Check it out!

Showing posts with label Tiada kategori. Show all posts
Showing posts with label Tiada kategori. Show all posts

Friday, March 17, 2017

I'm back!

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera..


Wah....terlalu lama tak update blog...
Bulan bertukar bulan...
Tahun dah bertukar tahun...

Tak berhajat nak menulis panjang..
sekadar nak maklumkan..
tuan tanah masih wujud di alam fana ini..
Di alam maya je...kejap ada kejap tak ada...

In shaa Allah... ada masa sambung menulis lagi..
Terlalu rindu nak menulis..
Terlalu banyak nak tulis...

Ok bai..

Friday, October 7, 2011

Big 30


Aci tak nak ucap kat diri sendiri hepi birthday? hehehe..

I'm turned to 30 ari ni. Dah masuk group 30-an dah saya. Melangkah ke fasa matang (sepatutnya). Kat opis dulu dulu kita panggil orang akak akak.. la ni orang panggil kita akak la pulak.. maknanya? Dah kurang la kemudaannya itu..hehehe..

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara di muka bumi ini sehingga 30 tahun. Semoga Allah mengizinkan lagi saya untuk menghirup udaranya.. dengan kesihatan yang baik.. dengan rezeki yang murah.. di samping suami dan anak-anak dan semua yang saya sayang..

Meningkatnya umur ni, bermakna kurangla usia saya di muka bumi ni. Maknanya lebih dekatla dengan kematian..kan? Walaupun tahu mati itu pasti.. tapi takut pulak memikirkannya. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam ketaatan kepada-Nya dan mengizinkan saya membesar dan mendidik anak-anak saya dengan sempurna.

Alhamdulillah.. pada usia 30 tahun ni, Allah mengizinkan saya mencapai semua ini:

1. Melayari bahtera rumahtangga bersama nakhoda bernama Mohd Sharoramadan yang sangat memahami dan melengkapi kekurangan diri ini.
2. Merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan permata hati Umar Rayyan, Aisya Rania dan Uzair Razin.
3. Mempunyai kerjaya tetap dan stabil sebagai sumber rezeki (insya-Allah).
4. Masih mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua untuk ditaburkan bakti walaupun tak mungkin dapat membalas segala bakti yang mereka telah taburkan.
5. Mempunyai kereta untuk dinaiki walaupun dah 7 tahun usianya (setia kan saya?). Biarpun tak secanggih mana..tapi banyak berjasa.
6. Mempunyai sebuah rumah walaupun hanya setengah unit apartment low-medium cost (setengah unit lagi nama en asben :-) walaupun ansuran dia sorang yang bayar).
7. Mempunyai 8 tahun pengalaman kerja dengan 6 pejabat yang telah diteroka pengalamannya.
8. Menjadi mak long kepada Nur Najla Yusra, Nur Iman Yusra dan Muhammad Adam Zahdan.
9. Mempunyai buku akaun Tabung Haji, Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam, CIMB bank dan ASB walaupun dalamnya ada beberapa ringgit aje..hehehe..
10. Mempunyai blog bernama www.mamiraysha.blogspot.com sebagai wadah untuk perkongsian ilmu dan cerita dan akaun facebook bernama Iffah Afifah yang begitu jarang dibuka..hehehe..
11. Anugerah paling berharga : Kesihatan yang baik, akal yang waras, nikmat iman dan Islam, hati yang tenang.

Impian yang belum dicapai dan harap-harap dapat dicapai pada usia ini:

1. Memiliki segulung ijazah yang dah 4 tahun setengah dok gulung sikit-sikit..belum tergulung habis lagi..hehehe.. (hopefully dapat grad awal tahun depan. Tinggal 3 paper je lagi ni..)
2. Memiliki sebuah mesin jahit untuk menjahit baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Opps sebelum tu nak kena pandai membuat baju dulu..hehehe..
3. Memiliki sebuah oven elektrik untuk membakar kek dan biskut untuk santapan suami dan anak-anak. Dah ada..baru semangat nak belajar buat kek ye tak? hehehe.. (en asben cakap..kena pandai dan rajin dulu baru beli. Kalau setakat nak buat kek setahun sekali baik tak payah beli oven)
4. Memiliki kerajinan dan kekuatan untuk menguruskan rumah tangga..hehehe.. kantoi! macam tak berapa rajin la pulak ayat tersiratnya ye!
5. Menang peraduan apa-apa aje yang menawarkan hadiah lumayan! hahahaha..kayo makcik! boleh beli perkara 2 dan 3 di atas! dan juga melangsaikan hutang piutang.. Boleh jugak buat GA kat blog ni. Korang juga yang bertuah nanti! hehehe.. baik korang doakan impian makcik ni! ekekeke...
6. Tidak mengandung lagi pada umur ni.. kalau tak..punah lagi impian 2 tahun fully breastfeed Razin..hehehe..
7. Memiliki seutas jam tangan yang cantik supaya lebih menepati masa dan dapat melakukan tugas dan kerja rumah dengan pantas ..hehehe.. bunyi macam nak bagi hint kat seseorang je kan? ekekekeke..
8. Dapat sesuatu yang menggembirakan semasa PM bentangkan bajet 2012 nanti..hehehe..

