Sunday, November 27, 2011

Jom berhijrah!


Assalamualaikum w.b.t..

Selamat menyambut tahun baru hijrah! kat mana sambut? Mesti ramai pulang ke kampung halaman kan? Maklumla cuti lebih sehari. Saya sambut kat rumah je walaupun sambutan ma'al hijrah peringkat kebangsaan diadakan di PICC yang hanya sekangkang kera je dari rumah. En asben sorang je yang ada kat sana. Kami anak-beranak dok depan tv je kot2 nampak daddy diorang kat dalam tv hahaha..

Bila sebut pasal ma'al hijrah.. mesti teringat lagu tema sambutan ma'al hijrah ni..hihihi.. sampai sekarang liriknya tak pernah lupa. Saya pernah wakil sekolah rendah untuk pertandingan nasyid sempena ma'al hijrah ni. Lagu Ma'al Hijrah ni lagu wajib nyanyi! Semalam berulang2 saya nyanyi lagu ni depan anak sulung saya dengan penuh perasan! eh eh dengan penuh perasaan! Sampai dia cakap.. " Mummy, jangan nyanyi! " hehehe.. Mak tengah semangat nak oii..hehehe..

Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang.. zaman..


Eh eh lupa nak cerita. Masa pertandingan nasyid tahun 1993 tu, sekolah saya dapat tempat ke-3. Hadiahnya.. tipuware sorang satu..hehe.. bukan bentuk hadiahnya jadi ukuran.. kemenangan tu dah cukup membanggakan walaupun cuma tempat ke-3..

Sebenarnya lagu ma'al hijrah ni bukan sekadar untuk dinyanyikan. Tapi untuk sama-sama kita hayati liriknya. Sempena tahun baru ni.. jom kita berhijrah..

- Dari malas kepada rajin
- Dari buruk kepada baik
- Dari baik kepada lebih baik
- Dari maksiat kepada taubat
- Dari jahil kepada berilmu
- Dari zero kepada hero
- Dari susah kepada senang
- Dari pemarah kepada penyabar

Pendek kata.. dari negatif kepada positif. Tapi penghijrahan tak semudah ditulis. Hijrah memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Bukan senang nak berhijrah kepada kebaikan. Sudah tentu syaitan tak kan benarkan ia berlaku. Yang pasti, tekad kena bulat. Azam kena kuat. Nafsu kena ikat. Usaha dan doa jangan kira penat.

Senarai Tema Ma'al Hijrah 30 tahun

1391/1971 : Islam Dalam Zaman Sains & Teknologi
1392/1972 : Peranan Islam Dalam Pembangunan Masyarakat Moden
1393/1973 : Islam Dan Pembangunan Ekonomi
1394/1974 : Akhlak Asas Perpaduan
1395/1975 : Kemakmuran Menerusi Lunas-lunas Islam
1396/1976 : Masyarakat Progresif Mengikut Islam
1397/1977 : Al-Quran Sumber Kekuatan Ummah
1398/1978 : Nilai Dan Displin Hidup Menurut al-Quran
1399/1979 : Ilmu dan Akal Asas Keimanan
1400/1980 : Kukuhkan Perpaduan Menurut Islam
1401/1981 : Kejayaan Dunia Akhirat Menurut Islam
1402/1982 : Displin Dan Kesungguhan Bekerja Dalam Islam
1403/1983 : Kebersihan Asas Kesempurnaan Iman
1404/1984 : Berilmu Berusaha Tuntutan al-Quran
1405/1985 : Perpaduan Asas Keutuhan Ummah
1406/1986 : Berjimat Berkat, Membazir Mudharat
1407/1987 : Umat Tegas Islam Teguh
1408/1988 : Kemajuan Dan Keagungan Ummah
1409/1989 : Bersatu Memajukan Ummah
1410/1990 : Bersatu Teguh
1411/1991 : Berjihad Menuju Kejayaan
1412/1992 : Berjihad Ke Arah Keagungan
1413/1993 : Wawasan Memajukan Ummah
1414/1994 : Wawasan Menyatukan Ummah
1415/1995 : Al-Quran Membina Akhlak Mulia
1416/1996 : Umat Berkualiti Penggerak Wawasan
1417/1997 : Budaya Murni Teras Kejayaan
1418/1998 : Akhlak Mulia Umat Sejahtera
1420/1999 : Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan
1421/2000 : Bersyukur Tanda Keteguhan Iman
1422/2001 : Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah
1423/2002 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1424/2003 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1425/2004 : Negara Maju Matlamat Kita
1426/2005 : Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah
1427/2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah
1428/2007 : Insan Cemerlang Ummah Terbilang
1429/2008 : Menjana Ummah Gemilang
1430/2009 : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
1431/2009 : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
1432/2010 : 1 Malaysia 1 Ummah
1433/2011 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Sumber : http://www.islam.gov.my/

Tuesday, November 22, 2011

Harimau baham garuda!

Semangat semalam tak abis lagi nih! hihihi.. Bukan nak mengulas perlawanan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia semalam. Nak ulasan perlawanan sila baca kat sini. Saya tak pandai mengulas. Menculas boleh la..hahaha. Saje nak buat ucapan sepatah dua kata kat blog ni. Kot-kot la harimau-harimau gagah berani tu terbaca..hihihi. Tahniah buat team Harimau Muda kerana berjaya membaham garuda muda! hehehe.. Tahniah jugak buat penyokong-penyokong team Malaysia yang gigih memberi sokongan.

