM200. Baju raya Razin 3 pasang RM33, baju raya Rania 5 pasang RM80 dan baju raya Rayyan 2 pasang RM80. Baju raya Rayyan mahal sebab harga jeans yang mahal! anak bujang saya ni dah pandai pilih seluar nak pakai.

Kesimpulannya, walaupun kami tidak berbaju raya cantik.. bajet baju raya pun ciput je.. kami tetap berhari raya jugak..hehehe.. Budak2 yang tak pakai baju melayu dan berbaju kurung pada pagi raya pertama ni jugak tetap menerima duit raya bila bersalaman dengan sanak saudara..hehehe..