Salam. Ari ni pepagi lagi lepas thumb print terus pi kantin nak tapau breakfast. Memang rutin harian pon. Bila dah masuk opis nun di tingkat 5 nanti malas plak nak turun balik pi kantin. Seawal pukul 7.25 pagi dah penuh pelbagai menu yang hari-hari sama kat kantin ni. Tetiba plak nampak ada sambal kerang! wahhhh..sedapnya.. jarang kantin ni wat sambal kerang. Feberet ni! perasaan tak bersemangat nak makan..sebab tak tahu nak makan apa..akibat hari2 makan benda yang sama tetiba bertukar jadi berselera la plak. Makan nasi lemak sambal kerang pun best gak ni. Niat nak ambik nasi lemak terbantut plak bila tetiba nampak nasi putih. Ehm.. nasi putih dan sambal kerang jadi santapan breakfast ari ni. Tak nak ambik lauk lain yang bleh mengurangkan nikmat sambal kerang ni.. Berselera sungguh la makan pagi ni sambil minum air sirap yang ditapau dari rumah. Menu macam makan tengah hari ek..tapi percayalah..ini menu sarapan pagi saya..hehe..kang tengah hari..wajib lagi makan nasi putih..bertuahnya kalau ada lagi sambal kerang kat kantin tu..lupa plak nak borong siap2 tadi.. Mari berdoa agar ada lagi sambal kerang untuk saya nanti :-)
Sambal kerang yang menyelerakan. Gambar dari yahoo search..
Okeh. Dah citer pasal saya dan kerang..eloklah saya citer plak pasal khasiat kerang ni plak kan. Agar ada gak la info yang berguna disamping cerita yang tak berapa nak berguna di atas..hehehe.. Hasil daripada kerajinan saya melakukan senaman jari jemari menaip "khasiat kerang" maka terjumpalah beberapa fakta kat sini. Jenuh gak la nak menteranselitkan beberapa perkataan dalam bahasa Indonesia ke bahasa melayu. Siap guna bantuan google translator dan kamus dewan lagi..hikhik..
Kerang ni tergolong dalam golongan keluarga moluska iaitu golongan binatang yang berkerang (kamus dewan). Dalam erti kata lain, kerang bererti semua moluska dengan sepasang cengkerang (dalam bahasa indonesia disebut cangkang). Dikenali dengan nama latinnya Anadara Granosa(kalau salah dengar bleh jadi bunyi anak dara diperkosa plak ek. hah tu kes lama tak service la tuh). Kerang ni dah mula diambil oleh masyarakat yang tinggal di daerah muara pertemuan sungai dan laut sejak ribuan tahun dulu.
Kerang mengandungi protein dan zat yang berguna bagi tubuh. Dalam daging kerang menyimpan mineral berupa zat besi, zink serta vitamin B12. Zat besi ni berguna untuk meningkatkan pengangkutan oksigen ke seluruh tubuh. Sementara mineral zink merupakan zat yang dapat merangsang metabolisme tubuh. Lendir kerang pula dapat membantu meningkatkan kadar albumin dalam darah.
Daging kerang/tiram mengandungi banyak zink dengan setiap 100mg mengandungi 14.3mg zink. Berbanding dengan daging merah, setiap 100mg hanya terdapat 6.4mg zink sahaja. Kerang juga merupakan sumber asid lemak omega 3 dan mengandungi lemak tepu yang rendah.
Sebahagian masyarakat China ribuan tahun lalu mempercayai kerang/tiram ini sebagai makanan Afrodisiak iaitu makanan yang dapat menambah ghairah seks. Bahkan sebahagian masyarakat Indonesia ada yang sudah membuktikan khasiat kerang/tiram ini dalam membantu mengatasi masalah anak yang hiperaktif. (bagaimana tu..tak pasti..artikel ni tulis camni je..nanti kalau jumpa saya bagitahu kat dalam entry berikutnya.)
Kerang jugak baik untuk diambil oleh wanita yang sedang hamil. Biasa kalau kurang darah, wanita mengandung disarankan makan kerang ni. Masalahnya sekarang ni banyak sangat pencemaran air laut yang boleh menyebabkan kerang juga tercemar oleh logam berat seperti merkuri. Logam berat ni bahaya kalau diambil oleh wanita hamil sebab boleh menyebabkan janin cacat atau penyakit autis. Tapi sayang tak ada ciri khusus untuk kita tahu kerang tu dah tercemar atau tidak. Namun begitu, untuk elak daripada mengambil kerang yang dah tercemar dengan merkuri, jangan beli kerang yang berasal dari perairan yang mengandungi banyak bahan buangan industri. (huhuhu..camne nak tahu kerang tu berasal dari mana..yang kita tahu kerang tu berasal dari pasar atau pasaraya yang berkenaan je)
Check it out!
Tuesday, November 30, 2010
Tuesday, November 23, 2010
Mari Berkasih Sayang
Pelik dengan tajuk entry mamiraysha ari ni? Hehe..tetiba plak rasa nak share kat blog. Alkisah ari ni buat first timenya buka nasyid online kat sini. Saje layan sambil wat keje. Sebelum ni memang senyap sunyi je mamiraysha wat keje. Ari ni tak tahu la datang dari mana keinginan nak dengar muzik sambil wat keje. Lagu nasyid memang menenangkan. Touching plak bila dengar lagu Kasih Sayang nyanyian kumpulan nasyid Raihan tadi. Dah lama tak dengar lagu ni. Try search lirik lagu kasih sayang ni. Jumpa kat sini. Jom sama-sama hayati liriknya!
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang maaf memaafkan
Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka
Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang Tuhan
Tiada bakti tiada kemaafan
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oh dunia
Moga selamat di akhirat sana
Friday, November 19, 2010
Hari Tandas Sedunia
Salam. Ari ni 19 November. Tahukah anda ari ni merupakan Hari Tandas Sedunia? Serius! saya baru je tahu adanya hari seumpama ni semasa baca majalah i-sihat keluaran November pada 3 November lepas. Macam tak percaya je kan ada Hari Tandas Sedunia ni. Saya cuba gak membayangkan..macam mana la sambutan Hari Tandas Sedunia ni diadakan ek? Adakah perarakan maskot tandas akan dibuat? Hehe.. ntahlah..
Al-kisahnya..Hari Tandas Sedunia ni telah diisytiharkan oleh Organisasi Tandas Sedunia (WTO) yang dianggotai oleh hampir 58 buah negara. Puncanya adalah berdasarkan fakta : Cirit-birit membunuh kanak-kanak 5 kali ganda lebih ramai berbanding HIV/AIDS di negara-negara membangun. Huh! ngerinye dengar..
Sebagai impak kepada tidak mempunyai akses kepada sistem sanitari yang baik, 1.8 juta orang terutamanya kanak-kanak menemui ajal setiap tahun. (Biar betul? macam tak pernah dengar plak sebelum ni..huhu..ke diri ini yang kurang membaca?) Logiknya, apabila najis tidak disalurkan ke tempat yang betul..bakteria yang ada pada najis tu akan merebak ke persekitaran melalui sentuhan mahupun serangga domestik macam lalat dan lipas. Bila persekitaran tak bersih..makanan tercemar..tambah lagi tangan tak bersih..akibatnya bakteria pun masuk sekali dalam perut..yang akhirnya akan menyebabkan cirit-birit dan sebagainya..
Kat negara kita yang tercinta ni..rasanya takde masalah sistem sanitari ni. Semua rumah dilengkapi dengan sistem sanitari yang baik. Cumanya amalan penggunaan tandas perlu ditingkatkan atau diperbaiki lagi. Majalah tu bagitahu.. daripada 1,000 orang rakyat Malaysia yang dikaji selidik, ramai yang menyedari bahawa membasuh tangan adalah cara berkesan untuk mencegah penyebaran kuman dan selsema. Malangnya, 13% daripada responden mengatakan mereka tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas.
Membasuh tangan selepas menggunakan tandas amat penting kerana ia dapat mengurangkan risiko penyakit berjangkit sehingga 59%! Ini kerana terdapat lebih 40,000 bakteria bagi setiap inci persegi pada pemegang untuk mengepam tandas. Membasuh tangan menggunakan sabun antibakteria selepas penggunaan tandas sebenarnya mampu membunuh 95% bakteria. Jangan lupa lap tangan dengan tisu untuk keringkan tangan selepas membasuhnya.
Sekian. Basuh tangan anda sebelum anda makan! (pesanan kanak-kanak kat Astro)

Thursday, November 18, 2010
Didik Anak Menabung
Dah lama dah simpan impian nak belikan Rayyan tabung untuk ajar dia simpan duit sendiri. Tapi tak terbeli2 pun. Maklumla encik asben cakap..tabung tak payah beli..nak beli tabung tu pun dah kena kuar duit. Pakai aje la bekas yang ada. Ehm..last2 tiada tabung untuk Rayyan. Teruknya mummy..tak kreatif langsung nak buat tabung sendiri. So, hanya mummy dan daddy je yang menabung. Mummy simpan dalam porch hadiah beli Milo (Tabung Holiday ni) dan daddy simpan dalam bekas porselin cantik siap berpenutup hadiah mummy dapat masa jadi AJK treasurehunt kat opis lama dulu (haha..panjang betul penerangannya). Daddy simpan syiling untuk mamanya yang merupakan seorang bisneswomen..hehe..anak mak la katakan..
Akhirnya..impian untuk belikan tabung Rayyan terlaksana jua. Inipun sebab Rayyan yang memang minat sesangat kat Doraemon..telah ternampak robot glamor dari Jepun tu sejurus slepas membuka pintu kedai mesra Petronas. "Mememon..mememon.." katanya. Mummy pun tertarik gak tengok..comel! Eh! Eh! tabung la.. tengok harga RM9.90. Terus beli. Tapi beli 1 je..walaupun anak ada dua..hehe..kongsi la ye anak-anak..tak mampu plak si emak ni nak beli 2..
Tayang skit tabung doraemon tu. Tabung ni siap ada mangga dengan kunci lagi..hehe..nak korek tu senang je. Tapi tak bleh tunjuk kat Rayyan cara membukanya..kalau tak..gerenti dia buat.
Balik je rumah..mummy yang terlebih excited. Mummy ambik semua syiling yang mummy ada bagi kat anak-anak untuk masukkan dalam tabung tu..perasmian! Seronok mereka berdua masukkan duit bergilir2..Hah! baru la bleh mengeratkan kemesraan ye tak..haha..sebab tu mummy beli 1 aje..
Rayyan dan tabung mememonnya. Sekarang ni..setiap kali balik keje..syiling yang mummy ada mummy akan sumbangkan kepada tabung doraemon ni. Huhuhu..kesian tabung milo mummy..dah ada saingan..tak bleh dapat syiling lagi.. kurangla hasil tabung holiday mummy nanti..
Rania pun sangat suka memasukkan syiling dalam tabung ni. Jenuh mulut mummy bagi pujian "pandai.." tiap kali dia berjaya masukkan syiling dalam lubang tabung tu. Tersipu-sipu dia senyum dapat pujian..ehm..pompuan.. Kekadang tu siap bertepuk tangan sendiri bila dia berjaya masukkan syiling ke dalam perut Doraemon. Sekarang ni..setiap kali Rania bangun awal ketika mummy tengah sibuk bersiap nak pi keje..inilah umpannya. Mummy akan sediakan syiling2 (ambik dari tabung milo mummy) dan tabung doraemon ni dan letak kat depan Rania. Dia akan leka memasukkan syiling2 tu dalam tabung..dan tak la menangis mintak didukung.. boleh la mummy bersiap dengan tenang..
Moga anak-anak mummy mampu membiayai pendidikan sendiri nanti ye..hasil dari tabungan hari ini..hehehe..

Wednesday, November 17, 2010
Salam Aidiladha
Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha daripada mamiraysha, encik asben, Rayyan dan Rania. Dengan ingatan tulus ikhlas..maaf zahir dan batin. Bersama-samalah kita hayati erti pengorbanan sebenar ye..
Kami tak balik kampung beraya..huhuhu.. nasib baik petang semalam ada insan mulia yang menyedekahkan kami 3 biji ketupat daun kelapa dan rendang daging.. inilah santapan di pagi raya kami anak beranak..Alhamdulillah!
Tuesday, November 16, 2010
Kapsul Jiwa : Ganjaran Hebat Hari Arafah
Salam 9 Zulhijjah! Hari ni merupakan hari Arafah. Hari ni juga merupakan ulang tahun kelahiran mamiraysha dalam bulan Islam. Mak cakap saya lahir sehari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Kesian mak tak dapat beraya..kena berpantang :-) Kalau saya lahir Hari Raya Aidil Adha, agaknya nama saya Nurul Adha kot..hehe..tapi sebab lahir hari wukuf di Arafah ni..makanya nama saya Afifah..ada gak la iras2 Arafah tu..hihi..
Ari ni saya nak berkongsi pasal kelebihan Hari Arafah ni. Sedikit perkongsian ilmu yang saya kutip dari Majalah Anis keluaran November 2010, hasil interview dengan Ustaz Fauzi Mustafa (Pengacara Program Al-Kuliyyah TV3).
Menurut ustaz, Hari Arafah difahami dengan erti hari perkenalan atau taaruf. Hari ini merupakan hari di mana Nabi Adam a.s dan Siti Hawa 'diperkenalkan' (dipertemukan) semula setelah dua ratus tahun terpisah. Jadi, pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa a.s sebagai simbolik Hari Arafah mendapat namanya. Mereka dipertemukan di tempat yang bernama Jabal Rahmah.
Selain itu, hari Arafah juga menjadi saksi pertemuan Nabi Ibrahim a.s dengan anaknya Nabi Ismail a.s dan isterinya Siti Hajar. Kedua-dua beranak ini ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim di bumi Makkah bersendirian sehinggalah anaknya Ismail meningkat dewasa.
5 kemuliaan dan keistimewaan Hari Arafah
1) Hari Maghfirah
Hari Arafah adalah hari Maghfirah. Allah SWT berjanji dengan menyatakan, "akan digugurkan dosa-dosa hambaNya setahun sebelum dan setahun yang akan datang." Sebab itulah, bagi mereka yang tidak menunaikan haji sangat dituntut untuk berpuasa.
2) Mustajab berdoa
Hari Arafah adalah hari yang paling mustajab berdoa. Allah mendengar doa hamba-hambaNya. Allah makbulkan doa-doa mereka yang memuliakan hari Arafah. Oleh itu mintalah apa sahaja daripada Allah.
3) Terlepas daripada seksaan neraka
Hari yang paling ramai Allah SWT bebaskan hamba-hambaNya daripada seksaan neraka. Tetapi semuanya bersandar pada doa, istighfar dan dengan memperbanyakkan amalan puasa.
4) Turun Rahmat
Hari turunnya rahmat yang mencurah-curah. Sebab itu Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan, hari Arafah ini adalah hari yang paling dibenci oleh syaitan. Syaitan-syaitan akan menjadi lemah hanya kerana besar dan luasnya rahmat yang Allah turunkan untuk sekalian hambaNya yang beramal soleh.
5) Ibadat puasa yang paling dimuliakan
Tidak ada hari yang Allah paling muliakan ibadat puasanya melainkan puasa pada bulan Ramadan dan puasa pada 9 Zulhijjah bagi yang tidak mengerjakan haji.
Kelebihan Puasa Arafah
Bagi Muslimin dan Muslimat yang tidak pergi mengerjakan haji disaran agar memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah puasa dan perbanyakkan doa pada hari kemuncak 9 zulhijjah. Hujah ini berteraskan iktibar dan sikap teladan daripada baginda SAW sendiri.
Berdasarkan sepotong hadis, Habsah pernah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah meninggalkan puasa 9 Zulhijjah. Bahkan, baginda sendiri dalam hadis menyebut bahawa, "Tidak ada hari yang paling mulia yang dituntut umatku berpuasa melainkan puasa bulan Ramadan dan puasa pada 9 Zulhijjah."
Fadilat berpuasa pada hari Arafah sangat besar sehingga dapat menggugurkan dosa-dosa hamba Allah setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ini satu peluang yang tidak harus ditinggalkan malah perlu direbut dengan sungguh-sungguh oleh setiap hamba yang menagih rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Ini bermakna Allah mengampunkan dosa hamba-hambaNya selama dua tahun berturut-turut. Sebab itulah Rasulullah SAW sangat menekankan dan menuntut umatnya menghidupkan awal Zulhijjah dengan ibadat puasa. Lebih-lebih lagi puasa pada 9 Zulhijjah yang merupakan waktu kemuncak wukuf bagi jemaah haji yang berada di Arafah.
Sepanjang 9 Zulhijjah inilah turunnya rahmat dan pengampunan yang sangat luas kepada seluruh umat manusia yang beriman. Bahkan, doa-doa yang dipohon terus diangkat untuk dimakbulkan oleh Allah SWT. Kemudian disusuli dengan ibadat2 lain seperti berzikir, bersedekah, membaca Al-Quran dan berbuatapa sahaja amal kebajikan sebanyak-banyaknya.
Waktu Mustajab Berdoa
Bermulanya waktu yang mustajab untuk berdoa ialah apabila masuk malam 9 Zulhijjah hingga waktu Asar pada 9 Zulhijjah. Kalau di Arafah, waktu ini yang dikatakan waktu kemuncak. Jemaah2 haji akan bertalbiah, berzikir, membaca Al-Quran dan mereka perlu jaga adab dan pantang larang sepanjang dalam ihram.
Disarankan, sebaik-baik doa ialah mesti bermula dengan 'sayyidul istighfar' iaitu:
Ertinya: "Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hambaMu dan aku di dalam genggamanMu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan Taat ) kepadaMu sekuat mampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau. Amin"
Kemudian, mintalah kepada Allah apa sahaja sesuai dengan kehendak dan keperluan diri. Keutamaannya mintalah Allah panjangkan umur, sentiasa dalam kebaikan, murah rezeki, doa minta kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga, doa dapat jodoh, doa untuk sihat dan lain-lain. Ia bergantung kepada kehendak individu. Selain berdoa untuk diri sendiri, jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara dan sahabat-sahabat yang ditimpa musibah.
Sekian~
Thursday, November 11, 2010
Study oh study!
Bestnye dapat result cam adik ni kan.. gembira sungguh dia.. camne la mamiraysha nak dapat result warna2 terbang cam dia ni..sampai saat ni tak study apa2 lagi..esok dah final exam..huhuhu...
Dugaan betul la belajar part time ni..adeh! mamiraysha yang tak pandai bagi masa..wat keje suka last minit..padan la muka kan? Hukhukhuk...
Semoga Allah bagi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir semester ni. Pastu moga Allah bagi extra lagi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa terakhir 2 semester lagi untuk tamat status sebagai pelajar.. Alahai..lambat lagi..

Wednesday, November 10, 2010
Exam oh exam!
Salam hari Rabu. Dah seminggu tak update blog ni. Sorry buat mereka yang ternanti-nanti update daripada penulis blog ni..hehehe..(perasan!) Alasan..sama je dengan mereka yang dah lama juga tak update blog.."BUSY".
Sekarang pun masih busy lagi. So mamiraysha tak berhajat nak tulis panjang-panjang. Saje je lepas gian..hehe.. Dalam kepala ni macam-macam nak tulis. Dah beratur cerita-cerita yang nak dikongsi..sampai tak tahu nak start yang mana dulu..huhu..
Hari Jumaat dan Sabtu ni mamiraysha ada final exam. Hari jumaat paper pukul 3.00 petang..sabtu plak pukul 9.00 pagi. Aduh! apsal la zalim sangat susun jadual pekse cenggitu tu..huhuhu.. sampai saat ni..mamiraysha tak study lagi.. alahai! biasala..bila dah lama sangat belajar..sejak inai masih merah dijari sampai anak dah dua ni..penyakit malas mula menyelubungi diri. Dulu bukan tak malas..malas gak tapi sekarang ni lagi la bertambah malasnya..
Biasanya sehari sebelum exam, mamiraysha akan apply cuti untuk study..konon2. Tapi kali ni bleh plak terlupa masukkan tarikh exam kat dalam planner sampai dah terset meeting penting pada esok hari..huhuhu...bila nak baca buku ni? Huwaaa...
Pagi tadi..terjaga awal dalam pukul 3.30 pagi. Ingat nak sambung tido balik tapi teringat plak blum study. Dengan penuh bersemangat mamiraysha bawak la nota2 lecture ke bilik sebelah. Baru je baca setengah muka surat..dah dengar Rania nangis. Ehm..nak nenen la tu. Terbantutla..penyetadianku. Bila dah selesai..mamiraysha sambung la balik..tapi tak lama..dapat la 2 muka surat je..Rania dah nangis balik.. saje je buat2 tak dengar. Tapi bila mamiraysha kuar..tengok dia dah berjalan kuar bilik. Aduih! ajak dia sambung tido balik..dia dah tak mao dah..huhuhu.. tamat la sudah study yang cuma 2 muka surat aje..dugaan! dugaan!
Ari ni mamiraysha kena prepare untuk meeting esok. Harap2 dapat settle sebelum makan tengahari supaya mamiraysha dapat kesempatan untuk curi2 study skit..
Kawan2..doakan mamiraysha berjaya study dan dapat jawab exam dengan baik ye..
Oppss! silap plak..doakan bukan saje dapat jawab dengan baik tapi doakan dapat jawab dengan betul dan tepat..hehe..bleh tak panjangkan skit doa tu? Huhu..kalau dapat jawab dengan baik je..macam jawapan kat bawah ni la. Dia dapat jawab dengan baik tapi jawapannya tak betul..huhu..Tak mao la dapat markah cenggini.. Hah! doakan sekali cikgu lembut hati bagi markah kesian ye..hehe..
Wednesday, November 3, 2010
Jaga anak : Taska vs rumah pengasuh?
Salam hari rabu.
Untuk pengetahuan semua, permohonan mamiraysha untuk menduduki kuarters kerajaan kat Putrajaya telah diluluskan. Akhirnya! setelah hampir 9 bulan menunggu.. macam nak tunggu baby lahir plak kan..hehehe.. kalau masa apply dulu 6/2/2010 mamiraysha baru start pregnen..agaknya tengah tunggu hari nak bersalin baru dapat rumah..hehe.. Tu pun belum tentu dapat duduk lagi kat umah tu..nak kena cuci..angkat barang bagai..kemas itu kemas ini.. entah2 tengah2 dok kemas..dah terberanak..haha..imaginasi semata-mata..
Orang kata kalau nak cepat kena buat rayuan. Tapi mamiraysha tak buat sebarang rayuan pun.. memang serahkan kepada takdir semata-mata ni. Tawakal je. Kalau dapat cepat pun takpe..dapat lambat pun takpe..ada hikmahnya kan. So dengan sabarnya sejak 18/1/2010 mamiraysha berulang-alik dari Gombak ke Bangi. Lebih kurang 45 km jauhnya. Tapi dah kena menempuh KL..walaupun 45 km makan berjam-jam jugakla kalau jalan jem. Start 1/3/2010 baru la encik asben mengambil alih tugas jadi driver..dan kami berulang alik bersama-sama selepas dia dapat tukar ke Putrajaya.
Berulang jauh memang penat. Meletihkan. Masa dengan anak-anak sangat terhad. Kuar rumah pukul 6.15 pagi. Time ni anak tengah nyenyak2 tido..terpaksa diangkat untuk hantar ke rumah pengasuh. Balik plak pukul 6 petang baru sampai rumah pengasuh..tu pun kalau takde extra jem. Malam plak pukul 9 malam dah tak larat dah..ngantuk sesangat. Pukul 9 dah paksa anak-anak tido. Bayangkan..berapa jam je dapat main ngan anak2 kan..sian diorang.. Kalau rumah dekat dengan dengan opis..masa ngan anak-anak lebih panjang..
Tapi dilema lain plak bila dah kena pindah rumah ni. Nak kena cari pengasuh baru untuk anak-anak. Serius! inila punca kenapa kami tak wat rayuan supaya cepat dapat kuarters. Boleh ke pangasuh baru jaga Rayyan dan Rania dengan baik macam pengasuh sekarang buat? Sejak Rayyan berumur 2 bulan dia jaga sampai la sekarang umur 2 thn 4 bulan. Boleh ke Rayyan berpisah dgn neneknya ini? Rania pulak? Siannya anak-anak kecik ni..
Pening gak la memikir. Nak hantar taska ke rumah pengasuh? taska ke pengasuh?
Kelebihan Taska
- Ramai kawan-kawan. Rayyan bleh belajar berkawan dengan ramai kawan..
- Ada space untuk bermain dan peralatan untuk bermain
- Makan disediakan
- Ramai pengasuh..so kalau sorang cuti..ada yang lain bleh tolong cover
- Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (tapi ada gak taska yang tak berdaftar kan?)
Kekurangan Taska
- Bila dah ramai..penyakit senang la berjangkit..
Ini je la yang mamiraysha mampu terfikir untuk kelebihan dan kekurangan taska ni. Memang tak penah hantar anak2 ke taska ni. Ni pun berdasarkan pengalaman kawan2 je. So kalau kawan2 yang baca entry ni ada pengalaman pasal kebaikan dan keburukan taska ni..please share with me.. i need to know sebelum buat any decision!
Kelebihan rumah pengasuh
- Jumlah yang dijaga sikit je. Macam pengasuh sekarang ni..jaga anak-anak saya je. So penyebaran penyakit tu..adalah terkawal. Biasanya pengasuh yang akan berjangkit daripada anak-anak saya kalau diorang ni kena selsema..
- Bila jumlah yang dijaga kurang..pengasuh ni lebih fokus pada anak-anak kita je.. kasih sayang pun tak berbelah bahagi..ye tak?
Kekurangan rumah pengasuh
- Cuti memang kena spare lebih la sebab kita kena hadapi saat pengasuh minta cuti sebab tak sihat, hal peribadi dan sebagainya..
- Anak-anak tak berpeluang untuk berkawan ramai..itu je la kawannya yang merangkap adiknya juga..
- Tak berdaftar kat mana-mana pun. Ni kira berserah je..tawakal!
Ehm.. dah listkan cenggitu pun..mamiraysha still susah nak wat keputusan. Taska ke rumah pengasuh? huhuhu..tolongla bagi pendapat! Mamiraysha ada masa sehingga 29.11.2010 untuk menerima tawaran ni. Insyaallah kami akan terima tawaran ni..tapi akan duduk sepenuhnya start bulan 12 kot..
Sekian..

Tuesday, November 2, 2010
Buang Sampah Merata-rata?
Salam. Apsal la mamiraysha tetiba plak cite pasal sampah di hari yang indah ini ni? Mungkin itu persoalan yang bermain difikiran anda semua kan bila baca tajuk ni. Ehm..sebenarnya saje je nak stori-mori kisah yang berlaku awal pagi tadi. kisah benar yang bukan rekaan semata-mata.
Straight to the point la kan. Pagi tadi masa on the way nak hantar Rayyan dan Rania pi rumah pengasuh dalam pukul 6.30 pagi lebih kurang, ada 1 motosikal di hadapan kereta kami yang slow je masa nak melintasi jambatan sungai. Biasala..dah fokus memang kat motosikal yang slow sangat ni..ternampak la dia menghayunkan sebungkus plastik merah ke dalam sungai berkenaan. Ceh! zaman sekarang ni pun ada lagi orang takde kesedaran sivik..buang sampah merata-mata. Bukan budak sekolah..dah dewasa dah.. Kalau la sempat ambik gambar..akan kupapar no plat motosikalnya kat sini! Tapi tak sempat..sekelip mata je..sampah tu dah lesap jatuh ke sungai.
Paling tak bleh terima tu..sama jantina dgn mamiraysha tu.. (Ishk! macam tak caya je ada orang pompuan camtu). Paling mengejutkan lagi..dia pakai pakaian seragam berwarna putih suci..tapi perangai..tak suci langsung! mencemar alam sekitar! Padahal bidang kerja berkaitan kesihatan tu.. tapi tak peduli pun pasal bumi yang kian tak sihat akibat pencemaran begini. Hah..teremosi plak kan. Dah macam aktivis alam sekitar la plak.. Nasib baik la Rayyan tak perasan aksi kurang sopan dia tadi. Kalau tidak..kompius budak tu.. Mummy ajar buang sampah dalam tong sampah.. ada plak role model yang buang sampah bukan dalam tong sampah.
Menjaga kebersihan tu kan amalan mulia. Kalau tak bersih..macam2 penyakit tiba. Bukan yang tak jaga kebersihan je yang kena..yang menjaga pun kena tempias sama. Tapi jangan lupa..tak guna dalam rumah kita je kita jaga kebersihannya..tapi kita buang plak segala macam bahan buangan dari rumah kat tempat yang tak sepatutnya. Haip! memang nak kena. Jaga kebersihan dan pelihara alam sekitar ni tanggungjawab semua..bukan aktivis alam sekitar aje.. Renung-renungkanla ye..
Patutkah sign ini diletakkan di merata-rata tempat supaya orang beringat tak buang sampah merata-rata? Tak perlu rasanya kalau semua orang ada kesedaran sivik yang tinggi.
Tak kan la nak letak sign yang ni..
Apa-apapun..fikir dulu sebelum buang! Tak perlu nak cari tong sampah warna warni ni..baru nak buang sampah..kat mana-mana tong sampah pun boleh. Kalau dah memang kebetulan ada silakan la buang ikut kategori yang dituliskan..
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)