Hingga ke saat ini, keputusan MGTT masih belum diperoleh. Nurse janji nak telefon masih belum mengotakan janjinya. Ehm.. nampaknya kena la tunggu next check up..2 minggu lagi untuk tahu keputusan ujian.
Masih lagi dalam mood nak mengetahui lebih lanjut pasal kencing manis atau diabetes semasa mengandung. Agaknya kalau tak kena buat MGTT ni..saya tak endahkan pun perkara ni. Bila dah kena buat..baru la sibuk nak search sana sini..hehe.. Inilah agaknya hikmah kenapa tetiba saya kena buat MGTT ni..
So, ari ni saya nak kongsikan 1 artikel yang saya copy paste dari http://abimuslih.wordpress.com/. Jom sama-sama kita tambah ilmu ye.. kalau bukan untuk diri sendiri pun..mungkin untuk disampaikan kepada kawan-kawan atau orang yang rapat dengan kita..
Oleh: DATUK PROF. MUSTAFFA EMBONG
Pakar Perunding Diabetes, Institut Diabetes Negara (NADI)
LINDA telah melahirkan bayi lelaki seberat 3.7kg pada minggu ke-38 kehamilan. Doktornya mengesahkan bahawa bayi yang dilahirkan tidak mengalami makrosomia atau kecacatan kongenital–dua perkara yang sering membimbangkan para ibu yang menghidap diabetes kehamilan Gestational Diabetes Mellitus, (GDM). Bayinya telah dijaga oleh seorang pakar pediatrik bagi memantau sebarang masalah yang mungkin berlaku selepas dilahirkan.
Syukurlah, bayi yang dilahirkan tidak mengalami hipoglisemia (paras glukosa darah yang sangat rendah) dan ia hanya menghidap sedikit penyakit kuning (jaundis) selepas dilahirkan. Meskipun sebelum mendapat berita baik ini, Linda sendiri sudah begitu yakin yang dirinya dan bayi akan berada dalam keadaan yang baik oleh kerana dia telah mengikuti kesemua nasihat doktor dengan serius sepanjang tempoh kehamilan.
Linda memastikan dirinya mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerap bersenam. Dia turut memantau paras glukosa darah setiap hari dan mengambil ubat yang ditetapkan oleh doktornya dengan teratur. Linda juga telah menerima satu lagi berita baik: paras glukosa darahnya kembali normal sejurus sahaja selepas bersalin.
Walau bagaimanapun, doktor memaklumkan dia perlu kembali semula selepas enam minggu untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Tetapi mengapa? Dia berasa hairan…
*GDM: Selepas bersalin
Jika anda telah membaca artikel-artikel yang lepas, anda akan sedar bahawa GDM adalah satu keadaan serius yang timbul akibat perubahan hormon-hormon kehamilan yang menghalang insulin (hormon yang mengawal paras glukosa darah dalam badan) berfungsi secara efektif.
GDM boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kepada ibu dan bayi sepanjang kehamilan. Namun, anda tidak perlu risau kerana GDM boleh diurus dan dikawal melalui pengamalan diet yang sihat, kerap bersenam, memantau paras glukosa darah anda secara kerap dan, jika perlu, menjalani rawatan insulin.
Linda telah membuktikan bahawa semua ini boleh diuruskan dan seterusnya berjaya menjalani kehamilan tanpa komplikasi dan melahirkan bayi yang sihat. Dalam artikel ini, kita akan meninjau apa yang terjadi selepas bayi dilahirkan. Dalam kebanyakan kes, seperti yang terjadi pada Linda, paras glukosa darah bagi wanita yang menghidap GDM akan kembali normal selepas melahirkan bayi. Walaupun begitu, bagi sebahagian kecil kes-kes GDM, paras glukosa darah kekal tinggi dan mereka disahkan menghidap diabetes.
*Melindungi ibu
Walaupun paras glukosa darah anda kembali normal selepas bersalin, perjuangan anda dalam menangani diabetes belum lagi berakhir. Ini kerana dengan GDM, anda berisiko tinggi menghidap diabetes jenis 2 atau menghidap GDM lagi pada kehamilan yang seterusnya.
