Friday, October 15, 2010

Cuti Bersalin 90 hari

Berita baru diterima! PM umumkan dalam pembentangan bajet 2011 petang tadi..kakitangan kerajaan boleh cuti bersalin 90 hari dengan dibayar cuti penuh! Huiyo..3 bulan tu..

Tapi keputusan ni bukanlah automatik..semua orang bersalin dapat cuti 90 ari. Tapi sebaliknya optional je..boleh pilih sama ada nak cuti bersalin 90 ari ke nak cuti bersalin 60 ari sebab ia tertakluk kepada cuti bersalin keseluruhan sepanjang perkhidmatan berjumlah 300 hari.

Kalau sebelum ni kaum hawa kakitangan kerajaan ni diberi keistimewaan cuti bersalin 60 hari terhad untuk 5 kelahiran sahaja sepanjang perkhidmatan dengan kerajaan. Kalau dihitung2..jumlah keseluruhan cuti bersalin sepanjang perkhidmatan untuk 5 kali bersalin ni adalah 300 hari. Sama je jumlahnya dengan pengumuman baru ni..cuma lain je kaedahnya!

Kalau sebelum ni mamiraysha dah 2 kali cuti bersalin sepanjang perkhidmatan..iaitu dah 120 hari dah ambik cuti bersalin..maknanya baki tinggal 180 ari je peruntukan cuti bersalin yang mamiraysha layak. Ini bermakna, kalau mamiraysha bercadang nak ambik cuti bersalin 90 ari untuk next baby..baki tinggal 90 ari je lagi untuk the next one. Ngam-ngam 4 orang anak. Cukup ke 4 orang? hehe..kalau nak anak 5..nampaknya kena la limitkan cuti untuk 60 ari je..tak merasa la nak cuti panjang2.. :-)

Apa-apa pun terima kasih la kepada pihak kerajaan yang wat keputusan ni. At least boleh bagi peluang kepada ibu-ibu untuk breastfeed baby directly dengan lebih lama. Lama la skit baby dapat merasa hubungan mesra dengan ibunya ye tak? Tambahan lagi, Tenang skit ati nak tinggalkan anak dah 3 bulan ngan pengasuh berbanding ketika mereka berusia 2 bulan..

Ada yang tak sabar2 nak bersalin ke bila dengar dapat cuti 90 ari ni? hehe..tapi sekiranya anda sedang mengandungkan anak yang ke-5 sekarang ni..last quota untuk cuti bersalin..nampaknya tak bleh la nak rasa cuti 90 ari ni..

Apa-apa pun ibu-ibu sekelian..pilih la yang terbaik untuk si manja anda! berbincang la ngan en. abang ye..

No comments:

Post a Comment