Itu je kot wish list sempena birthday saya hari ni.

Sebelum mengundur diri.. terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah wish birthday kat saya hari ni setakat waktu ini:

1. En asben (wish pukul 5.30 pagi - saya cakap lambat! dia kata, biar lambat bukan tak wish langsung macam orang tu! huhuhu..nampaknya sampai tahun depan la dia ungkit yang saya tak wish birthday dia!)
2. Pn Ujie - adik ke-2 saya (wish pukul 6.47 pagi)
3. Pn Julie - BFF saya (wish pukul 9.40 pagi)
4. Pn Bidah - adik ke-5 saya (wish pukul 10.39 pagi)
5. En Abah - abah saya la (wish pukul 12.03 tengah hari - abah memang sentiasa ingat semua birthday kesembilan-sembilan anaknya)
6. Kak Ros - satu-satunya ofis mate saya; kami berdua je satu opis (wish pukul 12.15 tengah hari setelah saya cite yang abah saya telefon wish birthday - dia lupa yang ari ni birthday saya padahal saya dah war-warkan sejak minggu lepas..ekekeke..)
7. Semua kawan-kawan yang wish kat FB saya.. Fuhh! jenuh nak tulis satu-satu..

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Moga doa yang baik kembali kepada orang yang mendoakan jua..

Wednesday, September 7, 2011

Kembali!

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat tetamu-tetamu sekalian. Dah lama dah tuan rumah tak jengah blog ni, apa lagi nak update. Terlalu sibuk gamaknya kan.. Hari ni baru la sempat sikit nak buangkan sawang-sawang kat rumah ni..hehe..

Terlebih dulu, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua yang sedang menziarahi teratak saya sekarang ni. Maaf zahir dan batin ye. Mana la tahu ada yang terkecik ati sebab tak respon komen ke, ada yang terguris perasaan sebab kata-kata yang tak menyenangkan ke, ada yang bengang sebab jarang update blog ke.. hehe.. tapi percayalah..bukan niat dihati nak mengecikkan hati, mengguriskan perasaan dan membengangkan korang..

Jengah kat mana-mana blog pun sekarang ni tengah hangat cerita pasal pengalaman hari raya kan. Upload gambar raya. Upload duit raya. Mood raya masih membara la katakan. Saya pun teringin gak nak bercerita pasal hari raya. Tapi bukan hari ni la. Masih lagi belum punya waktu lapang untuk buat karangan panjang2. Maklumla baru masuk hari ke-2 saya kembali bertugas hari ni setelah bercuti terlalu panjang. Cuti bersalin 3 bulan + cuti umum perayaan dan hari kebangsaan + cuti rehat untuk beraya..hehehe.. Cuti bersalin ngam-ngam berakhir pada 29.8.11, sehari sebelum raya. Nasib baik keesokannya hari raya, boleh la sambung cuti lagi. Pastu apply cuti rehat hari jumaat dan isnin. Walaupun dah bercuti lama.. letih tak hilang lagi ni. Maklumla ditambah dengan majlis perkahwinan adik pulak hari ahad lepas. Letih! Rasa nak bercuti je lagi. Nasib baik la sedar diri yang dah lama meninggalkan kerja ni. Ehm.. mood kerja belum kembali! Mood cuti masih menghantui..huhuhu.. Ni yang payahnya dah cuti lama ni.. enjin dah sejuk..tak panas lagi!

Bila saya dah kembali bertugas, makanya trio saya, Rayyan, Rania dan Razin pun turut kembali ke taska! Lama sangat bertemankan teacher mummy kat rumah.. apa lagi.. menangis-nangis la si Rayyan dan Rania ditinggalkan dengan teacher2 di taska semalam dan juga tadi. Razin sorang je yang tersenyum-senyum, ketawa2 ditinggalkan kat sana. Razin sorang je yang rockkk!! hehehe..

Okeh la. Cadangnya tak nak buat karangan panjang2 tadi. Dah terlajak pulak ni. Tuan rumah patut undur diri dulu. Jumpa lagi dilain waktu! Sebelum tu.. jemputla makan kuih raya dulu! :-)

Kuih raya ehsan dari jiran tetangga.

Monday, May 16, 2011

Entry Istimewa Hari Guru

Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru/ pensyarah/ ustaz/ ustazah/ cikgu/ cikgu memasak / cikgu memandu dan yang seumpama dengannya.. Betapa mulianya profesion ni sehingga ada hari khas untuk meraikannya..kan?

