Check it out!
Thursday, September 29, 2011
Penawar batuk untuk bayi
Siksa sungguh la kalau dapat batuk ni. Rasa macam nak pecah kepala bila batuk. Nasib baik la bukan tengah pregnen. Kalau tak, mahu terbabas air dari empangan..hehehe. Nasib baik la seminggu je saya dapat penyakit ni. Tu pun dah rasa dah azabnya. Ketika itu, baru la rasa, alangkah nikmatnya sihat itu!
Dalam gembira saya dah sembuh daripada batuk ni, si kecik Razin pulak dapat batuk. Nampaknya susu mummy belum sempat membuat antibodi melawan batuk untuk Razin. Kesian sungguh Razin. Terpaksa bertarung dengan batuk dalam usia sekecil itu.
Tak tahu nak bagi Razin ubat apa. Memang kalau boleh saya tak nak bagi Razin ubat batuk dari klinik. Risau pulak tak bagus untuk dia. Sudahnya, saya hanya menyapu vicks vaporub untuk baby kat dada, belakang dan lehernya.
Saya telefon mak saya semalam untuk bertanyakan petua untuk mengubati batuk untuk baby. Mak saya cakap, sapukan madu lebah pada leher dan dadanya. Yang ni saya belum buat lagi. Macam meragui keberkesanannya pulak..hehehe.. Kalau makan saya percaya, madu memang boleh mengubati batuk. Macam yang saya buat untuk diri saya dan juga Rayyan dan Rania. Baby bawah umur setahun tak boleh bagi madu..sebab madu tu ada mengandungi bakteria apa ntah..
Hasil 'google'an saya, saya jumpa petua untuk mengubati batuk kat sini. Rasa-rasanya sesuai tak untuk ubati batuk baby?
1. Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
2. Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.
3. Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.
4. Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.
Selain tu, saya jumpa jugak satu petua untuk hilangkan batuk baby kat sini.
Bahan-bahan:
1. Bunga belimbing buluh
2. Gula batu
3. Air
Masukkan bunga belimbing, gula batu dan sedikit air ke dalam bekas kecil. Kemudian, letakkan bekas ini di dalam periuk nasi yang telah ditanak. Biarkan seketika. Berikan bayi anda minum air tadi. Insyallah lega batuknya.
Ehm..manalah saya nak cari bunga belimbing buluh ni? Kepada kawan-kawan yang ada petua lain untuk mengubati batuk baby..meh la kongsi dengan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
saya ada satu petua yang setakat ni alhamdulillah berkesan masa saya buat untuk baby saya. sapu vicks tu kat tapak kaki baby, pakaikan stokin. insyaAllah batuknya hilang. signifikan nya tak tahu lah mcm mana...tp berkesan. try ye...
makasih kak atas petua ni..boleh saya try nanti
Raisah..
Thanks ye share petua ni. Petua yang tak banyak bahan diperlukan..hehehe.. Insyaallah..nak try gak ni..
adanaberkat..
Jom kita try..hehehe..
Dah try...kurang batuknya
AnonymousSeptember 18, 2012 2:52 PM
maaf,saudara@saudari amalkan petua yang mana satu?
saya ada try bg madu khaula unt baby saya baru 5bln..dia batuk kahak dan xdpt tido selama seminggu lbh..dh bg ubat n dh wat neb tp maseh blm baik sepenuhnye..saya bg madu khaula hujung sudu campur dgn air suam pg dan mlm..Alhamdulillah dgn izin Nya batuk kahak semakin kurang dan baby saya bole tido lena tanpa gangguan batuk kahak.. mmg ada yg kata madu tidak bole di beri unt baby bwh setahun tp iAllah niat dan selawat Allah akan makbulkan doa kita..madu itu penyembuh bkn menambah kan penyakit..yg pnth niat kita unt bg anak kita sihat dan cpt sembuh..amalkan selalu..
anak sy minum madu umo 2hari.campo dgn zam2 sbb susu ibu keluar lambat.madu bagus untuk perut sbb ada hadis yg menceritakan ttg sahabat disuruh minum madu bila sakit perut.. kdg2 propaganda jer makanan sunnah ni tak baik. mcm kopi lah,Rasulullah minum kopi tp dikatakan kopi ni segala mcam yg tak bagus.. last2 yahudi yg minum sbb tahu khasiatnya.
Great blog I enjooyed reading
Post a Comment