Check it out!

Tuesday, January 25, 2011

Rahsia Rayyan rela ke Taska

Salam. Sekarang ni Rayyan dan Rania berada pada minggu ke-4 di taska. Rania ok..nak masuk taska tanpa tangisan. Sebaliknya..Rayyan masih enggan masuk ke taska. Walaupun kat rumah elok je cakap nak pegi sekolah nak jumpa teacher..angkat beg sendiri masa nak kuar rumah. Dah sampai baru wat perangai..nak pegi kedai la pulak..tak nak pegi sekolah.

Hari ni tiada paksaan dilakukan ke atas Rayyan. Malas nak paksa-paksa lagi. Layan je la kerenahnya. Tak nak dia tumpahkan air mata lagi. So..mummy pimpin tangan dia dan bawa la ke kantin yang berdekatan. Memula dia berminat nak beli air tin perisa lemon tea. Bila dia pegang sejuk sangat agaknya..tak jadi beli.. letak balik. Mummy offer keropok ikan dia tak mau. Nak nasi goreng pulak. Bila nak senduk nasi goreng..nak mee goreng pulak. Ehm..last2 campur dua je la. Itu je la yang dia berminat nak beli. Dia dah siap tarikkan kerusi suruh duduk.."mummy..dodok sini.." Mummy jawab.."Tak boleh..mummy kena pegi keje.." Rayyan akur..

Sambil jalan dua beranak tu..mummy cakap la kat dia.."lepas pi kedai..Rayyan kena pegi sekolah tau..mummy kena keje.. kesian Rania kat sekolah sorang-sorang takde kawan."

Lepas pegi kantin..mummy ajak Rayyan pegi opis jap. Tunjuk kat dia yang mummy dia ni memang kena pegi keje. Tunjuk kat dia..fail yang menimbun atas meja. "Rayyan tengok ni..ni semua keje mummy kena buat. Banyak keje mummy tau. Mummy kena keje..Rayyan pegi sekolah ye.."

Tadi masa sampai je dalam opis, Rayyan dah bersila duduk atas karpet sambil cuba bukak bungkusan makanan. "Mummy jom dodok..makan." Pelawa Rayyan..sambil lepas tu angkat tangan baca doa makan. Sejuk hati mummy tengok.. tersentuh gak hati ni..sebab terpaksa hantar dia ke taska lepas ni.

Mummy pon joint la Rayyan makan. Tak banyak pon makan..adala 3, 4 suap..dia dah sudah. Tak nak makan lagi. " Dah siap makan..jom pegi sekolah.." kata mummy. Rayyan jawab "Tak nak pegi sekolah". Mummy jawab balik, " Eh..mana boleh..mummy kena keje..Rayyan kena la pegi sekolah.."

Rayyan ikut aje tanpa bantahan. Tiada pemberontakan. Tiada tangisan. Berjalan la dua beranak ni ke taska. Dekat je. Masa dah sampai lobi, Rayyan tanya.."mana makanan?" "Laa..tadi ayen cakap dah tak nak..mummy tak bawak la.." kesian plak kat dia..tadi eksen tak nak. Perjalanan diteruskan. Sambil jalan tu..kami main teka-teka huruf yang terpampang kat signage di tepi jalan. Lagi skit nak sampai pagar taska..mummy pun hulur tangan bersalam ngan Rayyan. Saje nak test. Ok..Rayyan pun salam..sayang pipi..

Sampai je taska, dengan relanya..Rayyan melangkah masuk ke pintu pagar taska. Salam teacher. Lambai mummy. "Babai mummy.." Mummy hantar sampai pagar je..tak payah nak hantar sampai muka pintu.

Seronoknya hati bila nampak anak masuk taska dengan rela.. Baru la mummy tahu..dengan anak mummy yang sorang ni..tak boleh nak paksa-paksa..kena layankan karenah dan pujuk dengan baik..

Sebenarnya hari ni kali ke-2 formula "layankan aje" berjaya. Sebelum ni mummy buat hari Rabu minggu lepas. Hari terakhir Rayyan dihantar ke taska sebelum cuti panjang sampai semalam. Masa hari Rabu hari tu..macam biasa Rayyan tak nak masuk taska. Puas pujuk dia still tak nak. Macam hari-hari sebelum tu..angkat dia masuk taska secara paksa. segala kata-kata pujukan dia tak layan. Menangis la dia meraung-raung kat dalam taska tu tanpa pujukan oleh sesiapa. Mummy tak terus balik tapi dok balik dinding..nak tengok sejauh mana dia akan menangis. Ada la 5 minit kot..mummy tak mampu lagi bertahan. Kesian kat Rayyan yang menangis sambil gegar grill pintu. Takde teacher pon yang pujuk dia. Kesiannya.. mummy pon ambik Rayyan dan bawa ke pejabat. Sepanjang jalan nak pegi opis dia still menangis..tak berhenti lagi. Tapi bila lalu je lobi opis dia dah gembira. Seronok la pulak.

Masa kat opis..mummy saje buat tak layan dia sangat. Mulut dia macam biasa tak berhenti2 menanya itu dan ini. Mummy saje je wat banyak keje.. layan pon ala kadar aje. Tapi still layan gak la. Tak sampai hati.. walaupun niat di hati nak buat dia rasa tak seronok berada di opis mummy.

Kat opis Rayyan sangat baik. Ikut aje apa mummy cakap. Tu yang lebih simpati kat dia tu. Rayyan tak lama pon kat opis. Disebabkan dia cakap "mummy..ayen beyak.." kena la hantar dia ke taska segera sebab takde bekalan pampers kat opis ni. Siap je cuci..kami pun memulakan perjalanan ke taska.

Dalam perjalanan..kami main teka-teka huruf yang terpampang.. sambil main isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. "Mummy kena pegi keje..Rayyan pegi?" "sekolah.." hehe.. Sampai je pagar taska..dengan rela dia masuk. Siap tunjuk kat member bungkusan roti di tangan dia.."ni ayen punya!" dah masuk terus duduk mengadap tv..tak layan dah mummy.. mummy babai pun dah tak perasan..

Ehm.. agaknya macam tu rupanya nak tackle Rayyan.. harap-harap menjadi lagi la formula "layankan aje" ni untuk masa akan datang.

2 comments:

cik mok cik mei said...

perangai sapo la ni. hehehe.

siti rauddah binti moktar said...

bagus la cam tu..ada anak yng boleh dilayan aje le.tapi setengah2 la g makin dilayan makin menjadi.apa pun mendidik anak biar cara kita supaya serasi bersama.