Wednesday, September 14, 2011

Tandem Nursing - Ambil hak adik?

Alhamdulillah.. Allah telah memberi saya satu lagi pengalaman dalam dunia penyusuan susu ibu ni. Pengalaman ber'tandem nursing' la pulak. Sebelum ni, saya hanya mendengar dan membaca coretan-coretan daripada otai breastfeeder pasal tandem nursing ni. Sekarang ni saya dah rasa pahit manis ber'tandem nursing' dan tiba turn saya pulak nak cerita pasal pengalaman tandem nursing versi saya..hhehehe..

Apa itu tandem nursing?

Bagi mereka yang first time dengar, tandem nursing merupakan satu istilah yang digunakan merujuk kepada perbuatan menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Atau dalam lain perkataan, ibu menyusukan anak yang lebih tua bersekali dengan anak yang baru. Kakak / abang kongsi nenen dengan adik la senang cakap.

Macamana saya boleh terlibat dengan tandem nursing?

Setiap kali anak saya lahir, setiap kali itulah saya melahirkan azam untuk menyusukan mereka dengan susu ibu sepenuhnya sehingga mereka berumur 2 tahun. Kenapa? Sebab kita semua tahu kan khasiat dan kelebihan susu ibu ni. Tapi apakan daya, kita merancang, Allah jua merancang, dan perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Anak yang sulung, Rayyan hanya dapat menikmati kelazatan susu ibu sepenuhnya sehingga umur 7 bulan 2 minggu. Selepas itu, Rayyan terpaksa menikmati susu formula apabila berada di rumah pengasuh dan masih juga menikmati susu ibu bila bersama saya sehingga berumur 10 bulan. Sejak umurnya 10 bulan sehingga sekarang, Rayyan seorang peminum susu formula tegar! Kenapa misi penyusuan 2 tahun saya terbengkalai? Sebab i'm getting pregnant! Hormon2 kehamilan telah merencatkan penghasilan susu sehingga saya tidak mampu lagi untuk mengekstrak susu buat bekalan Rayyan. Sewaktu berjumpa doktor untuk mengesahkan kehamilan, doktor nasihatkan saya supaya stop breastfeeding slowly. Memandangkan pada ketika itu saya tidak tahu bahawa penyusuan semasa hamil adalah selamat, maka saya decide untuk stop terus breastfeed Rayyan. Bila Rania lahir, saya bercadang untuk sambung penyusuan Rayyan yang pada ketika itu berusia 1 tahun 4 bulan..namun kelazatan susu formula dan kelupaan terhadap nenen menyebabkan Rayyan enggan menerima susu ibu yang berkhasiat.

Saya belajar satu perkara dari sini. Bila anak dah dipisahkan dengan nenen, dia susah untuk terima nenen itu semula. Oleh yang demikian, bila misi fully breastfeed anak kedua, Rania sehingga 2 tahun tergendala akibat mengandung juga, saya nekad untuk terus menyusukannya ketika saya mengandung dan seterusnya menyambung misi penyusuan selepas kelahiran adiknya sehingga dia berumur 2 tahun. Rania hanya sempat saya fully breastfeedkan selama 1 tahun 2 minggu sebelum hormon kehamilan mengambil alih tempat hormon susu mendominasi sistem tubuh badan saya ni. Kali ni, bila jumpa doktor, saya tak beritahu pun saya masih breastfeed anak saya. Takut dia pun macam doktor yang sebelum ni suruh saya berhenti breastfeed slowly. Melalui pembacaan saya tahu bahawa menyusu ketika hamil adalah selamat kalau saya bukan ibu mengandung yang berisiko. Cuma, saya kena tahan keperitan nipple bila Rania sedang nenen (ketika mengandung nipple menjadi lebih kering). Takpe la saya tahankan aje asalkan Rania tak lupa nenen bila susu kembali lumayan bila adiknya lahir nanti.

