Wednesday, June 1, 2011

Tanda-tanda bersalin

Genap 40 minggu usia kandungan saya ari ni. Baby masih belum tunjukkan tanda-tanda nak kuar lagi :-) Seronok dia dok kat dalam perut mummy yang empuk ni agaknya. Sekejap lagi pukul 3 petang ada appointment pemeriksaan antenatal kat Klinik Kesihatan Putrajaya. Ari ni banyak sangat dapat panggilan telefon bertanyakan dah bersalin ke belum..wah..ramainya ternanti2 i deliver my baby..hihihi..

Sekarang ni dah rasa tak selesa dah. Member2 cakap..perut saya dah turun dah..tak tinggi lagi. Dah dekat nak bersalin la tu katanya. Memandangkan baby dah turun ke bawah..so memang pengunjung setia toilet la sekarang ni. Sejak pagi tadi sampai saat ni..dah lebih 5 kali i mengunjunginya. Lagi la plak sedang diserang batuk..kena la sentiasa mengosongkan pundi kencing ini..takut terkucil..hihi..maklumla..grip dah loose.

Sementara nak menunggu baby ketuk pintu servik mummy ni..biarla mummynya ini buat ulang kaji sikit. Jom kita imbas kembali tanda-tanda nak bersalin.. (ceh! macam dah lama tak bersalin plak nak ulangkaji2..padahal hampir tiap2 tahun bersalin..hihi..)

Bahan ulangkaji ini didapati dari portal alam hamil.

Sekarang anda sudah hamil dan anda mungkin sudah bersedia untuk mengadapi hari kelahiran bayi anda. Proses kelahiran boleh memberikan keriangan dan juga ketakutan bagi mereka yang hamil. Anda rasa tidak sabar untuk melihat bayi anda dan dalam masa yang sama merasa takut terhadap kesakitan dan komplikasi yang mungkin berlaku semasa proses bersalin.

Ramai wanita merasa bimbang yang mungkin mereka tidak dapat mengenali tanda-tanda hendak bersalin sekiranya ia terjadi. Adalah penting untuk anda mempelajari tanda tanda awal bersalin supaya anda boleh membuat persediaan yang optimal untuk mengahdapi kelahiran.

Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan di hospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
• Menghadiri kelas antenatal
• Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
• Tonton video kelahiran
• Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

1) Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

2) Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

3) Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar. Kebanyakan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

4) Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

5) Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walau bagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semasa pemeriksaan faraj.

Mamiraysha : Masa nak bersalinkan Rayyan dulu, tanda-tandanya..sakit belakang (pinggang), kontraksi rahim dan juga bloody show. Rania pulak hanya kontraksi rahim berserta sakit pinggang, tanpa bloody show. Kedua-duanya air ketuban dipecahkan oleh doktor.. Baby kali ni? Tunggu next entry..hihi..

2 comments:

  1. Saya bersalin pada pukul 10.17 malam pada hari entry ini ditulis, 1.6.2011. Baby yang menepati waktu! lahir pada tarikh jangkaan bersalin, 40 minggu. Tandanya, kontraksi 5 minit sekali dan bloody show. Memandangkan anak ke-3 saya, so proses sangat cepat. Saya mula rasa sakit pada pukul 7 petang. Bersiap ke hospital dan tiba di hospital pada pukul 9.30 mlm. Lalui semua prosedur termasuk CTG, doktor check bukaan serviks dah 6 cm dan terus disorong ke labour room. 10.05 mlm sampai labour room dan bersalin pada pukul 10.17 mlm.

    ReplyDelete
  2. Due 24/9/2014 tp xder tnda lg... Cme kdg2 bgun pg prot mngeras xsakit .. Riso jugak.. Kuar lendir putih jernih tu ade laa..

    ReplyDelete