Check it out!

Tuesday, January 18, 2011

Anak Enggan Ke Taska - Bagaimana menanganinya?

Salam. Sebenarnya entry ari ni bukan mamiraysha nak bagi langkah penyelesaian kepada masalah anak enggan ke taska, sebaliknya..i yang nak langkah penyelesaian kepada masalah ni...huhu.. mintak mahap bebanyak la ye kalau sesapa yang sedang mencari jalan penyelesaian tetiba terjumpa plak entry i ni..hehe.. takpe la..at least kita bleh berkongsi rasa..ye tak? Hanya ibu yang memahami ibu ni..kan? kan? kan?

Saya masih lagi dibelenggu masalah anak tak mau pi taska ni. Ari ni macam ari-ari sebelum ni..Rayyan menangis lagi tak nak pi taska. Start dari simpang jalan utama untuk masuk ke taska lagi dia dah tahu nak pi taska..terus merengek nak balik. Pening kepala. Dah masuk minggu ke-3 pun dia masih tak bleh terima tinggal di taska. Tak tahu la apa yang tak best kat taska tu. Kawan-kawan sebaya pun ramai. TV cite katun kegemaran pun ada. Ehm.. tiap-tiap hari kena pujuk pun..tak makan gak...aduh! pilu hati mendengar tangisan dia tiap-tiap hari. Apa yang tak kena? Nak buat macam mana? Nak hantar rumah pengasuh lama..nun jauh kat selayang sana.

Tiap-tiap hari lepas ambik dia dari taska, saya akan cakap kat dia..esok Rayyan pegi sekolah lagi ye macam tadi. Dia mengangguk sambil cakap ye. Suruh janji pun dia cakap janji.. Tapi esoknya..entah kemana janji dia semalam..huhu..

Pagi tadi..memandangkan Rayyan terjerit-jerit menangis kat dalam taska, en asben mintak la saya teman sekejap memandangkan opis saya dekat je ngan taska. Dah suami suruh kan..ikutkan aje la. Ok plak dia main bila mummy dia ada. tapi kejap2 dia datang dok kat riba. Bila cakap mummy nak pegi keje..dia tak bagi..dia nak ikut. Puas la memujuk rayu kat dia.. tak dilayannya. "Mummy..dodok cini." kata Rayyan. Aduh! nak suruh mummy keje kat taska ni ke? kata mummy dalam hati.. sabo je la.

Dalam keterpaksaan..saya kena gak la pergi.. mana bleh lama-lama. Ada amanah lain yang perlu dibereskan. Terpaksala dengar tangisan dan jeritannya. Tapi saya tak terus balik. Dok kat tepi tingkap taska mengintai dia. Abis digegar2nya grill pintu taska sambil jerit2 nangis. aduh la anak.. kenapa la wat mummy serba salah. Bila dah tak gegar grill pintu..saya tengok dia dah terbaring kat lantai sambil menangis. Aduh kesiannya.. tak sampai hati rasa..rasa macam nak masuk balik dan peluk dia bagi menenangkan emosinya. Tapi saya tahankan aje.. Ada la dalam 5 minit dia nangis..lepas tu senyap. Saya pun skodeng balik. Dia tengah tengok tv sambil hisap susu. Baru la saya pergi keje..

Salah tak kita paksa anak dok taska? secara psikologinya..adakah baik untuk perkembangan mental dan emosi dia? Ehm..

Secara kebetulan tadi saya selak la majalah PaMa bulan Februari yang baru saya beli semalam. Ari ni baru nak baca. Main bukak je..(dah memang tabiat baca majalah tak ikut turutan..suka ati baca mana-mana dulu yang best) tup tup terpampang depan mata ruangan soal jawab psikologi kanak-kanak. Ada soalan berkenaan anak enggan ke taska. Aik? macam tau tau aje ni. Ibu ni rungsing anak dia tak mahu ke taska. Ada 2 soalan dia ajukan. Pertama, adakah anak dia menghadapi masalah di taska sampai tak nak pegi ke sana dan kedua, adakah patut dia memaksa anaknya ke taska atau hantar balik kampung memandangkan sebelum ni anaknya dijaga oleh ibunya di kampung? Dia risau gak dengan keadaan psikologi si anak kalau terus dipaksa.

