Salam. Hari ni mamiraysha nak share skit pasal topik di atas. Mesti ramaikan yang tertanya-tanya selamat ke tak menaiki kapal terbang ketika mengandung ni. Sebelum ni saya tak la peduli sangat..maklumla tak rasa pun akan naik kapal terbang ni ketika mengandung. Kampung pon dekat je..naik kete bleh sampai. Nak pi melancong lak..lambat lagi. Syarat en asben, kalau nak pi holiday si kecik Rania mesti dah sebesar Rayyan. Masa syarat tu dikenakan..Rayyan umur 2 tahun..so umur Rania dah 2 tahun baru dapat pi holiday. Ingatkan bulan 10 tahun ni dapat la pi holiday..sekali ada plak rezeki nak dapat si kecik lagi.. nampaknya kena postpone 2 tahun lagi la...
Di luar jangkaan, tetiba plak pihak pengurusan nak wat meeting kewangan kat Langkawi. Fully sponsered. Tu yang baru terlintas di fikiran nak cari jawapan..boleh ke pompuan mengandung naik flight?
Jom baca apa yang saya jumpa..
Berbanding sedekad lalu, kita kini semakin kerap menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara yang kian popular untuk menuju ke destinasi-destinasi jauh.
Ditambah dengan promosi tambang murah membolehkan rakyat yang dahulunya tidak terfikir untuk terbang tinggi di awan, sudah boleh berbuat demikian.
Pendek kata, menaiki kapal terbang menjadi sebahagian daripada kehidupan moden baik bagi tujuan perniagaan, pelancongan, tugasan mahupun kembali bercuti di kampung.
Wanita hamil tidak terkecuali walaupun kadangkala, timbul keraguan tentang keselamatan ibu dan anak dalam kandungan semasa berada pada altitud yang tinggi, tahap kelembapan rendah serta perubahan tekanan udara di dalam kabin pesawat.
Namun, secara peribadinya, apa yang lebih membimbangkan adalah fakta bahawa anda sedang berada di udara selama beberapa jam dan yang mengalas di bawah hanyalah lautan nan terbentang luas.
Dan sekiranya apa-apa berlaku semasa di atas, kemudahan perubatan yang bakal anda terima adalah apa yang tersedia di dalam perut kapal sahaja.
Dan apabila anak kapal terpaksa membuat pengumuman, “Ada doktorkah di dalam penerbangan ini, kita ada kes kecemasan”, sudah tentu ia bukan sesuatu yang menggembirakan. Yang pasti, kapal terbang bukanlah hospital yang bagus untuk bersalin.
Berdasarkan laporan Kolej Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), keadaan persekitaran berkaitan penerbangan boleh menyebabkan peningkatan kadar degupan jantung, tekanan darah tinggi naik dan sukar bernafas bagi ibu-ibu hamil yang lemah sistem kardiovaskularnya.
Dalam kenyataan yang sama, ACOG memberitahu, masa paling selamat untuk terbang adalah apabila kandungan masuk tiga bulan kedua/trimester kedua.
Kebanyakan keguguran berlaku dalam tempoh trimester pertama manakala trimester ketiga membawa risikonya yang tersendiri seperti kelahiran pramatang dan lain-lain komplikasi.
Umumnya tiada sebarang komplikasi pada ibu atau bayi yang dikandung semasa berada di udara. Kecuali jika berlaku perkara-perkara yang tidak dijangka misalnya kelahiran mengejut atau kecemasan obstetrik lain.
Andai kata berlaku kecemasan seumpamanya, bantuan yang dapat diberikan pada tahap minimum. Ini wajib diketahui oleh semua wanita hamil sebelum mengambil keputusan menaiki pesawat.
Menurutnya, dalam kes-kes tertentu penerbangan tidak digalakkan atas sebab-sebab kesihatan bagi mengelakkan komplikasi akibat kelewatan atau ketiadaan bantuan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana risikonya terlalu tinggi.
Fenomena Tromboembolisme (VTE)
Keadaan ini menyebabkan darah membeku di dalam salurannya. Jika tidak bernasib baik, darah beku itu kemudiannya beralih tempat ke saluran darah di paru-paru lantas menghalang pengoksigenan.
Ini boleh membawa kepada kematian mengejut. Fenomena ini pada awalnya lebih kerap berlaku pada wanita Barat berbanding Timur. Akibat perubahan gaya hidup, pemakanan dan saiz badan, insidennya diperhatikan meningkat di dalam masyarakat tempatan khususnya pada wanita hamil berbadan besar.
Di United Kingdom, fenomena ini digelar Sindrom Kelas Ekonomi berikutan berlakunya beberapa kes yang melibatkan kematian mendadak wanita muda yang menaiki pesawat kelas ekonomi dari perjalanan jauh, melebihi 18 jam.