Bukan senang nak menundukkan garuda. Bermati-matian jugak la si rimau mempertahankan maruah belangnya. Yang tukang tengok pun rasa nak tercabut jantung tengok, inikan pulak yang tukang berjuang kat atas padang tu. Fuhh!! memang terbaaaaeeek!! la. Syabas! Syabas! Syabas! Kalau kalah semalam pun i tetap bangga dengan uolls..hehehe..

Kalau diberi pilihan memilih seorang pemain terbaik, saya pilih Kapten Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar. Memang marvelous cara dia main. Rasa kalau dapat anak lelaki sorang lagi nak bagi nama dia la..hahhaha.. kalau tak dapat tentangan dari en asben la..

Kalau diberi pilihan memilih sorang lagi pemain terbaik, saya pilih pulak Khairul Fahmi Che Mat a.k.a Apek. Memang superb la cara dia jaga gawang. Tak sangka Malaysia boleh lahirkan pemain-pemain hebat macam ni.

Kalau diberi pilihan memilih lagi sorang pemain terbaik........saya pilih pulak.....hahahaha..nampaknya saya bakal menyenaraikan semua nama skuad harimau muda ni..hihihi.. pendek kata semua pemain terbaik la..

Hah! yang ni lain pulak. Kalau diberi pilihan memilih seorang pemain terbaik pihak lawan, saya pilih Titus Bonai. Saya respek dia ni. Bukan saja berbakat main bola, tapi semangat profesionalisme dia sangat bagus. Beria-ia mintak maaf kalau buat salah. Nampak keikhlasan di mukanya. Anak sape la nih.. hehehe.. Teringat pulak falsafah member saya, Biar buruk rupa, jangan buruk perangai!

Catatan :

Semasa sepasang suami isteri sedang menonton perlawanan bola sepak ini di rumah mereka, berlaku satu perbualan antara seorang mummy dengan anaknya yang berusia 3 tahun.

Mummy : Meh la tengok bola sepak ni Rayyan. Belajar macam mana diorang main.
Rayyan : Ayen tak suka main bola sepak.
Mummy : Kenapa pulak tak suka?
Rayyan : Ayen tak suka lari, ayen suka jalan-jalan aje.

Ehm.. begitu rupanya sudut pandangan seorang budak kecik bila melihat permainan bola sepak. Kena berlari kalau nak main bola sepak. Mungkin dia tak perasan yang ada sorang tak perlu berlari.. penjaga gol! hehehe... Takpe la Rayyan, Rayyan pilih la sukan yang tak payah berlari.. jangan langsung tak bersukan sudah..

Wednesday, November 16, 2011

Cerita apendiks : Dari klinik ke hospital

Awas! entry ni entry berantai..hihihi. Ekceli entry ni merupakan kesinambungan daripada entry saya yang lepas pasal kemungkinan saya mengalami radang apendiks.

Semalam lepas balik keje, kami anak-beranak berbondong-bondong ke Poliklinik An-Nur, Presint 15 Putrajaya. Hajat utama nak bawak Rayyan yang batuk tak baik-baik ke klinik tu untuk mendapatkan rawatan. Alang-alang dah bawak si anak, saya pun joint la sekali untuk dapatkan pemeriksaan doktor. Sakit di bawah perut sebelah kanan yang saya alami tu masih lagi terasa bila saya tekan kat bahagian situ.

Untuk menentukan apa penyakit saya, doktor pun tekan-tekan la kat sekitar perut saya. Saya hanya rasa sakit bila dia tekan kat bahagian bawah perut sebelah kanan. Doktor cakap, memang tempat tu bahagian apendiks. Doktor ambik suhu badan saya, tak demam. Check tekanan darah, ok. Doktor ni saspek saya apendiks tapi dia tak berani sahkan sebab kena buat pemeriksaan lanjut. Dia buat surat refer bahagian kecemasan Hospital Putrajaya. Doktor suruh pergi buat pemeriksaan kat sana untuk confirmkan. Kalau tak kena radang apendiks bagusla, tapi kalau ada boleh dapat tahu awal dan boleh segera buat pembedahan sebelum dia pecah. Bahaya kalau apendiks ni pecah, katanya.

Ehm.. takutnya rasa. Berdebar-debar pun ada. Betul ke saya nak kena operate ni? Berapa lama nak kena duduk hospital pulak nanti? Kesian Razin dan Rania tak dapat nak nenen dengan mummy. Kesian kat en asben kena bangun untuk panaskan EBM untuk Razin minum. Kesian kat en asben nak kena jaga 3 anak kecik. Dapat tak nak pegi kelas Ahad nanti? Sempat tak nak catch up keje kat opis kalau tinggal lama nanti? Fuhh!!! macam-macam question mark berlegar-legar kat fikiran.

Doktor dah bagi surat suruh pegi hospital pun saya masih berkira-kira, nak pergi hospital ke tak nak? nak ke tak nak? nak ke tak nak? ok ke kalau tak pegi? Pegi lambat sikit tak pe ke? Serius, penat sungguh otak saya petang tu menimbang-nimbangkan semuanya secara rasional..ehehhe.

Sampai kat rumah, saya call member yang pernah di'operate' pada tahun 2005 sebab radang apendiks. Cerita punya cerita punya cerita.. dia suruh pegi hospital. Takut pecah katanya, lagi susah. Uhh.. dalam hati dah ada sikit rasa nak pegi hospital. Pastu telefon pulak abah saya dan cerita pulak padanya. Abah suruh pergi hospital jugak sebab member dia baru je apendiks dia pecah sampai Hospital Tangkak tak mahu terima dan terpaksa hantar Hospital Muar. Puncanya, sakit perut lambat-lambat pegi hospital. Cukuplah dua orang pencetus rasa saya nak ke hospital..hehehe..

Lepas maghrib semalam, en asben, 3 anak kecik dan SIL mengiringi pemergian saya ke hospital. En asben tegur muka saya nampak takut. Relaks la katanya..

Nampak je hospital putrajaya, teringat pulak masa nak bersalin Razin 5 bulan lepas..hehehe. Rasa macam en asben hantar nak bersalin pulak. Maklumla, biasanya pegi hospital untuk bersalin aje.

Sampai je hospital, saya terus serahkan surat rujukan doktor klinik swasta kepada petugas yang bertugas di kaunter saringan (triage). Saya diinterbiu dan diambil tekanan darah sebelum mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas daftar, saya dirujuk kepada seorang doktor yang kemudiannya menginterbiu lagi dan menjalankan pemeriksaan fizikal. Masa doktor memeriksa saya, Razin juga ada bersama saya (en asben dan 2 anak yang lain ke kedai hospital). Baik sungguh Razin baring sebelah mummy..hehe.. lepas doktor periksa perut mummy, mummy pulak periksa perut Razin. Nasib baik doktor sporting, benarkan saya bawa masuk Razin. Hasil pemeriksaan doktor, dia kata mungkin apendiks dan mungkin juga ada kaitan dengan ovari. Tapi dia perlu ambil darah dan sampel air kencing untuk mengesahkannya.

Saya kemudiannya diarah untuk masuk ke sebuah bilik lain untuk diambil darah dan sampel air kencing. Setelah penyerahan sampel tersebut, saya dimaklumkan paling awal nama saya akan dipanggil 1 jam lagi. Sempat juga la kami balik ke rumah untuk menghantar anak-anak. Selesa sikit mereka tidur di rumah sambil dijaga oleh SIL.

Tak sampai 5 minit ketibaan saya di hospital semula, terdengar nama saya dipanggil. Terus masuk jumpa doktor. Langkah kanan ni..hehehe.

Jeng..jeng..jeng.. saat mendengar keputusan.. drummer please!
Hah! Doktor kata saya bebas dari radang apendiks yang saya, doktor klinik swasta, dan semua orang sangka. Abis tu sakit apa pulak? Bukan juga sakit ovari yang doktor cakap sebab saya tak bleeding katanya. Ehm.. sakit perut kenapa ya? Doktor kata ada sedikit darah dalam air kencing saya (darah ni tak boleh dilihat dengan mata kasar). Mungkin ada batu kecil yang mencederakan pundi kencing, katanya.

Kesimpulannya, saya tidak mengalami radang apendiks. Doktor juga tak dapat nak kesan saya sakit apa. Cuma pesan beliau, kalau saya ada simptom demam, cirit-birit dan muntah2 datang semula ke hospital. Saya cuma dibekalkan ubat tahan sakit yang kena makan bila perlu.

Leganya rasa bila tahu tak perlu dibedah. Tak perlu duduk hospital. Walaupun rasa buang masa je pergi hospital, tapi ternyata kelegaan tu tak kan diperoleh kalau tak pergi hospital. lebih baik tahu perkara sebenar daripada tertanya-tanya sakit ke tak sakit kan?

On the way balik rumah, en asben singgah Petronas untuk beli makanan. Bukan main lagi berselera dia makan. Rasanya masa saya offer nak belikan masa kat hospital sebelum tu tak mahu apa-apa untuk dimakan pun. " Aik? berselera nampak?" tegur saya. "Ye la, fikir cemas dia aje. Tak fikir cemas orang.." jawab encik asben. Hehehe..camni gaya makan orang baru hilang cemas. Nampak rileks je..cemas rupanya!

Moral of the story:

1. Utamakan kesihatan. Beringat semasa sihat sebelum sakit. Ingatlah orang tersayang.
2. Jangan takut dapatkan pemeriksaan doktor kalau ada keraguan tentang kesihatan.
3. Kalau Allah nak uji dengan kesakitan, sekelip mata je badan yang sihat boleh sakit. Mungkin ia teguran daripada Allah supaya kita lebih ingat kepada-Nya.

Tuesday, November 15, 2011

Penculikan kanak-kanak belum berakhir

Berita ni semalam saya baca kat Akhbar Berita Harian. Maaf la lambat saya post kat blog ni. Artikel bertajuk Nyaris diculik lelaki Kemboja oleh Wan Faizal Ismayatim betul2 menarik perhatian saya. Rupa-rupanya kes penculikan kanak-kanak ni belum pernah berakhir..

2011/11/14

Budak 6 tahun cuba diterkam suspek ketika berjalan bersama ibu

KUALA LUMPUR: Jeritan seorang ibu memanggil anak perempuannya berusia enam tahun, menyelamatkan kanak-kanak itu daripada diculik seorang lelaki warga Kemboja ketika mereka sedang berjalan selepas menikmati makan malam di sebuah restoran di Taman Melati Utama di sini, malam kelmarin.

Suspek berjaya diberkas bapa mangsa yang mengekori lelaki itu lebih dua kilometer dari tempat kejadian di kawasan letak kereta berhampiran restoran itu, termasuk mempertaruhkan nyawa melintas Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian jam 8.40 malam itu, Nurfarihah Saifuddin, sedang berjalan bersama ibunya, Rohani Abd Raof, 37, ke kenderaan mereka sebelum tiba-tiba suspek menghulur kedua-dua tangan dan cuba menerkam mangsa menyebabkan wanita berkenaan menjerit memanggil anaknya.

Menceritakan kejadian itu, Rohani berkata, suspek yang terkejut cuba melarikan diri sebelum beliau segera memegang tangan Nurfarihah dan memberitahu perkara berkenaan kepada suaminya, Saifuddin Abu Samah, 37, yang menunggu dalam kenderaan kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

“Saya terkejut dengan tindakan suspek cuba menerkam Nurfarihah. Saya segera memberitahu suami berhubung perkara itu sebelum beliau cuba mencari lelaki terbabit dengan memandu kenderaan sekitar deretan rumah kedai di situ,” katanya yang masih trauma ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Raya di sini, semalam.

Saifuddin pula berkata, selepas tiga kali berpusing di deretan rumah kedai berkenaan, beliau terserempak suspek yang bersendirian di Petronas tidak jauh dari lokasi kejadian dan terus mengekorinya ke sebuah lagi stesen minyak sebelum lelaki terbabit melintas MRR2 dan berjalan di tepi laluan arah Hulu Klang. Katanya, beliau kemudian meninggalkan kenderaannya di stesen minyak terbabit sebelum nekad untuk turut melintas lebuh raya berkenaan bagi mengekori suspek dan pada masa sama menghubungi polis.

“Sebaik suspek tiba di bawah jambatan berdekatan flet blok F Taman Melati, beberapa anggota polis tiba dan menahannya sebelum dibawa ke balai polis,” katanya.

Saifuddin berkata, kejadian hampir menimpa anaknya mengingatkan beliau dengan kisah pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin kerana pernah bersama-sama bapa kanak-kanak malang itu, Jazimin Abdul Jalil, mencari mangsa kerana mereka berdua adalah rakan sekolah sekitar 1980-an.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek berusia 33 tahun itu dan siasatan mendapati tiada sentuhan fizikal oleh lelaki terbabit terhadap kanak-kanak berkenaan kerana sempat melarikan diri selepas mendengar jeritan ibu mangsa.

“Polis sedang menjalankan siasatan kemungkinan suspek bertujuan menculik atau mempunyai motif lain ke atas kanak-kanak itu. Pada masa sama ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa peka terhadap keselamatan anak-anak,” katanya.

Sumber berita : http://www.bharian.com.my/

Ternyata sekarang ni tak selamat untuk kanak-kanak bersendirian di luar rumah. Bersama-sama dengan ibu bapa pun mereka belum tentu selamat, inikan pulak kalau berjalan seorang diri. Sekejap terleka, selamanya merana.. adeh! Ngeri rasanya nak bawak anak jalan-jalan kat luar.

Semasa baca artikel ni, teringat saya akan mimpi saya malam Ahad lepas. Saya mimpi Rayyan diculik. Situasi penculikan tiada dalam mimpi tapi situasinya saya berkomunikasi dengan mereka yang memelihara Rayyan. Mereka kata mereka membeli Rayyan dengan harga 8 juta Rupiah. Mereka yang memelihara Rayyan ni Chinese.

Ngeri betul la bila teringatkan mimpi ni. Nauzubillahhiminzalik!. Semoga Allah menjauhkan segala kejahatan dan kemudharatan kepada kami sekeluarga. Amin!

Monday, November 14, 2011

Kenali Simptom Radang Apendiks - Anda Mungkin Mengalaminya

Semalam dalam sejarah. Saya sakit perut yang amat sangat. Biasanya saya sakit perut nak beranak je..hihihi. Semalam punya sakit perut sangat susah saya nak kenalpasti apa puncanya. Nak kata senggugut.. entahlah sebab saya tak pernah pulak rasa macam mana sakit senggugut tu. Mungkin ye sebab saya masih belum lagi didatangi sahabat baik orang pompuan tu selepas bersalinkan Razin 5 bulan lalu. Nak kata perut memulas sebab salah makan, dah membuang dah apa yang tak perlu tapi still sakit lagi. Sakitnya pulak di sebelah kanan bawah perut. Tak boleh nak bangun, sakit sangat di bahagian tu. Tapi gagahkan jugaklah untuk bangun pi toilet dan makan walaupun takde selera (makan bukan dalam toilet ye). Bila batuk, sakitnya rasa kat bahagian tu.

Sebenarnya dari awal pagi lagi dalam pukul 1 pagi, saya dah rasa sakit perut dah. Rasa macam tak selesa perut. Saya ingat mungkin saya banyak sangat makan pedas pada siang harinya. Pagi, sarapan nasi lemak, tengah hari makan nasi lemak lagi, petang dan malam makan nasi putih + sup ayam + sambal bilis cili padi. Bangun pukul 6 pagi dah terasa sakitnya makin bertambah. Tak boleh nak terus bangun, sakit.

Nasib baiklah anak-anak sangat baik pagi tu walaupun mereka bangun awal. Cakap kat Rayyan, mummy sakit perut. Rayyan cakap, sapu minyak Yu Yee boleh? Mummy jawab, Boleh, tapi minyak Yu Yee kat atas tu (sambil tunjuk minyak Yu Yee kat atas almari). Rayyan cakap, Ayen tak sampai nak ambik. (Terharunya rasa bila dia ada hasrat nak tolong ambikkan. Tapi dia sangat kecil untuk mencapai ketinggian minyak Yu Yee tu. Terpaksalah mummy ambik sendiri). Pastu Rayyan ambik minyak Yu Yee dari tangan mummy. Biar ayen bukakkan, katanya. Hahaha..tapi tak boleh sebab penutupnya sangat kuat. Ayen tak kuat la mummy, akhirnya dia menyerahkan juga minyak Yu Yee tu pada mummy yang lebih kuat. Takpe la Rayyan, walaupun tak boleh membantu, hasrat nak membantu tu pun sebenarnya mengembangkan hati mummy lantas mengendurkan sikit rasa sakit ini..hihihi..

Selepas sapu minyak Yu Yee, sakit perut masih tak hilang lagi. Rasa nak demam pulak. Rasa badan dah panas. Tapi kaki dan tangan rasa sejuk. Cari2 termometer nak tahu suhu badan saya tapi tak jumpa. Mana la saya letakkan masa check suhu Rania semalam. En asben pun turut membantu dengan mengurut ala-ala mak bidan. Sangat sakit bila dia urut di bahagian kanan bawah perut. Lepas urut, rasa lega sikit tapi sakit masih lagi terasa.

Pukul 12 tengah hari, memandangkan tak tahan sangat sakit, saya minta kat en asben panadol padahal saya bukanlah seorang yang suka makan ubat. Lepas telan 2 biji panadol dan berbungkus dengan selimut, Alhamdulillah kurang sikit rasa sakitnya sehingga saya mampu untuk bangun dan berjalan. Tapi akan sakit bila terlanggar bahagian tersebut.

Sepatutnya saya ada appoitment dengan pensyarah pagi semalam. Tapi nak bangun pun tak larat, nak drive apa tah lagi. Minta tolong en asben hantarkan, dia kata, dah sakit-sakit pun nak pegi lagi? Adeh, terpaksala saya mungkir janji dengan pensyarah. Seharian semalam, kami anak-beranak hanya lepak di rumah. Bukan hanya semalam, hari Sabtu pun kami hanya lepak di rumah. Kesian Rayyan dan Rania tak dapat pergi jalan-jalan.

Hari ni, saya mampu menghadirkan diri bertugas di pejabat. Tak sakit sangat lagi, tapi kalau tekan di bahagian kanan bawah perut akan terasa sakitnya. Dari petang semalam terlintas dalam fikiran, mungkinkah saya mengalami radang apendiks? Ngerinya jika betullah apa yang saya agak ni. Kalau apendiks, operate la jawabnya. Kalau operate, kesiannya kat anak-anak nak kena tinggal bila mummy dia warded. Paling kesian kat baby Razin. Juga kat daddy dia yang kena panaskan EBM awal2 pagi untuk Razin. Kesimpulannya, saya sangat takut sekarang ni. Saya memang terkenal sebagai Hantu Sambal di kalangan keluarga saya. Saya ada sorang kawan sebaya yang juga hantu macam saya telah dioperate akibat radang apendiks pada tahun 2005. Mungkinkah saya juga akan mengalami nasib yang sama? Aduih! Insafnya.. dah sakit barulah rasa nikmatnya sihat itu..

Hari ni, bila dah rasa diri macam menghidap radang apendiks, saya pun menggoogle pasal penyakit ini. Mari kita ambik tahu pasal penyakit ini dengan membaca apa yang saya jumpa ni:

RADANG APPENDIK (Appendicitis)

Radang Appendik adalah satu keadaan di mana appedik menjadi bengkak dan bernanah. Appendik biasanya bersaiz jari dan merupakan bahagian yang menonjol pada usus besar yang terletak di sebelah kanan abdomen.



Kesakitan akan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudian beralih ke bahagian bawah kanan abdomen.Biasanya sakit yang dialami berterusan selama 6-12 jam dan menjadi lebih teruk.

Setiap individu berisiko terkena radang appendik tetapi ia lebih kerap terjadi pada mereka yang berusia 10-30 tahun .

FAKTOR PENYEBAB

Antara sebab terjadinya radang appendik masih tidak jelas. Namun ianya mungkin disebabkan oleh :

• sisa-sisa makanan atau najis yang tersumbat di rongga dinding usus dan appendik
• jangkitan virus pada sistem pencernaan ataupun radang-radang yang lain.

Pada kedua-dua kes ,ia akan mengakibatkan appendik menjadi radang dan bernanah.Jika tiada rawatan diambil, kemungkinan untuk appendik pecah boleh berlaku.

SIMPTOM - SIMPTOM

Radang appendik menyebabkan beberapa simptom dan berubah mengikut masa.Tetapi bahagian yang sakit adalah berbeza-beza bergantung pada umur dan kedudukan appendik seseorang seperti :
• Peringkat awal (simptom yang kerap berlaku) : kesakitan mula dirasai pada bahagian pusat dan kemudiannya akan terasa hingga ke bahagian bawah kanan abdomen.
• Jika radang merebak ke tisu sekitar, kesakitan lebih menusuk dan semakin teruk.
• Loya dan muntah-muntah
• hilang selera makan
• sembelit
• sukar membuang angin
• cirit-birit
• bengkak pada abdomen
• demam

Kesakitan yang teruk mungkin dirasai biarpun apabila abdomen disentuh secara lembut.Ia akan menyebabkan kesakitan yang berulang-ulang.Keadaan ini juga dapat dirasai jika kita batuk,berjalan ataupun keadaan yang bergegar.Kesakitan dapat dikurangkan jika kita mengiring atau duduk di mana lutut menghadap dada.

BILA PERLU BERJUMPA DOKTOR

Kanak-kanak lebih cederung untuk mengalami kondisi appendik pecah berbanding golongan dewasa.Kanak-kanak biasanya tidak menunjukkan simptom-simptom yang jelas dan ibu bapa mungkin memgambil ringan tanpa sebarang rawatan .Atas situasi tersebut ,jangan mengambil mudah jika anak anda mengalami sakit perut yang tidak serius,dinasihatkan terus membawa mereka berjumpa doktor bagi memastikan tahap kesihatan mereka .

Golongan dewasa juga tidak terkecuali jika mereka melambat-lambatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor.

KOMPLIKASI



1. APPENDIK PECAH : Komplikasi yang sangat serius adalah apabila appendik menjadi pecah.Kandungan dalam usus dan organisma-organisma yang membawa jangkitan akan menyerang kawasan abdomen .Ini akan menyebabkan jangkitan pada lapisan yang meliputi kawasan pencernaan.Apabila appedik menjadi pecah,pesakit terasa lebih sihat dari sebelumya secara tiba-tiba.Tetapi kemudiannya,keseluruhan kawasan abdomen akan kembung dengan gas dan cecair.Pesakit akan merasai tidak selesa,tegang dan sakit jika disentuh.Pesakit juga akan mengalami sakit pada kawasan tertentu di abdomen. Pesakit juga akan tidak mampu membuang angin dan mennyahtinja disebabkan radang tersebut. Lain-lain yang dapat dilihat adalah demam,dahaga dan air kencing yang sedikit.

2. PERITONITIS : Peritonitis atau radang pada dinding abdomen biasanya perut, adalah kes kecemasan. Jika salah seorang ahli keluarga anda mengalaminya, maka perlulah merujuk kepada bahagian kecemasan secepat mungkin sebelum ia menjadi lebih kronik. Appendik akan menjadi bengkak dan bernanah. Ia mungkin mencapai saiz sebesar badam atau sebesar buah limau. Rawatan adalah penting sebelum ia menjadi lebih kronik(peritonitis).

RAWATAN



PEMBEDAHAN adalah rawatan terbaik untuk pesakit radang appendik. Pesakit memerlukan pembedahan bagi membuang appendik (Appendectomy) yang hanya melibatkan torehan yang kecil pada abdomen. Rawatan tersebut memberikan pemulihan yang segera dan bekas pembedahan yang sedikit.

Jika appendik pesakit telah pecah, jangkitan yang sudah merebak ataupun bengkak bernanah, pesakit akan dibedah dengan torehan yang besar supaya pakar bedah dapat membersihkan bahagian abdomen.Pesakit akan diberi antibiotik melalui salur darah dan ditahan diwad sehingga sihat.

Jika simptom yang dialami sudah melewati 5 hari atau lebih, selalunya doktor akan memberi antibiotik untuk mengurangkan radang yang dialami dan jangkitan pada bahagian sekitar appendik. Ia selalunya akan menjadi bengkak dan bernanah. Melalui cara ini (antibiotik), bengkak akan di kuranglan terlebih dahulu dan nanah akan dikeluarkan melalui kulit.Jika cara tersebut berjaya, pembedahan membuang appendik biasannya dilakukan dua bulan selepas itu.

sumber : www.mayoclinic.com
penterjemah : nadzira ghazali
http://klinikmansurah.blogspot.com/


Lagi artikel pasal Radang Apendiks :

RADANG APPENDIKS

Apa itu Apendiks?

Apendiks ialah tiub berhujung buntu yang pendek , kurus dan tersemat pada hujung sekum.

Fungsinya tidak diketahui oleh manusia. Bengkak pada apendiks di panggil Radang
Appendiks gambar rajah bahagian abdomen (bhg hujung usus sekum-apendiks)

Apa itu Radang Appendiks?

Radang appendiks ialah satu keadaan di mana appendiks menjadi bengkak

Apakah Penyebab Radang Apendiks?

Tidak diketahui sebabnya. Kadangkala mungkin di sebabkan appendiks tersumbat oleh sisa makanan atau bengkak pada kelenjar limpa.

Apakah Tanda atau Gejala Radang Apendiks?

Gejala:
• Gejala utama ialah sakit di perut (abdomen). Sakit bermula di bahagian pusat tengah
dan kemudian ke bahagian bawah kanan perut (abdomen). Sakit akan bertambah
apabila bergerak, batuk atau bersin.

Gejala Lain yang berkaitan
• Demam (selalunya demam rendah tetapi boleh menjadi tinggi)
• Loya dan kadang-kala muntah
• Sembelit atau cirit-birit
• Kurang selera makan
• Abdomen membengkak

Tanda-Tanda:
• Sakit apabila menekan secara perlahan di bahagian bawah kanan perut.
• Bertambah sakit apabila tekanan tersebut dilepaskan

Ujian:
• Ujian Darah untuk mengesan tanda jangkitan
• Ujian Kencing untuk mengesan jangkitan salur kencing

Tiada satu ujian khusus untuk membuat dignosa penyakit Radang appendiks. Diagnosa biasanya dibuat melalui penilaian klinikal. Diagnosa boleh menjadi sukar pada kanak-kanak dan orang tua.

Apakah Bahayanya Radang Appendiks?

Risiko untuk mendapat komplikasi akan berlaku jika Radang appendiks tidak dirawat dengan cepat seperti:

• Pecah atau penembusan (perforation) pada appendiks, bolos atau keluarnya najis ke
dalam perut dan menyebabkan jangkitan di lapisan perut (Peritonitis) dan boleh
membawa maut.

• Himpunan nanah yang terbendung oleh tisu-tisu yang rosak dan bengkak

Apakah Rawatan untuk Radang Appendiks?

Rawatan pembedahan bagi mengeluarkan appendiks adalah diperlukan. Proses pemulihan
adalah cepat jika tiada komplikasi.

Sumber : http://www.infosihat.gov.my/

Friday, November 4, 2011

Penjagaan Anak : Taska atau Pengasuh?

Entry ini ditujukan khas buat pembaca blog saya bernama DEL yang telah meninggalkan komen berikut kat entry saya yang bertajuk Jaga anak : Taska vs rumah pengasuh yang telah di post hampir setahun lalu.

" Salam...sedang mencari2 info tntg pengasuh atau taska,terkeluar blog saudari..walaupn entri ni thn lepas punye..juz nk tnye, awk anta pngasuh or taska??sy msh tak dpt nk buat keputusan..pengasuh ank sy skg ada mslh kesihatan..kami perlu cr pengganti atau taska.."

Walaupun entry ini ditujukan kepada DEL, yang pandai eja DEL pun boleh gak baca. Tak payah la nak kecik ati nak tutup paparan blog mamiraysha ni..hehehe.. Meh kita sama-sama share pendapat tentang isu taska vs pengasuh ni.

Untuk pengetahuan DEL dan kawan-kawan yang terbaca entry ini, sekarang ni saya menghantar ketiga-tiga anak saya yang berumur 3 tahun, 2 tahun dan 5 bulan di taska. Taska mana? Taska dekat dengan opis (dalam kawasan opis). Actually, taska milik opis tapi diuruskan oleh pemilik Taska Bijak Cerdik.

Sebelum membuat keputusan menghantar anak-anak ke taska, saya pun macam DEL dan mommies di luar sana yang risau gak nak hantar anak ke taska. Lebih-lebih lagi sebelum ni anak dah begitu selesa dan serasi dengan pengasuh.

Pastu macam-macam pulak kita dengar cerita buruk pasal kejadian yang tak ingin kita lihat berlaku di taska. Bayi meninggal dunia tersedak susu la, bayi meninggal sebab terjatuh la. Paling selalu kita dengar, penyakit senang sangat berjangkit kat taska ni. Maklumla, dah duduk ramai-ramai kan.

Tapi kalau direnung-renungkan balik, bukan di taska je yang berlaku kejadian2 yang tak diingini tersebut. Dalam jagaan pengasuh juga, ada kes2 tersebut berlaku. Pendek kata, kat mana-mana kita hantar anak pun kemungkinan untuk berlaku kejadian buruk itu tetap ada waima dalam jagaan kita sendiri pun, kalau Allah takdirkan berlaku, akan berlaku juga. Yang penting, kita berdoa agar anak-anak kita dilindungi daripada malapetaka dan bahaya. Usaha dulu cari yang terbaik sama ada taska ataupun pengasuh..then tawakal kepada Yang Maha Penjaga.

Kelebihan menghantar anak di Taska

Melalui pengalaman saya, walaupun ada kekurangan, banyak juga kelebihan hantar anak ke taska ni. Antaranya:

1) Cuti Rehat saya jimat..hihihi.. ye la..kalau hantar anak ke rumah pengasuh, pengasuh demam ke, tak sihat ke, balik kampung ke, ada urusan bank ke dan lain-lain urusan peribadi, dia akan mohon untuk bercuti. Tak kan la tak nak bagi. Bila dah bagi cuti kat pengasuh, anak kita kena la kita jaga sendiri dan terpaksa ambik cuti. Lagi haru kalau dapat pengasuh yang masih muda dan ada potensi bersalin. Dah nak bagi cuti bersalin dan terpaksa cari pengasuh baru..hihihi. Kat taska, cikgu-cikgu lebih daripada sorang. So, takde masalah ketiadaan pengasuh ni.

2) Anak pandai bersosial. Di taska, ramai rakan sebaya anak-anak kita ni. So, mereka akan belajar macam mana nak berkawan. Macam mana nak kongsi permainan dengan kawan. Biasanya, anak-anak yang dihantar di taska tiada masalah takut orang atau bergaul dengan orang. So nanti, masa nak masuk darjah satu tak payah la mummy dan daddy sibuk-sibuk kena tunggu anak yang menangis ditinggalkan..hihihi..

3) Pengasuh yang berpengalaman dan berpengetahuan. Biasanya pengusaha-pengusaha taska ni telah menghadiri kursus yang berkaitan penjagaan dan perkembangan bayi dan kanak-kanak ni dan berusaha memastikan staf mereka juga menghadiri kursus yang berkenaan. So, mereka akan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh membangunkan minda, motor dan sebagainya (hhihihi..tak tahu apa lagi..maklumla tak pernah pergi kursus) sesuai dengan umur mereka. Contohnya, ada aktiviti mewarna, menampal, mengoyak, menganyam, menyanyi, menconteng dan lain-lain lagi.

4) Anak-anak lebih berdisiplin. Di taska, mereka menerapkan disiplin dalam diri anak-anak ni. Mungkin sebab ramai dan faktor pengaruh rakan sebaya, mereka mudah menerima dan melaksanakan peraturan yang telah ditetapkan oleh teacher2 kat taska. Makan ikut time, perlu beratur sebelum makan, duduk di tempat yang ditetapkan untuk makan, baca doa sebelum makan, letak botol susu yang telah habis di tempat yang ditetapkan, letak beg sendiri ditempat yang ditetapkan, ada waktu tidur, waktu main, waktu menonton tv dan yang sewaktu dengannya..hihihi.. (Tapi kan, anak-anak saya kat taska boleh dengar cakap teacher..berdisiplin sungguh! tapi kat rumah susah nak dengar cakap mummy dia nih!)

5) Boleh tambah kawan mummy! hihihi.. bukan anak je dapat ramai kawan, mummy dia pun bleh dapat kawan dengan mummy kawan anaknya. Boleh juga bertukar-tukar cerita tentang pengalaman membesarkan anak-anak dan sebagainya sementara tunggu anak siap untuk dilepaskan. Kalau hantar anak dengan pengasuh, sorang tu je la yang kita add senarai kawan kita kan..

Tu je la kot yang teringat saya listkan kelebihan taska ni. Kalau ada pembaca lain nak share kelebihan lain silakan.. sharing is caring!

Nantikan entry tips memilih taska selepas ini..

Tuesday, November 1, 2011

Clearance Stock : Susu Ibu Perahan

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan November dah kita kan. Cepat sungguh masa berlalu. Rasa macam baru je pregnen 5 bulan, tapi realitinya baby yang dipregnenkan tu dah pun 5 bulan menjengah dunia ni. Seriusly rasa tak terkejarnya masa sekarang ni. Ehm.. telah berada di akhir zaman la kita sekarang ni kan?
Daripada Anas bin Malik r.a berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda,

" Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api." - HR Termizi


Bila bulan November mula menjengah ni, terus rasa lain macam pulak perasaan saya. Teringat kat stok-stok susu perahan yang memenuhi ruang deep freezer dan freezer. Dah lama nak uruskan clearance stock EBM tu bagi memberi laluan kepada stok baru tapi dok layan sangat perasaan sayang yang merajai sanubari..hehehe. Entah semangat mana pulak datang awal pagi tadi.. berjaya jugak saya menangkis perasaan sayang tu lalu menggeledah deep freezer mencari stok-stok bulan 6 dan bulan 7 untuk di'clear'kan. Semangat baru bangun tido kot..hehe.. pukul 1 pagi menggeledah peti ais!

Nak tak nak terpaksa juga saya lepaskan stok-stok ni pergi. Saya ingat semangat saya maintain kuat. Tapi tak lama lepas tu rasa nak nangis pulak bila terpandangkan stok-stok ni terdampar di atas lantai dapur untuk proses penyahbekuan sebelum dialirkan ke dalam sinki.

Pagi tadi, lepas bangun tido kali yang kedua untuk siap-siap ke opis, rasa sayu hati pulak tengok stok-stok tu terdampar. Menyesal pulak datang menerpa. Ishk! terfikir pulak.. saya ni confiden je yang umur saya panjang untuk terus fully breastfeedkan anak saya. Macam mana kalau tak panjang umur? Stok baru tak sempat nak memenuhi ruang freezer camne? Stok bulan 6 dan 7 tu walaupun lama.. sesungguhnya ia berkali-kali ganda lebih baik daripada susu formula. Ya Allah.. apa yang aku dah buat ni???

Ruang deep freezer yang telah lega setelah peng'clear'an stok dilakukan.

Misi melegakan ruang freezer pulak. Stok yang sendat mendat ni bakal ke deep freezer. Semoga tak berlaku lagi susu tak beku walaupun 3 hari duduk dalam freezer ni.

Semoga Allah panjangkan umur saya agar dapat saya memenuhi tanggungjawab memberikan Razin susu yang terbaik dengan izin-Nya. Semoga Allah gantikan stok yang terbuang itu dengan stok yang lebih baik.. amin!