Ini jawapan kaunselor (pensyarah psikologi). Saya ambik isi penting aje la. Nak baca penuh..sila dapatkan majalah berkenaan sendiri ye. Nak pinjam ngan saya pun bleh gak..meh datang rumah. Kaunselor cakap anak ibu ni mengalami kecelaruan emosi untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Beliau menyarankan agar si ibu bersabar dan meminta jasa baik pihak taska untuk memberi perhatian lebih sedikit padanya memandangkan dia dalam proses menyesuaikan diri. Tentu agak asing bagi si anak dengan persekitaran yang berbeza dan orang2 sekeliling yang berbeza. Kena bagi masa kat anak tu untuk menyesuaikan diri. Ibu perlu tekad untuk masa depan anak. Memandangkan si anak dah berusia 3 tahun, kaunselor menyarankan agar si ibu buat perjanjian dengan si anak seperti " kalau pergi taska, nanti hujung minggu kita boleh balik kampung jumpa nenek, kalau tak nak tak boleh balik kampung."

Akhir sekali kaunselor kata, sebagai orang islam perlulah kita berdoa dan bertawakal setelah berusaha sebaik mungkin. Memang cabaran menjadi ibu bapa tu amat besar, so bersabarlah..

Begitulah yang dinasihatkan kepada si ibu rungsing tadi. Apa pendapat anda? Kalau ada sesiapa yang ada saranan lain sila la bagi tau..jangan malu-malu.. Saya pun tak malu-malu ni mengalu-alukan petua dan tips yang dah berjaya dipraktikkan..

12 comments:

lia said...

salam kenalan mamiraysha...sy pun sedang mencari2 tips mcmana nk menghadapi karenah anak yg tak mahu pergi ke taska...seronok bila terjumpa entry ni yg kisahnya betul2 ada persamaan dgn saya....mmg sedih sgt bila anak menangis@meraung2 tak nak ditinggalkan di taska..terasa mcm kita mendera emosi anak tu...tp cabaran ibu yg bekerja terpaksa la tabahkan jg hati & bertawakal sajalah semoga semuanya selamat....

mie said...

samalah kita mamiraysha..dah masuk 2 minggu dayana still nangis lagi..td teacher dia tepon pesan jgn risau sgt sbb pagi td sy dok ngendap diorang tgh buat ape..heheh..

Anonymous said...

Sama la, anak saya dah dkt 2 bulan hantar rumah pengasuh, tapi hari2 menangis, pengasuh pun pening..Pengasuh ok je,anak saya tu..saya pn xtahu nak wak apa, anak saya 4 bulan.nak juga cuba hantar ke taska, tapi taska sume dah penuh..ingat nak berubah angin.mujur la pengasuh boleh bersabar lagi nak jaga,

irma said...

sy pn pening kak..plz mcm mana..sy tau ni entry lama..tp dah sminggu serabut anak xnak g taska..so tgh2 search jmpe entry ni..anak 2 org..sorang umur 4 thn..sorang umur 2 thn..si aba bila p taska dia nk tido..tp nk adiknya teman dia..adik xnak..so abg meraung2..bila abg gitu..adik pn turut sama..yesterday & today paaaalingggg worst..:(.nk kata mnja..mungkin..tp sy xtau mcm mana sy nk pastikan keadaan taska baik..so..sy xperlu risau..blk2 ambil dia..msti tnya..seronok x g skolah..dia ckp seronok jekk.tp kenapa dia nangis..anyone can advice?

Aniza Aziz said...

saya juga menghadapi masalah yang sama. masa mula² dulu sampai pintu taska jer dah start pegang baju saya dan menanggis. sekarang ni dah 4 bulan pi taska belum sampai taska nak nanggis dulu dah. pening kepala saya memikirkannya....

Anonymous said...