Demi melengkapkan misi penyusuan Rania sehingga 2 tahun, maka sejak kelahiran cahaya mata ke-3, Razin pada 1.6.2011 saya melaksanakan tandem nursing, menyusukan Rania dan Razin bersama. Insya-Allah, 11.10.2011 ni genap usia Rania 2 tahun. Ada lebih kurang sebulan je lagi tempoh penyusuan Rania untuk disempurnakan walaupun tak sempurna mana pun penyusuannya..(telah terganggu dengan pengambilan susu formula). Nak buat macammana..ini je yang termampu mummy Rania usahakan.

Apa kata orang tentang tandem nursing?

Masa di kampung cuti hari raya tempoh hari, ramai sedara-mara saya terkejut saya masih menyusukan Rania walaupun dah ada Razin. Soalan paling glamor yang diajukan kepada saya ketika mereka ternampak saya menyusukan Rania ialah " Cukup ke susu tu nanti untuk adik dia minum? " Dengan confident saya menjawab, " Cukup.. Lagi banyak pulak susu bila menyusukan dua orang ni. Lepas susukan si kakak, susu masih lagi terpancut keluar masa turn si adik nenen. "

Sebenarnya saya pun berfikiran seperti mereka juga sebelum melibatkan diri dengan tandem nursing ni. Cukup ke susu nak menyusukan dua anak nanti? Kesian pulak si adik tak cukup susu bila kakak dia minum sama. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong pulak berciciran! Sampai saya pernah berharap agar biarlah adik Rania ni nanti seorang perempuan supaya cukup susu untuk mereka kongsi. Anak perempuankan minum susu tak sebanyak anak lelaki..hehehe. Tapikan sebenarnya..konsep penyusuan susu ibu ni menakjubkan! Lagi banyak susu yang keluar, lagi banyak susu dihasilkan. Konsep demand and supply. Lagi banyak permintaan, lagi banyak la penawaran.
Sebenarnya ada hikmahnya Allah kurniakan saya anak lelaki. Peruntukan susu anak lelaki kan banyak. Baru saya teringat yang bahagian anak lelaki kan lebih berbanding anak perempuan. Contohnya, pembahagian pusaka dalam Islam, Faraid, anak lelaki dapat lebih berbanding anak perempuan. Begitu juga akikah, akikah anak lelaki lebih berbanding anak perempuan dimana akikah anak lelaki 2 ekor kambing manakala akikah anak perempuan seekor kambing. Jadi, tentunya bahagian susu untuk mereka juga lebih berbanding anak perempuan kan?

Selain itu, ada satu lagi kenyataan yang dilontarkan kepada saya pasal tandem nursing ni. " Orang tua kata tak baik la menyusukan anak yang tua ni. Kiranya dia ambik hak adik dia. "

Ambik hak adik? Saya tak fikir pun perbuatan menyusukan kakak merupakan satu pengambilan hak daripada seorang adik. Mungkin perkataan yang sesuai digunakan adalah perkongsian hak. Partnership! hehehe.. Ye la, macamana mereka berkongsi seorang mummy dan daddy yang sama. Tentunya kelahiran seorang adik itu bukan pengambilan hak kasih sayang abang dan kakaknya kan? Mereka berkongsi kasih sayang mummy dan daddy. Macam tu jugak la kakak berkongsi nenen dengan adiknya. Bila mereka berkongsi susu yang sihat, mereka akan sama-sama sihat dan mummy juga dapat tempiasnya.. lebih tenang menguruskan rumahtangga dan anak-anak ye tak?

Cabaran tandem nursing

Setiap apa yang kita lakukan, tentunya ada cabarannya yang tersendiri kan? Kita nak ngurat en asben pun dulu banyak gak cabaran yang kena kita hadapi kan? eh eh silap lak..en asben nak mengurat kita..hehehe..