Semasa di dalam pesawat terutamanya bagi perjalanan jauh, sangat perlu untuk anda bergerak dari tempat duduk dari semasa ke semasa. Minum air yang mencukupi. Jika perjalanan terlalu jauh, penggunaan stoking ketat khas dapat membantu mengurangkan risiko VTE.
Bagi wanita hamil yang pernah mengalami VTE, ada waris terdekat yang mempunyai masalah sama atau mempunyai berat badan berlebihan, pemeriksaan kesihatan yang teliti adalah sangat mustahak sebelum perjalanan.
Kelahiran Tidak Cukup Bulan
Tiada bukti saintifik yang menyokong bahawa penerbangan meningkatkan risiko keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.
Kalau pun berlaku, ia mungkin kerana si ibu stres jika penerbangan mengambil masa yang lama dan dalam keadaan tidak selesa.
Berlainan dengan ibu yang hamil lebih daripada seorang janin, mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan atau, pintu rahim tidak ketat, risiko melahirkan bayi tidak cukup bulan adalah lebih tinggi sekali pun tidak menaiki pesawat.
Jika mempunyai rancangan untuk menaiki pesawat, mereka harus mendapatkan pemeriksaan teliti daripada pakar perbidanan dan dicadangkan supaya menerima nasihat doktor dengan serius.
Hal ini penting kerana jika kelahiran berlaku di dalam pesawat, bantuan terhadap bayi yang berisiko tinggi ini dapat diminimumkan.
Ubat-ubatan Tertentu Dapat Membantu Mengurangkan Risiko Ini
Semakin tinggi kedudukan seseorang dari paras laut (altitud), semakin rendah tekanan separa oksigen. Bagaimanapun, bagi penerbangan komersil, altitud penerbangan lazimnya hanya memberi perbezaan tekanan separa oksigen yang kecil.
Hal ini, biasanya tidak memudaratkan bayi di dalam kandungan kerana mereka dianugerahkan sistem pertahanan yang dapat menahan perubahan tekanan separa oksigen yang tidak keterlaluan.
Bagaimanapun, perbezaan kecil ini boleh memberikan kesan negatif terhadap bayi yang dikandung oleh ibu anemia dan dinasihat mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
Jika perjalanan tidak dapat dielakkan sebelum anemia dapat dirawat, ibu ini perlu mendapatkan bekalan oksigen dalam perjalanan.
Bagi pesakit sel sikel (jarang berlaku di Malaysia), adalah lebih baik jika perjalanan dapat dielakkan kerana krisis penyakit ini lebih mudah berlaku pada altitud tinggi.
Jika tidak, bekalan oksigen semasa perjalanan mungkin dapat membantu mengurangkan risiko komplikasi.
Kemalangan Di dalam Pesawat
Tali pinggang keselamatan di dalam pesawat harus dipakai di bawah perut supaya jika terdapat sebarang pergerakan mendadak, bahagian tulang pelvis yang akan menyerap impak tersebut dan bukannya bahagian bertentangan rahim.
Sekali gus, ini dapat mengurangkan risiko uri terpisah awal dari kawasan tempelannya pada rahim ataupun kebocoran rahim. Kedua-dua insidens ini boleh menyebabkan kematian ibu dan bayi.
Kecemasan Obstetrik
Satu perkara yang mesti diketahui, kehamilan risiko rendah boleh berubah menjadi berisiko tinggi pada bila-bila masa dan ada kalanya di luar jangkaan.
Seseorang ibu boleh dengan tiba-tiba terasa hendak bersalin dan melahirkan bayi dalam waktu yang singkat walaupun sebelum itu keadaannya adalah normal. Begitu juga dengan komplikasi-komplikasi kehamilan lain yang boleh berlaku secara mendadak.
Syarikat penerbangan tidak mempunyai perkhidmatan kesihatan yang mencukupi di udara walaupun kemudahan asas seperti oksigen dan cecair aliran vena ada disediakan.
Oleh itu, wanita hamil harus bersedia secara mental untuk menghadapi risiko sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangkakan semasa di dalam penerbangan.
Perjalanan menaiki pesawat semasa hamil adalah selamat apabila seseorang wanita itu berpengetahuan tentang risikonya dan mengambil langkah-langkah wajar sebelum dan semasa perjalanan.
Wanita-wanita hamil yang berisiko tinggi harus sedar akan bahaya yang mungkin dihadapi dan dapat menimbangkan sama ada risiko yang diambil benar-benar berbaloi. Adalah lebih baik jika perjalanan ini dapat dielakkan. Mematuhi nasihat doktor adalah sangat perlu dan mustahak di dalam konteks ini.
