Tadaa!! yang dihajati telah kunjung tiba! Diperkenalkan chest freezer saya. Opss! sebelum cerita lebih panjang lagi, biar saya jelaskan.. Ini bukan entry menunjuk-nunjuk ye. Saje berkongsi cerita dengan mereka yang juga sedang tercari-cari deep freezer ni. Lanjutan dari cerita sebelum ini.
Malam semalam saya dah risau dah. Dah takde space lagi nak simpan stok susu dalam freezer saya. Puas jugak saya adjust sana sikit sini sikit..akhirnya bleh gak la selitkan satu lagi. Sejuk giler la jari jemari menyusun stok yang ada. Stok hari ni plak semua terpaksa disimpan kat bahagian bawah peti ais dua pintu ni. Ini bermakna.. saya ada tempoh 3 hari sebelum ianya expired.
Tengah hari tadi saya tulis kat status FB saya :
" Ada sesiapa bleh rekemenkan kedai elektrik harga berpatutan kat area Putrajaya / Bangi / Dengkil? "
Terima kasih la kepada mereka yang sudi respon. Hah! ada gak yang bagi respon yang rasanya nak ketuk je kepala dia..hihi..
MZH : haha.. harga berpatutan eh? Mydin Presint 14 le..
Mamiraysha : Ada deep freezer ke kat sana? Macam takde je..
MZH : eh.. mesti la ada.. tu yg dia simpan hotdog, nugget tuh.. dlm deep freezer la..
Mamiraysha : Hahaha..lawak3.. utk dijual la..
MZH : ooo... ckp la mau beli... kehkehkeh..
MZH : tp kalo deal ngan tokey mydin tu, dia leh jual tuh.. kawtim sket.. kekeke... larikkk...
(Saya dah mintak tolong kat en asben untuk ketukkan kepala member seopis dia ni..hihihi tapi lupa lak nak follow up balik apa nasib MZH tu..huhu..)
Walaupun begitu, ada gak respon yang betul2 nak membantu. Tengah dok berbalas2 komen dengan 2, 3 orang tetiba plak pintu rumah terbuka. Eh eh.. en asben dah balik! tapi tidak keseorangan..
Dan saya terpaksa komen kat status saya tadi..
" Terima kasih kepada semua yang sudi respon. Deep Freezer dah sampai! Tetiba plak ada silent reader tunaikan hasrat..hehehe.. "
Belum sempat berbincang apa-apa.. en asben dah buat surprise bawak balik chest freezer. Hehehe.. tak bleh la nak pilih2 dulu ikut taste sendiri. Apa-apapun terima kasih banyak2 la en asben atas sokongan yang diberi. Isterimu ini sangat menghargainya (ayat2 bodek..hahhaa). Ni yang semangat nak kumpul stok bebanyak lagi ni..
Chest freezer ni jenama Midea. Harga RM550. Kapasiti 100 liter. Berat dia 45 kg. En asben beli kat kedai elektrik area Bangi. Hasil informasi daripada rakan seopisnya yang mengatakan kedai elektrik berkenaan sedang sale. Harga ni selepas tawar menawar dan dengan syarat en asben bawa balik sendiri.
Masa sedang bukak kotak chest feezer ni, en asben cakap dia beli 2 dalam 1. 1 untuk mummy - deep freezer, 1 lagi untuk Rayyan & Rania - rumah baru! hihihi..
Rania sedang berehat dalam rumah barunya.
Rayyan sedang baiki tingkap rumah manakala Rania sedang kemas rumah kot.. (Dalam gambar ni nampak baik je main sama-sama kan. Sebenarnya sebelum tu dah berebut. Biasala barang mainan baru. Excited lebih. Rania la tak mao kongsi main ngan abang. Nak konker sorang. Huhuhu..dahsat ini budak sorang)
7 comments:
Alhmdulillah..hajat awk utk memiliki DF dh tercapai..yuhoooo,bestnyer...
tp jeles arr..sy lom beli lagik =(
btw, bleh bg tau x kedai elektrik tu area mane dan name kedai ape?sbbnyer my husband pon keje bangi..huuhuu
tq
ya..tahniah da beli..aku tgh usha lagi nie..huhuuu..lawak nye rayyan and rania..hihiii..
mamaJong,
Alhamdulillah.. Allah permudahkan urusan BF saya. Tenang skit fikiran ada space bleh simpan stok..hehe..
En asben cakap, kedai tu nama dia Onking. Bertentangan dengan PKNS Bangi. Blok baru. Banyak kedai elektrik kat situ. Kedainya hujung sekali.
Moga hajat awak juga tercapai! :-)
Honey,
Thanks. Usaha tangga kejayaan..hehehe.. yang penting niat dan azam kena kuat, selebihnya serah kepada Yang Maha Berkuasa.
Beregu campuran duorang tu memang.. kadang2 geram pun ada..huhu.. Ko tunggu sikit hari lagi Hazim besar ye.. lagi hebat lawak Haziq & Hazim..hehehe..
usaha yang bagus....akak dulu pun buat mcm ni ..simpan stok susu..maklumlah kita bekerja...
Bawak deep freezer tu guna kereta ape ye?
Pengalaman guna freezer Midea ni OK x?
Motor dia tahan lama x?
Mudah jd frost x kat dlm tu?
Sy tgh survey freezer yg bagus.
Post a Comment