Monday, May 30, 2011

Teka bila baby nak keluar?

Tuan rumah masih belum bersalin lagi. Meniti hari dengan penuh debaran di hati..cewah! Menanti baby yang on the way nak kuar melihat dunia ni. Ikut due lusa je ni..huhuhu..nerbes2..

Berdasarkan sejarah kandungan yang lalu.. Rayyan lahir awal 5 hari. Rania pulak menepati tarikh duenya. Ikutkan trend ni..macam lewat je baby kali ni..hihi.. ok gak kalau lewat 5 hari.. bleh la mummy pegi kelas 5hb ni. Baby bleh la kuar 060611 kan.

Dua hari lepas abah saya call tanya..dah sakit nak bersalin ke blum? Saya jawab belum lagi. Abah saya teka saya akan bersalin pada 8 Jun 2011 nanti. Yang ni lambat sikit daripada yang dulu katanya, berdasarkan pemerhatian dia masa saya balik kampung awal bulan ari tu. Amboi! nujum pak belalang plak abah saya ni..hihi..

Ari ni..nampak je muka saya..ramai yang tegur. Aik? ada lagi? ingat dah dalam labour room dah. Ehm..nak wat camne..baby seronok dok kat dalam ni..hehe..empuk sangat agaknye kusyen kat dalam tu.

Sabar ye kawan2.. tengok la muka i ni puas2 sebelum i cuti 3 bulan nanti. Lepas raya la kita jumpa.. hihihi..

2 comments:

  1. agak2 nye dia nak kuar 4 june kot..sama ngan tarikh hari keputeraan agong kta..heee

    id : amiey lee
    http://dvillahati.blogspot.com
    terpaksa guna anon sbb tak leh komen pakai id..

    ReplyDelete
  2. Kalau sama..agak2 agong nak bagi present besar tak? hehehe..

    amiey tak cuba select profile Name/URL?

    ReplyDelete