Masa kecik2 dulu..cita2 saya nak jadi guru. Sejak darjah 1 sampailah tingkatan 3..cita-cita ni masih kekal. Bila cikgu tanya je cita-cita nak jadi apa..inilah jawapannya. Kat buku autograph member2 bila tulis biodata..cita-cita guru ni memang tak lupa tulis..hihihi.. mungkin sebab ramai pakcik makcik saya yang jadi guru..macam best je jadi guru ni. Hobi masa kecik pun suka main cikgu-cikgu. Selalunya belakang pintu jadi papan hitam. Sanggup beli kapur tulis kat kedai dengan harga 10 sen sebatang untuk mengajar. Saya jadi cikgu, adik-adik dan kawan2nya jadi anak murid. Kadang2 tu..hanya kertas yang dicabut dari tengah2 buku latihan dan ditampal pada tong getah mak member jadi papan hitam kami. Ini kalau main cikgu2 kat rumah member la. Mak dia marah kalau jadikan belakang pintu rumah sebagai papan hitam. Mak saya tak kisah..hihihi..

Tapi bila dah masuk tingkatan 4, tiba2 plak bleh bertukar cita-cita. Masa ni ditakdirkan ditempatkan di kelas pertama dalam sekolah. So, bila cikgu tanya sorang2..kebanyakannya jawab nak jadi doktor, engineer, akauntan, arkitek dan sebagainya.. takde sorang yang cakap nak jadi guru. So, bila tiba turn saya ditanya, macam segan plak nak cakap cita-cita nak jadi guru..terus tukar nak jadi akauntan macam beberapa orang kawan yang lain..hihihi..macam la kerjaya guru tu takde class..macam la bagus sangat kerja sebagai akauntan tu..huhuhu.. Ala..pikiran budak2..hihihi..

Sekarang ni.. tak tercapai pun cita2 nak jadi akauntan tu. Mana nak jadi..lepas SPM ambik diploma pengurusan hartanah. Mungkin sebab cita2 tu tak ikhlas datang dari dalam diri kot. Tapi yang penting..setiap yang Allah tentukan..ada hikmah disebaliknya kan?

Sempena hari guru ni, saya nak buat ucapan skit..hihihi.. konon-konon ucapan ni didengari oleh mereka yang ditujukan ucapan ni la ye..

Terima kasih tidak terhingga buat cikgu2 yang telah mendidik saya di Sekolah Kebangsaan Lelaki Bandar Tangkak dari darjah 1 hingga darjah 6 (tahun 1988 hingga 1993). Opss! nama sekolah ni je sekolah lelaki tapi studentnya campur lelaki pompuan ye. Zaman abah saya belajar dulu memang sekolah ni khusus untuk murid lelaki sahaja. Tapi zaman saya..dah campur dah. Sekolah turun temurun ni..hihihi.. dari abahnya sampai la kepada 9 orang anak2nya.. cucu2nya? ntahla..macam tidak je.. Tapi sekarang nama sekolah dah bertukar menjadi Sek. Keb. Seri Tangkak.. nama lelaki dan bandar telah digugurkan.

Seterusnya, terima kasih kepada cikgu2 kat Sek. Men. Keb. Tun Mamat Tangkak yang telah mendidik diri ini sejak tingkatan 1 sampai la tingkatan 5 dari tahun 1994 hingga tahun 1998. Sungguh setia pelajar ini kan? hihihi.. Tanpa jasa kalian mungkin diri ini tidak berada di kerusi sekarang ni..

Terima kasih juga buat ustaz dan ustazah di Sekolah Agama Bandar Tangkak yang mencurahkan ilmu agama sebagai bekalan meniti kehidupan serba mencabar ini sejak darjah 1 sehingga darjah khas dari tahun 1990 hingga 1996. Walaupun masa belajar dulu sekolah agama selalu dikesampingkan..tapi sampai sekarang ilmu yang diajar masih melekat.. mungkin sebab keikhlasan kalian..

Terima kasih juga buat pensyarah2 di Jabatan Pengurusan Hartanah, UiTM Shah Alam dan juga pensyarah2 di Jabatan Pengurusan Harta Tanah, UTM yang mencurahkan ilmu sehingga melayakkan diri ini berada seperti sekarang ini. Berjaya juga saya keluar daripada lingkungan perguruan yang dah sebati dengan keluarga besar saya. Cukuplah 8 orang pakcik makcik saya memilih profesion guru ni. Bagi cerita lain plak bila berkumpul.

Tak lupa juga buat cikgu memandu yang mencurahkan ilmu pemanduan kepada pemandu berhemah ini :-) dan juga semua cikgu-cikgu tak rasmi yang telah mencurahkan sedikit sebanyak ilmu kepada diri ini.

Terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini.. menuntut ilmumu daripada semua guru2 ini.. Rahmatilah mereka dan pimpinlah mereka agar mereka tetap berada di jalanmu..amin!