Check it out!

Monday, January 31, 2011

Pengalaman Bersalin : Episod 1

Salam. Misi meng'update' blog dimulakan. Sori ye kepada mereka yang ternanti-nanti entry terbaru daripada saya..hehe..kalau ada la. Rasa bersalah tu tetap ada bila tengok tiap hari statistik bertambah..tapi saya tak share entry baru. Dalam fikiran macam-macam nak tulis tapi masa tak mengizinkan. Weekend, baru je on laptop anak-anak dah datang..sibuk nak tengok gambo diorang. Ehm..kena la alihkan perhatian mereka dengan melayan mereka bermain. Bila anak-anak tido..mummy dia ni pon sibuk tido gak..hehe.. Bila mummy bangun..baru wat keje rumah skit..dah bangun dah.. ehm..kuat betul la chemistry antara ibu ngan anak ni... Last-last azam nak mengupdate blog berkubur begitu aje..

Entry ari ni saya nak share pasal pengalaman bersalin. Dah lama nak tulis entry ni tapi tak tulis-tulis gak. Dulu sebelum bersalin..saya suka search internet baca pengalaman orang bersalin. So, kali ni saya pun nak kongsikan gak pengalaman bersalin saya untuk orang baca. Setiap orang mempunyai pengalaman bersalin yang berbeza kan?

Pengalaman bersalin episod 1 ni maknanya..pengalaman saya bersalinkan anak yang sulung. Episod pertama bersalin dalam hidup. Berlaku pada 19 Jun 2008 pada pukul 6.10 pagi.

Actually, saya dijangka bersalin pada 24 Jun 2008. Tapi baby nak kuar awal 5 hari..pada usia kandungan 39 minggu 2 hari.

Ada member yang belum ada pengalaman bersalin tanya saya, sakit tak bersalin? tak takut ke bersalin?

Ehm? saya jawab..sakit tu memang la sakit kak..baru la setimpal dengan ganjaran yang Allah bagi kat orang pompuan yang bersalin ni.

"Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah."

"Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya."

Takut? takut tu tetapla ada..tapi tak la biarkan ketakutan tu menguasai diri. Nak tak nak kena gak menempuhinya. Dah nama pun orang pompuan kan. Yang pasti letakkan keyakinan yang Allah akan bagi kekuatan..

Sebelum bersalin..belum ada pengalaman sendiri..macam-macam dengar pasal bersalin ni. Bertarung nyawala.. Nyawa di hujung tanduk la.. Hingga hujung nyawala (ep..tajuk filem daa..hehe)

Bila dengar bab nyawa-nyawa ni..ngeri gak rasa.. Tapi kuatkan gak la semangat.. setiap orang ujian berbeza-beza. Ada orang Allah uji dengan kepayahan untuk mengandung. Ada orang Allah uji dengan kepayahan sewaktu mengandung.. Ada orang Allah uji dengan kepayahan sewaktu bersalin.. Ada orang Allah uji dengan kepayahan waktu dalam pantang.. Ada orang Allah uji dengan kepayahan nak membesarkan anak. Kesimpulannya..hidup ni memang tak dapat lari daripada ujian Allah. Tapi yakinlah yang Allah hanya menguji kita sesuai dengan kesanggupan kita sendiri. Sesungguhnya Allah maha mengetahui..kemampuan hamba-hambanya..

Okeh, berbalik semula kepada cite asal..episod bersalin. Sebenarnya starting point episod bersalin ni bermula pada 13/6/2008. Pepagi bangun tido tetiba rasa basah aje. Aik? biar betul? Air apa ni? Due date 24/6/2008. Air kencing ke? ke air ketuban? Cuba cium..takde bau apa-apa.. En asben pun suspen gak. Kebetulan pagi tu ada appointment check up kat klinik kesihatan Selayang Baru. Nurse suruh refer doktor dan doktor terus bagi surat refer hospital selayang.

Tak pasal-pasal la saya kena lalui prosedur check bukaan dan ultrasound. Doktor cakap belum masanya untuk bersalin. Takde bukaan laluan untuk baby pon. Air ketuban ok..belum pecah lagi. Ehm? misteri sungguh.. air apa ek?

Kat opis cite kat member2 yang senior..ada gak yang penah mengalaminya. Dia cakap..tak lama lagi bersalin la tu.. Air ketuban agaknya tertumpah skit..

