Check it out!

Wednesday, October 19, 2011

Nak dibuang sayang.. Nak disimpan space kurang..

Eh eh mamiraysha berblogging malam-malam la! ngigau ke hape ni? Biasanya time ni dah lama belayar ke alam lain dah ni. Tapi apsal malam ni rajin plak ni?

Saje nak release tension di kala ini. Menghilangkan kebas2 tangan yang kesejukan. Baru balik London! hehehe.. Baru selongkar freezer dan deep freezer!

Risau plak dah nak masuk bulan 11 ni. Dalam freezer stok EBM bulan 8 belum terusik langsung. Dah nak 3 bulan dah usia EBM dalam freezer tu. Haruslah dipindahkan ke dalam deep freezer segera untuk memanjangkan tempoh hayatnya.

Tapi macam mana? deep freezer penuh lagi. Stok bulan 6 pun ada lagi. Dah lama dah saya dok berkira-kira.. nak buang ke tak stok EBM yang lama2 tu untuk bagi laluan kat stok baru masuk pulak. Sayangnya!!! Sedih rasanya nak buang perahan berharga tu. Rasa macam membuang rezeki pulak. Tapi kalau saya tak buang, hasil perahan baru takde pulak tempat nak simpan. Nak beli deep freezer baru? Adeh! tak mampu la pulak saya.

Lama dok fikir nak buang ke tak nak.. nak buang ke tak nak.. masa makin lama makin berlalu. Hari ni saya nekad! Sesuatu harus dilakukan untuk menyelamat susu fresh yang dah 2 hari tersadai kat ruang bawah freezer.

Bungkusan ke-2 terpaksa dibuang. Stok EBM 10.6.11 hingga 14.6.11 sebanyak lebih kurang 20 ketul. Sabtu hari tu saya nekad buang stok 3.6.11 hingga 9.6.11. Ntah berapa ketul ntah saya tak perasan pulak. Yang ni lagi sedih. Ada antara stok tersebut yang kekuningan mengandungi kolostrum. Macamanala saya bleh terlepas pandang stok tu.

Lepas buang 1 bungkusan ni, legalah sikit deep freezer tu. Saya transfer sikit stok bulan 8 masuk dalam deep freezer. Tapi tak semua sebab ruang masih tak mencukupi. Nampaknya perlu ada pengorbanan lagi.



Setelah aktiviti penghijrahan dilakukan, ada la ruang sikit kat dalam freezer ni. Tapi tak kemas langsung! Gara-gara stok EBM dalam plastik yang telah lari diriannya. So ada di antaranya yang tak bleh nak berdiri tegak. Nasihat ikhlas kepada kawan2 yang nak buat stok EBM, buatlah stok dalam botol kalau berkemampuan. Saya guna plastik sebab tak berapa mampu nak beli botol banyak2..hehehe. Mampu untuk mempunyai 130 botol je setakat ni. Kalau ada rezeki terlebih nanti memang nak beli botol je. Sejuk sikit mata memandang bila kemas tersusun kan?

Seriously, motivasi saya sekarang sangat rendah untuk membuat stok EBM akibat lambakan stok dan ketiadaan ruang penyimpanan. Dah tak terurus dah stok2 ni. Prinsip FIFO - first in first out tu ntah ke mana dah. Mana sempat la saya capai. Jenuh nak kena korek ke dalam deep freezer tu. Dah namanya pun deep kan..hehehe..

Bukan salah susu yang banyak! Tapi salah saya yang malas mengurus!
Perlukah saya kurangkan lagi stok EBM yang ada ini agar mudah diuruskan?

6 comments:

Raisah @ echah said...

sayangnya kan? tapi nak buat macam mana...lama2 expired juga susu2 tu. saya pun dah stat buang2 susu stok lama yg dah 3 bulan...sedih tak tahu nak kata dengan ape.sebab memerah tu tak semudah membancuh.lagi susu awal2 hari tu ada kolostrum kan. hmmm ni la dilema ibu

sisanizu said...

kasihannya..sy paham sbb sy dulu pun suka buang2 stok sbb tak cukup space. sbb tu ada anak susuan lain. Nk tanyalah,,deep freezer akak ni yg baper litre? 100L ke berapa? sy plan nk beli utk 2nd baby ni..igt nk besar sikit..tp tak tahu patut berapa besar..hu hu tanak kejadian pembaziran berlaku lagi..

mamiraysha said...

Raisah,

Betul tu. Sayang nak buang sebab kita tahu betapa berharganya susu tu. Tumpah sikit pun rasa sayang inikan pulak nak buang banyak2. Lagi pulak penah rasa macamana kehabisan stok masa 2 anak yang lepas. Memang dilema tapi nak wat camne..nak sesuatu kena korban sesuatu.

mamiraysha said...

sisanizu,

Deep freezer akak ni 100L je. Kalau rasa nak buat stok banyak dan ada rezeki lebih, elok beli yang lebih besar. Bukan stok susu je bleh masuk, stok nugget, aiskrim, ais dan sebagainya pun bleh masuk sama. Kalau nak senang manage, elok beli deep freezer yang jenis drawer. Kemas pun kemas, nak susun dan ambil stok EBM pun senang.

sisanizu said...

oh..sy memang pernah timbang2kan nk beli yg drawer atau yg jenis camni..tp rasenye yg jenis tong camni cam lebih best je ..he he..yg drawer tu mcm rugi space sbb berdrawer..:> entahlah..plan nk beli dlm bulan dec @ jan 2012 nnt utk second baby..seblum ni sy pun terbiase buat stock clearance gak..terpksa..nk simpan susu baru kene buang yg lama..atau mamiraisya boleh cari anak susuan utk bg..mcm sy penah wat, hehe..^_*

YanD'Touch said...

As Salam mamiraisya...
agak betol kata sisanizu tu...
jadi ibu susuan utk baby boy saya yg b'usia 5bulan lebih boleh x?sy pon sgt sedih&terharu tgk susu EBM awak banyak giler d'buang..sbb sy mmg jenis kurang susu sbb tu rs Ya Allah byknyer susu dia..sygnyer terpaksa buang...lau dpt airmata & kesedihan mamirania diganti dgn bersedekah dpt jgk pahala n anak susuan : )
mgkn agak open nk bertanya perkara personal mcm ni kat sni...
jika sudi kiranya mamiraisya add saya:

YM: yanti_wawa@yahoo.com.my
atau FB "Haryanti Husin"

Terima Kasih