Check it out!

Monday, January 3, 2011

Hari Pertama Rayyan & Rania di Taska

Selamat tahun baru semua! sorry la lambat wish.. tak sempat nak on laptop ke pc ke pada hari cuti. Banyak sangat nak kena layan..hehe..nak layan anak..nak layan asben..nak layan mata..nak layan tv..nak layan perut..nak layan diri dan sebagainya.. hehe.. layankan je la cite ni ye..

Hari ni hari pertama kerja di tahun baru. Juga hari pertama persekolahan bagi bebudak sokolah. Juga hari pertama Rayyan dan Rania ke Taska. Pengalaman pertama mereka bergaul dengan rakan sebaya. Takde lagi atok mak..pak cik..pak cu..cik syu..cik ca yang melayan kerenah mereka sepanjang sebulan sebelum ini. Juga tiada lagi nenek yang mengasuh sejak umur mereka 2 bulan sampai la bulan 11 yang lalu.

Pertama kali masuk taska..apa lagi..masing-masing menangis la..tak biasa. Meruntun jiwa betul la. Tak bleh nak dengar anak-anak menangis ni..rasa nak menangis sama. Air mata dah bergenang dah tapi tak sampai jatuh je. Pagi2 lagi kami anak beranak dah wat drama episod sedih kat taska tu. Ambik masa gak la nak menenangkan mereka. Ehm..macam sama tak dengan mak-mak yang hantar anak masuk sekolah darjah 1?

Sebelum meninggalkan taska..sempat gak la mummy jenguk kat dalam taska. Rayyan tengah duduk sorang-sorang kat lantai sambil hisap susu. Jauh dari kawan-kawan. Tapi mata dia pandang sana sini sambil tengok bebudak yang ada kat situ. Kesian pulak tengok anak mummy ni. Rayyan yang susah nak dok diam bleh diam membisu...ishk! ishk! sedihnya mummy..

Beratnya hati ini..nak melangkah pergi..tapi apakan daya..aku terpaksa..huhu..tetiba plak teringat lirik lagu ni. Dengan berat hati..mummy terpaksa gak la merelakan anak-nak mummy diasuh di taska tu. Mummy kena pergi untuk menunaikan tanggungjawab mummy kepada negara..huhu..maklumla berkhidmat untuk negara. Sorry sayang..terpaksa berpisah ngan nenek yang kalian dah biasa. Kena plak masuk taska yang memang kalian rasa ganjil.. Tapi nak..begitu la hidup ini. Setiap pertemuan akan ada perpisahan.. Setiap pertemuan dan perpisahan itu adalah pengalaman.. pengalaman akan mematangkan kita dalam menjalani hidup. Anak-nak mummy kena bersedia dan kuat untuk menempuh apa jua yang telah dan akan ditentukan untuk kalian. Pegh! bermadah berhelah la plak.. layankan je la..seorang mummy yang sedang melayan perasaan..

Itu episod disebelah pagi. Rehat tengahari tadi mummy pergi lagi menjenguk anak-anak kat taska. Dengan niat nak skodeng je..tak nak jumpa kalian. Tak nak episod sedih pagi tadi berulang lagi. Cukupla mummy tenang tengok kalian tak menangis.

Waktu skodeng tu..mummy nampak semua kanak-kanak sedang tido termasukla Rayyan. Hanya Rania sorang je yang tak tido. Apsal la si kecik ni tak mao tido? Main sorang-sorang..jalan sana..jalan sini..kejap dia duduk kat katil abang dia..kejap dia jalan lagi.. tapi nasib baik tak nangis. Baju yang dipakaikan dah tak dok kat badan. Dah sampai ke perut dah. Teacher dia kata..dia tak bagi betulkan. Tak bleh sentuh langsung..mesti nangis. Anak mummy sorang ni sedang menunjuk perasaan ke?

Teacher cakap..Rayyan dah ok..dah ada kawan.. Rania je yang masih takut2 nak berkawan. Dia kawan ngan abang dia je..main2 ngan abang..ketawa2.. Fuh! lega skit mummy dengar. Teacher cakap lagi..time makan Rayyan dan Rania ok..nak makan.. banyak gak makan. Rayyan dan Rania makan sama-sama. Lega mummy dengar..nasib baik anak-anak mummy masih berselera makan..tak lancarkan mogok lapar..hehe..

Mummy meninggalkan taska tengahari tu dengan perasaan yang agak tenang skit..walaupun tak tenang sepenuhnya selagi mummy tak nampak yang anak-anak mummy enjoy di sana. Inilah buah tangan yang mummy bawa dari taska! hasil skodeng untuk ditunjukkan kat daddy nanti..






1 comment:

hayya linda hanis said...

mcm mn sis boleh snap . sbb taska kn full tutup . pintu tingkap bertutup . ptg je baru nmpk open . sy kdng2 dgr kn suara ank je sama ada menagis ke x .