Check it out!

Friday, June 20, 2014

Conteng Dinding : The Art From The Heart

The art from the heart la sangat! huhuhuhu..
Siapa ada kecik kat rumah, fenomena dinding penuh panorama yang menyakitkan mata mesti ada kan? 

Peringkat awal, memang wajib kena marah la diorang ni..
Tapi lama-lama dah tak kuasa nak marah dah..
Tup-tup ada lagi je yang bertambah.
Tak kuasa dah nak marah.

Lantaklah anak..
Rangsanglah kreativiti kalian..
Dalam rumah takpe jangan conteng dinding kat tempat lain sudah!

Belilah buku banyak mana pun.. dinding jugak dia tuju.
Tampal la kertas majung kat dinding sekalipun.. ehh dia nak juga terlebih dari garisan sempadan kertas tu..huhuhu..
Cuma cat dinding dengan cat yang boleh padam tu yang tak beli lagi.

Mari kita lihat hasil kerja bebudak kreatif ni conteng dinding.
Sila pilih contengan mana paling kreatif.
Biar gambar-gambar ni jadi bukti masa diorang jadi mak ayah nanti.
Tak leh la nak marah anak-anak diorang conteng dinding nanti..
penyakit keturunan da.. hehehe..

Sejak umur belum setahun dah buat keje ni.. inikan pulak dah umur dekat 5 tahun.. Hampir  5 thn pengalaman tu..hehe

Mural in the house
Rayyan kata ni gambar Doraemon
Wah.. pandainya anak mummy mengira!

Dah macam papan hitam dah..

Aik? nama mummy pun ada? Tapi bukan mummy yang buat ye..

Antara mama, buku dan baca.. nak start yang mana dulu?
Game ni pun ada?

Nampak macam handphone. Mummy tanya, "Rayyan, ni apa?" " Air kotak " Jawabnya

Semua makhluk dilukis dengan senyuman.. Maknanya.. ia dilukis oleh hati pelukis yang gembira kan?

Cantik jugak model ni bila tengok banyak kali..hehe..

Ukir nama di dinding.. tanda sayang abang pada adik?

Manisnya senyuman makhluk ni..

Makhluk ni nampak kurang gembira.. mungkin baru lepas kena marah kot?

Panorama indah (la sangat..)

Macam mana? Boleh imagine tak macam mana meriahnya rumah saya?
Ada yang berminat nak buat mural kat rumah tak? 
Contact i ye..hehe..
Biar adik-beradik 3R ni kerjakan! Muahahahaha..

10 comments:

Raisah @ echah said...

comelnyer.....pandai diorang lukis. tapi kat dinding tu yang terlebih kretip tu...lap peluh lap dinding

❤Kamsiah❤ said...

nak raya nanti..kena cat lain la nampaknya..:)

❤Kamsiah❤ said...

singgah..follow & menabung kat sini..salam kenal tuan rumah

Muhammad Khudri said...

memang creative nie....

Puan Jiha said...

wah cantik betul ni....kreatif hehehehe

yana yani said...

hehe...kreatif sungguh tu =)

Anonymous said...

Cantek hasil kreative anak puan ye. mcam mami dia.. sama sgt. xtertuah kari ke nasi gituu

Norazlina Mummy said...

heehee..

Jemput singgah blog saya =)

http://mummynabeela.blogspot.com/

aishah nin said...

teringat masa saya kecik conteng dinding rumah... kena marah dengan mak sambil lari sekelililing rumah...nak tergelak teringat masa tu..sungguh nakal...hihi

aishah nin said...

teringat masa saya kecik conteng dinding rumah... kena marah dengan mak sambil lari sekelililing rumah...nak tergelak teringat masa tu..sungguh nakal...hihi