Hari ni dah masuk hari ke-3 saya kembali ke alam pekerjaan. Meninggalkan alam percutian hehehe.. Bermakna dah 3 hari juga penenen Razin telah berpisah dengan nenennya. Oleh yang demikian, terpaksalah EBM menjadi bekal buat Razin sepeninggalan mummy di taska.
Alhamdulillah.. rezeki Razin murah. Allah limpahkan rezeki melalui susu mummy yang banyak sekarang ni. Sejak kembali menjadi seorang pemerah susu tegar bermula 3.6.2011yang lalu, berketul-ketul stok EBM dah berjaya dikumpulkan. Tambahan lagi saya cuti bersalin 3 bulan. Stok sentiasa masuk freezer tapi keluarnya tidak. Hitungan terakhir sebelum balik bercuti raya adalah sebanyak 331 ketul dengan kandungan seketul minimum 5oz. Sepanjang bercuti di kampung, tiada stok yang dibawa pulang memandangkan deep freezer dan freezer dah penuh. Kesian mereka terpaksa ditinggalkan di kampung.
Deep freezer yang dah sarat dengan EBM bulan Jun dan Julai. Maklumla kapasiti deep freezer ni 100 liter je.
Freezer yang dah tak muat. Dipenuhi stok bulan Ogos.
Memang pada mulanya happy dengan koleksi sebanyak ni. Sungguh bermotivasi untuk saya terus menjadi seorang pemerah susu berjaya dan pengumpul stok EBM. Rasa macam cerah je masa depan untuk melengkapkan penyusuan Razin sehingga umur 2 tahun. Puas rasanya tengok hasil perahan yang hanya gunakan tangan ni. Tapi bila dah banyak-banyak stok EBM ni, pening kepala jugak memikirkan macam mana nak uruskannya. Seriously, saya memang takde pengalaman menyimpan stok dalam plastik sebelum ni. Saya hanya guna botol sebagai storage. Berdasarkan pengalaman lepas, memandangkan saya ni bukanlah seorang yang rajin lagi berdisiplin makanya saya memilih plastik sebagai storage memandangkan ianya tak perlu dicuci terlebih dahulu sebelum memerah susu. Kalau dulu, sanggup tak perah susu bila takde botol yang bersih untuk storage EBM. Pemalas la katakan..uhuk uhuk tersedak pulak..macam ada orang mengata pulak..ehehehe..
Memandangkan saya dah bersenang-senang dahulu dengan menggunakan plastik sebagai storage makanya sekarang ni saya rasa terpaksa bersusah-susah la pulak. Katanya tak boleh panaskan susu dalam plastik. Kena masukkan dalam botol dulu baru boleh panaskan. Ye ke? Memandangkan was-was dan tak sempat nak berbuat demikian, makanya belum ada 1 pun stok EBM dalam plastik yang telah saya keluarkan. Sedangkan pada awal2 bersalin dulu, plastikla yang saya gunakan sebagai storage memandangkan belum sempat nak cuci semua botol2 yang ada..saya dah terberanak! hehehe.. (padahal beranak on time tu)
Dah 3 hari berlalu..saya masih kurang yakin untuk membekalkan Razin dengan stok EBM bulan jun yang lalu. Elok lagi ke? Kesian pulak si kecik tu kena minum susu tak fresh. Adeh! dilema.. dilema..
Sudahnya..dah 3 hari ni saya bekalkan Razin dengan stok EBM beku dalam botol yang saya sempat capai kat dalam freezer dan juga 1 botol susu fresh. Takde ikut prinsip FIFO (first in first out) dah. Ini dah ikut prinsip FIFA (nama saya ni..hihihi..ikut dan je la). Tak sempat lagi nak uruskan EBM dalam deep freezer tu. Pening makcik! Deep freezer saya tu pun saya tak pasti berapa suhu dia. Boleh ke susu tahan sampai 6 bulan?
Tu la kan.. kita ni sentiasa diuji. Sebelum ni Allah uji dengan kekurangan susu. Sekarang Allah uji dengan susu yang banyak pulak. Apa pun ujiannya.. semoga saya menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur..
7 comments:
alhamdulillah...banyak susu. murah rezeki anak.
Sronoknye tgk stok!!!! Memang perah guna tangan aje ke??
Raisah,
Alhamdulillah.. Allah murahkan rezeki kami ikut sini.. orang lain mungkin Allah murahkan rezeki ikut lain.. ye tak? Yang pasti Allah itu Maha Pemberi Rezeki..
Mama Syabil dan Rania,
Sama-sama la kita berseronok ye..hehehe.. Yup! saya perah guna tangan je. Guna pam elektrik susu malu nak keluar..huhuhu...
alhamdulillah... murah rezeki.
bila baca n3 nih..sama la mcm yg berlaku dgn saya time berpantang tempohari.
time pantang susu sangat melimpah ruah. bila dah distokkan hati mula x senang sebab rs berat nak beri anak dengan susu yang telah disimpam lebih 2 bulan.
mahu atau tidak perlahan-lahan juga saya gagahkan diri campurkan ebm lama dgn ebm fresh yg diperah sehari sebelum.
utk tidak membuat hati gundah gulana makanyer stok ebm saya x kumpul banyak2 dah. kumpul sikit2 cukup sebulan guna.
susah betul nak pujuk hati beri ebm yg disimpan lama pada anak walau pun tahu ebm stok lama tu tetap berpuluh kali ganda lebih baik dr fm. huhuhuhuhu....
I-sya,
Tu la kan..hati seorang ibu.. nak yang terbaik buat anaknya!
Bukan niat saya nak buat stok lebih awal. Tapi saya terpaksa juga memerah sebab anak saya hanya menyusu kat sebelah aje. Yang sebelah saya terpaksa perah untuk mengelakkan saya demam susu..hehehe.. Semua stok yang terpapar itulah hasil perahan dari nenen yang anak saya reject!
mamiraysha,
saya still rasa kita perlu perah susu tu kalau tak, susu kan akan merudum.... so, takpe la stok2 tu kurang digunakan janji production (mcm kilang, kan? :)) still ok.... :)
Post a Comment