Check it out!

Monday, July 19, 2010

Melembutkan Hati Suami Dengan Solat Hajat

Seseorang yang rapat dengan saya..tetiba bertanya pasal solat hajat. Bukan dia tak tahu..cuma nak pastikan yang solat dia betul-betul ikut prosedur yang digariskan. Surah yang paling afdhal dibaca pun dia tanya..nak pastikan solat hajat yang dia buat adalah yang terbaik.. Nak pastikan hajatnya dimakbulkan.. Ehm..surah paling afdhal? Tak pastila pulak. Biasanya rakaat pertama lepas baca Al-Fatihah, baca Surah Al-Kafirun.. Rakaat kedua plak lepas baca Al-Fatihah, baca surah Al-Ikhlas. Tapi Islam ni tak memberatkan..bahkan memudahkan. Bacalah apa-apa pun surah yang dihafal..tak kisahpun. Allah terima..asalkan niat kita ikhlas..solat penuh khusyuk..memohon sungguh2 kepada Allah dengan rendah hati.

Kenapa tetiba plak tanya pasal solat hajat ni? Rupa2nya..si dia yang rapat dengan saya ni berhajat untuk memohon kepada Allah untuk melembutkan hati suaminya..yang suka sangat keluar rumah dan berborak dengan kawan-kawan kat kedai makan. Isteri mana yang tak terasa bila kat rumah si suami diam tak bercakap dengan isteri..tapi kat luar rumah..bukan main berborak dengan kawan. Hati isteri ni kan sensetif.. tapi jarang suami yang nak memahami. Bagi mereka..cukup makan..cukup pakai..cukup tempat tinggal..dah cukup lah kasih sayang tu.. tapi layanan macam mana? Cara cakap macam mana? Ehm..isteri mana yang tak kecik ati bila tanya sepatah jawab sepatah. Itu pun nasib baik ada patah gak yang kuar. Kalau nasib tak baik..diam seribu bahasa. Bak kata pakar motivasi, komunikasi sangat penting dalam membina rumah tangga yang bahagia.. kalau tak, masing-masing memendam perasaan sendiri..

Pada hari dia bertanya saya, dah 2 minggu berturut2 dia buat solat hajat ni. Alhamdulillah..dah nampak sedikit perubahan pada suaminya. Suaminya tidak keluar rumah untuk melepak lagi. Bila saya dengar cerita dia tentang kesungguhannya melakukan solat hajat untuk mengubah si suami, saya jadi insaf. Kata-katanya membuatkan saya muhasabah diri. Teruknya saya..lekanya saya..tak buat pun solat hajat memohon kepada Allah untuk mengekalkan kebahagiaan yang dikecapi.. menjauhkan dugaan yang tak sanggup dihadapi. Sanggup melayan perasaan sendiri berbanding mengadu kepada yang Maha Mengasihani.. Fitrah insan yang mudah lupa. Hanya berdoa ketika ditimpa dugaan..tapi leka bila diberi kebahagiaan. Terima kasih ya Allah kerana menyedarkan melalui cerita seorang insan..

Dalil Solat Hajat:
عن عبد الله بن ابي اوفي ان النبي (ص) قال : من كان له الي الله حاجة او الي احد من بتي ادم ، فليتوضأ وليحسن الوضوء وليصل ركعتين ثم ليثن علي الله وليصل علي النيي (ص) ثم ليقل : لا اله الا الله رب العرس العضيم والحمدلله رب العلمين اسألك موجبات رحمتك وغزائم مغفرتك، والغنيمة من كل بر والسلامة من كل ذنب ، لا تدع لي ذنبا الا غفرته ولا هما الا فرجته ولا حاجة هي لك رضا الا قضيتها يا ارحم الراحمين .
( رواه الترمذي )
Maksudnya : Abdullah bin Aufa meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda : Sesiapa yang ada hajat kepada Allah atau kepada seseorang daripada anak Adam, hendaklah menyempurnakan wuduknya. Kemudian hendaklah solat 2 rakaat serta memuji AllahS.W.T. , Bersalawat kepada Rasulullah & berdoa : " Tiada tuhan selain Allah yang mempunyai Arasy yang Maha Agong & segala puji-pujian untuk Allah Tuhan semesta alam. Aku memohon rahmatmu, keampunanmu, mendapat semua kebaikan & selamat daripada segala dosa. Ampunilah dosaku, hilangkanlah kesusahanku, penuhilah hajatku yang Engkau redai, Ya Allah yang maha penyayang lagi maha mengasihi"

Hikmah Solat Hajat:

- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yg Maha Mendengar & Maha Mengetahui
- Memberi ketenangan jiwa kpd seseorang
- Tekun & gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah
- Tidak putus asa dengan takdir Allah
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah)


Moral of the story, tak perlulah kita melakukan perkara2 kurafat..seperti berbomoh2 untuk melembutkan hati suami..bagi nasi kangkang untuk menundukkan suami..nauzubillah..hilang keberkatan rumahtangga. Bila hilang keberkatan..hati pun pasti tak bahagia. So, disamping berusaha menambat hati suami, berdoalah kepada yang menjadikan hati ini. Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin. Sabda Rasulullah saw,
Masa yang paling dekat antara hamba dengan tuhannya ialah ketika sujud. Oleh itu perbaikkanlah berdoa ketika sujud..

Wallahu'alam.. sama-samalah kita saling mengingatkan..

2 comments:

lydzar said...

berguna jugak cerita ni. sy pon selalu jugak alami kes suami diam dirumah, kepoh diluar. saya komplen juga pada dia. alhamdulillah berkesan bila berterus terang :)

mamiraysha said...

Itulah pentingnya komunikasi berkesan antara suami dan isteri.. tahniah! hehe..