Bila baca masalah puan2 semua saya mula lah tergelak.. terhibur gak rasa hati, saya ingat anak saya saje yg x hendak ke taska, saya pun sentiasa berdoa agar anak boleh biasakan dgn persekitaran baru. saya pun lemah lutut bila anak meronta2 tak mahu turun rumah.pulak tu saya ada anak kecil lagi yg berumur 4 bulan. mana saya nak paksa dia naik kereta, mana nak pegang adik dia. sungguh menyiksakan.

atie...nur said...

saya pun mnghadapi masalah yg sama...anak sy umur 2thun 4 bln..sblm mi dduk ngan pengasuh sjak abis pntang, bila pngasuh x bleh jga dh sy hntar taska..dh 4 bulan hntar g taska tp hari2 menangis otw nk pegi..dia dh tahu jalan nk g taska tu...tp bila smbang ngan pengasuh2 kt taska tu, diorang ckp ank sy ok je kt sna bila sy dh g keje...tp sy mmg risau pkmbangan emosi n psikologi dia...

Anonymous said...

Mungkin masa saja yg boleh menyelsaikan masalah kita. Doa dan berdoa lah selalu. Bila dh besar dia baru boleh fikir. Skrg saya sedang melawan kerenah anak saya Rayy,an yg dh berumur 5 thn. Pening tul.

Anonymous said...

Hmm saya lagi penin.saya suri rumah sepnuh masa..ank 5thn masuk taska..minggu pertama ok, kedua ok.mggu ketiga saya bosan dan kebetulan taska anak memang nak pakai guru..so dapatla jadi guru di situ..selepas saya duduk di situ barulah saya tahu anak saya moody bila di sekolah..kadang menangis tak bersebab.kadang tak nak ikut arahan guru..keadaan bertambah buruk bila anak asyik nak berkepit dengan saya walau saya dah janji akan memberikan hadiah untuknya jika dia tidak nangis dan ijut arahan guru..luckily anak saya sudah membaca dan menulis jadi kurang sdikit tekanan untuk giru kelasnya mengajar..serba salah saya dibuatnya sesangkan saya sbg seorang guru dan ibu pada masa yg sama..hati saya menangis bila melihat dia menangis..tapi saya thnkn jua sbb saya juga seorang guru..guru lain agak garang dan tegas..saya paham wlau diorg guru diorg msh muda diorg blom punya ank sebesar ank saya.runsing saya apakah patut saya berhenti..

halida said...

Says juga sedang menghadapi kdn yg sama kereta ank bongsu 4 thn x turun Dr kereta bila sampai ke Tadika...mengamuk2.....DLM hati Allah saja yg tahu...duduk kt tempat krrja pun hati x senang teringatkan ank

Anonymous said...

Saya pun. Anak 3thn. Dulu dok umah jiran dr lepas cuti pantang. Jiran pindah ujung thn 2014. Mula antar nursery bln disember 2014 tp sampai sekarang tiap2 pg antar dia nangis. Ptg2 ambik dia ok. Tp esok pg ulang lg nangis2 tarik2 baju ibu ayah time kami nk g keja. Saya google mcm2 tips nk praktikkan. Kebykan pendpt kata biarkan dan ibu bapa kena byk2 bersbr mcm dlm entry ni jugak. So bersabar lg ni nk tgk bila la dia nk ok..huhuhu

Liza Izara Fazriel Fahmi said...

anak saya pun sama gak..2 tahun 3 bulan meraung2 tak nak pg taska. sebelum ni ipar yg jaga tp bila ipar da pindah terpaksa hantar ke taska. dia menangis berhenti2 sepanjang hari. call taska, mkn tak nak myusu taknak..sedihnya la hati ini. lepas tu sepanjang hari tanya "ibu datang? ibu datang?" ya Allah siksanya saya rasa hati dan perasaan anak sy. sampai suami kata kita ni ibarat mendera perasaan dia nanti dia mental, kemurungan sian anak. suami nk hantar balik kg, tp sy tak nak, nanti anak tak rapat dengan saya. saya pula yg meroyan nanti..YA ALLAH....PERMUDAHKANLAH SEGALANYA BAGI KAMI YA ALLAH AMIN....