Check it out!

Friday, March 29, 2013

Episod Sakit Gigi - Pengalaman Cabut Gigi

Siapa tak pernah rasa sakit gigi angkat tangan!!
Wah.. hebatlah. Maka jagalah gigi anda sebaik mungkin agar episod sakit gigi ini tidak berlaku kepada anda.
Entry ini ialah khidmat sosial saya kepada masyarakat sempena kempen penjagaan gigi sedunia..muahahaha..

Saya pernah dengar orang mengatakan yang sakit gigi ini ialah sakit yang akan menyebabkan semua anggota lain turut sakit. Maknanya, kalau sakit gigi menyerang maka anggota lain tak dapat menjalankan tugas dengan sempurna sebab tak boleh nak buat apa sebab terpaksa menanggung sakit yang menyucuk. Apabila keadaan ini berlaku, sila jauhkan diri anda untuk bergurau tak bertempat dengan pesakit gigi ini, dibimbangi.. gigi anda pulak yang cedera.. dan anda pulak yang akan tulis entry episod sakit gigi macam saya..haha.. (hormon marah orang sakit gigi automatik meningkat)

Kawan saya juga pernah mengeluarkan statement yang sakit gigi ini adalah sakit kedua paling sakit selepas bersalin. Maknanya, kawan saya ni klasifikasikan yang sakit bersalin ialah sakit yang tinggi darjatnya sedikit berbanding sakit gigi. So, incik lelaki di luar sana kalau anda rasa sakit gigi, ingatlah bahawa sakit itu masih tak seberapa jika nak dibandingkan dengan sakit bersalin. Orang pompuan yang lemah pun boleh menghadapi sakit yang paling sakit, inikan pulak orang lelaki yang kuat dan gagah. Apa ada hal lah.. haha.. motivasi..motivasi..bukan provokasi. 

Sebenarnya saya start mengalami episod sakit gigi ini sejak 10.10.2012 tahun lepas. Sakitnya menyucuk-nyucuk hingga menyebabkan sakit tu tersebar ke gigi yang tak terlibat. Fuh! memang tak dapat nak tidur malam menahan sakit. Keesokan harinya saya ke klinik pergigian Putrajaya Presint 9 untuk mendapatkan rawatan. Pipi saya di x-ray dan didapati tampalan gigi geraham bawah sebelah kiri saya telah menyentuh saraf gigi yang menyebabkan kesakitan. Doktor memberi saya 2 pilihan sama ada cabut atau membuat rawatan akar (RCT - Root Canal Treatment). Saya tanya yang mana satu lebih baik? Dia kata terpulang. Kalau cabut, takde la gigi. Tapi kalau buat rawatan akar, gigi akan kekal ada kerana dia akan korek semula tampalan, mematikan saraf gigi tu dan membuat tampalan semula. Appointment saya untuk mendapatkan rawatan ini ialah pada 24.7.2013 yang akan datang. Adeh! sangat lama kerana pesakit gigi sangat ramai..huhu..

Sementara menunggu tarikh rawatan.. gigi ini sakit on and off. Sekarang ni macam mula nak sakit balik gigi tu. Ntah-ntah bila tiba tarikh appointment, gigi tersebut sudah tiada lagi..huhu. Tidak mungkin saya sanggup tunggu jika sakit dah menyucuk-nyucuk. 

Sabtu 16.3.2013 yang lalu.. episod sakit gigi kembali menghantui diri.
Menyucuk-nyucuk sampai tak boleh nak tido malam.
Bukan gigi yang sebelum ini, tetapi gigi geraham bongsu sebelah atas sebelah kanan pulak.
Gigi tersebut memang dah berlubang di tepi (baru perasan). Sebelum ini steady je. Pada hari tu, dia dah tak mampu menangkis serangan. Gara-gara tengah harinya makan Epal Besar ini..