Cabaran paling besar yang saya kena hadapi ialah perebutan nenen! huhuhu.. maklumla mereka berdua hanya menggemari nenen yang sebelah kanan. Tak mahu langsung nenen sebelah kiri. Memang adik-beradik sungguh! Oleh yang demikian, terpaksalah saya menggunakan sistem giliran kepada mereka. Sorang-sorang ambik turn. Sudahnya..banyakla kerja yang tergendala akibat masa yang lebih lama perlu diperuntukkan. Paling haru kalau dua-dua berkehendakkan nenen serentak! Masing-masing nangis nak nenen. Ini saya pun rasa nak nangis. Dilema nak dahulukan yang mana. Kadang-kadang saya gunakan kaedah siapa nangis paling kuat. Ini biasanya Rania la yang menang. Nangis kuat sangat. Sumbat nenen kat mulut dia baru dia diam. Yang Razin pulak saya akan tepuk-tepuk dulu..cakap-cakap dengan dia untuk tenangkannya. Ini kalau hanya kami saja di rumah. Tapi kalau ada en asben atau my SIL, biasanya mereka akan ambik seorang untuk ditenangkan..hehehe...

Rania ni kadang-kadang dia ok. Dia boleh sabar tunggu giliran dia sementara Razin mengenyangkan perutnya. Tapi kalau time dia dah tak tahan sangat..Razin tengah nenen pun dia boleh rampas dan masukkan nenen dalam mulut dia. Bila dia dah dapat mengalas perutnya dan Razin menangis sampai high volume, dia mengalah juga..serahkan nenen kepada tuan rumah..hehehe...Rania kan penumpang aje.

Bila dah menyusukan sampai dua orang ni, tentunya saya ni lebih letih daripada biasa..hehehe. Baring je gerenti hanyut punyala..dibawa arus mimpi..hehehe. Bab ni yang paling bengang ialah en asben. Nak mengurut dia pun tak sempat..dah tertidur.. Harap-harap en asben redha dengan wifenya ini.

Kelebihan tandem nursing

1. Meningkatkan penghasilan susu ibu. Ini disebabkan oleh pengeluaran susu yang lebih apabila dinenen oleh dua orang. Konsep demand and supply - lagi tinggi permintaan, lagi banyak penawaran. (Memandangkan mereka berdua menyusu hanya disebelah, saya terpaksa memerah yang disebelah lagi. Perahan yang disebelah ni la yang saya buat stok memenuhkan deep freezer dan freezer)

2. Mengelakkan breast bengkak akibat dipenuhi susu (engorgement). Biasanya diawal kelahiran, baby suka tidur lama-lama. Kadang-kadang kejut pun dia tak mahu bangun untuk nenen. Ni yang biasanya nenen mummy membengkak sebab susu tidak dikeluarkan. Hah! kalau ada si kakak atau abang yang menyusu..masalah ini tak akan berlaku sebab mereka la yang akan tolong habiskan susu yang memenuhi kolam susu tersebut.

3. Mencepatkan penghasilan susu. Biasanya selepas melahirkan, susu saya akan banyak pada hari ke-4 atau ke-5 kelahiran. Tapi kali ni, memandangkan saya punya seorang baby tua yang mempunyai daya hisapan yang kuat lagi terer.. maka, hari ke-3 tu dah banyak dah (hari ke-2 baru keluar wad).

4. Mengelakkan baby tersedak susu akibat fast flow. Biasanya bila saya balik daripada kelas, nenen akan membengkak akibat lama susu tidak diekstrak keluar (tak sempat nak perah). Time ni orang first saya cari ialah Rania. Minta tolong dia minum banyak2 dan mengurangkan kebengkakkan tersebut. Kalau bagi Razin, mahu tersedak dia dengan susu berkelajuan tinggi tu..hehehe.. Lagi satu, susu yang awal2 tu foremilk, susu cair yang kandungan air lebih sikit manakala susu yang dah last2 hindmilk, susu yang lebih pekat dan kandungan lemaknya lebih sikit. So, Rania dapat susu cair, Razin dapat susu pekat!

Memori Indah



Tidur kekenyangan selepas nenen. Gaya tidur pun sama. Adakah faktor minum susu ibu yang sama mempengaruhi gaya tidur mereka? Hahaha..mengarut!

