Check it out!

Saturday, January 22, 2011

Bahaya Vicks VapoRub?

Salam bersiaran dari Langkawi. Hehehe..mengisi masa lapang sambil mendengar taklimat penyediaan bajet 2012 dan pengurusan kewangan.

Belum lagi nak cite pasal Langkawi. Bukan juga nak cite pasal taklimat kewangan. Hari ni saya nak kongsi sedikit fakta yang dah lama saya dengar tapi baru je sekejap tadi dibangkitkan kepada seorang kawan yang sedang selsema. Dah kebiasaan kita..kalau selsema..mesti nak cari vicks vaporub kan? Macm tu jugak ngan member yang selsema ni. Dia nak masukkan vicks tu dalam lubang hidung. Dah biasa katanya. Saya tetiba plak teringat macam penah dengar yang tak bleh wat cam tu. Saya pun cakap kat dia apa yang saya teringat tu tanpa bagi hujah.. sebab tak pasti plak apa akibatnya. Saya minta dia baca arahan yang tertulis kat kotak vicks tu.

Ini yang tertulis kat kotak vicks..

Awas : Untuk kegunaan luar sahaja. Jangan dimakan atau dimasukkan ke lubang hidung. Mungkin menyebabkan sawan jika dimakan atau digunakan di dalam. Untuk kegunaan orang dewasa dan kanak-kanak berumur 2 tahun dan ke atas. Pengawasan haruslah dilakukan apabila merawat kanak-kanak yang lebih besar. Jika demam, batuk atau gejala-gejala lain berterusan, dapatkan nasihat doctor. Jauhkan daripada kanak-kanak. Hindari daripada terkena mata. Jangan disapukan ke kulit yang luka atau cedera.

Kekadang kita terlupa nak baca arahan kat kotak ubat kan. Saya pun terlepas pandang yang kanak-kanak bawah 2 tahun tak bleh guna.

Bagi menambahkan lagi fakta..saya pun search la kat internet. Nak recall balik..apa yang pernah saya terbaca sebelum ni. Akhirnya..jumpa juga!

CHICAGO: Penawar selsema popular yang kerap digunakan ibubapa, Vicks VapoRub, dikenal pasti boleh menyebabkan masalah pernafasan di kalangan kanak-kanak di bawah usia dua tahun apabila disapu secara tidak betul di bawah hidung, kata penyelidik Amerika Syarikat semalam. Mereka berkata, penggunaan produk Procter & Gamble Co (P&G) itu dengan cara berkenaan boleh menyebabkan saluran pernafasan kanak-kanak yang kecil membengkak dan dipenuhi lendir, menyebabkan masalah pernafasan teruk.

“Satu-satunya masalah yang kami lihat ialah pada kanak-kanak apabila ia disapu di bawah hidung,” kata Dr Bruce Rubin dari Jabatan Perubatan Universiti Wake Forest di Carolina Utara, dalam temubual telefon.
Rubin berkata, bahan dalam Vicks boleh menyebabkan kegatalan, menjadikan tubuh mengeluarkan lebih banyak lender untuk melindungi saluran pernafasan. Oleh kerana saluran pernafasan kanak-kanak lebih sempit berbanding dengan dewasa, sebarang pertambahan lendir atau bengkak boleh menyebabkan ia menjadi lebih sempit.

“Syarikat menyatakan dengan jelas ia tidak boleh disapu di bawah hidung atau di dalam hidung bagi sesiapapun dan tidak sepatutnya digunakan pada kanak-kanak di bawah usia dua tahun,” kata Rubin.

Beliau dan rakannya mula mengkaji penggunaan ubat itu selepas merawat kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan yang menghidapi masalah pernafasan selepas salap itu disapu di bawah hidungnya. Mereka mengkaji feret, yang memiliki anatomi salurann pernafasan sama seperti manusia. Pada haiwan yang mengalami jangkitan dada itu, produk berkenaan meningkatkan lendir dan mengurangkan kemampuan haiwan berkenaan membersihkannya – Reuters

Petikan dari Akhbar Berita Harian, Rabu 14 Januari 2009, halaman 47

Credit to : http://www.kuskom.net

Kesimpulannya kawan2..kita kena aware arahan pada kotak ubat. Kalau tidak..ubat yang sepatutnya mendatangkan manfaat akan mengakibatkan kemudaratan plak..

1 comment:

mademoiselle said...

suria..i agree. masa monthly cek up haziq last year..nurse kk t...poi siap suh aku letak vick then aku straighaway bantah n ckp vicks is not for our toddlers. dia tak puas ati siap ckp docs dia yg ajar..aku siap ckp de artikel psl menda nie n suh dia carik..bygkan if mummis lain tatau..camane ikut jer la ekk..isk3x..