Check it out!

Tuesday, June 28, 2011

Pesta Bedak

Cabaran di hari kedua tanpa helper di rumah. Letih la mummy beranak tiga ni melayan anak-anak sorang2. Rasa macam orang bukan dalam pantang dah ni. Baru hari ke-27 ari ni. Bengkung ntah ke mana. Tungku jauh sekali. Stoking pun kejap pakai kejap tak..pakai selipar je sempat wat alas kaki..adeh! dugaan..

Letih sungguh la jadi suri rumah sepenuh masa ni. Lagi la dengan anak2 kecik yang banyak sangat aktiviti perkembangan minda yang dia buat. Hari ni aktiviti anak2 yang menduduki carta tertinggi sehingga berjaya menipiskan kesabaran mummy adalah aktiviti ini:

Rayyan dan Rania secara usahasama manganjurkan pesta bedak kat ruang tamu. Ambik kesempatan di atas ketidaksempatan mummy nak buat pemantauan aktiviti mereka di luar bilik tatkala sedang busy menenenkan baby Razin dalam bilik. Habis sebotol bedak 200g dan 3/4 botol (200ml) baby bath milik Razin yang belum pun sempat tuan punya rasmikan. Daddy baru je bawa balik hamper tu semalam.. hadiah untuk Razin daripada kawan2 opis daddy. Ishk! Ishk!

Akibat daripada kerajinan mereka.. mummy turut kena rajinkan juga diri menyental karpet untuk menghilangkan segala bahan bukti yang kelihatan. Aduiyai..saje je la nak bagi mummy eksesais lebih..huhuhu...

Hah, sebelum mummy eksesais body, mummy bagi eksesais vokal dulu. Ape lagi..harusla double R dua orang ni kena marah!

Lepas kena marah.. masing2 menangis dan menyorok belakang langsir..

Hah! ni dia budak yang suka sangat main bedak. Ni aktiviti Rania sorang2 sebelum ni..Rayyan tak joint. Dah macam nenek dah..rambut memutih dipenuhi uban. Dia perasan cantik la tu letak bedak kat rambut.. Rania..Rania..

5 comments:

juli said...

cute sgt tgk diorg nyorok belakang langsir...

mamiraysha said...

se'cute' perangai mereka cik julie oii..hihihi..

mademoiselle said...

hahaa..bese la tuh. ko tak anta budk2 ke taska ke ya..dlm pantang menjaga anak2, bb, jg diri sendiri..tak rehat jdnya..

mamiraysha said...

Honey,

Taska jauh la dari rumah, 17 km. En asben malas nak anto. Lagipun bleh jimat RM400 sebulan..hihi..

maMataufiQ said...

hehehehe...comel sgt....nnti xyah beli bedak,,beli tepung jer tau,,hihi