Monday, September 19, 2011

Gloomy Sunday

Maaf. Tajuk di atas tiada kena mengena dengan lagu misteri Gloomy Sunday ye. Entry hari ni nak cerita pasal kemuraman hari ahad kami..huhuhu..

Sepatutnya hari Sabtu malam kami dah berada di Putrajaya. En asben akan lepak2 di rumah pada pagi Ahad sambil jaga 3 orang anak manakala isterinya ini akan ke kelas menuntut ilmu.

Tapi apakan daya.. antibodi dalam badan tak berupaya melawan serangan anasir luar yang menyebabkan kami tak mampu untuk cergas. Sabtu (malam) dan Ahad tempohari kami mengalami simptom2 berikut:

Simptom en asben : Pening kepala, cirit birit
Simptom saya : Pening kepala, perut rasa pusing2, muntah, sakit tekak, suara rock (Wah! nampaknya saya lagi sakit kuat berbanding en asben sebab saya banyak simptom..hehehe.. Memandangkan simptom saya yang cenggini, en asben saspek saya pregnen..huhuhu..siap suruh cek lagi. Adeh! takkanla seawal ini.)

Analisis sebelum kejadian

Kami tak tahu secara spesifik apakah punca kejadian ini. Sempena cuti hari jumaat hari tu kami decide last minit balik kampung saya di tangkak. Sebelum tu memang cadang nak balik sebab sepupu kahwin pada hari sabtu keesokan harinya di muar. Tapi cancel sebab Rayyan tak sihat, cirit-birit dan muntah2 dua tiga hari sebelum hari jumaat. Tapi bila pagi jumaat tu tanya Rayyan sihat ke dia? dia cakap dia dah sihat. Nak balik kampung tak? Dia cakap nak.. so.. berkemas la saya pagi tu untuk pulang ke kampung.

Kami tak terus balik tangkak tapi teruskan perjalanan ke batu pahat untuk menghadiri open house member (member ni bersalin selang 2 hari je dari tarikh saya bersalin. So anaknya merupakan baby yang lahir pada tarikh anniversary saya dan en asben. Teringin nak tengok baby anniversary ni. Kebetulan nama baby ni pun sama dengan nama anak sulung saya, Rayyan). Saya makan Soto, mee bandung, jambu batu dan air sarsi di sini manakala en asben makan speggeti dan minum air sarsi.

Balik dari Batu Pahat, kami singgah di rumah sepupu yang majlis perkahwinannya keesokan hari kat Parit Pinang 1000, Muar. Sampai dalam pukul 6.30 petang. Saya makan nasi dengan kari ayam je kat sini untuk santapan makan malam. En asben pun makan nasi jugak tapi tak perasan berlaukkan apa..ikan kot..(hehehe..nampak sangat tak serve makan suami ek. Tapi en asben saya rockk!! dia tak mengharapkan isterinya serve untuk dia makan). Takdela saya buat keje berat kat sini. Setakat tolong buatkan air teh 2 jug dan potongkan sebuku roti jala kepada 8 bahagian. Lebih la 10 buku dipotong untuk santapan sempena marhaban malam tu. Kami tak tunggu pun majlis selesai, lebih kurang pukul 8.30 malam kami bertolak balik ke tangkak.

Pagi Sabtu, selepas bersarapan bihun goreng buatan mak, kami bertolak ke muar dalam pukul 9 pagi. Masa kami sampai dekat pukul 10 pg tu, masih tak ramai orang lagi, maklumla masih pagi lagi. Majlis akad nikah pukul 10.30 pagi dan bersanding pukul 2 petang. Cuaca agak panas terik gak la ari ni. Apa kami makan kat sini? Minum pagi kami makan roti canai cicah sambal. Juga sedikit ayam golek berserta sosnya. Minum air teh dan sirap. Makan tengah hari pulak saya makan nasi putih dengan ayam golek. En asben makan nasi minyak dengan ayam golek gak kot (tak pasti sebab tak makan bersama). Minuman rasmi, air tebu memang dia minum. Saya minum sikit je..tak berani minum banyak.

Pukul 4.45 petang kot baru kami minta diri untuk pulang ke tangkak. Sampai rumah dah pukul 6 lebih (selepas singgah tepi jalan beli kupang dan singgah The Store beli pampers anak). Masa ni la masing2 dah tak larat. Pening kepala macam nak demam. Hajat nak balik malam tu tak kesampaian sebab driver pun tak larat sama. Selera makan pun hilang terus.

Malam tu saya telan gak la panadol sebijik atas arahan en asben (saya tak suka makan ubat). Pukul 5 pagi bangun muntah tapi yang keluar hanya air yang sangat pahit perisa panadol. Sungguh tidak best. Lega sikit bila dah dapat muntah ni.

Pagi Ahad, mak buat sarapan nasi goreng..langsung kami tak selera nak makan. Nampak ayam golek yang makcik saya bekalkan pun rasa nak muntah. Masa banyak dihabiskan dengan tidur je la. Terpaksa la ponteng kelas walaupun rasa rugi sebab tak datang kelas pertama ni. Nak buat macam mana.. dah tak larat.

Kesimpulan

1. Mungkin perubahan angin secara mendadak dari Putrajaya, Batu Pahat, Muar dan Tangkak dalam satu hari mempengaruhi ketidaksihatan ini. Tak cukup rehat la ni kot.

2. Mungkin faktor memakan ayam golek menyebabkan kami pening kepala. Ye la ayam itu dimasak dengan cara menggolek2kannya di atas api dengan entah berapa puluh kali pusingan sampai masak. Adeh! ayam tu pening, orang yang makan pun pening sama..

3. Hah ini kesimpulan en asben - Tak payah la balik kampung kalau ada majlis perkahwinan macam ni selagi anak masih kecik2 lagi. Huh! kejam betul kesimpulannya..hehe..

No comments:

Post a Comment