Hah! Kecik-kecik ni anak-anak mummy boleh berkongsi nenen, hopefully dah besar nanti pun boleh berkongsi apa-apa aje ye. Kalau tak mau kongsi, mummy ketuk kepala!

Ketahui taktik jayakan Tandem Nursing di sini.

Note : Akhirnya siap juga la karangan saya ni. Entry ni start dikarang pada 9/9/11 dan ditaip sikit-sikit sampai siap pada 14/9/11..hehehe.. Leganya bila dah siap. Selagi tak siap rasa macam berhutang sesuatu. Sebenarnya kalau tengok kat senarai catatan saya.. dah banyak kali la percubaan nak menulis entry ni..tapi asyik terbengkalai je.. :-)

16 comments:

  1. alhamdulillah..

    kta buat juga mcm tu..masa mengandungkan ashraf sarah still bf..smpai ashraf lahir..tapi sarah cmpur formula dah... mlm aja nak nenen... ingt lpas ashraf lahir leh stopkan sarah formula..masa tu sarah dh umur 1thn 7 bulan... mungkin dia dh rasa besar..bila bg aja dia takmau dia kata acap nye..heeee cuma masa awal2 lahir tu dia smpat kongsi susu ngan adik dia..lpas pantang langsung tak mo

    ReplyDelete
  2. seronok kan bertandem ni. saya pernah buat utk yg sulung ngn yang second je...hannah dulu sempat tandem dgn hadif sampai umur dia lebih kurang 2tahun setengah. tu pon sbb dh pregnant hilda..btw selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  3. amieylee,

    Baiknya kakak Sarah..mengalah dengan adik. Tak mao adik punya..hehehe.. Kakak Rania ni berebut je dengan adik dia. Dia tak peduli pun orang2 sekeliling cakap dia tak malu ambik nenen adik.. :-)

    ReplyDelete
  4. Lydzar,

    Seronok campur letih..heehehe.. Saya mengikuti kisah tandem nursing lydzar dulu. Tu yang berazam gak nak ikut jejak langkah tu. Harap2 tak terkandas sebab pregnen lagi..hihihi..

    ReplyDelete
  5. salam mamiraysha, saya ingin berkongsi pengalaman tandem nursing. Saya disahkan hamil baby ke 2 semasa putera sulung saya berusia 10 bulan. Pada mulanya risau untuk meneruskan penyusuan, alhamdulillah dengan sokongan suami saya meneruskan penyusuan putera saya sehingga saat nak melahirkan, alhamdulillah putera saya tiada masalah masa saya di wad sebab dia dah makan makanan lain. Saya pernah perkenalkan dia susu formula tapi dia tak mau. Sekarang putera saya berkongsi susu dengan puteri saya, usianya baru 1 tahun 6 bulan, masih ada masa 6 bulan untuk berkongsi dengan adiknya. Walaupun letih terus bersabar menyusukan mereka berdua, saya hanya ambil suppliment Qaseh Gold Adinda untuk memberi tenaga. Alhamdulillah moga saya dapat meneruskan penyusuan anak2 kesayangan sehingga selesai. Amin.

    ReplyDelete
  6. bestla kisah awak..congrats yea..semoga berjaya sehingga 2 thn

    ReplyDelete
  7. bestla kisah awak..congrats yea..semoga berjaya sehingga 2 thn

    ReplyDelete
  8. Ms prgnnt tu ada amlkan apa2 supplement tak utk byykan air susu utk rania...sy bru je thu prgnnt..ank sulong still bf umo 1thn 4 bln...sy memang taknak stop bf.... anda inspirasi sy hehe

    ReplyDelete
  9. Salam..sy nak tanya sebenarnye ape hukum myusu 2 anak skali..org tua xbg sbb kata tu susu adiknye..sy pon sy preggy 4bln..no2 still bf umor 1thn 6bln..sy nk truskan myusu..tp org tua xbg..katanye tu susu adk..tp sebebar dlm hukum islam boleh ke tidak..sy confuse..

