Masuk hari ke-2 hari ni Rayyan dan Rania ke taska. Episod sedih semalam masih berulang lagi pagi tadi. Sampai je taska Rayyan dah wat muka nak nangis. "Tak nak pegi sini. Nak pegi taman.." Huhu..wat perangai dah..
Rania tak cakap nak pegi taman..tapi tak nak bila teacher dia nak ambik. Suruh salam dia salam. Rayyan pun sama..salam nak..tapi nak masuk pintu taska tak nak.. Nak wat drama ayah dan anak plak kat lobi taska tu..huhu.. siap nak panjat pagar taska lagi (daddy di luar pagar, Rayyan diri kat bangku di lobi taska sambil memeluk daddynya). Kecik2 lagi dah pandai nak panjat pagar skolah ni..apa cerita ni Rayyan..
Akhirnya Rayyan dan Rania kena ditinggalkan jugak. Apalagi menangisla mereka berdua. Sayu hati dengar. Tapi nak wat camne..mummy kena gak kuatkan hati ni. Harap-harap episod sedih ni hanya untuk minggu orientasi ni je ye nak..
Tengah hari tadi mummy datang lagi ke taska untuk menskodeng lagi. Nasib baik taska dekat je dengan opis mummy. Bleh la datang jenguk waktu rehat. Hasil penskodengan mendapati Rayyan dan Rania tengah tido. Lega skit rasa. Teacher cakap..Rania ari ni dah ok skit tak banyak nangis macam semalam. Rayyan dia tak komen..mungkin komen terakhir semalam masih dikekalkan iaitu..Rayyan dah ok..dah dapat kawan..
Harap-harap anak-anak mummy ni cepat sesuaikan diri ye.. enjoy kat tempat baru.. baru la enjoy mummy nak wat keje kat sini tanpa risau kat kalian berdua..
No comments:
Post a Comment