Sumber Maklumat (Mingguan Malaysia, 16 Julai 2006)
Credit to : http://pmr.penerangan.gov.my
Ehm..kesimpulannya..bolehla saya naik kapal terbang esok. Kepada sesiapa yang ada pengalaman naik flight ketika pregnen ni..meh la share :-)
11 comments:
banyak kes early pregnancy akan miscarriage after a few day lepas naik flight.. tu yang takut tu... takut ambil risiko and family mesti marah punya...dah tau pregnant nak naik flight..memang kita xkan rasa apa naik ok je...tp risiko tetiba keguguran selepas beberapa hari tu yang x best tu..
so..macam mana perkembangan awk naik kapal terbang pergi langkawi...???
sy pun tengah mengandung ni...baru 13minggu....plan nak ke langkawi dari tahun lepas...tiket dah beli..hotel pun dah booking.....doktor kata boleh naik...tp husband takut sbb ada sejarah kawan2 dia yg gugur pas naik kapal terbang....tp apa yg sy paham....perjalanan yg jauh...langkawi tak smp 1jam kan.....
jadi awk pergi tak langkawi dengan kapal terbang...????
Saya pergi Langkawi naik kapal terbang masa tu. Alhamdulillah tiada apa yang tak diingini berlaku. Selamat dah lahir baby yang dikandungkan tu masuk 11 bulan dah umur dia. Masa tu baby 5 bulan dalam kandungan. Bukan kapal terbang je saya naik, bot laju pun saya naik masa island hopping.
aish risau pulak sy ni..skrg kandungan sy dh 14 minggu..sblm ni sy x tau pon yg bahaya naik flight n mcm2 laa..jd sy selalu laa blk semenanjung kalo cuti...perjalanan 3 jam dr KK smpi KL..tiba2 skrg ramai pulak yg nasihat jgn naik flight kerap..ermm mcmna ni???tolong!!
sya pun ada pengalaman naik flight time pregnen tapi dah 37 weks... fr kk to kl.. no problem coz ada pengesahan dktr...time tu sya nak konvo d ukm...so i stay kat kl about 1 weks with huby and sistr... tapi time balik tu susah ckit coz dah 38 weks..tiket pun da beli time di kk..sya releks ja nak tunggu flight...tak sangka pula kena tahan tak boleh naik flight time da naak masuk flight...bahaya kata stafs...last time sya bertegas tak nak stay kat kl coz da selesai urusan lagi pun di mana nak stay..bukannya ada sedara mara..so..stafs panggil pilot flight tu n bila runding pnya runding..sya sign satu surat perjanjian tak kan saman mas kalu ada problem occur... so setelah 10 minit flight terlewat penerbangan gara2 sya yg pergnen ni barulah dpt fly back to sabah...nasib baik lah.. tepat masa jg barula sya brsalin baby girl..dah 11 yrs now n the girl is very beautiful n clever...thanks god...coz save me n my baby girl n also my fmly till now..semoga pengalmn ni boleh dikongsi with other..thanks. jvf
mula kandungan brp minggu yg perlukn srt doktor utk naik flight??
saya nak kongsi pengalaman saya gak..kalau kandungan kita takde masalah,bleh naik flight..tue pun atas kebenaran doc..saya aritu balik sabah masa kandung 7 bulan lebih...slmt sampai kk n slmt sampai ipoh..hihihihi..masa kat sabah, saya pegi semporna lagi..sama gak..nek flight.. :) syukur la..semuanya slmt..tp tue la..staff penerbangan ragu2 nak trima pregnant woman niee..bila da tunjuk surat doc,baru dorang ok skit..skang ni nak masuk anak kedua..cadang nak balik sabah lagi..hihihihi..~
nk tanye skt lau surat doc tu kena surat doc dr krajaan punye ke??atau swasta punye blh ke??
kndungan saya mencecah 38 weks....tpi sy kt kuching sbb ada kerja...so skrg sy nk blik smnanjung sbb kt sini ada husbnd je...ney ank sulong kitaorg.....bgaimana kalau sy naik juga flight dri kuching ke KL....apa risikonya ya..
KALAU KANDUNGAN BARU LAGI DALAM 4 MINGGU BOLEH NAIK FLIGHT X?
saya pernah ada sejarah kguguran 3 1/2 bulan,1st pregnancy.... 2nd pregnancy minggu ke-8 saya p melancong vietnam 1week kt vietnam. minggu ke 9 balik Msia..so twice naik flight dlm masa >< 1 minggu..kalau diikutkan memang takut nak naik. tp doktor kata ok, xde apa2.so, kita confident...so, far ok.now baby dah besar 1 tahun lebih.: apa2 pun kalau kita yakin kita ok, teruskan sj plan. biasa ibu mngandung boleh rasa sendiri (instinct), selagi x de masalah2 kesihatan/complikasi mgandung....cancel plan kalau x yakin
Post a Comment