18/6/2008 hari Rabu, lepas opis hour sempat lagi pi shopping ngan husband kat Giant Batu Caves. Masa ni dah rasa tak larat dah nak jalan.

Balik rumah..dah rasa sakit-sakit pinggang dah. Lepas solat Maghrib lagi la sakit pinggang. Kejap sakit kejap hilang.. Aik? ni sakit nak bersalin ke? Menurut pembacaan.. tanda-tanda nak bersalin ni contraction kat perut, air ketuban pecah dan juga keluar darah. Takde pun ketiga-tiga tanda ni..

Tanpa membuang masa..saya budak baru belajar ni..telefon la member yang telahpun berpengalaman bersalin 2 bulan yang lalu. Tak telefon mak pun..sebab tak mao dia risau. Member cakap sakit pinggang tu tanda nak bersalin. Contraction la tu namanya. Kalau sakit sangat..pergi la hospital. Kalau tak..releks2 dulu kat rumah. Biasanya anak sulung ni lambat skit nak kuar katanya. Dia dulu pukul 8.00 pagi pecah air ketuban..pukul 1.00 pagi keesokan harinya baru bersalin. Punyalah lama..

Ok la bertahan je la dah member cakap camtu. En asben pun ikutkan aje la. Masuk isyak..solat siap2..sempat lagi baca Surah Yasin dalam menahan sakit. Mudah-mudahan senang la nak bersalin nanti..

Lepas settle semua..sakit pinggang masih lagi terasa. 10 minit sekali sakit pinggang ni melanda. Tetiba lak rasa ada something kuar. Opps! lendir campur darah. Tunjuk kat en asben. Apa lagi..dia pun ajak la pi hospital. Masa ni dah pukul 10 lebih dah.

Berdebar-debar gak la rasa nak pi bersalin ni. Bercampur baur perasaan. Sampai je kat Hospital Selayang..macam biasa la prosedur..check bukaan. Sebelum tu kat kaunter pendaftaran dia interview dulu. Kenapa datang? Cakap la apa yang dialami. Doktor check, laluan dah buka 1 cm. Malam tu terus kena tahan wad. Pulang la en asben sorang diri.. setelah membelikan setin air milo dan coklat kit kat melalui vending machine untuk isterinya ini.

Sakit pinggang semakin menjadi-jadi. Tak bleh nak tido langsung. Menonggeng-nonggeng la saya atas katil tu sorang-sorang menahan sakit pinggang. Pukul 1 pagi dah tak tahan..tekan la butang yang tersedia untuk panggil nurse. Nurse datang..check bukaan..baru 1.5 cm! Hah? sikit je peningkatan..

Waktu ni..nak baca surah apa-apa pun tak mampu. Nak baca doa nabi nuh ketika dalam perut ikan nun pon tak daya. Cuma bleh baca dalam hati je. Tu pun tak bleh sepanjang masa.. punyalah sakit!

Pukul 4 pagi.. nurse datang..minta ke bilik lain untuk check denyutan jantung baby. Dia kata..kalau denyutan jantung baby ok..dia nak bagi ubat tahan sakit. Hasil daripada pemeriksaan yang tak perasan plak berapa lama..stengah jam kot..denyutan jantung baby tak cantik sebab baby tido. So dia tak bleh bagi ubat tahan sakit.
Check bukaan dah 4 nak ke 5 cm. Nurse pun bagi ubat untuk merangsang pengeluaran segala khazanah dalam tangki septik i ni..ehehe dan juga pecahkan air ketuban dengan menggunakan sebatang kayu panjang. Pasni bleh masuk labour room. Dia juga suruh call en husband suruh datang dan bawa sekali baju dan keperluan baby.

Pukul 5.20 pagi saya sampai di labour room. Masa ditolak ke labour room husband tak sampai lagi. Salah sorang nurse bertanya..anak ke berapa ni? Saya cakap anak sulung. Dia cakap..anak sulung ni biasanya lama.. 1 jam buka 1 cm. Ini pukul 10 pagi baru bersalin ni. Hah? Biar betul.. punya la lama..tak tahan dah ni..

Nasib baik la tak lama lepas tu en asben sampai. Sejuk tangan dia masa pegang tangan i. Takut jugak ke? hehehe.. ehm..mungkin sejuk air cond kete la kot. Tak ingat la en asben bagi kata-kata semangat apa. Tak terakam kat memori plak.. maklumla dok sibuk menahan sakit.

