Salam. Kali ni saya nak kongsi lagi cerita pasal tekanan ni. Kira ni kesinambungan topik wanita lebih stres berbanding lelaki? yang penah saya post dulu la. Kalau belum baca..bleh la baca dulu..hehe.. Apsal la saya utarakan topik ni? Ehm..saya rasa tekanan ni semua orang alami..takde terkecuali! Lagi pula kajian telah mendapati bahawa wanita lebih tertekan berbanding lelaki. Bagi mummies yang breastfeed baby..memang perlu menjauhi sebarang bentuk tekanan ni. Kalau tak..alamatnya penghasilan susu bleh terganggu.. Kesian baby jadi mangsa tekanan mummy dia..hehe.. So i'm very concern pasal tekanan ni..
Bertanggapan negatif boleh menyebabkan tekanan. Sebaliknya, jika kita tukarkan persepsi negatif ini kepada positif ia boleh mengurangkan tekanan. Misalnya, kita mungkin berasa sukar hendak menerima kenyataan bahawa kita ditukarkan tempat bertugas yang lebih jauh..sedangkan kita sudah selesa dengan pejabat lama. Tetapi sekiranya kita tukarkan daripada persepsi negatif ini kepada persepsi positif iaitu "Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Mungkin penghijrahan ini menambahkan lagi pengalaman dan meluaskan lagi persahabatan.." boleh mengurangkan tekanan akibat pertukaran ini. Dalam hal ini, pembentukan semula minda membolehkan kita menimbangkan semula reaksi pada sesuatu perkara yang lebih baik.
Begitu juga ketika kita menerima berita kehamilan yang tidak dijangka (hahaha..tak abis2 cite kehamilan tak dijangka..nak wat camne..rasanya ini yg paling rapat dgn org pompuan kan..). Ketidaksediaan kita menerimanya boleh menimbulkan tekanan..lantaran berbagai-bagai persepsi negatif berlegar-legar di fikiran. Jangan biarkan pemikiran negatif ini menguasai fikiran kerana tekanan akan menjadi lebih kronik. Sebaliknya, tukarkan persepsi negatif ini kepada positif dengan menyatakan pada diri " Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Setiap yang Allah jadikan..ada rezeki masing-masing. Mungkin kehadiran anak ini boleh menjadi pengikat kasih sayang suami kepada kita. Mungkin Allah nak kita susah dahulu..senang kemudian.. Allah nak bagi anak yang sedia ada seorang kawan lagi.."
Kita mungkin tidak mampu merubah keadaan yang telah ditentukan. Tetapi apa yang kita mampu adalah menerima kenyataan. Nak tak nak kita kena terima juga. So, bagaimana kita menerima kenyataan itu adalah paling penting. Bila kita terima secara negatif maka kita akan berdepan dengan tekanan. Sebaliknya, jika kita terima secara positif maka tenanglah hidup kita. So, bila kita mampu mengawal pemikiran kita..kita mampu mengawal tingkah laku kita!
Saya nak kongsi cerita pasal satu kisah yang saya jumpa dalam buku EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. Diceritakan bahawa seorang raja di Timur Tengah bermimpi bahawa gigi baginda tercabut satu demi satu sehinggalah habis. Mimpi tersebut membuatkan baginda berasa sedih. Baginda pun memanggil pentafsir mimpi untuk membuat tafsiran berkenaan mimpi tersebut. Pentafsir mimpi pertama berkata kepada baginda " Wahai tuanku, saya mempunyai berita buruk untuk tuanku. Tuanku akan kehilangan semua ahli keluarga, satu demi satu sehingga tinggal tuanku seorang sahaja yang hidup." Tafsiran pentafsir mimpi ini telah menimbulkan kemurkaan raja lalu beliau dihukum penjara.
Kerana tidak berpuas hati, raja memanggil pula pentafsir mimpi yang kedua. Selepas pentafsir mimpi itu mendengar mimpi yang disampaikan, beliau berkata, " Wahai tuanku, saya ada satu berita baik untuk tuanku. Tuanku akan dipanjangkan umur lebih lama daripada kesemua ahli keluarga yang lain." Apabila raja mendengar tafsiran mimpi ini, baginda berasa amat gembira lalu memberi ganjaran yang lumayan kepada pentafsir mimpi tersebut. Namun begitu, di kalangan pembesar-pembesar raja sangat terkejut dengan tafsiran itu. Tafsiran pentafsir mimpi pertama tidak berbeza dengan tafsiran pentafsir mimpi kedua tetapi mengapa pentafsir mimpi pertama dipenjarakan, sebaliknya pentafsir mimpi kedua tidak dipenjarakan, malah diberikan ganjaran lumayan lagi! Pentafsir mimpi kedua menjawab persoalan para pembesar, "Ya! kamu semua benar, kami berdua telah mentafsirkan mimpi itu dengan cara yang sama. Akan tetapi, perkara yang penting sekali ialah ia tidak hanya bergantung dengan apa yang kamu katakan, tetapi bagaimana kamu mengatakannya."
So, moral of the story..pembentukan semula minda daripada tanggapan negatif kepada positif lebih memberi kebaikan dan secara tidak langsung boleh mengurangkan tekanan. Renung-renungkan..
No comments:
Post a Comment