Inilah punca serangan sakit gigi saya
Macam-macam kaedah dan petua saya lakukan untuk mengatasi sakit gigi yang menyucuk ini. Petua paling popular, berkumur dengan air garam. Memang berkesan, hilangla jugak sakit gigi tapi sekejap je, pastu menyerang semula. Adeh! sila bayangkan berapa kali saya terpaksa berkumur dengan air garam tersebut. Selain air garam, saya turut tampal pipi tempat gigi yang sakit itu dengan koyok. 


Copycat yang sibuk je nak sama macam mummy dia.
Hari Ahad keesokan harinya terpaksa saya lalui dengan kesakitan..huhu. Nak keluar rumah pun takde mood. Takpela.. bertahan lagi sehari memandangkan kebanyakan klinik gigi tutup pada hari Ahad (pada perkiraan saya). Hari Isnin saya ke pejabat dengan 2 bekalan untuk mengatasi sakit gigi saya. Bekalan pertama, sebotol air garam untuk berkumur bila sakit menyerang dan kedua, doa sakit gigi di bawah ini. Gigih saya menyalin semula dari dalam buku untuk di bawa ke pejabat sebab lebih senang membawa secebis kertas berbanding sebuah buku.


Doa sakit gigi
Pada pukul 12.20 tengah hari pada hari Isnin, 18.3.2013 tersebut, en. asben menjemput saya di pejabat dan menghantar saya ke klinik gigi untuk 'settle'kan gigi tersebut. Mungkin en. asben takut nak tinggal lebih lama dengan orang sakit gigi..haha. Berdasarkan risikan dengan kawan-kawan, saya memilih Klinik Pergigian Halizah yang terletak di belakang Warta, Bangi. Berhampiran dengan Tabung Haji.

Saya sampai lebih kurang dalam pukul 12.30 tengah hari. Tak perlu lama menunggu, sekejap je nama saya di panggil. Ingatkan lama sebab sebelum saya sampai memang dah ada patient yang sedang menunggu. Rupa-rupanya ada 2 bilik rawatan.

Sebelum masuk ke bilik, seram gak sikit nak kena cabut gigi. First time nih gigi nak kena cabut. Masa kecik-kecik dulu, tak payah cabut, gigi memang tanggal sendiri sebab nak beri laluan gigi kekal mengambil tempat. Terbayang pulak la aksi seorang doktor memegang playar lalu dengan rakusnya menyentap gigi yang sakit itu. Adusss... fengsan!

Tambah lagi en. asben pulak cerita pengalaman dia 3 kali cabut gigi. Memang ketiga-tiganya beliau menjerit kesakitan. Sangat sakit dan takut katanya. Adeh! time ni pulak en asben cerita ngeri ini. Memang beliau akui yang beliau sangat takut mencabut gigi. (ooo.. baru tahu yang penakut jugak en asben saya ni)

Saya tak biarkan perasaan takut menguasai diri.
Saya kan dah pernah merasai sakit bersalin 3 kali. Apa la sangat cabut gigi ni kan..
Saya cuba menenangkan diri sebenarnya dengan membandingkan dengan pengalaman bersalin. Kan kawan saya cakap yang sakit gigi ni sakit kedua paling sakit selepas bersalin..hehehe..

Semasa di bilik rawatan..
Doktor bertanya gigi kat mana yang sakit dan beliau check gigi yang berkenaan.
Selepas meninjau keadaan gigi saya, beliau mengesyorkan gigi tersebut dicabut. Lagipun ianya gigi bongsu.
Memang hajat saya nak cabut pun gigi tersebut.
Prosedur seterusnya, doktor menyuntik ubat bius di dua tempat. Satu dekat bahagian pipi sebelah dalam dan satu lagi di langit-langit untuk membuatkan bahagian yang hendak dicabut tersebut rasa kebas. Suntikan pertama, tak la sakit sangat macam semut gigit je. Tapi suntikan kat langit-langit tu agak sakit sikit sehingga saya dinasihati oleh doktor untuk tidak mengeraskan badan. Tindakan luar kawal menahan sakit puan doktor! Honestly, sakit jahit selepas bersalin lebih sakit lagi la..huhuhu..

