Friday, October 15, 2010

Bonus untuk kakitangan awam

Setiap kali pembentangan bajet..rasanya kebanyakan kakitangan kerajaanlah antara orang yang paling excited nak dengar pembentangan bajet ni dengan hati yang penuh pengharapan agar PM umumkan bonus :-) Untuk bajet kali ini..rasanya CUEPECS mohon untuk 2 bulan bonus..tapi tak berjaya! Apa-apapun kakitangan kerajaan tidak dihampakan. Kerajaan bermurah hati untuk bagi RM500 sebagai bantuan untuk persediaan anak nak masuk sekolah awal tahun depan. Bayaran ni akan dibuat pada bulan Disember nanti.

Ramai yang keciwa tak dapat bonus ni.. tapi apakan daya.. kerajaan kata..kalau bagi bonus..perbelanjaan akan melebihi pendapatan. Berbilion gak la kerajaan kena spend untuk bayar bonus kalau diberi.

Ehm..RM500 pun jadilah..daripada tak merasa langsung ye tak? Ari tu nak raya kerajaan dah bagi RM500 dan hujung tahun ni pun dapat RM500 lagi..dah RM1,000 dah tu. Kalau suami isteri kakitangan kerajaan..dah dapat RM2,000. Sikit ke banyak ke..inilah rezeki yang telah ditentukan untuk kita. Syukur Alhamdulillah!

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Opps..lupa nak cite. Tadi ada member tanya, "abis akak ni tak kawin dan takde anak sekolah, dapat gak ke RM500 ni?" Hehehe..sian akak ni takut tak dapat RM500. Ingatkan nak jawab tak dapat..saje nak bergurau..tengok muka..kesian plak.." Dapat kak..pukul rata..semua kakitangan kerajaan Gred 54 ke bawah semua dapat.." Dengar je dapat..member dah plan nak wat spec baru! Banyak bleh beli dengan RM500 ni kan?

No comments:

Post a Comment