Masa ni doktor yang handle saya doktor pompuan. Dia cakap..kalau sakit sangat nak teran..teran la. Sakit tu sebenarnya yang akan membantu baby kuar. Dia ajar..teran macam nak buang air besar. Jangan angkat punggung..nanti koyakan besar.

Apa lagi..i pun teran je la macam kena sembelit...hehe.. bila berjaya..doktor cakap.."pandai.. ok buat lagi.." sejuk hati dengar.. semangat nak teran lagi.. memang sepanjang proses bersalin ni..kata-kata semangat memang diberikan..

Bila dah nampak kepala baby..doktor siap panggil en asben untuk tengok kepala baby. En asben pun memberanikan diri la jugak pi tengok..dah doktor pompuan suruh. kang dikatakan penakut plak..walau pun dalam hati memang dia takut..ehehe..

Akhirnya..dengan beberapa kali (tak ingat) cubaan meneran..lahirla zuriat pertama hasil perkongsian hidup dengan en asben terchenta pada pukul 6.10 pagi dengan berat 3.19 kg. Alhamdulillah! tak de la sampai pukul 10 pagi macam yang nurse tu cakap.. Leganya rasa..baby dah kuar. Nak kuarkan kepala dengan bahu je yang memerlukan tenaga meneran yang kuat..lepas tu takde masalah..terus je laju dia kuar.

Lahir je baby..doktor tunjuk kat si ibu dan tanya baby apa? Untuk pastikan yang si ibu sedar. " Lelaki" jawab saya. Kompem i sedar ye. Terus doktor letak kat atas perut kejap sebelum dibersihkan.

Lepas dah hadiahkan seorang baby lelaki kat en asben..dia pun hadiahkan kucupan sayang di dahi kat pemberi hadiah ni.. bestnya..rasa nak bersalin je lagi..hahaha.. maklumla en asben ni kedekut skit ngan kucupan sayang dia..

Okeh..nak cite bab tak best plak. Dah siap bersalin..kena jahit plak koyakan kat laluan baby tadi. Aduh! nurse cucuk jarum bius pun dah sakit. Biusnya tahan kejap aje. Tu pun still rasa sakit. Saya siap gigit kain tudung untuk tahan sakit (Atas je tutup aurat..bawah.. darurat!)..walaupun rasa nak je gigit si tukang jahit..hehe.. tapi nak wat macamana..dah tugas dia membantu kita kan. Serius! kena jahit lagi sakit dari bersalin tau. Alhamdulillah..nasib baik tak la lama sangat kena jahit..
Dah siap jahit..ingatkan dah habis dah. Rupanya ada plak quality check oleh doktor. Abis ditekan-tekannya jahitan tadi nak pastikan jahitan tu sempurna. Adoii! rasa nak tendang je doktor tu. Sesuka hati je menekan. Sabar..sabar.. lagi sekali kain tudung jadi mangsa gigitan. Nasib baik i pakai tudung..kalau tak..sape la jadi mangsa gigitan i..hehe..

Lepas dibiarkan beberapa ketika berehat kat labour room..saya ditolak ke wad bersalin. Kena tahan wad sebab doktor nak pantau baby 24 jam. Nasib baik 24 jam je. Bukan baby je dipantau. Si ibu pun dipantau gak. Ambik tekanan darah.. suhu badan.. juga check jahitan! Once again!

Bestnya Hospital Selayang ni..ialah ia hospital rakan bayi. Hospital yang menggalakkan penyusuan susu ibu. Dalam tempoh 1 jam lepas bersalin..baby perlu disusukan dengan susu ibu. Lagi 1 hospital ni..mengizinkan suami atau ibu untuk mengiringi kita bersalin. Tak perlu syarat-syarat nak kena pergi kursus bagai. Ada hospital yang saya dengar, suami tak bleh teman isteri bersalin kalau tak pergi kursus. Pulak..

Begitulah pengalaman tak seberapa saya melahirkan anak sulung, UMAR RAYYAN BIN MOHD SHARORAMADAN. Moga dia menjadi insan hebat sehebat empunya nama..Khalifah Umar Al-Khattab..

Nantikan Pengalaman Bersalin : Episod 2 di entry yang akan datang..

2 comments:

armouris said...

info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALU - Bersalin Dalam Air Kurang Sakit

Juma Ismail said...

hahaha. kelakar sangat cara akak cita. tapi dengar jadi seram. sakit :( hehe