Selepas suntikan diterima, saya dibiarkan berbaring di kerusi rawatan sebentar sehingga rasa kebas dirasai. Ada la dalam 5 - 10 minit kot. Selepas itu, tibalah adegan yang ditunggu-tunggu.. gigi dicabut! Doktor beritahu yang saya akan rasa gigi bergerak-gerak.. itu normal. Tapi kalau rasa sakit menyucuk, sila angkat tangan. Ye.. puan doktor.. saya akan standbykan tangan..hehe..

Saya rasa doktor itu mencucuk-cucuk gigi saya dengan sesuatu. Tapi tak rasa sakit langsung. Tup-tup, doktor suruh berkumur. Saya tanya doktor, "Dah siap ke?" Doktor jawab, "ye dah siap."  Mak aii.. sekejapnya. Rasanya macam tak sampai 5 minit pun gigi tu dah tercabut. Memang cabut gigi secepat inikah atau gigi saya itu sudah reput.. makanya senang dicabut??

Keluar je bilik rawatan, encik asben pun terkejut.. macam tak percaya gigi saya dah dicabut. Berulang-ulang kali dia soal, "dah siap ke?" Nasib baik saya tak sakit gigi lagi, kalau dia soal banyak-banyak kali macam ni time saya sakit gigi, memang siap dia! hahaha..
Bil untuk cabut gigi ini ialah RM100. Agak murah juga la untuk kos cabut gigi geraham.

Lepas cabut gigi, saya ke pejabat semula selepas menghabiskan separuh masa rehat di Giant dalam Warta. Memang takde rasa sakit lagi sampai sekarang. Lepas cabut tu pun saya takde rasa sakit di tempat yang dicabut. Cuma darah je yang keluar banyak. Kebas masih terasa agak lama la. Tapi bila balik dari pejabat, dah hilang dah kebas tu. Walaupun dah hilang kebas, saya still takde rasa sakit. Cuma saya elakkan dari mengunyah di tempat tersebut sebab saya rasa-rasa dengan lidah, tempat yang dicabut masih berlubang. Alhamdulillah, apa yang saya khuatiri iaitu demam selepas cabut gigi tidak berlaku. Pada pendapat saya, cabut gigi tidaklah mengerikan.

Buruknya rupa gigiku ini

Nah! buah tangan yang saya bawak balik dari klinik tersebut. Siapa tak tahan nak tengok gigi buruk tersebut, cepat-cepat la scroll down ye. Saje saya request nak bawak balik..hehe. Nak tayang kat blog ni buat pengajaran hidup. Lain kali jaga gigi elok-elok ye. Gosok gigi tu biar sampai ke hujung. Jangan tertinggal lak adik bongsu tu. Kesian dia.. Dia yang last tumbuh, dia pulak yang kena cabut dulu.. 

Selamat tinggal gigiku sayang..
Terima kasih atas khidmat anda selama ini.
Jasamu akan ku kenang-kenang selalu..
sop! sop! sop!

Saya dah kurang satu gigi.
Umur baru 3.0 series..
Agaknya saya kurang minum susu kot sepanjang mengandung 3 kali dan menyusukan anak non-stop selama 3 tahun 5 bulan. So, mummies di luar sana.. sila rajin-rajin minum susu atau sumber kalsium lain ye.. takut nanti dah 5.0 series dah takde gigi nak kunyah..hehe..

Friday, March 22, 2013

Rayyan taknak apa-apa..

Pagi tadi semasa menghantar Rayyan ke tadika, di pesan kat mummy,
" Mummy nanti ambik Rayyan kat sekolah tau. Rayyan  nak mummy aje."

Setiap hari, tugas mummy menghantar geng 3R ke sekolah.
Rania dan Razin di taska berhampiran rumah, manakala Rayyan di Tadika Kemas jauh sikit dari rumah. Setiap hari juga, tugas daddy mengambil Rayyan di tadika pada tengah hari dan hantar pulak ke taska untuk bersama 2R dan ambil semula mereka pulang dari sekolah di sebelah petang. 

Memandangkan hari ni Rayyan dah pesan begitu, maka mummy menjemput beliau tengah hari tadi. Dalam kereta beliau berpesan lagi, " Mummy nanti ambik Rayyan, Rania dan Razin kat sekolah tau." Ah sudah.. mummy jawab balik, " Mummy balik lambat. Mummy habis kerja pukul 5.30 petang, daddy habis kerja pukul 4.30 petang, biar la daddy yang ambik. Daddy balik cepat, nanti Rayyan boleh balik cepat. Boleh tengok tv cepat, boleh main komputer cepat. Kalau mummy ambik, nanti Rayyan balik lambat. Kesian kena tunggu kat sekolah, semua kawan-kawan dah balik." Sepanjang mummy membebel menerangkan keadaan secara diplomasi ala-ala Pegawai Tadbir Diplomatik, Rayyan hanya diam.

Mummy sambung lagi cucuk jarum suntikan kefahaman kat beliau.
" Mummy banyak keje kat opis, tak boleh balik cepat. Mummy kena kerja. Bila mummy kerja, mummy dapat duit. Boleh beli macam-macam."
Rayyan jawab balik, " Rayyan tak nak beli apa-apa."
Mummy pulak menjawab, " Duit bukan nak beli barang aje, nak bayar bil elektrik pun kena pakai duit tau. Rayyan main komputer tu pun kena pakai elektrik, Rayyan tengok tv pun kena pakai elektrik. Ingat tak hari tu takde elektrik, kita gelap kan, tak boleh tengok tv, tak boleh main komputer, kipas pun tak jalan." Fuh! panjang berjela penerangan mummy untuk anak umur 5 tahun. 

Bila dah sampai taska, dah salam dan cium dia, mummy tanya Rayyan,
"Rayyan nak suruh mummy beli apa?"
" Rayyan tak nak apa-apa, mummy beli elektrik aje.."

oh ohh.. kat mana pulak la mummy nak beli elektrik petang ni? 
Siapa tahu nak beli elektrik kat mana?


Tuesday, March 19, 2013

Bersalin dalam lif


Amacam? Terkejut tak baca tajuk dan chat box di atas? 

Sedang saya dok baca status FB yang dipost oleh kawan-kawan sebentar tadi, tetiba keluar pop-up chat box yang dihantar oleh jiran sebelah rumah saya menghantar berita. Jiran sebelah-menyebelah sekarang ni canggih, tak yah ketuk2 pintu rumah nak borak. Chatting online aje..hehe.

Terkejut ada.. gembira ada.. sebak pun ada bila saya dengar berita ni.
Bercampur-baur segalanya menjadi satu perasaan yang sukar diungkapkan.
Tak cukup info dari penyampai berita.. saya terjah empunya cerita. Nasib baik dia larat angkat panggilan dari saya..hehe.. 

Due date kawan saya ni sebenarnya lama lagi. 10 April nanti. Sekarang ni kandungan dia baru 36 minggu 5 hari. Dia pun tak sangka dia akan bersalin seawal ni. 
Mengikut ceritanya, Masa pergi kerja pagi tadi, dia tak rasa pun tanda-tanda nak bersalin.
Cuma husband dia aje la yang mengalami sakit pinggang.
Dia start rasa sakit sikit masa tengah hari tadi. Dia ingat biasa-biasa aje. Dia terus gigih menyelesaikan tugas-tugas di pejabat. Saya faham kenapa dia begitu gigih sebab dialah pengganti tempat yang saya tinggalkan. Kat situ staf hanya 2 orang dan menguruskan peperiksaan untuk staf jabatan kami satu malaysia. Semua urusan ada date line supaya peperiksaan dapat dijalankan pada tarikh yang dijadualkan.

Ini bukanlah pengalaman bersalin beliau yang pertama. This is her fourth edition! Tapi mungkin ini akan jadi pengalaman bersalin dia yang paling diingati. Mungkin bukan pada dia sahaja, tetapi kepada kami semua.

Selepas rehat tengah hari tadi, dia dah mula rasa contraction. Makin lama semakin kerap. Sempat la dia telefon husband minta supaya balik awal. Tak lama lepas tu, air ketuban dia pecah. Masa ni dalam pukul 4.10 petang. Rakan sekerja yang sorang lagi, bercuti la pulak. Bermakna, dia hanya berseorangan di tingkat 5 itu. Lalu, dia naik ke tingkat 6 untuk meminta bantuan agar dihantar ke hospital. Semasa dalam lif untuk turun ke tingkat 5 semula, dia dah tak tahan dah. Dia baring je kat lantai lif tu dan bersedia untuk keluarkan anaknya. Hanya sekali push, Alhamdulillah baby berjaya keluar. Masa ni lebih kurang pukul 4.30 petang. Nasib baik ada 2 orang staf wanita bersama dia waktu itu. Mereka la yang menolong menyambut baby bertuah itu.

Alhamdulillah! Allah dah aturkan segalanya. Allah permudahkan segalanya.
Banyak sangat kebetulan yang tidak disangka-sangka.
Macam mana si bidan terjun tu memotong tali pusat baby?
Oh.. beliau tidak memotongnya. Tali pusat baby dipotong oleh nurse dari hospital terdekat yang datang lebih kurang setengah jam kemudian.

Sementara menunggu kehadiran ambulans, kawan saya ni hanya berbaring di lantai lobi dengan ditemani ramai kawan-kawan. Babynya berbungkus kain batik yang diapun tak tahu siapa yang punya. Anaknya diazankan oleh salah seorang staf lelaki di situ.
Sebak dan terharu saya dengar cerita dia. Alhamdulillah.. ramai yang sedia menghulurkan bantuan di saat dia memerlukan.

Baby apa ye?
Baby boy!
Saya cadang kat dia supaya kena bagi nama yang special kat anak dia tu.
Kena letak perkataan lif dalam nama anak dia..hehe..
Sebab agak janggal nak letak nama institut kami pulak pada nama tu.
Nanti boleh cerita kat anak dia bila besar nanti asal usul nama dia.
Saya volunteer nak carikan nama untuk anak dia.
Saya yang excited lebih-lebih pulak ek..

Setelah meletak telefon dalam 5 minit..
Saya call semula dan mengesyorkan..
" Kak, saya cadangkan akak bagi nama anak akak Alif Naufal! Ada perkataan lif di situ."
Nampaknya beliau bagi respon yang baik. Dia pun ada terfikir nama Alif tu semasa saya syorkan letak nama anak dia lif. Alif tu maknanya kawan rapat, manakala Naufal tu pula dermawan. Saya cadangkan Naufal ni sebab ketiga-tiga anaknya yang lain mempunyai pangkal 'N' pada nama kedua mereka. Nama kakak baby ni, Auni Nabilah, maka saya pun mengesyorkan nama Alif Naufal. Cadangan aje, terpulang la kepada papa dan mamanya untuk memilih nama yang terbaik buat anak mereka. 

Kawan saya sekarang ni masih berada di hospital.
Alhamdulillah.. tak banyak koyakan katanya. Tapi still ada jahitan sikit.
Semoga beliau dan baby cepat sihat!


Saturday, March 2, 2013

Saturday @ Kid'z Paradise

Seawal pukul 10 pagi kami anak-beranak dah keluar rumah hari ni.
Mummy malas nak masak untuk sarapan.        
Mummy ajak daddy bersarapan di luar memandangkan lama dah tak berbuat demikian.

Nasib baik daddy setuju.
Dalam perjalanan, daddy cadangkan kami ke The Mines, Seri Kembangan aje.
 Okeh. Mummy setuju. Boleh makan-makan. Trio 3R pun boleh main-main juga.

Kami bersarapan di Kenny Rogers pagi ni.
Walaupun bukan pilihan sebab harganya yang mahal, tapi rela dalam terpaksa jugakla makan di sini sebab kat sini je tempat duduk bersebelahan dengan tasik yang kosong. Ok la baru gaji.. duit banyak lagi..hihihi..(sebab hutang tak settle lagi..huhuhu..)

Lepas bersarapan, kami ke Kid's Paradise
Tempat kegemaran kanak-kanak!
Rania yang paling bersungguh nak masuk ke sini.
Rayyan mula-mula tak nak, tapi lembut hati jugak nak masuk bila mummy pujuk.
Razin, pulak takde perasaan. Masuk boleh tak masuk pun boleh. Memang serba boleh la anak mummy sorang ni.

Sebenarnya baru pertama kali kami ke sini walaupun dah banyak kali ke The Mines ni. Tak tahu pun sebenarnya kewujudan tempat ni. Member daddy yang maklumkan.

Tempat ni merupakan taman permainan kanak-kanak yang berbayar.
Harga tiket masuk ialah RM25 seorang kanak-kanak untuk hari biasa (weekdays)
Manakala harga pada hujung minggu, cuti sekolah dan public holidays ialah RM38.
Umur kanak-kanak yang dicaj seawal usia 6 bulan. Orang dewasa tidak dicaj.
Huh! nampaknya Razin tidak terlepas dari bayaran. 

Walau bagaimanapun, ada promosi RM150 untuk 8 tiket yang boleh masuk bila-bila masa. Valid sehingga 1 tahun. RM250 pula untuk 15 tiket masuk.
Congak punya congak, kalau ambil harga biasa untuk 3R ialah RM114. Tapi tambah sikit je lagi dapat extra 5 tiket. Ehm.. closed deal! mummy pilih RM150 untuk 8 tiket. So, kos untuk 1 tiket jatuh pada RM18.75. Jimat RM19.25..hehehe..

Upps! lupa pulak fakta penting. Nak masuk sini, semua orang wajib pakai stoking. Tak kira orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Tapi jangan risau kalau tak bawa, ada dijual di sini. Harga RM4 setiap satu untuk kanak-kanak. Dewasa tak tahu sebab tak beli di sini.

Lagi satu fakta, makanan dan minuman dari luar tidak dibenarkan dibawa masuk. Tapi jangan risau, minuman ada dijual di sini. Tapi faham-faham je la harganya ye. So, minum dan makan kenyang-kenyang sebelum masuk sini.







Trio 3R sangat seronok di sini.
Mereka tak nak keluar. Tak nak balik. Nak terus main kat sini.
Tapi memandangkan mereka anak, dan kami mak bapak, maka kuasa veto di tangan kami..hahaha..
Maka pukul 2 lebih kurang, kami anak-beranak keluar la dari sini untuk ke Giant pulak untuk membeli stok makanan dan keperluan-keperluan lain. Sebab mungkin kami akan berkurung di rumah esok hari untuk berehat. Penat woo hari ni..hihi..

Lepas keluar Giant, Razin dah tertidur dalam dukungan mummy. Letih sangat dia. Skip tido sesi pagi. Pukul 3.10 petang kami dah sampai rumah. Rehat time!

Nota : Semasa mummy memilih gambar untuk dimasukkan ke dalam blog ni, Rania merengek nak ke sini lagi bila nampak gambar-gambar ni. Razin pulak, sebut nak! nak! nak! sambil tunjuk-tunjuk gambar. Ye la nak.. nanti kita pergi lagi ye.. Ada 5 tiket lagi nak dihabiskan sebelum 2 Mac 2014.