Check it out!

Friday, October 7, 2011

Big 30


Aci tak nak ucap kat diri sendiri hepi birthday? hehehe..

I'm turned to 30 ari ni. Dah masuk group 30-an dah saya. Melangkah ke fasa matang (sepatutnya). Kat opis dulu dulu kita panggil orang akak akak.. la ni orang panggil kita akak la pulak.. maknanya? Dah kurang la kemudaannya itu..hehehe..

Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan saya untuk menghirup udara di muka bumi ini sehingga 30 tahun. Semoga Allah mengizinkan lagi saya untuk menghirup udaranya.. dengan kesihatan yang baik.. dengan rezeki yang murah.. di samping suami dan anak-anak dan semua yang saya sayang..

Meningkatnya umur ni, bermakna kurangla usia saya di muka bumi ni. Maknanya lebih dekatla dengan kematian..kan? Walaupun tahu mati itu pasti.. tapi takut pulak memikirkannya. Semoga Allah panjangkan umur saya dalam ketaatan kepada-Nya dan mengizinkan saya membesar dan mendidik anak-anak saya dengan sempurna.

Alhamdulillah.. pada usia 30 tahun ni, Allah mengizinkan saya mencapai semua ini:

1. Melayari bahtera rumahtangga bersama nakhoda bernama Mohd Sharoramadan yang sangat memahami dan melengkapi kekurangan diri ini.
2. Merasai nikmat mengandung, melahirkan, menyusukan, dan membesarkan permata hati Umar Rayyan, Aisya Rania dan Uzair Razin.
3. Mempunyai kerjaya tetap dan stabil sebagai sumber rezeki (insya-Allah).
4. Masih mempunyai ibu bapa dan ibu bapa mertua untuk ditaburkan bakti walaupun tak mungkin dapat membalas segala bakti yang mereka telah taburkan.
5. Mempunyai kereta untuk dinaiki walaupun dah 7 tahun usianya (setia kan saya?). Biarpun tak secanggih mana..tapi banyak berjasa.
6. Mempunyai sebuah rumah walaupun hanya setengah unit apartment low-medium cost (setengah unit lagi nama en asben :-) walaupun ansuran dia sorang yang bayar).
7. Mempunyai 8 tahun pengalaman kerja dengan 6 pejabat yang telah diteroka pengalamannya.
8. Menjadi mak long kepada Nur Najla Yusra, Nur Iman Yusra dan Muhammad Adam Zahdan.
9. Mempunyai buku akaun Tabung Haji, Bank Rakyat, Maybank, Bank Islam, CIMB bank dan ASB walaupun dalamnya ada beberapa ringgit aje..hehehe..
10. Mempunyai blog bernama www.mamiraysha.blogspot.com sebagai wadah untuk perkongsian ilmu dan cerita dan akaun facebook bernama Iffah Afifah yang begitu jarang dibuka..hehehe..
11. Anugerah paling berharga : Kesihatan yang baik, akal yang waras, nikmat iman dan Islam, hati yang tenang.

Impian yang belum dicapai dan harap-harap dapat dicapai pada usia ini:

1. Memiliki segulung ijazah yang dah 4 tahun setengah dok gulung sikit-sikit..belum tergulung habis lagi..hehehe.. (hopefully dapat grad awal tahun depan. Tinggal 3 paper je lagi ni..)
2. Memiliki sebuah mesin jahit untuk menjahit baju suami, anak-anak dan diri sendiri. Opps sebelum tu nak kena pandai membuat baju dulu..hehehe..
3. Memiliki sebuah oven elektrik untuk membakar kek dan biskut untuk santapan suami dan anak-anak. Dah ada..baru semangat nak belajar buat kek ye tak? hehehe.. (en asben cakap..kena pandai dan rajin dulu baru beli. Kalau setakat nak buat kek setahun sekali baik tak payah beli oven)
4. Memiliki kerajinan dan kekuatan untuk menguruskan rumah tangga..hehehe.. kantoi! macam tak berapa rajin la pulak ayat tersiratnya ye!
5. Menang peraduan apa-apa aje yang menawarkan hadiah lumayan! hahahaha..kayo makcik! boleh beli perkara 2 dan 3 di atas! dan juga melangsaikan hutang piutang.. Boleh jugak buat GA kat blog ni. Korang juga yang bertuah nanti! hehehe.. baik korang doakan impian makcik ni! ekekeke...
6. Tidak mengandung lagi pada umur ni.. kalau tak..punah lagi impian 2 tahun fully breastfeed Razin..hehehe..
7. Memiliki seutas jam tangan yang cantik supaya lebih menepati masa dan dapat melakukan tugas dan kerja rumah dengan pantas ..hehehe.. bunyi macam nak bagi hint kat seseorang je kan? ekekekeke..
8. Dapat sesuatu yang menggembirakan semasa PM bentangkan bajet 2012 nanti..hehehe..

Itu je kot wish list sempena birthday saya hari ni.

Sebelum mengundur diri.. terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang telah wish birthday kat saya hari ni setakat waktu ini:

1. En asben (wish pukul 5.30 pagi - saya cakap lambat! dia kata, biar lambat bukan tak wish langsung macam orang tu! huhuhu..nampaknya sampai tahun depan la dia ungkit yang saya tak wish birthday dia!)
2. Pn Ujie - adik ke-2 saya (wish pukul 6.47 pagi)
3. Pn Julie - BFF saya (wish pukul 9.40 pagi)
4. Pn Bidah - adik ke-5 saya (wish pukul 10.39 pagi)
5. En Abah - abah saya la (wish pukul 12.03 tengah hari - abah memang sentiasa ingat semua birthday kesembilan-sembilan anaknya)
6. Kak Ros - satu-satunya ofis mate saya; kami berdua je satu opis (wish pukul 12.15 tengah hari setelah saya cite yang abah saya telefon wish birthday - dia lupa yang ari ni birthday saya padahal saya dah war-warkan sejak minggu lepas..ekekeke..)
7. Semua kawan-kawan yang wish kat FB saya.. Fuhh! jenuh nak tulis satu-satu..

Terima kasih atas ucapan dan doa kalian. Moga doa yang baik kembali kepada orang yang mendoakan jua..

3 comments:

Unknown said...

happy birthday!! umur je 30 tu, tp hati masih lg kena muda..forever young gitu..hopefully semua impian akan terlaksana..amin

Mama Syabil and Rania said...

welcome to the 3.0 series... :)

mamiraysha said...

Thanks Lydzar dan Mama Syabil dan Rania.. 30 itu sekadar angka.. yang penting hati kena selalu muda..hehe..