    ReplyDelete
  10. Salam..sy nak tanya sebenarnye ape hukum myusu 2 anak skali..org tua xbg sbb kata tu susu adiknye..sy pon sy preggy 4bln..no2 still bf umor 1thn 6bln..sy nk truskan myusu..tp org tua xbg..katanye tu susu adk..tp sebebar dlm hukum islam boleh ke tidak..sy confuse..

    ReplyDelete
  11. Nama anak akk nbr 1 dan 2 sana sy.. Ahmad Rayyan Faqih dan Aisy Rania Faqihah.. hehe.. doakan sy sbb sdg tandem nursing utk 2 org anak sy..

    ReplyDelete
  12. Nama anak akk nbr 1 dan 2 sana sy.. Ahmad Rayyan Faqih dan Aisy Rania Faqihah.. hehe.. doakan sy sbb sdg tandem nursing utk 2 org anak sy..

    ReplyDelete
  13. Geng la kite...masa mengandung 6 bulan anak ke 2 susu badan dah xde...anak first duk breasfeed lagi..tapi dia xmerengek langsung susu xda...nenen je susu awal pun keluar...bila adik die dah keluar dia lagi 2 minggu nak cukup 2 tahun...adik dia 13.10.2015 dia 29.10.2013..msa bersalin 2 hari..hari kedua..pagi pukul 3 dia jga nak nenen..dia tido ngn sya dihospital..msa dia minum doctr hantar adik untuk breastfeed..terpaksa kalih belah adik..yg si abg xselesa dh kalih buka la mata..baru nampak ada baby isap sebelah..dari situ dia first time tengok adik die...hihihi...sampai skrg abg dia duk nenen lagi...mil marah..mak mil(tok) marah..cakap susu adik...bukan xnak dengar cakp org tua2..sya nk si abg ni lepas susu atau stop susu..dia akan mengalah sendiri cara lembut bukan cara buh asam jawa ka..akar seruntun ka..kesian..skrg susu memng bnyak..kiri abg kanan adik..kadang sampai 2 org mai attack 2 belah..mcm ibu kucing dah kikiki...anak first lagi sihat je minum..alhamdulillah...rezeki dibadan ibu untuk anak2...bukan seorang anak ja..melainkan anak ada sorang huhu

    ReplyDelete
  14. Geng la kite...masa mengandung 6 bulan anak ke 2 susu badan dah xde...anak first duk breasfeed lagi..tapi dia xmerengek langsung susu xda...nenen je susu awal pun keluar...bila adik die dah keluar dia lagi 2 minggu nak cukup 2 tahun...adik dia 13.10.2015 dia 29.10.2013..msa bersalin 2 hari..hari kedua..pagi pukul 3 dia jga nak nenen..dia tido ngn sya dihospital..msa dia minum doctr hantar adik untuk breastfeed..terpaksa kalih belah adik..yg si abg xselesa dh kalih buka la mata..baru nampak ada baby isap sebelah..dari situ dia first time tengok adik die...hihihi...sampai skrg abg dia duk nenen lagi...mil marah..mak mil(tok) marah..cakap susu adik...bukan xnak dengar cakp org tua2..sya nk si abg ni lepas susu atau stop susu..dia akan mengalah sendiri cara lembut bukan cara buh asam jawa ka..akar seruntun ka..kesian..skrg susu memng bnyak..kiri abg kanan adik..kadang sampai 2 org mai attack 2 belah..mcm ibu kucing dah kikiki...anak first lagi sihat je minum..alhamdulillah...rezeki dibadan ibu untuk anak2...bukan seorang anak ja..melainkan anak ada sorang huhu

    ReplyDelete
  15. Terima kasih kak buat entry ni...lega siket rasa hati coz sy pon tandem bf...serba salah..xto nak stop yg kakaknue ke...tp.skang tiada kemusykilan lh....byw period dtg ok ke bf dua 2 org..anak.saya yg baru ni dah setahun sebulan...saya x period2 lg...

    ReplyDelete