Menurut Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, wanita hamil yang menghidap GDM mempunyai lebih risiko sebanyak 20 hingga 50 peratus untuk menghidap diabetes jenis 2 dalam tempoh lima hingga 10 tahun selepas melahirkan bayi. Tetapi ada berita baik! Ia boleh dicegah. Persatuan Diabetes Amerika mengesyorkan supaya anda menjalani ujian glukosa darah enam minggu selepas bersalin.
Doktor anda mungkin akan menjalankan satu daripada dua ujian berikut: iaitu Ujian Glukosa Darah ketika berpuasa (FBG) atau Ujian Toleransi Glukosa selepas 2 jam (OGTT).
Jika paras glukosa darah anda lebih tinggi daripada normal tetapi masih di luar julat diabetes, anda akan dianggap mengalami Gangguan Glukosa Berpuasa (IFG) atau Gangguan Toleransi Glukosa (IGT)– dua keadaan yang telah kita bincangkan dahulu di bawah tajuk pradiabetes di mana anda lebih berisiko menghidap diabetes jenis 2 dan sakit jantung.
Namun, walaupun bacaan paras glukosa darah anda adalah normal, anda masih perlu menjaga diri anda secara serius agar anda dapat mengurangkan risiko diabetes dalam tempoh jangka panjang.
Beberapa tip praktikal untuk penjagaan diri disediakan seperti di bawah:
1. Capai berat badan unggul
a. Cubalah untuk mencapai berat badan seperti sebelum kehamilan dalam tempoh enam hingga 12 bulan selepas bayi dilahirkan.
Namun, jika anda mempunyai berat badan berlebihan atau obes sebelum kehamilan, anda perlu lebih mengurangkan berat badan, dan jika boleh, sehinggalah mencapai berat badan yang ideal. Tetapi, walaupun anda hanya mampu mengurangkan sebanyak 10 peratus berat badan (sebelum mengandung) anda, kajian telah membuktikan bahawa ia juga mungkin berkesan mengurangkan risiko anda dari mendapat diabetes jenis 2. Tetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan secara beransur-ansur dan mengekalkannya, bukan meningkatkannya kembali.
b. Susukan bayi anda dengan susu badan kerana pengeluaran susu membantu anda membakar lebih banyak kalori.
c. Timbang berat badan anda secara kerap bagi memastikan anda menepati sasaran.
d. Bincang dengan doktor anda jika perlu.
2. Mengamalkan pemakanan sihat
a. Pastikan waktu makan tetap dan teratur.
b. Amalkan diet yang sihat yang dapat memberikan anda tenaga yang mencukupi, serat, protein, vitamin dan mineral untuk memenuhi keperluan anda (terutamanya jika bayi anda menyusu badan).
c. Kurangkan gula, makanan dan minuman manis, serta makanan yang berminyak atau berlemak.
d. Jika perlu, minta doktor anda merujuk anda kepada pakar diet untuk merancang diet dan hidangan makanan yang sesuai untuk anda.
3. Aktifkan diri, kekal sihat
a. Amalkan aktiviti fizikal dengan lebih kerap dalam kehidupan seharian anda, sebagai contoh menggunakan tangga dari lif, meletakkan kereta jauh daripada pejabat anda, berkebun, membasuh kereta dan lain- lain.
b. Lakukan senaman aerobik sederhana (contoh berjalan kaki cergas) selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu atau, jika boleh, setiap hari.
4. Pantau paras glukosa darah anda
a. Pastikan doktor anda memeriksa paras glukosa darah anda sekurang-kurangnya setahun sekali.
Melindungi bayi
Jika anda tidak mengawal GDM anda dengan baik, bayi anda mungkin dilahirkan lebih besar dari normal (satu keadaan yang dipanggil sebagai makrosomia).
Disebabkan oleh saiz dan berat badannya (biasanya melebihi 4.5kg), bayi anda juga mungkin mengalami kesukaran ketika dilahirkan atau tercedera atau tertekan dalam proses tersebut.
Yang lebih penting, bayi yang dilahirkan oleh ibu yang menghidap GDM akan berisiko tinggi untuk menghidapi berat badan yang berlebihan apabila dewasa kelak, dan lebih berisiko untuk menghidap diabetes jenis 2. Oleh itu, adalah amat penting untuk anda melindungi bayi anda dari awal-awal lagi dengan cara tidak memberi makanan yang berlebihan kepadanya sehingga menjadikannya obes.
