Assalamualaikum w.b.t.
Bertemu kita kembali dalam edisi tazkirah sempena hari Jumaat yang mulia ini. Lama dah rasanya tak post apa-apa tazkirah sempena hari Jumaat kan? Hari ni tergerak pulak nak kongsikan selingkar kisah yang saya jumpa dalam Majalah Mastika keluaran April 2011. Memandangkan dah hampir benar dengan tarikh 1 April..maka elok benarlah saya postkan entry ni :-)
Bila sebut je 1 April..apa yang terlintas kat fikiran kita..tentunya pasal hari mengenakan orangkan? Ye..mempermainkan orang untuk tujuan bergurau pada fikiran orang yang mengenakan.
Tahukah kita sejarah April Fool ni? Macamana boleh tercetusnya hari April Fool ni? Kenapa ia dinamakan April Fool? Bodohkah April tu? Jom kita baca kisah disebalik perayaan April Fool ini..
Pada abad ke-8 Masihi, Sepanyol berkembang menjadi sebuah negara Islam yang maju dan makmur apabila ditadbir oleh penguasa Islam. Keadaan ini tidak disenangi oleh golongan kafir yang berjiran dengan Sepanyol. Mereka mahu lihat Islam hancur tetapi kebanyakan usaha mereka untuk menakluknya gagal.
Akhirnya pihak kafir menemui jalan untuk menghancurkan penduduk Islam di Sepanyol. Caranya mudah iaitu dengan melemahkan iman mereka melalui serangan pemikiran dan budaya untuk memecahkan perpaduan umat Islam. Strategi ini berjaya dan akhirnya sedikit demi sedikit Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib.
Tentera Salib amat kejam. Masyarakat awam termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh tanpa perikemanusiaan. Satu demi satu daerah di Sepanyol berjaya ditakluki sehinggalah tentera ini tiba di wilayah terakhir iaitu Granada.
Penduduk Islam di wilayah ini terpaksa bersembunyi di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Lalu tentera Salib membuat taktik penipuan. Mereka mengumumkan bahawa penduduk Granada dibenarkan untuk keluar dari penempatan mereka dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang telah disediakan untuk keluar dari Sepanyol.
Percaya dengan apa yang dijanjikan tentera Salib, maka ribuan penduduk Islam di wilayah itu keluar dari rumah lalu berkumpul di pelabuhan. Tentera Salib yang bersembunyi lantas membakar keseluruhan penempatan di situ termasuk golongan Islam yang masih terus bersembunyi di dalam rumah.
Ribuan umat Islam yang sudah berkumpul di pelabuhan hanya tergamam tanpa dapat berbuat apa-apa apabila melihat tentera Salib bukan saja membakar rumah-rumah mereka, malah turut membakar kapal yang dijanjikan untuk membawa mereka keluar dari wilayah itu.
Mereka semua terkepung. Lalu tentera Salib dengan kejam menyerang dan membunuh kesemua umat Islam di pelabuhan itu termasuklah wanita dan kanak-kanak tanpa belas kasihan. Yang kedengaran hanyalah gema takbir diiringi jeritan dan tangisan. Tiada seorang pun penduduk Islam yang terselamat. Granada bermandi darah!
Mayat bergelimpangan, laut yang biru bertukar menjadi merah. Dan tragedi berdarah ini berlaku pada 1 April tahun 1487 Masihi dan dikenali sebagai 'The April Fool Day' oleh golongan Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.
Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan abu Dawud:
"Neraka wail bagi sesiapa yang apabila bercakap lalu berbohong dengan tujuan untuk mentertawakan pihak-pihak tertentu. Neraka waillah bagi orang itu!"
Oleh itu kawan-kawan..tak payahlah kita nak joint meraikan April Fool ni dengan mempersendakan orang lain. Kalau orang kafir motif dia meraikan April Fool ni sebagai memperingati hari kejayaan mereka memperbodoh dan mempersendakan orang Islam..apa pula motif kita meraikannya? Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment