Assalamualaikum w.b.t..
Selamat menyambut tahun baru hijrah! kat mana sambut? Mesti ramai pulang ke kampung halaman kan? Maklumla cuti lebih sehari. Saya sambut kat rumah je walaupun sambutan ma'al hijrah peringkat kebangsaan diadakan di PICC yang hanya sekangkang kera je dari rumah. En asben sorang je yang ada kat sana. Kami anak-beranak dok depan tv je kot2 nampak daddy diorang kat dalam tv hahaha..
Bila sebut pasal ma'al hijrah.. mesti teringat lagu tema sambutan ma'al hijrah ni..hihihi.. sampai sekarang liriknya tak pernah lupa. Saya pernah wakil sekolah rendah untuk pertandingan nasyid sempena ma'al hijrah ni. Lagu Ma'al Hijrah ni lagu wajib nyanyi! Semalam berulang2 saya nyanyi lagu ni depan anak sulung saya dengan penuh perasan! eh eh dengan penuh perasaan! Sampai dia cakap.. " Mummy, jangan nyanyi! " hehehe.. Mak tengah semangat nak oii..hehehe..
Satu Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah
Asas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang zaman..
Untuk sepanjang.. zaman..
Eh eh lupa nak cerita. Masa pertandingan nasyid tahun 1993 tu, sekolah saya dapat tempat ke-3. Hadiahnya.. tipuware sorang satu..hehe.. bukan bentuk hadiahnya jadi ukuran.. kemenangan tu dah cukup membanggakan walaupun cuma tempat ke-3..
Sebenarnya lagu ma'al hijrah ni bukan sekadar untuk dinyanyikan. Tapi untuk sama-sama kita hayati liriknya. Sempena tahun baru ni.. jom kita berhijrah..
- Dari malas kepada rajin
- Dari buruk kepada baik
- Dari baik kepada lebih baik
- Dari maksiat kepada taubat
- Dari jahil kepada berilmu
- Dari zero kepada hero
- Dari susah kepada senang
- Dari pemarah kepada penyabar
Pendek kata.. dari negatif kepada positif. Tapi penghijrahan tak semudah ditulis. Hijrah memerlukan pengorbanan dan perjuangan. Bukan senang nak berhijrah kepada kebaikan. Sudah tentu syaitan tak kan benarkan ia berlaku. Yang pasti, tekad kena bulat. Azam kena kuat. Nafsu kena ikat. Usaha dan doa jangan kira penat.
Senarai Tema Ma'al Hijrah 30 tahun
1391/1971 : Islam Dalam Zaman Sains & Teknologi
1392/1972 : Peranan Islam Dalam Pembangunan Masyarakat Moden
1393/1973 : Islam Dan Pembangunan Ekonomi
1394/1974 : Akhlak Asas Perpaduan
1395/1975 : Kemakmuran Menerusi Lunas-lunas Islam
1396/1976 : Masyarakat Progresif Mengikut Islam
1397/1977 : Al-Quran Sumber Kekuatan Ummah
1398/1978 : Nilai Dan Displin Hidup Menurut al-Quran
1399/1979 : Ilmu dan Akal Asas Keimanan
1400/1980 : Kukuhkan Perpaduan Menurut Islam
1401/1981 : Kejayaan Dunia Akhirat Menurut Islam
1402/1982 : Displin Dan Kesungguhan Bekerja Dalam Islam
1403/1983 : Kebersihan Asas Kesempurnaan Iman
1404/1984 : Berilmu Berusaha Tuntutan al-Quran
1405/1985 : Perpaduan Asas Keutuhan Ummah
1406/1986 : Berjimat Berkat, Membazir Mudharat
1407/1987 : Umat Tegas Islam Teguh
1408/1988 : Kemajuan Dan Keagungan Ummah
1409/1989 : Bersatu Memajukan Ummah
1410/1990 : Bersatu Teguh
1411/1991 : Berjihad Menuju Kejayaan
1412/1992 : Berjihad Ke Arah Keagungan
1413/1993 : Wawasan Memajukan Ummah
1414/1994 : Wawasan Menyatukan Ummah
1415/1995 : Al-Quran Membina Akhlak Mulia
1416/1996 : Umat Berkualiti Penggerak Wawasan
1417/1997 : Budaya Murni Teras Kejayaan
1418/1998 : Akhlak Mulia Umat Sejahtera
1420/1999 : Perpaduan Ummah Membawa Kejayaan
1421/2000 : Bersyukur Tanda Keteguhan Iman
1422/2001 : Perpaduan Pemangkin Pembangunan Ummah
1423/2002 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1424/2003 : Bersama Hayati Keindahan Islam
1425/2004 : Negara Maju Matlamat Kita
1426/2005 : Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah
1427/2006 : Keunggulan Ilmu Teras Kegemilangan Ummah
1428/2007 : Insan Cemerlang Ummah Terbilang
1429/2008 : Menjana Ummah Gemilang
1430/2009 : Wahdah Pemangkin Khaira Ummah
1431/2009 : Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah
1432/2010 : 1 Malaysia 1 Ummah
1433/2011 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Sumber : http://www.islam.gov.my/