Kajian membuktikan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang obes akan membesar menjadi orang dewasa yang juga obes. Patuhilah nasihat doktor pakar kanak-kanak anda tentang cara terbaik dalam pemakanan dan penjagaan bayi anda. Apabila anak anda semakin membesar, didiklah ia untuk mengamalkan pemakanan yang sihat supaya dia tidak menjadi obes atau mempunyai berat badan berlebihan.
Galakkan anak anda untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sihat dengan menggalakkannya bersukan serta menjalani aktiviti-aktiviti (fizikal) luar yang lain.
Kesemua ini akan dapat membantu anak anda membesar dengan baik dan terus kekal sihat bukan sahaja ketika zaman kanak-kanaknya tetapi sepanjang hidup, di samping menghindar dirinya daripada menghidap penyakit diabetes jenis 2.
Walaupun GDM mungkin timbul hanya untuk sementara, namun, ia boleh mendatangkan kesan sampingan (jangka panjang). Oleh itu, setiap ibu perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar GDM tidak menjejaskan kehidupan anda dan anak kesayangan anda pada masa hadapan.
Merancang untuk mendapatkan zuriat?
Jika anda pernah menghidap GDM, anda lebih berisiko untuk menghidap GDM sekali lagi pada kehamilan yang seterusnya. Oleh itu, anda perlu terlebih dahulu berbincang dengan doktor anda sebelum mencuba untuk hamil. Doktor anda akan memeriksa paras glukosa darah anda dan mungkin menjalankan ujian glycated hemoglobin (HbA1c). Jika keputusan anda normal, anda bolehlah meneruskan impian anda itu dengan selamat. Jika keputusannya tidak normal, doktor anda akan membantu anda untuk memastikan paras glukosa darah anda berada pada paras normal sebelum membenarkan anda mengandung.
Anda perlu berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda tidak datang haid, bagi mengesahkan kehamilan anda. Sepanjang tempoh kehamilan, anda perlu kerap menghadiri pemeriksaan antenatal. Pada kebiasaannya, keadaan agak kritikal ketika minggu kelima sehingga minggu kelapan kehamilan, kerana pada tempoh ini paras glukosa darah yang tinggi, jika tidak dikawal dengan baik, mungkin akan menyebabkan kecacatan kongenital kepada bayi anda.
4 comments:
salam.. ja nk tau result.. sebab esok ja kena wat MGTT kat Putrajaya.. takut rasanya..
Salam Ja,
Result i aritu ok je.. takde diabetes pun, alhamdulillah. Ni takut jarum ke takut result nanti ni..hihi.. Apa2 pun good luck ye. Kat Putrajaya, air gula dia ada perisa oren dan blackcurrent. Bleh pilih perisa yang diminati :-) jangan lupa bawa sekali air mineral utk bilas sbb dia tak sediakan..
Sy pun tgh lalui ujian mgtt ni :(
BOOST YOUR INCOME----GET MORE INCOME-----LIVE COMFORTABLY--
Welcome to Malaysia's finest,Gigolo dating agency with good track records. Hook with Rich sugar mummy in Malaysia and from some other Asia countries (WHATSAPP *** +601131941710 *** )! This is the best , reliable dating agency, We have a wonderful influential network of MUMMY/DADDY/LESBIANS/GAY/ ranging from government officials, politicians, executive, money bag business personality, hotel owners and gold men and women, and we have influential sugar mummies, be among the people to get our exclusive connections. get the opportunity to meet them. We have sugar mummies all over Malaysia who are willing to lavish money on you, and influence your live financially in making your dreams and desires come true.(WHATSAPP *** +601131941710 *** ) to get connected.a night with your mummy is RM5000 all you need is to satisfy your Sugar mummy emotionally
(WHATSAPP *** +601131941710 *** )
payment from RM2500 TO RM5000 PER-NIGHT
NOTE:APPLICANT MUST BE ABOVE 17YRS OLD
MUMMY AGE 32-50.
(WHATSAPP *** +601131941710 *** ) for urgent hook up
Post a Comment